Pages

Showing posts with label khatan. Show all posts
Showing posts with label khatan. Show all posts

Saturday, 22 March 2014

Alisklamp Tek Kullanımlık Sünnet Aleti 2004










sumber dari: http://alisklampsunnetaleti.blogspot.com/

Alisklamp




Alisklamp is the new generation of disposable circumcision clamp device available in the market. It is design, engineer and manufacturer to change the entire concept and process of conventional circumcision or the previous obsolete metal clamp device. No more open wound, no bleeding, no stitches, no more sticky bandages and no more risk of infection including hepatitis B/C and HIV. No more worries of failed clamp or other common complications. All this are new  major paradigm shift  away from the conventional circumcision.

And it is a complete improvement from the first generation of metal circumcision clamp device which is should be obsolete by today. It is also with comprehensive improvement from the second generation of circumcision clamp device like Plastibell, Taraklamp, Smartklamp, Sunathrone  and Ismail clamp. Alisklamp is emphasized on the total safety of the device.

The third generation of circumcision clamp device offered more then the above advantages, it is design and engineer to the finest product and produces the perfect male circumcision which to take care on all of the following features:

  • Technique : the technique is very simple, easily learn by any health-care professional and should not take more then 10 minutes. No other instrument required except for ‘Alisklamp’ and new sterile blade.

  • Safety  : Alisklamp is design to give maxima safety in doing the procedure. No worries of injury to the gland penis, no chances of bleeding, no worries of failed clamp and no worries of infection.

  • Sterility : Contrary to conventional circumcision which dealing with open surgery wound and lots of bleeding, here we are only dealing with CLOSED WOUND. Sterility is not the main issues here, it is enough to have a clean place without any sterile instrument, sterile drape or even sterile glove.

  • Aesthetic : The end result of the circumcision here is not really operator dependent like conventional circumcision is depending on the surgeon experience and expertise. Correct use of the Alisklamp  size should produce a standard good aesthetic look.

  • Pain : With adequate local anaesthesia. No pain during the procedure, after the procedure, during removal and after removal of the device.

  • Stress : No stress to the child and to their parents as the procedure is without any forceps or scissor and completed within 5-10 minutes.


sumber dari: http://dralisklamp.blogspot.com/

dua beradik bukan islam berkhatan di Masjid Negara





ne_07.1


Dua beradik bukan Islam adalah antara 200 kanak-kanak yang anak yang dirai dalam satu majlis berkhatan beramai-ramai anjuran Masjid Negara hari ini.
Chai Kian Fei, 10, dan Chai Kian Haw, 7, murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan China Yuk Chai berbaris bersama kanak-kanak lain sebelum mereka dimandikan dengan pancutan air oleh pasukan bomba dan penyelamat di pekarangan masjid.

Mereka yang memakai kain pelikat dan baju T kemudian menunggu giliran untuk dikhatan menggunakan teknik 'Alisklamp' oleh 10 pegawai perubatan klinik swasta.

Ibu dua beradik itu, Kok Mi Fung,
berkata beliau terpanggil untuk menghantar anaknya menyertai program ini kerana menyedari kepentingan berkhatan.
"Saya tertarik dengan program ini setelah terbaca iklan dalam sebuah akhbar dan berasa yakin.dengan kaedah berkhatan yang dijalankan", katanya kepada pemberita ketika menemani anaknya yang menunggu giliran.
Penolong Pergarah Kanan Unit Pendidikan Masjid Negara Mohammad Zaki Ibrahim berkata program tahunan anjuran Masjid Negara, yang bermula sejak tahun 1993, menyasarkan pelajar sekolah sekitar Lembah Klang.
"Mereka berusia antara lima hingga 12 tahun dan dikhatankan oleh 10 pegawai perubatan swasta yang sememangnya pakar dalam bidang berkenaan," katanya.

Beliau berkata kos berkhatan hanya RM150 seorang berbanding di klinik atau hospital yang boleh mencecah antara RM250 hingga RM280 seorang. - Bernama











sumber dari: http://www.carimember.com/

mengurangkan risiko kanser serviks






Lelaki berkhatan mampu mengurangkan risiko kanser serviks dan payu dara yang disebabkan oleh perpindahan kuman Human Papilloma Virus (HPV) kepada wanita semasa melakukan persetubuhan sehingga 20 peratus.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, kajian telah membuktikan bahawa berkhatan mampu mengurangkan perpindahan kuman virus HIV yang berlindung di bawah kulit hujung zakar.

"Kanser ini ada hubung kait dengan penyakit kelamin iaitu lelaki berkhatan mempunyai risiko yang rendah sebagai pembawa virus yang boleh menyebabkan kanser serviks dan payu dara pada wanita ketika melakukan persetubuhan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis berkhatan beramai-ramai UMNO Cheras dengan kerjasama Hospital Pantai di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pudu Ulu di sini hari ini.

Program itu dianjurkan bagi membantu golongan sasaran iaitu golongan tidak berkemampuan untuk berkhatan secara percuma.

Seramai 120 kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun berkhatan hari ini. Menariknya seorang kanak-kanak berbangsa Cina yang merupakan penduduk kawasan tersebut turut serta berkhatan.

Tambah Rosnah, selain itu, mereka yang berkhatan pada usia kurang dari setahun pula mempunyai kadar kanser prostat dan risiko jangkitan kuman pada saluran kencing sehingga 10 kali lebih rendah.

Menyedari kebaikan berkhatan, beliau menyarankan mereka yang bukan beragama Islam supaya turut berkhatan dari segi aspek kesihatan.

Sementara itu, pelajar tahun empat, Sekolah Kebangsaan Seri Tasik, Eldred Wong, 10, berkata, doktor menasihatinya supaya berkhatan ekoran jangkitan pada saluran pundi kencing yang dialaminya sejak dua tahun yang lalu.

"Sebelum ini saya takut, apabila ramai kawan-kawan saya yang lain berkhatan, saya tidak sabar pula," katanya.

sumber : Utusan Malaysia Online



sumber dari: http://www.abhamz.com/

Friday, 6 September 2013

Berkhatan dan Khidmat Kesihatan Anjuran Pejabat DUN




WAKAF BERANGAN, 18 Disember – Seramai 86 orang kanak-kanak di DUN Limbongan berumur antara 10-12 tahun telah menyertai Program Pembangunan Komuniti dan Khidmat Masyarakat untuk berkhatan sempena di musim cuti sekolah ini.


Program di bawah anjuran Pejabat DUN Limbongan yang diadakan di PASTI Pintar Majidiah ini telah dirasmikan oleh YDP PAS Kawasan Pasir Puteh, YB. Dr. Nik. Mazian B. Nik Mohamad.

Sementara itu ADUN Limbongan yang kini dalam lawatan kerja China menghantar SMS kepada limbongan.net menyatakan rasa rindu kepada rakyat walaupun baru beberapa hari di sana. “Dalam mencari ilmu, mesti berkorban. Tarbiyyah diri sendiri dan ummah, fikir bagaimana ummah mesti berkerjaya dan mencari kepuasan demi kerana Allah SWT” – petikan SMS Drs Hj. Zainuddin.

Sumbangan dari MTD Limbongan berupa beg sekolah juga diberikan kepada peserta yang hadir berkhatan.


sumber dari: limbongan.net

khatan di Indonesia




Sunat Wanita


sumber dari: sensasi-malaya.blogspot.com

khatan di Iraq




Wanita Bersunat Dan Berkhatam


sumber dari: sensasi-malaya.blogspot.com

khatan di Afrika




Copy Protect


sumber dari: sensasi-malaya.blogspot.com

'Pengantin baru' dikhatan




'Pengantin baru' dikhatan


CHUKAI – Karnival Berkhatan dan Bertindik Telinga Perdana Peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai yang disertai seramai 300 kanak-kanak meninggalkan kenangan manis buat semua peserta.

Mereka diraikan seperti pengantin baru dan diarak menaiki kenderaan sejauh kira-kira tujuh kilometer mengelilingi bandar Chukai semalam. Seramai 200 kanak-kanak lelaki yang menyertai acara berkhatan diarak menaiki dua buah ‘low loader’ berhias. Sementara, 100 kanak-kanak perempuan yang bertindik diarak dengan menaiki pacuan empat roda bermula dari Pusat Khidmat Masyarakat Dun Chukai sebelum berhenti seketika di hadapan Pasar Chukai.

Perarakan itu yang diiringi paluan kompang dan selawat menjadikan suasana bandar Chukai yang lengang bertukar meriah. Setiba di Pasar Chukai, peserta dihiburkan dengan persembahan silat dan tarian tradisional.
Lebih bermakna, orang awam yang berada di sekitar kawasan itu diberi peluang untuk merenjis air mawar dan memberikan bunga telur kepada semua peserta sebelum perarakan diteruskan sehingga tiba di Padang Astaka.

Suap pulut kuning

Bermula di Padang Astaka, peserta khatan diusung, sementara kanak-kanak perempuan berjalan kaki sehingga tiba semula ke pekara-ngan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Chukai, seterusnya semua peserta khatan dimandikan dengan air pili bomba.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera merasmikan karnival yang pertama kali dianjurkan pihaknya itu. Sebagai gimik perasmian, beliau turut menyuap pulut kuning kepada peserta khatan yang berada di atas ‘low loader’. Hadir sama pada program anju-ran Pusat Khidmat Masyarakat Dun Chukai dengan kerjasama Pejabat Daerah Kemaman, Pejabat Kesihatan Kemaman dan Jawatankuasa

Kemajuan dan Keselamatan Kampung Taman Perumahan Gong Pauh itu ialah Pegawai Daerah Kemaman, Mohamad Kamil Othman dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kemaman, Mohd Hisham Zubir.

Kurang beban Kewangan

MOHAMED berkata, program percuma berkenaan diadakan sempena musim cuti persekolahan, seterusnya bagi memastikan kanak-kanak dapat berkhatan dan bertindik secara sempurna.

“Kita anjurkan program ini secara percuma untuk mengurangkan beban kewangan ibu bapa dan penjaga kerana kos untuk berkhatan juga agak tinggi. "Untuk kanak-kanak lelaki, acara berkhatan diadakan selama dua hari iaitu seramai 129 kanak-kanak dikhatankan hari ini dan selebihnya esok," katanya.

Menurutnya, istimewanya karnival berkenaan kerana turut diadakan ceramah agama berkaitan khatan untuk  ibu bapa dan penjaga yang menunggu anak masing-masing.

Bantu penduduk miskin

SEMENTARA itu, seorang bapa yang juga penjual ikan secara kecil-kecilan, Abdullah Omar, 54, dari Paya Berenjut memuji usaha yang dilakukan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Chukai itu bagi membantu ibu bapa dan penjaga yang kurang berkemampuan.

“Bagi orang miskin dan kurang mampu, nilai RM70 atau RM80 bayaran berkhatan di klinik adalah besar, jadi dengan adanya acara percuma ini orang miskin tidak perlu mengeluarkan belanja,” katanya. Menurutnya, menerusi acara berkenaan, anak kelimanya, Mohd Izadludin, 12, dapat merasai pengalaman manis berkhatan beramai-ramai yang pasti kekal dalam ingatan. Dalam pada itu, peserta, Khairul Nizam Khairul Anuar, 12, berkata, gimik karnival mengurangkan debaran yang dirasainya sebelum dikhatankan.

“Saya tidak pernah berasa gembira sebegini. Saya akan kenang pe-ngalaman ini sampai bila-bila,” katanya yang juga anak sulung daripada empat beradik.


sumber dari: sinarharian.com.my

Yahudi juga berkhatan sepertimana ISLAM






Berkhatan adalah bermaksud proses membuang  atau  memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar sehingga nampak (terdedah) kepala zakar itu secara keseluruhannya. Bagi lelaki yang beragama ISLAM,adalah wajib baginya berkhatan. Manakala bagi perempuan,ia jatuh kepada sunat sahaja. 

Dalil yang menjadi landasan berkhatan bagi orang mukmin adalah:
Rasullulah saw bersabda yang bermaksud: 
 “Buanglah rambut-rambut kamu yang ada ketika kamu kufur dan berkhatanlah.”(Hadis riwayat Abu Daud)
Walaubagaimanapun,adakah anda semua tahu bahawa agama Yahudi juga mewajibkan penganutnya berkhatan?berkhatan bagi penganut Yahudi mempunyai salur-galur yang sama dengan agama kita,ISLAM.
Berkhatan bagi Yahudi

Berkhatan bagi lelaki Yahudi adalah wajib sebagaimana wajibnya lelaki ISLAM berkhatan. Sepertimana berkhatan cara ISLAM, berkhatan cara Yahudi juga membuang selaput kulit yang menutupi zakar sehingga terdedah kepala zakar.

Berkhatan bagi istilah Hebrew adalah Brit Milah. Perlu diketahui bahawa orang Yahudi terbahagi kepada beberapa loghat seperti loghat Sephardi,loghat Ashkenazi dan loghat Yiddish. Dengan itu Brit Milah jika bagi loghat Sephardi akan disebut Berit Milah, loghat Ashkenazi akan disebut Bris Milah manakala loghat Yiddish hanya akan disebut Bris sahaja.

Apapun jenis loghatnya, upacara Brit Milah tetap sama. Upacara Brit Milah boleh dikatakan semeriah majlis berkhatan bagi rakyat Malaysia. Akan tetapi, majlis Brit Milah dipenuhi dengan adat-adat dan kepercayaan Yahudi.


sumber dari: takusahrisau.wordpress.com

Pesakit Heamophilia Dan Kanak-kanak Cacat Akal




dsc_0568


Pesakit heamophilia tidak diwajibkan berkhatan kerana proses khatan boleh membawa mudharat kepada pesakit. Walau bagaimanapun, aspek taharah bagi pesakit heamophilia perlu dipelajari dan diberi perhatian khusus oleh pesakit berkenaan untuk memastikan kesempurnaan bersuci dan kesahihan ibadah.

Bagi kanak-kanak yang cacat akal, kewajipan berkhatan adalah bergantung kepada tahap kecacatan otak yang dialaminya. Gugur semua kewajipan melaksanakan ibadat termasuk berkhatan ke atas kanak-kanak yang mengalami kecacatan otak yang teruk. Ahli keluarga kanak-kanak berkenaan perlu memastikan kebersihan anggota kanak-kanak tersebut dijaga dengan baik.


sumber dari: fiqhmedic.wordpress.com

Khitan Wanita






Khitan wanita biasanya dilakukan dengan dua cara;

1. Memotong sedikit atau menyiat clitoris/kelentit
Clitoris (kelentit) adalah lebihan di atas bukaan faraj. Ia sarat dengan saraf (nerve). Oleh itu, ia adalah tempat paling sensitif apabila diransang.

1.1. Dalam amalan khitan wanita terutama di sebahagian negara Afrika, clitoris ini dipotong secara total. Maka apabila berkahwin, wanita tersebut akan mengalami masalah seks kerana kurang terangsang semasa seks penetratif. Ini akan beri tekanan kepada suami mahupun isteri. Walaupun ada mengatakan G-spot adalah tempat paling sensitif, tapi ia masih teori yang subjektif.

1.2 Terdapat juga wanita yang mudah terangsang apabila clitoris yang sarat dengan saraf bergesel dengan baju, kain ataupun semasa seks penetratif. Ini memberi masalah kepada wanita kerana terlebih ransangan boleh menyebabkan orgasm pramatang. Jadi, khitan semasa kecil dengan mengguris sedikit clitoris boleh mengurangkan rangsangan tersebut apabila kumpulan saraf yang sarat itu ‘dipecahkan’, tapi tidaklah sampai hilang kesemuanya.

2. Menjahit atau memotong kulit permukaan faraj (labia majora & labia minora)
Lipatan kulit pada permukaan faraj terbahagi kepada dua bahagian, iaitu labia majora (bahagian luar) dan labia majora (sebelah dalam).

2.1 Terdapat masyarakat yang mengkhatankan wanita dengan memotong labia majora & labia minora (kulit luar faraj) dengan sedikit ataupun keseluruhannya termasuklah kelentit. Ini menyakitkan dan tiada faedah mahupun kepentingan dari sudut perubatan. Ini diamalkan di banyak negara Afrika sehingga anak gadis tersebut ditambat pada pokok untuk dipotong. Inilah yang digambarkan buruk oleh journalis barat tentang khitan wanita.

2.2. Ada juga masyarakat yang menganggap khitan wanita dengan menjahit kulit permukaan faraj (labia majora & labia minora) untuk menutupnya secara sebahagian atas alasan menjaga kehormatan. Jadi bukaan faraj akan jadi kecil, dan ini memberi masalah kepada wanita bila kahwin kerana suami tidak boleh adakan seks penetratif. Maka, ia terpaksa dibedah untuk membukanya semula. Dikhabarkan juga ada yang menjahitnya secara total, dan ia tidak logik kerana menyukarkan wanita untuk kencing.

Kesimpulan

Kaedah khitan wanita 2.1 (memotong kulit luar faraj secara total atau sebahagian) tidak membawa apa faedah, tidak mencapai matlamat syara’ malahan memudaratkan Muslimah tersebut. Apatah lagi memberi persepsi salah kepada Islam.

Kaedah khitan 1.1 (memotong kelentit secara total) dan 2.2 (menjahit untuk menutup lubang faraj) juga tidak memenuhi maksud syariat, bahkan memberi mudarat kepada wanita & pasangannya apabila berkahwin.

Kaedah 1.2 (mengguris/menyiat sebahagian kelentit) adalah menepati seperti yang dianjurkan hadis demi kemuliaan wanita untuk mengurangkan potensi ransangan syahwat. Ia bukanlah wajib. Tidak mengapa jika tidak dilakukan. Dan sangat digalakkan jika didapati wanita tersebut sangat mudah teransang.

Akhirnya, mengetahui penjelasan sains perubatan & maksud syariah amat penting bagi umat Islam dalam menentukan teknik khitan wanita yang dituntut, agar tiada mudarat kepada wanita & bakal suaminya di masa kelak.

WaLLAHu a’lam.


sumber dari: fiqhmedic.wordpress.com

11 remaja Cina bersunat




11 remaja Cina bersunat


PASIR MAS – Walaupun amalan berkhatan menjadi kemestian dalam kalangan umat Islam, namun masyarakat Cina di Kampung Pasir Parit menjadikannya sebagai tradisi sejak sekian lama.

Remaja, Justin Khor Han Shen, 15, berkata, dia sudah menanam niat mahu berkhatan sejak di bangku sekolah rendah lagi. Justin berkata, ibu bapanya juga tidak menghalang malah menggalakkan untuk bersunat sepertimana yang dilakukan oleh ahli keluarganya yang lain.

“Sebelum bersunat, saya ada bertanya kepada rakan saya yang beragama Islam dan mereka banyak memberi semangat agar tidak takut ketika berhadapan dengan ‘tok mudim’. “Keberanian saya mula timbul apabila melihat kanak-kanak Islam tidak gentar mahupun menangis ketika dikhatankan. Malulah jika saya yang sudah remaja, menangis ketika bersunat,” katanya semalam.

Menurutnya, rakannya juga ada memberi semua petua serta pantang larang sebelum dan selepas bersunat, agar ia tidak memudaratkan kesihatannya kelak.

Tradisi keluarga turun-temurun

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Gerakan Kelantan, Albert Khor berkata, tradisi berkhatan bukanlah perkara baru kerana ia dilakukan lebih 50 tahun lalu. “Ini bukan suatu yang pelik kerana rata-rata lelaki yang mencecah usia lapan tahun, akan bersiap sedia untuk berkhatan. Tanya sahaja penduduk lelaki di kampung ini, pasti sukar untuk mencari yang belum bersunat,” katanya.

Menurutnya, amalan ini diterima oleh masyarakat Cina kerana menjadi tradisi turun-temurun bermula daripada nenek moyang yang menetap di Pasir Mas puluhan tahun lalu. Albert berkata, tiada salahnya untuk berkhatan kerana ia baik dari segi kesihatan malah kebersihan turut terjamin. Katanya, amalan yang baik daripada kaum lain boleh dibuat, kerana ia memberi manfaat kepada pelaku malah ia juga tidak menyalahi agama yang dianuti. “Kanak-kanak masa kini bertuah kerana tidak akan merasa sakit kerana pelbagai kemudahan serta teknologi digunakan ketika bersunat. Berbeza dengan zaman dahulu, kami disunatkan tanpa menggunakan bius malah penggunaan batang pisang turut menyakitkan mereka sehingga sebulan lamanya,” katanya.

Menurutnya, penggunaan teknologi dan ubat ini dapat mempercepatkan proses pemulihan daripada sebulan kepada hanya tiga hari.

Generasi kelima

Sementara itu, Tok Mudim Kampung Buluh Melintang, Kangkong, Mohamad Suhaimi berkata, dia tidak menyangka seramai 11 remaja berbangsa Cina berusia lapan hingga 18 tahun berani untuk berkhatan.

Sebelum ini katanya, alternatif berkhatan secara separa tradisional dan moden ini, hanya disertai oleh pelajar Melayu. Menurutnya, dia menjadi tok mudim sejak 20 tahun lalu dan menjadi kepakaran turun temurun sejak lima generasi lalu. “Saya belajar daripada arwah bapa dan datuk, yang mana ketika itu masih lagi menggunakan rawatan tradisional. Ketika itu, remaja yang bersunat tidak dibius dan tidak dijahit, sebaliknya hanya dibalut menggunakan kain sehingga menyebabkan terpaksa berpantang selama sebulan,” katanya.

Beliau berkata, kaedah bersunat yang digunakan kini lebih moden dan tidak memakan masa yang lama untuk berpantang. Mohamad yang juga peniaga dan pembuat batu nisan menasihati remaja yang berkhatan, agar mematuhi semua pantang larang pemakanan, agar proses penyembuhannya lebih cepat.


sumber dari: sinarharian.com.my

Hukum Khatan






Dalil utama berkaitan ‘Khatan’ adalah

خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب
“Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur) dan memendekkan misai.” (Riwayat Muslim)

Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-

Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . 
Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.

Wajib bagi lelaki dan wanita . 
Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,

Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. 
Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.

Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelaki satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.

Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada. Katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.

Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.

Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi, pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-Azhar dan Dr Md Sadiq selepas melihat hadith-hadith Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan.
“Kelentit wanita (yang dipotong sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki.” dan pelbagai lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan. Di akhirnya pakar perubatan ini berkata :

“Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah “isymam” atau memotong sedikit hujung dari kelentit.” ( Majalah, Oktober 1994)

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi setelah membawakan dalil-dalil bagi kumpulan yang mewajibkan berkata, hadith-hadith dalam hal wajib khitan bagi wanita adalah lemah. Justeru khitan adalah wajib bagi lelaki sahaja, dan tidak wajib dan tidak juga sunat bagi wanita. Hanyalah harus bagi wanita, dan digalakkan jika boleh membawa kepada manfaat, dan tidak digalakkan jika sebaliknya.

Qaradawi juga berkata, setakat pengetahuannya bahawa wanita-wanita Arab kebanyakkan tidak berkhitan kecuali Mesir dan Sudan. Adapun negara Arab di Teluk dan Maghribi tiada khatan bagi wanitanya, dan ulamanya juga senyap tiada memberi komen.


sumber dari: fiqhmedic.wordpress.com

Dua beradik India teruja berkhatan




Dua beradik India teruja berkhatan beramai-ramai


Dahulunya acara berkhatan beramai-ramai selalunya sering disertai kanak-kanak Islam sahaja, tetapi kini agama lain juga tidak mahu ketinggalan untuk turut sama memeriahkannya.

M Thivagar, 9, dan adiknya, M Pavithran, 8, teruja apabila berpeluang merasai pengalaman berkhatan bersama 48 kanak-kanak Islam lain dalam satu program di Kampung Kijang, Alma.
Thivagar berkata, dia seronok dapat bersama-sama mengambil bahagian dalam program berkenaan meskipun mereka berlainan agama.

Menurutnya, galakan daripada kedua ibu bapa, P Muniswaran, 35, dan M Amarawathy, 35, banyak membantu dia dan adiknya melalui detik bermakna sebelum melangkah ke alam dewasa.
"Pada mulanya kami agak takut kerana tidak tahu bagaimana rasanya ketika disunatkan, tetapi kami harunginya selepas diberi kata-kata semangat dari ibu bapa," katanya yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan Stowell, di sini.

Sementara itu, Muniswaran berkata, adalah menjadi tradisi bagi keluarganya untuk berkhatan dan oleh sebab itu dia menggalakkan kedua-dua anaknya itu untuk turut sama melakukannya.
Ditanya mengapa memilih untuk bersama masyarakat Melayu, katanya ia dapat memberi pendedahan kepada mereka tentang budaya dan adat Melayu dalam berkhatan.

"Keluarga saya dari dulu lagi amat menggalakkan kami untuk bersunat untuk menjaga kesihatan dan kebersihan. Saya juga bersunat dahulu dan menurunkannya kepada anak-anak," katanya.
Dalam pada itu, program anjuran Biro Pendidikan Umno Bahagian Bukit Mertajam bersama Belia 4B Kawasan Bukit Mertajam itu dirasmikan Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Majlis berkhatan diadakan pada Sabtu dan separuh daripada kanak-kanak yang terlibat bermalam di Tabika Kemas Kampung Kijang sebelum dibenarkan pulang ke rumah, semalam.
Mereka turut diberikan cenderahati oleh pihak penganjur sebagai hadiah di atas keberanian dalam menempuh cabaran berkhatan.
Musa berkata, program itu sudah memasuki tahun ke-4 penganjuran dengan bayaran yang dikenakan RM30 seorang.

Menurutnya, program tersebut dilihat sebagai medan terbaik bukan sahaja dalam mengeratkan hubungan antara masyarakat setempat, tetapi juga memupuk semangat kerjasama dan perpaduan tanpa mengira kaum.
Hadir sama, Pengerusi Biro Pendidikan Umno Bahagian Bukit Mertajam yang juga merupakan Timbalan Umno Bahagian Bukit Mertajam, Ramlan Ishak.


sumber dari: gambargambarpelik.blogspot.com

Wednesday, 22 May 2013

Pilih khatan tradisional



Ada dalam kalangan ibu bapa yang memberi kata-kata semangat kepada anak mereka.



Setiap kali musim cuti sekolah bermula, pasti ramai ibu bapa yang mempunyai anak lelaki akan merancang untuk mengkhatankan anak mereka.

 Berkhatan atau bersunat bagi masyarakat Melayu khususnya yang beragama Islam merupakan proses yang wajib dilalui sebelum kanak-kanak membesar.

 Bagi ibu bapa sendiri, sudah tentunya ingin memberikan kaedah terbaik buat anak lelaki mereka untuk berkhatan.

Meskipun di zaman ini kebanyakan ibu bapa, terutama yang tinggal di bandar lebih gemar memilih untuk melakukan majlis berkhatan secara moden, namun masih ada lagi segelintir mereka yang berminat mengamalkan kaedah tradisional.

 Perkara ini turut diakui seorang tok mudim, Idrus Abd Wahab, 46, yang mewarisi kerjaya mengkhatan daripada moyang, datuk dan bapanya.

Mengakui kaedah tradisional ada keunikan dan keistimewaannya yang  tersendiri, Idrus berkata, masih ramai lagi ibu bapa yang memilih untuk mengekalkan tradisi itu dan mempercayai tok mudim.

“Walaupun pelbagai kaedah moden yang ada pada masa kini seperti laser dan gunting, namun masih ada lagi golongan yang lebih gemar meneruskan tradisi berkhatan melalui kaedah tradisional.

“Saya sendiri pernah mengkhatankan anak-anak golongan korporat dan ada juga dalam kalangan doktor yang memilih tok mudim untuk mengkhatankan anak mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

 Idrus berkata, kaedah tradisional masih lagi dipercayai kerana teknik memotong yang digunakan adalah menggunakan pisau.

 Selain itu, katanya, cara komunikasi mesra yang masih diamalkan oleh tok mudim juga membantu proses berkhatan bagi mengelakkan kanak-kanak berasa takut.

“Bagi jangka masa panjang, penggunaan pisau akan membuatkan urat menjadi cekang dan mengelakkannya kendur.

“Mungkin atas sebab itulah yang membuatkan ramai ibu bapa lagi yang masih menggemari kaedah tradisional,” katanya lagi.

Idrus ditemui semasa majlis berkhatan perdana 2012 anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Baru, Alma, di sini.



sumber dari: sinarharian.com.my


Seramai 70 orang anak kakitangan Yayasan Felda dikhatankan sempena cuti persekolahan



MM3011SS06


Wan Muhammad Hazmi Wan Muhammad Zaim 8, melihat petugas sukarelawan semasa “dikhatankan” di dalam bilik berkhatan di Dewan Felda November 30, 2011. Seramai 70 orang anak kakitangan Yayasan Felda dikhatankan sempena cuti persekolahan penggal ke empat 2011 dan melibatkan 5 orang doktor serta 10 pembantu sukarelawan.


sumber dari: samsulsaid.wordpress.com

Tuesday, 13 November 2012

benarkah bersunat dilarang dalam ajaran kristen






Bila di antara pembaca mempunyai seorang teman yang beragama Kristen, dan pembaca sempat menanyakan tentang bersunat kepada dia, tentu dia akan menyatakan bahwa bersunat dilarang dalam ajaran Kristen, sehingga tidak aneh bagi seorang laki-laki Kristen sampai dia besar dan menikah bahkan sampai dia matipun tidak akan pernah bersunat.

Namun di Amerika dan negara-negara maju lainnya, bagi orang-orang Kristen yang sekular akan memilih bersunat walaupun hal itu menentang ajaran agamanya, bagi orang-orang sekular manfaat yang didapatkan dari bersunat tidak dapat dipungkiri lagi, oleh karenanya orang-orang sekular memilih bersunat dan mengacuhkan larangan agamanya, bagi orang-orang sekular keputusan bersunat adalah urusan dunia dan bukan urusan agama, sikap orang-orang sekular ini tentunya sangat memukul ajaran Kristen, pasalnya mereka seakan-akan menganggap ajaran tidak bersunat adalah ajaran yang tidak mengetahui kebersihan, kesehatan dan fitrah manusia.

Menurut hasil penelitian, bersunat mempunyai banyak manfaat diantaranya Kebersihan, karena dengan bersunat jalan keluar urine tidak ada yang menghalangi lagi dan tidak ada tempat bagi tertampungnya kotoran pada kelamin. Kesehatan, Memang, sunat dapat menghindari timbulnya berbagai penyakit. Misalnya, fimosis, parafimosis, kandidiasis, serta tumor ganas dan pra ganas pada daerah alat kelamin laki-laki. Dan, terbukti pula, penis laki-laki yang disunat lebih higienis. Jadi, di masa tuanya kelak, ia jadi lebih mudah merawatnya.
Dan, yang paling menarik, selain jadi lebih sensitif, tidak mudah lecet dan terkena iritasi, bersunat juga punya pengaruh terhadap kehidupan seksual laki-laki. Ia akan terhindar dari ejakulasi dini! Dan masih banyak manfaat dari bersunat. (pada hal. 4 saya kutipkan penelitian terkini dari manfaat bersunat)

Mari kita kaji, benarkah di Kristen tidak ada ajaran bersunat, padahal Yesus sendiri bersunat, mengapa orang-orang Kristen tidak bersunat padahal mereka mengklaim sebagai pengikut Yesus, nenek moyang Yesus yaitu nabi Ibrahim juga bersunat, lalu apa resiko dalam agama bila mereka bersunat ?



sumber dari: mualaf.blogsome.com

100 ribu wanita britain berkhatan






LONDON : Sekurang-kurangnya 100,000 wanita di Britain dilaporkan berkhatan dengan pengamal perubatan di Britain yang menawarkan untuk menjalankan prosedur terbabit secara haram terhadap golongan budak perempuan seawal usia 10 tahun.

Sekumpulan wartawan dari Sunday Times berkata bahawa mereka merakamkan secara rahsia seorang doktor, doktor gigi dan pengamal perubatan alternatif yang didakwa bersedia untuk menjalankan khidmat khatan berkenaan atau mengatur supaya pembedahan dijalankan. Doktor dan doktor gigi terbabit menafikan mereka melakukan sebarang kesalahan.

Amalan berkenaan yang membabitkan pembedahan membuang alat kelamin dalaman dan dalam beberapa kes menjahit bukaan faraj adalah haram di Britain dan boleh membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun. Ia juga bertentangan dengan undang-undang untuk melakukan pemotongan genitalia wanita (FMG).
Amalan yang dikenali sebagai ‘memotong’ secara tradisi dijalankan atas alasan budaya di Afrika dan dengan meningkatnya jumlah imigran dari negara seperti Sudan, Somalia dan Habsyah ia menjadi semakin biasa di Britain.

Ia dipercayai bertujuan untuk membuktikan ‘kesucian’ seorang gadis apabila mereka berkahwin. Pesakit biasanya jarang diberikan ubat bius dan akan mengalami kesakitan.

Kajian mendapati bahawa setiap tahun lebih 22,000 gadis di Britain dan lebih 6,000 di London berisiko terhadap prosedur yang mungkin boleh membawa maut itu.

Polis Metropolitan berkata bahawa sejak 2008, mereka menerima sebanyak 166 laporan membabitkan mereka yang bimbang berisiko terhadap FGM. Di 43 wilayah di England dan Wales, tiada yang pernah disabitkan dengan kesalahan itu, lapor Sunday Times. Akhbar itu menambah hanya dua doktor yang digantung lesen mereka oleh Majlis Perubatan Umum sejak 1980.

Sebuah pertubuhan kebajikan yang berkempen menentang FGM, Forward menganggarkan bahawa sebanyak 100,000 wanita di United Kingdom melakukan khatan.

Model Waris Dirie, yang mendakwa pernah melakukan khatan ketika kanak-kanak adalah antara mereka yang bersuara lantang menentang amalan itu.

Beliau yang menggesa tindakan tegas terhadap FGM berkata: “Jika seorang gadis kulit putih didera, polis akan datang memecah pintu. Jika seorang gadis kulit hitam dikhatan, tiada siapa yang mengambil berat terhadapnya. Ini yang saya sifatkan sebagai perkauman.”



sumber dari: maklumat.my

sunathrone -alat lebih praktikal untuk berkhatan






sumber dari: pergh.com