Pages

Tuesday, 7 August 2012

wahai lailatul qadar





Lailatul Qadar..
Malam terlebih baik dari seribu bulan..

Itulah janji Tuhan..
Buat kita menebus segala kealpaan..
Bukan sekadar nyanyian pungguk..

Kita lena dalam dakapan dingin malam..
Dari budak hingusan
Sampai tak terbilang cucu cicit
Lalilatul Qadar datang dan pergi..
Tanpa sempat kita melambaikan tangan..
Kerana hadirnya tanpa salam..
Perginya tanpa meninggalkan pesan..
Dan kita tinggal berkarat dalam diam..

Ingin ku sambut datangmu
Lailatul Qadar menerangi kegelapan..
Menyuburkan tanah kering gersang..
Merubah rimba haiwan..
Menjadi taman Firdausi
Dipenuhi insan-insan muthmainnah kaamilah
Dan aku mohon menjadi hambaMu
Yang redha dan diredhai..

Lailatul Qadar barlalu pergi..
Masihkah akan kutemui lagi..
Tempoh menunggu yang tak pasti..
Istiqomahlah kita diam ubi berisi…

“ Sesungguhnya telah kami turunkan Al-Quran pada Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan.”
[Surah al-Qadr : 1-2]

“Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapa pun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan.”
[Surah al-Baqarah : 107]


Kejarlah Lailatul Qadar selagi ada kesempatan ini…. 




sumber dari: qurratulqalbi.blogspot.com

No comments:

Post a Comment