Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [Surah Al-'Asr Ayat 1-3]
Showing posts with label anak-anak kita. Show all posts
Showing posts with label anak-anak kita. Show all posts
Saturday, 15 March 2014
6 Soalan Yang Remaja Tak Mahu Dengar!
Panasnya hari ni, cetus hati Munira sambil memasak di dapur. Tidak lama kemudian terdengar anaknya memberi salam. Alhamdulillah dah pulang pun anaknya dari sekolah. Pasti anaknya juga kepenatan kerana cuaca yang panas terik itu, fikir Munira.
Izzat anak lelaki bongsu beliau membuka pintu dan berjalan ke dapur sambil menggalas begnya yang berat. Tanpa membuang masa, Munira bertanya kepada Izzat, “Macamana hari ni?” sambil beliau tersenyum.
Malangnya, bukan sahaja soalannya tidak dijawab malahan dibalas dengan muka yang masam, lantas Izzat bergegas masuk ke bilik beliau dan menutup pintu dengan sekuat hati.
Munira mengurut dada kehairanan, kenapa pulak Izzat marah-marah ni. Bukannya dia marahpun apatah lagi menengking.
Sebenarnya senario tersebut tak ada mana salahnya. Menyapa anak kita bila balik dari sekolah adalah bagus. Berkomunikasi dengan anak-anak adalah kemestian untuk menjalin kemesraan antara ibubapa dan anak remaja. Namun di dalam sesetengah situasi ibubapa perlu mengkaji mood dan kehendak anak-anak. Bukanlah di sini kita hendak mengiakan dan menyokong perangai Izzat tadi – sikap seperti itu perlu diberi hukuman ya…
Tetapi kadangkala kita juga perlu peka suatu perkara yang kecil bagi kita dianggap suatu benda yang amat menyinggung perasaan anak remaja mereka. Bertarik tali dalam mendidik remaja ini amat perlu. Di sini, bukanlah pula bermakna kita mesti memahami mereka dalam setiap keadaan. Anak remaja juga perlu memahami kehendak dan keperluan ibubapa mereka. Biarlah kemenangan menjadi milik kedua-dua belah pihak.
Bercakap dengan anak remaja ibarat suatu misteri. Kadangkala bila kita bertanya sesuatu kepada mereka, sambutannya menjadi hambar. Tak dijawab atau mereka menarik muka masam dan paling teruk jika ianya akan mengundang perbalahan pula antara ibubapa dan anak remaja.
Kadang-kadang nak berkomunikasi dan bertanya anak-anak ini juga perlu berseni… dan soalan-soalan pula kenalah penuh hemah (sekali lagi ini bukan bermakna kita kena tunduk selalu dengan kerenah dan perangai anak ya).
Di sini ada beberapa soalan-soalan yang kalau boleh dielakkan bila bertanya kepada anak-anak:
1. Jangan tanya : Bagaimana keadaan hari ini?
Soalan seperti bagaimana sekolah hari ini? Bagaimana periksa? Dan yang seumpamany iaitu pertanyaan yang terlalu umum seringkali mendapat sambutan yang hambar dari anak remaja anda. Mungkin jawapannya adalah umm.., oklah… ataupun entah.. dan selalunya dijawab dalam bunyi yang endah tak endah sahaja. Remaja merasakan soalan seperti ini adalah seperti soalan yang tidak jujur dan sudah basi. Dan selalunya… mereka hanya sekadar menjawab tanpa menunjukkan reaksi yang mereka ingin meneruskan perbualan dengan ibubapa mereka.
Sepatutnya..
Seboleh-bolehnya elakkan soalan yang memerlukan jawapan Ya atau Tidak. Sepatutnya ibubapa menyelitkan sedikit unsur prihatin dan lebih spesifik di dalam soalan tersebut serta masukkan unsur yang anda juga ingin tahu tentang hal-hal yang mereka minati.
Contohnya: “Seronok tak kelas memasak hari ini? Masak apa pulak tadi? Cikgu tu pakai apron pelik tu lagi tak?
2. Jangan tanya; “Ala kamu cakaplah kat dia jangan kacau kamu lagi?”
Soalan sebegini paling pantang terutama kalau anak anda punya masalah dengan kawan-kawan atau menjadi mangsa buli. Apapun gejala buli memang sinonim dengan remaja. Laporan mengatakan seorang dari setiap tiga orang remaja terlibat dalam gejala buli ini samada menjadi mangsa ataupun sebagai pembuli. Remaja yang menjadi mangsa selalunya merahsiakan perkara sebegini daripada ibubapa mereka kerana takut dimalukan dan diapa-apakan oleh pembuli. Mereka merasakan yang diri mereka yang bersalah dan mengharapkan ibubapa mengambil berat dan membuat tindakan susulan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mengajukan pertanyaan dengan memulakan soalan dengan perkataan mengapa menunjukkan yang ibubapa tidak serius untuk menolong seolah-olah menuding jari kepada anak tentang situasi yang terjadi adalah kerana kesalahan mereka.
Sepatutnya……
Soalan yang diajukan mestilak lebih detail supaya anda dan anak remaja anda boleh membuat perancangan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Soalan anda perlu mengandungi isyarat yang anda mempercayai mereka dan sanggup menolong anak remaja anda. Sebagai contoh: Bila kejadian ini berlaku? Siapa yang terlibat? Soalan-soalan sebegini akan menjadikan anak remaja anda merasakan yang mereka dilindungi dan seterusnya dapat menerima nasihat dan bersedia untuk membuat tindakan bersama-sama anda.
3 . Jangan tanya: “Apa punya fesyen baju kamu pakai ni?”
Seringkali bila kita bertanya sebegini, anak remaja pasti akan berasa hati dan tersinggung. Bila difikir-fikirkan balik memang patut pun mereka terasa hati sebab sah-sah soalan ini berbaur sindiran… kena pulak bila soalan dilontarkan dikhalayak ramai. Jangan lupa bahwa tatkala menginjak dewasa, hampir semua remaja mula mencari identiti diri melalui penampilan mereka dan fesyen baju yang dipakai. Ini perkara penting bagi mereka dan kalau kita bertanya dengan nada sinis pasti disambut dengan rasa tidak puas hati. Lantas mereka melabelkan kita ibu bapa old fashion dan kuno dan lebih teruk lagi mula memberontak.
Sepatutnya…
Sebagai ibubapa kita pasti mahu anak-anak berpakaian sopan dan tidak menjolok mata (walaupun ada juga yang suka kalau anak-anak mereka berakaian pelik dan seksi… itu cerita lain lah) dan kita pasti merasa gusar kalau cara berpakaian tampak pelik. Memang patut dan kita berhak menegur tapi mestilah kena caranya. Mungkin kita boleh menegur dengan cara berhemah seperti :Selesakah berpakaian macam ini? Kalau kita labuhkan skirt tu lagi nampak pelik tak? Tunjukkan juga bahawa kita menganggap mereka tetap penting dalam hidup kita .
4. Jangan tanya: “Kenapa nak sensitif tak tentu pasal ni?”
Kita kena ingat bahawa zaman remaja memang amat-amat mencabar… mana dengan perubahan hormon dan pelbagai cabaran dari segi sosial lagi. Jadinya kita perlulah sedar akan mood-mood tak baik yang bakal melanda dan beri peluang untuk mereka calm down. Dan paling penting sekali jangan sekali-kali menegur mereka di hadapan orang lain terutama rakan-rakan mereka. Malah bergurau pun kena berhati-hati kala ini sebab silap-silap dalam banyak hal ia akan menjadikan mereka marah pula.
Sepatutnya..
Anda boleh bertanya “Nampak muram aje Mama tengok. Ada apa-apa yang tak kena ke? Ada apa-apa yang boleh Mama bantu? Atau nak Mama buatkan segelas Milo ais?
Anda perlu peka dengan emosi anak remaja anda. Hormati ruang mereka. Dan jangan sekali-kali menyakitkan hati mereka dengan kata-kata sindiran ataupun gerak laku seumpama seperti membuat muka mengejek dan sebagainya. Ingat, anak remaja amat sensitif akan perkara-perkara sebegini.
5. Jangan tanya: “Kenapalah kamu buat macam tu?”
Peringkat remaja adalah satu peringkat di mana prefrontal cortex didalam otak yang bertanggungjawab dalam urusan membuat keputusan masih dalam proses pembentukan. Itulah sebabnya remaja tidak begitu matang dalam membuat keputusan dan tidak tahu kesan di atas keputusan yang dibuat. Perasan tak apabila kita bertanya , kenapa kamu buat begini? Dan mereka kan melemparkan muka yang kosong seperti terkejut dan terganga, tak tahu nak buat apa.
Sepatutnya..
Adalah lebih baik jika ibubapa tidak menggunakan perkataan ‘kenapa’ kepada remaja. Lebih sesuai anda menggunakan perkataan ‘apa’ kerana ia akan meransang mereka untuk berfikir. Mereka akan memberi respon terhadap soalan tersebut dan berfikir dahulu sebelum membuat tindakan.
6. Jangan tanya: “Kenapa tak cakap ‘tidak’saja ?”
Penyesuaian diri remaja terhadap keadaan sekeliling banyak dipengaruhi oleh rakan sebaya. Kadang-kadang agak sukar anak remaja berkata ‘tidak’ jika rakan sebaya mengajak anak anda melakukan perkara yang beliau tidak suka. Di sinilah rakan sebaya boleh menjadi tekanan kepada anak remaja anda. Mereka sebenarnya memerlukan ibubapa untuk membantu mereka mengatur mengurangkan tekanan sedemikian. Soalan seperti diatas menunjukkan yang ibubapa tidak mahu terlibat untuk menyelami serta menyelesaikan masaalah anak remaja anda.
Sepatutnya…
Pembuka soalannya mestilah menunjukkan keprihatinan anda terhadap mereka dan pada waktu yang sama memberi cadangan terhadap penyelesaian masaalah tersebut. Sebagai contoh: “Memanglah susah untuk berkata tidak kepada kawan , tetapi apa salahnya kalau mencuba, dah cuba tak? “ Bukankah ia teknik terbaik untuk menunjukkan yang anda prihatin terhadap anak remaja anda.
sumber dari: http://azianhasan.com/6-soalan-yang-remaja-tak-mahu-dengar
Remaja ADHD
Bila berkata tentang Attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) ibubapa sering menggambarkan kanak-kanak hiperaktif iaitu mereka yang mudah terangsang, lasak atau tidak mendengar cakap. Kanak-kanak pengidap ADHD sering digambarkan sebagai anak yang terlebih aktif dan impulsif daripada anak-anak seusia mereka. Bagi kanak-kanak selalunya kita boleh lihat dari segi perlakuan dan tingkahlaku mereka terutama bagi kanak-kanak lelaki.
Antara tanda-tanda ADHD adalah:
- Kerap menggerak tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk
- Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas
- Tak boleh duduk diam, berlari ke sana ke mari atau suka memanjat
- Kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap
- Banyak bercakap dan bergerak cergas seperti mesin
- Suka mengelamun
- Sering gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butir-butir terperinci atau cuai serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti lain
- Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian atau tugas
- Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti
- Kerap mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah)
- Selalu kehilangan barang (misalnya pensil, pemadam, buku atau tugasan sekolah, mainan dan sebagainya)
- Tidak fokus dalam apa jua hal di mana tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lainPelupa walaupun tidak sepaatutnya jika mengikut usia dan keupayaan
- Selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan
- Kurang sabar dan terutama dalam hal-hal menunggu giliran
- Sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain
- Sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan
Bagi remaja yang mengalami ADHD, perancangan kerjaya bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan. Ia memerlukan penelitian kerana remaja yang mengalami ADHD ini selalunya mempunyai banyak idea dan aktiviti yang hendak dilakukan, tetapi segalanya dilakukan separuh jalan sahaja kerana mereka cepat bosan dan boleh hilang minat dalam sekelip mata sahaja.
Antara tanda-tanda ADHD Remaja :
- Sukar untuk memberi tumpuan – Mereka mungkin selalu lambat hadir ke temu janji atau acara-acara penting, tidak teratur, gelisah, dan sukar untuk bersosial. Sering mengalami masalah dalam memilih tugas, pekerjaan dan mengikut ketepatan waktu serta sukar memberi tumpuan dalam pembacaan mereka.
- Rasa Yang Tidak Puas - Secara keseluruhan, mereka mengalami perasaan ketidakpuasan yang mengganggu mereka dimana mereka sering merasakan bahawa mereka tidak mencapai potensi mereka.
- Sukar Untuk Kekal Dalam Pekerjaan – Menurut kajian, hanya separuh orang dewasa dengan ADHD mampu mempertahankan pekerjaan. Ini adalah kerana minat mereka yang mudah hilang secara tiba-tiba.
- Masalah emosi – Perubahan suasana hati, rendah diri, dan pengendalian emosi yang buruk. Remaja ADHD mudah kehilangan emosi mereka atau terlibat dalam tindakan drastik. Selain berpotensi merosakkan karier, hal tersebut juga dapat merugikan hubungan perkawinan dan hubungan sosial .
- Komplikasi – Remaja ADHD mudah mendapat depresi, mudah cemas atau gangguan obsesif kompulsif. Mereka juga lebih cenderung terjerumus pada kecanduan merokok atau narkotik.
Bersikap sebagai Pendorong– Ibubapa perlu memerhatikan dan mengenalpasti apakah bakat dan minat anak remaja anda dan kenalpasti bidang tersebut. Di peringkat ini, komunikasi amatlah penting dimana anda perlu berbincang tentang kekuatan dan kemahiran anak anda. Dahulukan kehendak dan kemampuan mereka dan terangkan kesesuaian dengan sikap dan personaliti mereka. Spesifikkan kelebihan dan kekurangan anak anda dan sering memberi kata-kata dorongan supaya mereka tidak rasa rendah diri. Berilah puji-pujian seperti Eh! Tak ramai orang yang tahu nak buat macam ni…ini dah bagus dah!
Bersikap sebagai pemudah – Ibu bapa boleh membantu dengan memudahkan kehidupan anak remaja ADHD dengan sering membantu memudahkan “kesulitan” mereka seperti menghantar mereka menghadiri kelas-kelas tambahan ataupun kem-kem sesuai minat mereka. Perhatikan apa yang anak remaja ADHD anda minati dan pupuk minat mereka. Mana tahu minat-minat sebegini dapat membantu anak di dalam pemilihan karfier di masa depan. Ibubapa juga perlu memudahkan hidup anak ADHD mereka dengan menyusun jadual waktu sesuai dan mudah diikuti agar perjalanan hidup anak-anak ADHD berada di landasan yang betul.
sumber dari: http://azianhasan.com/tag/adhd
Perkembangan Awal Emosi
Perkembangan Awal Emosi (bayi 0-15 bulan)
Emosi asas (positif dan negatif) berkembang secara ‘gradual’ terutama dalam tempoh enam bulan pertama dan selalunya ditonjolkan menerusi memek muka dan ‘eye contact’:
- gembira/seronok – senyum, pipi terangkat, mata berbentuk bulan sabit. Contoh – bila diagah.
- terkejut – angkat kening, mulut terbuka luas, bulatkan mata. Contoh – berhenti menangis bila dengar bunyi muzik atau suara jeritan
- minat – merenung, mengerutkan kening dan bibir. Contoh – merenung wajah ibu, melihat persekitaran
- marah – mengerut dan memasamkan muka, kening turun naik, mata tajam. Contoh ‘mengamuk’ bila mengantuk atau lapar, bila objek ‘dirampas’ daripada tangan.
- Sedih – muka masam dan layu, dagu tertolak ke hadapan. Contoh – ditinggalkan ibu
- Geli- berkerut kening, jelir lidah. Contoh – ‘menolak’ jenis makanan tertentu, menangis bila buang air.
Bayi antara 3 – 8 minggu sudah boleh tersenyum- perkembangan awal emosi positif
Bayi 12- 20 minggu – senyum pada wajah dan suara dikenali; senyum bila merasakan persekitaran ‘dikuasai’, mula ketawa.
- Enam bulan pertama bayi masih belum mempunyai rasa sayang/ kasih pada sesuatu/seseorang.
- Perasaan kasih mula terbentuk ketika usia antara 7 hingga 9 bulan – melalui hubungan ikatan kasih sayang, sentuhan, belaian dengan orang yang paling hampir seperti ibu dan ayah, menunjukkan rasa tidak senang/takut dengan kehadiran ‘orang asing’.
Emosi anak tatih (16-36 bulan)
Emosi turun naik seperti ‘roller coaster’
Usia 2 tahun : sudah tahu menunjukkan emosi dan emosi yang ditunjukkan memang disengajakan – tidak ragu-ragu untuk melakukannya.
Mahu ‘bebas’ tetapi tidak mahu ditinggalkan bersendirian – rasa diri ‘sudah besar’ tetapi mahu dibelai.
‘reject syndrome’ – dalaman kanak-kanak bukan ‘menentang’ ibu bapa.
‘temper tantrum’ (tidak mampu meluahkan perasaan sepenuhnya dalam bentuk perkataan/verbal)
Berbagai bentuk perasaan takut: bunyi bising, suara binatang, bilik gelap, ‘hilang’ ibu bapa, perubahan persekitaran dan sebagainya (takut pada apa saja yang ‘dianggap’ bahaya).
Emosi anak prasekolah (36 bulan hingga ke usia enam tahun)
Usia 3-4 tahun sudah boleh memahami perkaitan antara emosi dan persekitaran/sebab yang mempengaruhi emosi.
Mula belajar mengawal emosi yang turun naik.
Pemahaman terhadap emosi orang lain terbatas hanya kepada emosi yang ditunjukkan melalui memek muka.
Perasaan takut yang terbentuk berkait dengan imaginasi dan khayalan berserta perkembangan daya kreativiti dan pemikiran abstrak. Contohnya takut hantu, takut jatuh.
Lebih berdikari, kurang physical contact dengan ibu bapa.
Lebih banyk bercakap untuk mencurah perasaan/menangani perasan.
Perkembangan emosi kanak-kanak usia pertengahan (7-14 tahun)
Sudah pandai menyembunyikan emosi yang negatif dengan berpura-pura menunjukkan keseronokan.
Sudah mula memahami dan menghurai emosi yang kompleks : perasaan malu, rasa bersalah, rasa bangga dan cemburu.
Perasaan takut mula berkembang kepada yang lebih realistik – takut sekolah, takut berkomunikasi, takut kejadian jenayah.
Mahu disayangi tetapi bukan ditonjolkan depan ramai.
Amat memerlukan bantuan mengenalpasti emosi marah agar tidak ‘out of control’; belajar mengawal perasan.
Perlu perhatian dan dorongan mengatasi rasa takut.
Mula memahami keperluan kumpulan.
sumber dari: http://intim.wordpress.com/2007/10/17/emosi-kanak-kanak-tak-sama/
Emosi atau Perasaan dan implikasi pada kanak-kanak

Gembira – membantu kanak-kanak atau remaja berfikir bagaimana melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka bercakap mengenai sesuatu yang mereka sukai.
Marah – membantu mencari jalan bagaimana menghadapi halangan untuk mendapat sesuatu yang dicitakan dan mengenal erti kesabaran, belajar melahirkan perasaan geram dalam bentuk yang bersesuaian dan mencari jalan penyelesaian.
Takut – rasa terancam, suatu motivasi ingin memastikan keselamatan diri dari aspek fizikal dan psikologi. Merangsang kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan takutnya, mencari jaminan mendapat ketenangan dan ketenteraman.
Sedih – Kehilangan, tidak mendapat apa yang dikehendaki menjadikan kanak-kanak berusaha lebih mendapat apa yang dicita, mencurah perasaan dan berfikir bagaimana mengatasi rasa sedih.
Geli – selalunya dikaitkan dengan makanan, bau dan pandangan, suatu yang semula jadi menjadikan seseorang kanak-kanak berhati-hati agar tidak ‘terkena’ apa yang yang beliau geli. Perasaan ini perlu dihormati dan bantu mereka mencari sebab mengapa mereka berperasaan begitu.
Cemas – Asalkan tidak keterlaluan, sebenarnya ia membantu kanak-kanak berusaha mengambil langkah mengelak diri dari menghadapi masalah, belajar menahan perasaan bimbang dan bertindak proaktif untuk menunjukkan sesuatu yang terbaik.
Malu – Menjadikan kanak-kanak menyedari kepentingan perilaku yang baik dan mengelak daripada melakukan sesuatu yang dikatakan memalukan. Ini membantu mereka mengawal tingkah laku mereka sendiri.
Rasa bersalah – wujud bila kanak-kanak melakukan sesuatu yang dianggap ‘keluar’ dari ‘standard’ tingkah laku yang baik. Si kecil akan berusaha untuk tidak dianggap bersalah dengan berakhlak sebaik mungkin dan sekiranya kesalahan tetap atau sudah dilakukan, perasaan ini merangsang kanak-kanak meluahkan perasaan dan menyedari agar berusaha untuk tidak mengulangi pada waktu yang lain.
Rasa bangga – tercetus bila seseorang kanak-kanak terasa dihormati/dihargai oleh orang lain atau bila ia mencapai apa yang diharapkan seperti merangsang mereka meluahkan apa yang membuatkan mereka merasa bangga dan memberi peluang berkongsi rasa bangga, puas dan gembira.
sumber dari: http://intim.wordpress.com/2007/10/17/emosi-kanak-kanak-tak-sama/
Emosi kanak-kanak tak sama
KEHADIRAN anak dalam sebuah perkahwinan memberikan makna besar kepada insan bergelar ibu dan bapa. Permata hati disambut riang gembira. Saban hari bertukar ganti, daripada telapak kaki sebesar dua jari hingga ke pandai ‘berdiri sendiri’, ibu bapa kadang kala terasa semakin jauh dengan anak yang dilahirkan.
Senario seperti ini bukan perkara baru, malah segelintir ibu bapa sendiri mengakui, semakin anak itu membesar, semakin sukar dikawal pergerakan mereka. Seorang teman menyebut ‘kalau masih kecil, bolehlah dipukul, ditampar, tapi bila sudah besar, dia pula yang memukul aku nanti’.
Realitinya bayi yang lahir ke dunia ini diciptakan memiliki emosi yang tidak sama. Ibu bapa tidak boleh menyangka sekiranya perangainya baik, maka anaknya akan mengikut perangai yang serupa. Sedikit sebanyak mungkin ada benarnya kerana pendidiknya adalah kita sebagai ibu bapa.
Tetapi pengaruh luaran kadangkala memberikan impak lebih besar kepada anak itu nanti. Sebab itulah mendidik anak perlu dilakukan mengikut zaman mereka berada, dan tidak sesuai mengamalkan didikan ‘zaman dulu’ kepada anak zaman ini.
Bagaimanapun, ramai pakar kanak-kanak bersetuju, andai emosi anak ditangani dengan baik sejak kecil, pergerakan mereka ‘lebih mudah dikawal’, umpama menekan alat kawalan jauh. Emosi yang stabil membantu melahirkan anak lebih cemerlang, emosi yang terganggu pula melahirkan anak sebaliknya.
Emosi dikaitkan perasaan iaitu suatu aspek penting dalam kehidupan seseorang. Ia menunjukkan pelbagai aspek termasuk negatif atau positif, kerana ia membantu kanak-kanak membina idea baru, matlamat dan perancangan.
Pensyarah Psikologi Perkembangan Dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Mastura Badriz, berkata ilustrasi emosi yang terlihat dalam kehidupan harian kanak-kanak berfungsi sebagai satu cara bagi komunikasi untuk memberitahu dan menyatakan keperluan mereka.
“Segelintir anak yang menangis, besar kemungkinan mereka berasa takut dan memerlukan perlindungan daripada ibu bapa mereka. Kanak-kanak selalunya belum mengenali konsep masa. Sama ada sekejap atau lambat, asal saja ibu bapa tiada depan mata mereka akan mula menangis.
“Kadangkala ibu bapa selalu merungut ‘budak ni, aku tak ada depan mata seminit pun menangis’. Mereka hanya tahu, bila tiada ibu bapa depan mata, maka sudah tidak selamat,” katanya pada Seminar Celik Emosi anjuran Hal Ehwal Wanita (Helwa), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) baru-baru ini.
Beliau berkata, kanak-kanak menyuarakan ‘isi hati’ menerusi emosi yang ditonjolkan dan ibu bapa selalunya adalah idola kepada mereka. Segelintir ibu bapa yang marah terhadap anak andai menjerit, tetapi pada masa sama si ibu atau ayah tetap mengherdik seperti ‘mak kata jangan menjerit’.
Penggunaan intonasi yang tinggi, sedangkan ibu inginkan anak bersuara rendah, menjadi anak berkenaan keliru dengan apa yang diperkatakan. Memandu atau menangani emosi anak ke arah positif adalah perlu dalam usaha melahirkan anak yang seimbang.
“Setiap anak itu unik dan tersendiri. Along dan angah mungkin mempunyai emosi yang berlainan. Dalam usaha mengenali anak, ibu bapa perlu memahami emosi mereka kerana kita tidak mahu anak membesar dalam emosi yang terganggu.
“Ada anak yang sensitif tetapi ada anak yang merajuk mahu dirinya dipujuk serta dirayu. Andai betul caranya, kita ‘melayan’ emosi mereka, si kecil akan membesar merasa dirinya dihargai dan diperlukan, bukan dibiarkan bersendirian dan dibenci,” katanya.
sumber dari: http://intim.wordpress.com/2007/10/17/emosi-kanak-kanak-tak-sama/
Wednesday, 26 February 2014
what sons need from their fathers
I am often asked what sons need from their fathers. My answer really boils down to a few simple but critical things that every good dad must do, built on a framework of providing, nurturing and guiding.
But here's the problem: Too often, fathers think they're doing a better job in these areas than they really are. I've found that these four questions, though, can help a father ensure he's giving his son the fundamental things he needs. (And if a child's father is not in the picture, his mother can use these questions as a guide to help her find male role models who can give her son these kinds of affirmation.)
"Does my son know that he matters to me?"
We invest—money, time and energy—in the things we care about. In other words, if you ever want to know what someone cares about, look at their bank statement or ask them how they spent their time.
The primary way that dads can help their boys understand that they matter is by making them a priority over the myriad demands that life throws at us. With many things competing for a dad’s money, time and energy—our jobs, technology, entertainment, sports, television—it is easy for a child to think that he doesn't matter. It is critical that dads make it clear to their sons that they are a priority, that our most important investment is in them and that all the other "stuff" gets only the leftovers.
"Does my son know that I love him?"
Nurturing means a lot of things. It certainly includes hugging and kissing our boys—yes, even boys need hugs and kisses—on a daily basis and telling them that we love them. But it also includes taking care of their daily needs, like cooking for them, giving them baths, playing with them, reading to them and helping their mothers.
And I have discovered that despite the conventional wisdom that nurturing is primarily mom's territory, the root meaning of "nurture" is "to protect," a role that most dads are comfortable with.
sumber dari: oprah.com
Friday, 21 February 2014
Perceraian, Anak korbannya!

Perceraian menjadi fenomena yang besar dalam beberapa kurun waktu ini. Berdasarkan data dari Direktorat Jenderal Badan Peradilan Agama Mahkamah Agung (Ditjen Badilag MA), kurun 2010 ada 285.184 perkara yang berakhir dengan perceraian ke Pengadilan Agama se-Indonesia terjadi peningkatan. Angka tersebut merupakan angka tertinggi sejak 5 tahun terakhir.
Fenomena masuknya perkara perceraian ke Pengadilan Agama memang meningkat. Dalam 5 tahun terakhir peningkatan perkara yang masuk bisa mencapai 81%. Di satu sisi, itu adalah bentuk kesadaran hukum masyarakat. Namun, di sisi lain, kesadaran hukum tersebut harus dibina agar masyarakat lebih memperbaiki kehidupan pernikahan.
Perceraian memberikan konsekuensi yang tidak ringan. Selain menjadikan seorang istri menjadi janda dan suami menjadi duda, lebih jauh lagi hal tersebut berpengaruh sekali terhadap kondisi psikologis anak. Belum lagi ketika anak diharuskan mengambil keputusan harus memilih tinggal bersama siapa, ayah atau ibu? Kondisi ini tidak mudah dihadapi oleh seorang anak. Anak akan mengalami kebingungan, kelabilan secara emosional dan memiliki kecenderungan untuk menyalahkan orang tua atau bahkan menyalahkan dirinya sendiri.
Faktor yang melatarbelakangi broken home, seperti orang tua yang sibuk, yang mana hal ini juga berkaitan erat dengan faktor ekonomi sebuah keluarga, sehingga tidak ada waktu lagi untuk memperhatikan, berdialog, sharing, atau bahkan hanya untuk saling bertegur sapa. Orang tua sibuk dengan pekerjaannya, anak sudah tertidur dengan lelapnya dan saat anak terbangun tidak jarang orang tua sudah pergi bekerja atau anaknya sudah harus pergi ke sekolah.
Dan ironisnya, bukan hanya ayah yang memiliki mobilitas tinggi karena tuntutan pekerjaan tetapi juga ibu menjadi ikut-ikutan memiliki hal yang sama dengan dalih ingin membantu perekonomian keluarga atau ingin mengejar karir. Bila dalam sehari ibu hanya punya waktu paling banyak 2 – 3 jam bertemu dengan anak. Anak lebih dekat dengan pengasuh atau pembantunya. Apalagi dalam hal informasi, anak-anak disuguhi dengan materi-materi televisi yang kurang atau bahkan tidak lagi memperhatikan aspek negatif pada anak-anak.
Pada faktanya televisi tidak mampu menjadi orang tua yang baik, karena acara-acara yang ditayangkan tidak semuanya baik. Seorang ibu yang tidak memperhatikan apa yang terjadi pada diri anak, atau dalam hal ini tidak menjalin interaksi dengan anak, akan sulit mengontrol informasi-informasi yang masuk pada diri anak. Kurangnya interaksi orang tua dengan anak ini juga menyebabkan anak kehilangan peran orang tua. Hal lain yang merupakan akibat dari kurangnya interaksi orang tua dengan anak adalah kurangnya pengetahuan dan perhatian terhadap hak-hak anak. Akhirnya kebutuhan anak dalam arti hak-hak mereka tidak terpenuhi.
Dampak lain dari keegoisan dan kesibukan orang tua serta kurangnya waktu untuk anak dalam memberikan kebutuhannya menjadikan anak memiliki karakter; mudah emosi (sensitif), kurang konsentrasi belajar, tidak peduli terhadap lingkungan dan sesamanya, tidak tahu sopan santun, tidak tahu etika bermasyarakat, mudah marah dan cepat tersinggung, senang mencari perhatian orang, ingin menang sendiri, susah diatur, suka melawan orang tua, tidak memiliki tujuan hidup, dan kurang memiliki daya juang.
Anak kerap kali protes dan mengeluh, namun orang tua hanya cukup memberikan pengertian bahwa ayah dan ibu bekerja untuk kepentingan anak dan keluarga. Orang tua zaman sekarang sering merasa kesulitan mengerti keinginan anaknya, tanpa mereka sadari bahwa orang tualah yang menuntut anak harus mengerti dan menerima keadaan orang tua atau keluarganya. Tidak dapat dipungkiri kebutuhan ekonomi yang semakin sulit membuat setiap orang bekerja semakin keras untuk memenuhi kebutuhan hidup keluarganya. Namun orang tua seringkali tidak menyadari kebutuhan psikologis anak yang sama pentingnya dengan memenuhi kebutuhan hidup.
Fenomena broken home ini memang tidak dapat dianggap sepele atau bukan untuk diabaikan dan dibiarkan berlalu begitu saja.
Broken home dapat mengakibatkan, antara lain:
1. Psychological disorder (Gangguan Psikologis).
Tidak dapat dipungkiri bahwa anak broken home akan mengalami gangguan secara psikologis. Meskipun kebutuhan fisiologi terpenuhi dengan baik, anak tidak akan berkembang dengan baik ketikan kebutuhan psikologisnya tidak terpenuhi. Anak broken home memiliki kecenderungan agresif, introvert, menolak untuk berkomitmen, labil, tempramen, emosional, sensitif, apatis, dan lain-lain.
2. Academic problem (masalah akademik).
Faktor motivasi eksternal terbesar untuk anak adalah keluarga. Dan ketika keluarga mengalami disfungsional maka anak broken home akan cenderung menjadi pemalas dan memiliki motivasi berprestas yang rendah. Hal ini relevan dengan hasil penelitian yang dilakukan oleh Aji Baroto. Pengambilan data dilakukan dengan studi dokumentasi terhadap buku pribadi siswa dan penyebaran angket untuk mengungkap motivasi belajar siswa. Pengolahan data dilakukan melalui tiga tahap, yaitu penyeleksian data, penyekoran serta analisis dengan cara mengelompokkan data dan menggunakan teknik uji t perbedaan dua rata-rata yang menghasilkan kesimpulan bahwa :
a. Terdapat perbedaan motivasi belajar antara siswa berasal dari keluarga broken home dengan motivasi belajar siswa dari keluarga utuh.
b. Motivasi belajar siswa dari keluarga broken home lebih rendah daripada motivasi belajar siswa dari keluarga utuh.
c. Keadaan keluarga broken home memberi pengaruh yang cukup signifikan terhadap motivasi belajar siswa.
3. Behavioral problem (perilaku menyimpang).
Anak broken home adalah anak yang memang kurang perhatian. Akibatnya anak memiliki self esteem dan self confident rendah, konsep dirinya pun negatif. Begitu di luar (rumah), anak semacam over kompensasi, mencari pengakuan dan penghargaan diri dari lingkungan sekitarnya, sehingga anak broken home memiliki kecenderungan untuk melakukan perilaku-perilaku menyimpang seperti bullying, memberontak, bersikap apatis terhadap lingkungan, bersikap destruktif terhadap diri dan lingkungannya, misalnya dengan mulai merokok, minum minuman keras, judi, free sex(seks bebas). Mereka melakukan penyimpangan-penyimpangan tersebut tanpa pernah tahu apa yang baik dan yang buruk. Persis seperti seorang anak yang menangis dan butuh pelukan ibunya, tapi dia tidak mendapatkannya, oleh karena itu anak broken home akan berterimakasih kepada siapapun yang mau memeluknya, dan kadang wujud si ibu itu adalah ‘narkoba’ dan ’seks bebas’.
Untuk menyikapi fenomena broken home, terdapat beberapa cara yang dapat ditempuh, diantaranya:
1. Orang tua melakukan tindakan preventif, yaitu dengan:
a. Memberikan pemahaman
b. Memberikan kasih sayang dari kedua orang tua serta pengawasan dan perlindungan terhadap anak
c. Menjaga keintiman keluarga.
d. Memberikan pendidikan agama untuk meletakkan dasar moral yang baik dan berguna.
e. Secara rutin melakukan rekreasi bersama untuk kebutuhan jiwa anak.
f. Melakukan pengawasan atas lingkungan pergaulan anak sebaik-baiknya.
2. Orang tua melakukan tindakan represif, yaitu dengan:
a. Mengadakan introspeksi sepenuhnya akan kesalahan yang telah diperbuatnya sehingga menyebabkan anak terjerumus dalam kenakalan
b. Memahami sepenuhnya akan latar belakang daripada masalah kenakalan yang menimpa anaknya.
c. Meminta bantuan para ahli (psikolog atau konselor) di dalam mengawasi perkembangan kehidupan anak, apabila dipandang perlu.
d. Membuat catatan perkembangan pribadi anak sehari-hari.
e. memberikan ruang dan waktu antara anak dengan pasangan untuk tetap berkomunikasi dan bertemu, agar tidak ada perasaan kehilangan jika terjadi perpisahaan.
Perceraian bukan jalan yang terbaik, jika terjadi perceraian tetap bijaksana dalam menyikapi kondisi psikis yang akan dihadapi oleh anak.
Anak adalah aset yang berharga, generasi penerus bangsa yang memiliki hak untuk tumbuh dan berkembang dengan baik.
sumber dari: pondokeluarga.blogspot.com
Peran Penting Ayah pada Kebahagiaan Anak

Ternyata Budaya timur dan barat jarang melibatkan peran ayah dalam mengasuh anak-anak di keluarga. Padahal dari hasil penelitian yang menyangkut 1.200 anak menunjukkan bahwa kunci kebahagiaan seorang anak terletak pada waktu yang berkualitas anak dihabiskan bersama ayahnya. Anak-anak yang memiliki waktu tetap untuk berkomunikasi dengan ayahnya memiliki rating nilai 87 dari 100 untuk skala kebahagiaan. Sementara itu, anak-anak yang jarang berbicara dengan ayahnya menyatakan bahwa skala kebahagiaannya berada di level 79 secara rata-rata (Kompas, 2010).
Hasil studi ini dilansir oleh sebuah lembaga Inggris untuk anak yang bernama Children's Society. Mereka mengatakan bahwa hasil penelitian ini "sangat signifikan" karena riset ini menggambarkan bahwa keberadaan seseorang pada masa dewasa berkaitan dengan hubungannya dengan kedua orangtua saat ia berada di usia remaja. Responden penelitian ini berusia antara 11 dan 15 tahun dan nyaris setengahnya mengatakan, "hampir tak pernah" berbicara dengan ayahnya mengenai topik penting, sementara hanya 28 persen anak mengatakan jarang berbicara mengenai hal penting dengan ibunya.
Para ayah mungkin saja tak memiliki waktu untuk membincangkan hal-hal yang penting dengan anaknya. Namun, mereka sering kali bermain ala pegulat dengan anak dan ternyata ini adalah hal yang penting pula untuk perkembangan anak. "Ada penelitian yang mengatakan permainan adu gulat antara ayah dan anak (dengan lembut) bisa mendorong eksplorasi anak pada masa mendatang. Banyak yang berpikir bahwa permainan semacam ini bisa meningkatkan agresi pada anak lelaki. Namun, ada banyak data yang mendukung bahwa hal ini justru mendorong empati pada anak," papar William Pollack, profesor klinis dari Harvard Medical School. Studi juga menunjukkan bahwa para ayah sering kali menguatkan anak dan mendorong mereka untuk bereksplorasi dan bertemu orang lain. Ayah pun lebih sering mengajak anak untuk bermain ketimbang ibu.
Patrick Tolan, profesor di Curry School di University of Virginia, mengatakan, "Para ibu membantu anak merasa lebih didengarkan, diantisipasi, dan diingini. Sementara itu, ayah mengajar mereka bagaimana berinteraksi dengan orang lain dan bagaimana mengontrol diri mereka saat keinginan mereka tidak terpenuhi (dengan kata lain, mengajar anak tidak manja)."
Sebuah studi lain yang dilakukan di Universite de Montreal School of Psychoeducation berupa observasi interaksi orangtua dan anak balitanya saat mereka berada di situasi berisiko. Contoh eksperimennya, seorang asing mendekati anak dan saat si anak melihat mainan ditempatkan di atas tangga. Di penelitian tersebut, terlihat bahwa ibu mencoba berada dalam jarak yang sangat dekat, sementara ayah mengamati dari jauh. Menurut para peneliti, jarak jauh yang diberikan ayah membuat anak berani untuk mengeksplorasi tanpa harus takut tak ada yang menjaganya.
"Kami menemukan bahwa para ayah lebih mendorong anak untuk mengeksplorasi ketimbang ibu. Gaya yang tak terlalu protektif inilah yang mendorong anak untuk berani bereksplorasi," ujar pemimpin studi, Daniel Paquette. Para anak yang berpikiran mandiri pasti sepakat bahwa mereka akan lebih senang bereksplorasi tanpa adanya pengawasan superketat dari ibunya setiap saat dan setiap waktu, dan hal ini akan menggiringnya ke arah kepuasan pribadi (bahagia). Intinya adalah keseimbangan tanpa perlu overprotektif terhadap anak. Jadi, jangan lupa untuk mendorong suami menyisihkan (bukan menyisakan) waktu untuk anak secara rutin.
sumber dari: pondokeluarga.blogspot.com
Thursday, 20 February 2014
rindu seorang ibu
sumber dari: blognyafitri.wordpress.com
Sunday, 5 January 2014
Friday, 3 January 2014
Doa seorang ayah........
KETIKA artikel minggu lalu di bawah tajuk “Naungan khalifah, sultan dan imam” diterbitkan pada Isnin 25 November lalu, saya dan isteri telah pun kehilangan Khaled bin Muhammad Ali, anak bongsu kami.
Beliau kembali ke rahmatullah sebelum subuh 23 November, pada umur 20 tahun. Innalillahi wainna ialaihi rajiuun.
Doa saya, ibunya, kakak dan abang-abangnya serta seluruh keluarga: Semoga kematian Khaled diampuni ALLAH Subhanahu Wa Taala. Semoga roh Khaled diletakkan dalam kalangan orang soleh, siddiqin dan syuhada, amiin ya Rabbul alamin.
Buat Khaled: Sebanyak mana sekali pun air mata mengalir, ia tidak akan selama-lamanya mengeringkan, malah tidak setitis pun mengurangkan lautan sedih dan pilu serta cinta rindu kasih sayang di lubuk kalbu ayah dan mama.
Juga, jelas terbukti, kasih sayang dan keprihatinan yang ayah dan mama berikan rupa-rupanya tidak dapat mengisi semua kekosongan dan tidak sampai kepada apa yang Khaled berhak mendapatkan.
Semoga ALLAH SWT mengampuni ayah dan mama atas segala kelemahan, kekurangan, kealpaan, ketidakpekaan dan ketidakprihatinan.
Tiada kata yang dapat saya lafazkan untuk menzahirkan rasa hati, bukan sahaja bagi pihak diri saya sebagai ayah, juga bagi pihak semua yang mengasihi dan mengenali beliau. Biarlah Khaled sendiri yang melahirkan rasa hatinya menerusi kolum Khalifah Bisnes kali ini.
Justeru, berikut saya paparkan sajak beliau tanpa disentuh atau diperbetul sekalipun terdapat kesilapan ejaan dan istilah. Sajak ini terletak paling atas daripada sepuluh sajak beliau tulis yang saya dapati daripada laptop beliau.
Beliau tidak berikan sebarang tajuk kepada sajak ke sepuluhnya ini, seolah-olah penulisannya belum lagi berakhir dan menanti diteruskan.
Jika saya diizinkan memilih tajuk untuknya, mungkin paling sesuai ialah petikan daripada salah satu ungkapan di dalamnya: “Menuntut hak dan menebus masa silam”
....this heart aches at your very thought,
it grows heavier as my memories taunt me,
I can hold back these tears no longer,
many years have passed and I am now a man,
yet I still yearn for you, and that old house on the hill.
rindu dalam hatiku seperti ombak yang memukul pantai,
tidak akan henti sehingga akhir zaman,
sehingga daku dapat kembali ke
tanah asal, jiwaku akan bergelora ingin
kembali, walaupun ke tujuh
lautan ku merantau, Tanjung Puteri
tetap akan di kalbu.
you are the eternal jewel of the south,
the cradle of our civilisation, the custodian of our people,
a sanctuary of hope, an abode of dignity,
they basked in the light of your imperial glory,
and trembled at the might of your warriors.
hari berganti hari tahun berganti tahun,
namun malamku masih menjadi medan air mata,
jangan berani kau persoal cintaku, takkan dapat kau bayang rinduku,
anggaplah pantun ini sebagai janji,
akan datang suatu masa yang akan ku kembali,
menuntut hak dan menebus masa silam.
their blood coarses through my veins, their prayers guide my heart,
this bloodline is an oath of duty, a life of service,
sultan yang adil adalah sultan yang wajar disembah,
sultan yang zalim adalah sultan yang wajib disanggah...
Tan Sri Muhammad Ali Hashim
Presiden, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM)
ali.bizjihad@yahoo.com
29 November. 2013.
sumber dari: sinarharian.com.my
Tuesday, 26 November 2013
harapan anak-anak perdamaian
sumber dari: perempuanposo.com
30 Tahun Mendatang Anak Kita
Jangan remehkan dakwah kepada anak-anak! Jika telah terikat hatinya dengan Islam, mereka akan mudah bersungguh-sungguh menetapi agama ini setelah dewasa. Jika engkau siapkan mereka untuk siap menghadapi kesulitan, maka kelak mereka tak mudah ambruk hanya karena langkah mereka terhalang oleh kendala-kendala yang menghadang. Tetapi jika engkau salah membekali, mereka akan menjadi beban bagi ummat ini di masa yang akan datang. Cemerlangnya otak sama sekali tidak memberi keuntungan jika hati telah beku dan kesediaan untuk berpayah-payah telah runtuh.
Maka, ketika engkau mengurusi anak-anak di sekolah, ingatlah sejenak. Tugas utamamu bukan sekedar mengajari mereka berhitung. Bukan! Engkau sedang berdakwah. Sedang mempersiapkan generasi yang akan mengurusi umat ini 30 tahun mendatang. Dan ini pekerjaan sangat serius. Pekerjaan yang memerlukan kesungguhan berusaha, niat yang lurus, tekad yang kuat serta kesediaan untuk belajar tanpa henti.
Karenanya, jangan pernah main-main dalam urusan ini. Apa pun yang engkau lakukan terhadap mereka di kelas, ingatlah akibatnya bagi dakwah ini 30 40 tahun yang akan datang. Jika mereka engkau ajari curang dalam mengerjakan soal saja, sesungguhnya urusannya bukan hanya soal bagaimana agar mereka lulus ujian. Bukan. Yang terjadi justru sebaliknya, masa depan umat sedang engkau pertaruhkan!!! Tidakkah engkau ingat bahwa induk segala dusta adalah ringannya lisan untuk berdusta dan tiadanya beban pada jiwa untuk melakukan kebohongan.
Maka, ketika mutu pendidikan anak-anak kita sangat menyedihkan, urusannya bukan sekedar masa depan sekolahmu. Bukan. Sekolah ambruk bukan berita paling menyedihkan, meskipun ini sama sekali tidak kita inginkan. Yang amat perlu kita khawatiri justru lemahnya generasi yang bertanggung-jawab menegakkan dien ini 30 tahun mendatang. Apa yang akan terjadi pada umat ini jika anak-anak kita tak memiliki kecakapan berpikir, kesungguhan berjuang dan ketulusan dalam beramal?
Maka…, ketika engkau bersibuk dengan cara instant agar mereka tampak mengesankan, sungguh urusannya bukan untuk tepuk tangan saat ini. Bukan pula demi piala-piala yang tersusun rapi. Urusannya adalah tentang rapuhnya generasi muslim yang harus mengurusi umat ini di zaman yang bukan zamanmu. Kitalah yang bertanggung-jawab terhadap kuat atau lemahnya mereka di zaman yang boleh jadi kita semua sudah tiada.
Hari ini, ketika di banyak tempat, kemampuan guru-guru kita sangat menyedihkan, sungguh yang paling mengkhawatirkan adalah masa depan umat ini. Maka, keharusan untuk belajar bagimu, wahai Para Guru, bukan semata urusan akreditasi. Apalagi sekedar untuk lolos sertifikasi. Yang harus engkau ingat adalah: “Ini urusan umat. Urusan dakwah.” Jika orang-orang yang sudah setengah baya atau bahkan telah tua, sulit sekali menerima kebenaran, sesungguhnya ini bermula dari lemahnya dakwah terhadap mereka ketika masih belia; ketika masih kanak-kanak. Mereka mungkin cerdas, tapi adab dan iman tak terbangun. Maka, kecerdasan itu bukan menjadi kebaikan, justru menjadi penyulit bagi mereka untuk menegakkan dien.
Wahai Para Guru, belajarlah dengan sungguh-sungguh bagaimana mendidik siswamu. Engkau belajar bukan untuk memenuhi standar dinas pendidikan. Engkau belajar dengan sangat serius sebagai ibadah agar memiliki kepatutan menjadi pendidik bagi anak-anak kaum muslimin. Takutlah engkau kepada Allah ‘Azza wa Jalla. Sungguh, jika engkau menerima amanah sebagai guru, sedangkan engkau tak memiliki kepatutan, maka engkau sedang membuat kerusakan.
Sungguh, jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, tunggulah saatnya (kehancuran) tiba.
Ingatlah hadis Nabi shallaLlahu ‘alaihi wa sallam sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Bukhari:
إِذَا ضُيِّعَتِ اْلأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ. قَالَ: كَيْفَ إِضَاعَتُهَا يَا رَسُولَ اللهِ؟ قَالَ: إِذَا أُسْنِدَ اْلأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ.
“Jika amanah telah disia-siakan, maka tunggulah hari Kiamat,” Dia (Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah menyia-nyiakan amanah itu?” Beliau menjawab, “Jika satu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah hari Kiamat!” (HR. Bukhari).
Maka, keharusan untuk belajar dengan sungguh-sungguh, terus-menerus dan serius bukanlah dalam rangka memenuhi persyaratan formal semata-mata. Jauh lebih penting dari itu adalah agar engkau memiliki kepatutan menurut dien ini sebagai seorang guru. Sungguh, kelak engkau akan ditanya atas amanah yang engkau emban saat ini.
Wahai Para Guru, singkirkanlah tepuk tangan yang bergemuruh. Hadapkan wajahmu pada tugas amat besar untuk menyiapkan generasi ini agar mampu memikul amanah yang Allah Ta’ala berikan kepada mereka. Sungguh, kelak engkau akan ditanya di Yaumil-Qiyamah atas urusanmu.
Jika kelak tiba masanya sekolah tempatmu mengajar dielu-elukan orang sehingga mereka datang berbondong-bondong membawa anaknya agar engkau semaikan iman di dada mereka, inilah saatnya engkau perbanyak istighfar. Bukan sibuk menebar kabar tentang betapa besar nama sekolahmu. Inilah saatnya engkau sucikan nama Allah Ta’ala seraya senantiasa berbenah menata niat dan menelisik kesalahan diri kalau-kalau ada yang menyimpang dari tuntunan-Nya. Semakin namamu ditinggikan, semakin perlu engkau perbanyak memohon ampunan Allah ‘Azza wa Jalla.
Wahai Para Guru, sesungguhnya jika sekolahmu terpuruk, yang paling perlu engkau tangisi bukanlah berkurangnya jumlah siswa yang mungkin akan terjadi. Ada yang lebih perlu engkau tangisi dengan kesedihan yang sangat mendalam. Tentang masa depan ummat ini; tentang kelangsungan dakwah ini, di masa ketika kita mungkin telah tua renta atau bahkan sudah terkubur dalam tanah.
Ajarilah anak didikmu untuk mengenali kebenaran sebelum mengajarkan kepada mereka berbagai pengetahuan. Asahlah kepekaan mereka terhadap kebenaran dan cepat mengenali kebatilan. Tumbuhkan pada diri mereka keyakinan bahwa Al-Qur’an pasti benar, tak ada keraguan di dalamnya. Tanamkan adab dalam diri mereka. Tumbuhkan pula dalam diri mereka keyakinan dan kecintaan terhadap As-Sunnah Ash-Shahihah. Bukan menyibukkan mereka dengan kebanggaan atas dunia yang ada dalam genggaman mereka.
Ini juga berlaku bagi kita.
Ingatlah do’a yang kita panjatkan:
“اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ”
“Ya Allah, tunjukilah kami bahwa yang benar itu benar dan berilah kami rezeki kemampuan untuk mengikutinya. Dan tunjukilah kami bahwa yang batil itu batil, serta limpahilah kami rezeki untuk mampu menjauhinya.”
Inilah do’a yang sekaligus mengajarkan kepada kita agar tidak tertipu oleh persepsi kita. Sesungguhnya kebenaran tidak berubah menjadi kebatilan hanya karena kita mempersepsikan sebagai perkara yang keliru. Demikian pula kebatilan, tak berubah hakekatnya menjadi kebaikan dan kebenaran karena kita memilih untuk melihat segi positifnya. Maka, kepada Allah Ta’ala kita senantiasa memohon perlindungan dari tertipu oleh persepsi sendiri.
Pelajarilah dengan sungguh-sungguh apa yang benar; apa yang haq, lebih dulu dan lebih sungguh-sungguh daripada tentang apa yang efektif. Dahulukanlah mempelajari apa yang tepat daripada apa yang memikat. Prioritaskan mempelajari apa yang benar daripada apa yang penuh gebyar. Utamakan mempelajari hal yang benar dalam mendidik daripada sekedar yang membuat sekolahmu tampak besar bertabur gelar. Sungguh, jika engkau mendahulukan apa yang engkau anggap mudah menjadikan anak hebat sebelum memahami betul apa yang benar, sangat mudah bagimu tergelincir tanpa engkau menyadari. Anak tampaknya berbinar-binar sangat mengikuti pelajaran, tetapi mereka hanya tertarik kepada caramu mengajar, tapi mereka tak tertarik belajar, tak tertarik pula menetapi kebenaran.
***
Jangan sepelekan dakwah terhadap anak! Kesalahan mendidik terhadap anak kecil, tak mudah kelihatan. Tetapi kita akan menuai akibatnya ketika mereka dewasa. Betapa banyak yang keliru menilai. Masa kanak-kanak kita biarkan direnggut TV dan tontonan karena menganggap mendidik anak yang lebih besar dan lebih-lebih orang dewasa, jauh lebih sulit dibanding mendidik anak kecil. Padahal sulitnya melunakkan hati orang dewasa justru bersebab terabaikannya dakwah kepada mereka di saat belia.
Wallahu a’lam bish-shawab. Kepada Allah Ta’ala kita memohon pertolongan.
Maafkan saya.
sumber dari: osolihin.wordpress.com
Subscribe to:
Posts (Atom)

