sumber dari: mau.my/
Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [Surah Al-'Asr Ayat 1-3]
Showing posts with label guru. Show all posts
Showing posts with label guru. Show all posts
Monday, 12 May 2014
Pendrive Korporat Hadiah Hari Guru
sumber dari: mau.my/
Bersemangat sambut Hari Guru 2014
Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi:
Kecekalan, kesabaran mendidik jadi sumber motivasi kepada murid
Perubahan zaman dan kemajuan teknologi tidak pernah mengubah tugas dan jasa guru mendidik dan membekalkan ilmu kepada seluruh murid.
Tugas guru pada masa ini pula semakin mencabar sekali gus memerlukan kreativiti dan inovasi untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan kepada murid selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Untuk menggambarkan pengiktirafan kepada jasa guru, pada 16 Mei setiap tahun, Kementerian Pendidikan menganjurkan sambutan Hari Guru yang diisi dengan pelbagai program yang menjurus kepada penghargaan kepada guru.
Dari perspektif murid pula, selain mengajar subjek yang berkaitan, guru juga dianggap rakan dan teman untuk berbincang dan meluahkan perasaan, khususnya berkaitan dengan perkembangan diri.
Murid cemerlang Tahun Enam, Sekolah Rendah Seri Bintang Selatan, Siti Umairah Mohd Ja’afar, berkata sambutan Hari Guru memang dinantikan dia dan rakan-rakan kerana pelbagai aktiviti dirancang untuk memeriahkan sambutan.
“Antaranya, murid diberi peluang untuk mengundi guru kesayangan mereka sebagai salah satu pengiktirafan khas seperti anugerah guru penyayang dan anugerah guru kreatif.
“Bagaimanapun, ia sekadar sambutan kerana seharusnya murid menyayangi semua gurunya,” katanya yang bercita-cita menjadi arkitek.
Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Jaya, Praveen Nair, 16, berkata guru hari ini lebih terbuka dengan murid sehingga memudahkan pemahaman dalam akademik dan kokurikulum.
“Saya dapat membayangkan betapa sukarnya kerjaya sebagai guru yang harus mengajar pelbagai subjek khusus.
“Lebih-lebih lagi, dengan aplikasi teknologi baharu yang berdaya saing, seseorang guru juga harus mempunyai motivasi tinggi untuk berdepan dengan pelbagai kerenah pelajar,” katanya.
Kerjaya mulia
Turut bercita-cita menjadi guru, Tee Ke Ran, 16, bagaimanapun mengakui kerjaya itu tidak semudah yang disangka kerana pelbagai tugasan seolah-olah bekerja sepanjang masa.
“Kalau hendak diikutkan, kerjaya guru tidak menawarkan pendapatan lumayan berbanding bidang profesional lain. Pun begitu, kerjaya mulia ini mempunyai tarikan tersendiri yang mampu melahirkan pemimpin masa hadapan negara.
“Falsafah tidak kenal erti lelah dalam mendidik murid inilah yang membuatkan guru dipandang tinggi,” katanya.
Azmierul Hakkem Azmi, 15, berkata guru hari ini bukan saja mendidik, tetapi menjadi rakan murid sepanjang masa.
“Setiap guru memainkan peranan cukup besar membimbing murid menjadi generasi yang berdaya saing pada masa depan.“Mereka bukan saja membantu murid yang lemah dalam mata pelajaran, malah menjadi pendengar yang paling setia,” katanya.
Kagum dengan semangat kental guru yang tidak pernah kenal erti putus asa, Celina Kan Zhi Hui, 12, berkata dia sentiasa menjadikan sikap sabar dan bertanggungjawab guru sebagai pembakar semangat untuk cemerlang dalam pelajaran.
“Melihat pengorbanan guru yang terus bersemangat mengajar, ia menambah motivasi untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam kelas.“Tidak semua orang boleh menggalas tanggungjawab sebagai guru, lebih-lebih lagi mengawal kelakuan murid,” katanya yang kagum dengan kegigihan guru.
Syasmeen Anshary, 16, berkata guru tidak terkecuali berdepan cabaran baharu bagi merangka modul pembelajaran terbaik untuk diterjemahkan kepada pelajar.
“Setiap guru mempunyai cara tersendiri yang dapat menarik minat pelajar. Saya sendiri mengagumi cara cikgu Lim Fice Tine mengendalikan subjek Bahasa Melayu dalam kelas.
“Kesabaran guru yang tekun mendidik pelajar sentiasa menjadi sumber motivasi buat saya untuk belajar bersungguh-sungguh,” katanya.
Rangka pelbagai program
Mengakui yang tugasan sebagai guru tidak terhad mendidik pelajar, Sean Wong Jun Xian, 16, berkata dia menyedari guru turut berperanan besar dalam merangka kecemerlangan akademik murid dan sekolah.
“Dulu saya ingat guru akan turut bercuti seperti mana murid di musim cuti sekolah, sebaliknya mereka perlu ke sekolah bagi merangka pelbagai program untuk membentuk kecemerlangan pendidikan murid.“Hanya yang istimewa mampu mampu bergelar guru lebih-lebih lagi berdepan ragam murid yang pelbagai.
Mengakui akan berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan guru sekolah rendah selepas berakhirnya peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, N Paalani Veel, 12, bagaimanapun akan tetap menghargai setiap pengorbanan dan tunjuk ajar guru dalam mendidik menjadi salah seorang murid cemerlang.
“Selain sudah memberikan pengajaran terbaik sepanjang sesi persekolahan biasa, guru masih lagi mengajar kelas tambahan selama sejam untuk memastikan kami mendapat lebih manfaat dalam setiap subjek,” katanya yang bercita-cita menjadi doktor pakar.
sumber dari: bharian.com.my/bharian/
Koleksi Ucapan Selamat Hari Guru
sumber dari: gilerkentang.com/
PRA PELANCARAN HARI GURU
sumber dari: langkawi.kedah.edu.my/
Hadiah Hari Guru
Saya dapat rasakan Hari Guru 2014 ini adalah hari guru yang paling 'gelap'. Kenapa saya katakan demikian? Lihat sahaja senario pendidikan kita hari ini sudah tidak seperti zaman 1990-an atau 1980-an.
Pendidikan ketika itu dalam melangkah kepada kemajuan dan kecemerlangan. Apabila tiba zaman milenium atau kini, pendidikan semakin merudum dan hambar. Saya boleh buktikan perkara ini dengan kepincangan yang berlaku sekarang.
Kebanyakan guru veteran yang saya temui sedih dan menyatakan kekesalan kerana pendidikan kini semakin hilang tumpuan. Sama juga dengan guru baharu, masing-masing sedih kerana mengajar adalah perkara nombor dua. Kerja pengkeranian menjadi tumpuan di sekolah.
Saya sendiri dalam keluarga pendidik, sering berdebat dan berbahas dengan ahli keluarga berkaitan isu-isu pendidikan masa kini dengan menyentuh permasalahan dan jalan penyelesaian.
Saya yakin, seluruh 418,000 orang guru mahukan perubahan, mengharapkan tugas mengajar menjadi tugas utama kembali bukannya kerja pengkeranian.
Lebih menyedihkan apabila sistem pendidikan negara dihadiahkan dengan satu sistem bertaraf dunia iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), malangnya kita sendiri tidak mampu menerima sistem ini dek kemampuan pendidikan yang masih di tahap lemah.
PBS menyebabkan tiga tahun guru hilang tumpuan mengajar, hilang masa bersama keluarga malah guru menjadi runsing melihatkan keadaan anak murid yang semakin pasif dan malas belajar.
2011-2014 adalah tahun 'kegelapan' bagi pendidikan negara. Saya mengharapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu cakna dengan masalah ini. Selaku ketua menteri Malaysia, saya mengharapkan satu harapan kepada seluruh guru Malaysia agar sistem PBS ini dihentikan sebelum anak bangsa menjadi mundur, bukan hari ini, bukan tahun ini tetapi kesannya akan nampak lima tahun akan datang.
Kepada perdana menteri Malaysia, bantu kami. – 30 April, 2014.
* Penulis ialah aktivis pendidikan negara.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
sumber dari: themalaysianinsider.com/
Kami Guru Malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
sumber dari: liriklagu.me/lirik-lagu-kami-guru-malaysia/
Mini Contest Hari Guru 2014
Hari Guru bakal tiba pada 16 Mei 2014 dan sambutannya sudah pasti meriah seperti tahun-tahun sebelum ini. Oleh yang demikian, Fazlibaharuddin.com ingin menganjurkan satu Mini Contest sempena Hari Guru tahun ini.
Tentu saja sepanjang zaman persekolahan kita, pasti ada kisah-kisah istimewa bersama guru. Kisah gembira, lucu, sedih dan yang pasti ianya memberi pengalaman dan pedoman. Kongsikan cerita anda tentang seorang guru di mini contest ini.
sumber dari: fazlibaharuddin.com/
Pelancaran Hari Guru 2014
sumber dari: ppdhl.net/v1/
Definasi Tema Hari Guru 2014
Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi
Tema Hari Guru 2014
Tema Hari Guru 2014 : Timbalan Perdana Menteri, yang juga merangkap Menteri Pendidikan Malaysia, yang bersidang pada 2 April 2014 lalu, bersetuju untuk tema Sambutan Hari Guru tahun 2014 adalah, Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.
“Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi”
Sambutan Hari Guru diadakan setiap 16 Mei tiap-tiap tahun nagi menghargai jasa baik dan pengorbanan guru-guru dalam mendidik pelajar dan murid-murid serta menjadi pendukung dan penggerak kepada pembangunan pendidikan negara agar setiap murid-murid dan anak-anak di Malaysia dapat memacu masa depan negara kearah yang lebih baik.
sumber dari: agendasemasa.com/
Thursday, 3 April 2014
pendidik cemerlang
“En Fazrul, satu lawan 47.”
“Bukan mudah tuan. Saya amat terkejut ketika menguruskan satu kes lesbian di kalangan pelajar. Kata pelajar tersebut, ‘Syurga neraka masing-masing cikgu,’” sedih ustazah tersebut ketika menceritakan kepada saya.
Penyelesaian untuk sistem pendidikan?
Kata-kata di atas adalah dialog saya selepas habis program Pendidik A+ kali ketiga yang diadakan di Akademi Sinergi, Bangi pada 4 Ogos 2012. Saya jangkakan 20 orang, yang hadir lebih 40 orang. Ia sebagai petanda yang amat positif betapa ramai ingin membaiki diri untuk menjadi pendidik yang hebat.
“A+ ini ideal-lah Encik Fazrul.”
Saya setuju. Tetapi ia tidak mustahil. Ia bukan sahaja dilaksanakan oleh Nabi, malah oleh sahabat dan tokoh-tokoh pendidik sepanjang zaman. Saya bekerjasama dengan Akademi Sinergi untuk mengumpulkan tokoh pendidik yang dirindui. Saya menyemak kisah mereka. Kisah-kisah itu membuktikan Pendidik A+ memang sudah ada. Ia boleh dibina. Bukan hanya pada zaman Nabi. Bukan hanya pada zaman itu.
Pendidik A+ itu bukan sekadar mengajar akademik
Selepas habis program semalam, akan saya kendalikan program untuk melonjakkan dana untuk usahawan dan pemimpin – termasuk di sekolah-sekolah. Pendidikan memerlukan kos yang tersendiri.
Salah seorang peserta dari sekolah menengah di Bangi berkongsi dengan saya penyataan yang sering didengar oleh konsultan. “Kami tidak banyak bajet.”
Sehinggakan pada satu masa, saya tidak berminat untuk ke sekolah kerana ‘kurang bajet’ jika saya mementingkan hal bisnes saya. Namun itu tidak menyelesaikan masalah. Saya cuba cari penyelesaian. Dan nampaknya kini saya boleh hadir dengan model latihan komprehensif. Saya nyatakan pada cikgu yang berkata tersebut ‘saya akan ajarkan cikgu bagaimana meningkatkan dana tanpa cikgu perlu bekerja melampau-lampau. Lebih 100 cikgu dan lebih 2000 pelajar itu satu potensi yang besar. Insha-Allah”
Pendidik A+ mampu untuk meningkatkan dana sekolah dan sendiri agar terus mampu memberi dan berkhidmat pada anak bangsa.
Satu lawan 47
Seorang guru lagi berkongsi, “dalam kelas saya amat ramai pelajar. Lainlah kalau sekolah swasta.”
Saya setuju 47 amat ramai. Samada kelas perlu dibanyakkan atau cikgu perlu menguruskan 47 orang seperti menguruskan satu sesi latihan. Pilihan pertama melibatkan sistem dan bajet dari kementerian. Pilihan kedua bergantung kepada kreativiti guru. Pendidik A+ akan melihat ini sebagai peluang kreativiti untuk mengurangkan stres dan melonjakkan pahala. Antaranya ialah dengan mewujudkan study group dan pelbagai idea lain yang terbukti berkesan di kalangan Pendidik A+. Kisah-kisah yang dikongsikan dalam ‘Pendidik Yang Dirindui’ menampakkan guru-guru ini amat kreatif hingga mereka memberi kesan besar pada pelajar.
Dunia pendidikan cemerlang: bukan hanya ada pada zaman dahulu. Ia boleh diulang dengan mengikut susur galur tokoh pendidik hebat – Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasalam.
sumber dari: http://membinalegasi.com/
menjadi pendidik

Pendidikan seperti telah kita
ketahui bersama merupakan salah satu faktor penentu kemajuan sebuah Negara,
apabila pendidikannya bagus maka kemungkinan bangsa tersebut maju juga besar,
akan tetapi apabila pendidikannya kurang bagus maka bangsanya pun juga
kemungkinan besar kurang maju. Dengan pendidikan yang bagus di harapkan penduduk
suatu Negara memiliki kemampuan yang lebih dan memiliki moral yang lebih
bermartabat serta memiliki sudut pandang yang lebih luas dalam menghadapi suatu
masalah ataupun perbedaan yang terjadi dalam kehidupannya. Didalam dunia
pendidikan sendiri banyak faktor yang mempengaruhi kemajuan Pendidikan itu
sendiri seperti:
1. Kurikulum pendidikan
2. Sarana dan Prasarana pendidikan
3. Biaya pendidikan
4. Peran serta Pemerintah/ Kebijakan Pemerintah
5. Kualitas Tenaga Pendidik
Dari segenap faktor diatas yang akan kita bahas kali ini adalah kualitas dari pendidik, kenapa kualitas pendidik ini sangat penting dalam dunia pendidikan, hal ini dikarenakan dari merekalah akan lahir generasi-generasi baru penerus bangsa. Dapat kita bayangkan apabila seorang pendidik tidak memiliki kompetensi dibidangnya bisa kita bayangkan generasi apa yang akan dilahirkannya. Berbicara tentang seorang pendidik bukan hanya berbicara tentang masalah kuantitas tapi juga berbicara tentang masalah kualitas, tidak hanya berbicara tentang gelar akademik yang diraihnya tapi juga kesesuainan antara gelar tersebut dengan kualitas yang ada dari gelar yang diraihnya.
Banyak pihak yang kurang sadar bahwa seorang pendidik haruslah orang yang benar-benar ahli dibidangnya, tidak hanya mempunyai gelar lantas langsung bisa mengajar pada suatu instansi ataupun lembaga. Seorang pendidik dituntut tidak hanya bisa mengajar atau menularkan ilmunya karena kalau hanya itu yang bisa dia lakukan lantas apa bedanya dengan seorang murid yang pintar yang mengajari temanya sesama murid yang tidak begitu bisa. Agar pendidik itu tidak sama dengan seorang murid tadi maka selain bisa mengajar, pendidik juga harus bisa menjadi panutan atau contoh yang baik untuk anak didiknya baik itu dari segi tingkah laku, tata karma atau pun cara bergaul dan yang terpenting selain hal diatas adalah pendidik harus bisa menumbuhkan semangat anak didiknya, memberi motivasi dan meyakinkan anak didiknya akan mimipi-mimpi yang ada dibenaknya akan terwujud dengan belajar sungguh-sungguh dan kerja keras.
Kalau kita mengutip sebuah pepatah “ Buah Jatuh Tidaklah Jauh dari Pohonnya” pepatah ini juga bisa berarti kualitas anak didik itu mencerminkan kualitas sang pendidik, apabila kualitas anak didik kurang bagus itu juga berarti kualitas sang pendidik juga kurang baik. Sebenarnya di negeri kita Indonesia ini tidak ada anak yang bodoh yang ada hanya anak didik yang tidak mendapatkan guru/pendidik yang terbaik, apabila anak tersebut dididik oleh pendidik yang terbaik baik dari segi kualitas dan kuantitas dan pendidik tersebut mampu meyakinkan akan mimpi-mimpinya dan memotifasinya pasti anak tersebut bisa menjadi anak yang hebat suatu saat kelak. Sebuah ilustrasi kecil yang mungkin bisa kita ambil contoh adalah seorang pemusik hebat pastilah dia berlatih dengan alat/instrument yang terbaik, tidaklah mungkin seorang pemusik hebat berlatih dengan alat yang rusak bahkan alat musik yang tidak lengkap. Dari contoh tersebut kita bisa belajar bahwa untuk mendapatkan atau menciptakan generasi yang cemerlang haruslah dari tangan-tangan terampil pendidik yang cemerlang pula.Tapi masih banyak pihak yang berfikir/berpendapat bahwa “Ada Kok Murid Hebat Yang Dilahirkan Dari Pendidik Yang Tidak Hebat” Memang benar hal itu tapi kalau kita bicara fakta berapa sih jumlahnya pastilah sangat sedikit dan itu hanya kebetulan semata. Dari sinilah semua pihak harusnya benar-benar menyadari bahwa seorang pendidik adalah tugas mulia, profesi yang sangat berat, penuh dedikasi dan loyalitas untuk negeri ini, bukan hanya sekedar mengajar dan mencari nafkah.
Untuk semua pendidik dan calon pendidik semoga sedikit tulisan ini mampu merubah paradigma selama ini bahwa pendidik hanya bertugas mengajar dan mengajar tanpa ada pertanggung jawaban yang lainnya, padahal dari tangan terampil kalianlah akan tercipta generasi-generasi berbakat baru di masa depan karena tidaklah mungkin” Kue Yang Bagus Dihasilkan Dari Cetakan Kue Yang Rusak”. Semoga pendidikan Indonesia semakin maju untuk Indonesia yang lebih baik lagi.
sumber dari: http://menjadi-pendidik.blogspot.com/
Pemimpin Bukan Hasil Sesaat
Kepemimpinan dan ketokohan bukan lahir dari kondisi sesaat. Kepemimpinan dan ketokohan dilahirkan dari sebuah proses yang panjang. Seorang pemimpin yang baik adalah juga seorang pendidik yang baik. Pemimpin dan pendidik tidak bisa dilepaskan satu sama lain tetapi melekat satu sama lain. Sebab memimpin tidak hanya memerintah tetapi juga memberi contoh dan mengayomi.
Hal itu disampaikan Idrus Affandi usai bedah buku “Idrus Affandi, Pendidik Pemimpin, Pemimpin Pendidik” di Gedung Ahmad Sanusi, Universitas Pendidikan Indonesia (UPI), Jln. Setiabudhi, Bandung, Rabu (2/4/2-14). Acara yang dibuka Rektor UPI Sunaryo Kardibrata dan menjadi penanda peringatan HUT ke-6- Idrus Affandi itu, dihadiri sejumlah tokoh yang ikut menyumbangkan tulisannya dalam buku tersebut dan membedahnya, seperti Marsekal Madya TNI Ismono Wijayanto, Mayjen TNI Widjonarko, Arief Hidayat (Mahkamah Konstitusi), Burhan Dahlan (Mahkamah Agung),
Dikatakan Idrus, pemimpin Indonesia sekarang harus seperti para pendiri bangsa. Yaitu mereka yang mempunyai “track record” baik dan sangat pantas untuk diteladani.
“Bukan pemimpin yang tiba-tiba muncul, lalu dipilih menjadi pemimpin. Saya malah khawatir bangsa Indonesia saat ini sedang mengalami krisis kepemimpinan,” ujarnya.
Ikhwal bukunya, Idrus mengaku, ia tulis karena terinspirasi oleh sosok Pak Dirman (Jenderal Sudirman, red). Pak Dirman adalah panglima yang juga guru. Hal ini kata Idrus, membuktikan bahwa pemimpin yang baik adalah guru yang baik dan guru yang baik adalah pemimpin yang baik.
Mengomentari buku tersebut, Marsekal Madya TNI Ismono Widjayanto mengatakan, judulnya sangat tepat. Sebab mendidik pemimpin dan memimpin pendidik itu mempunyai tanggungjawab moral yang sangat besar karena pemimpin harus memberi keteladanan dan Idrus Affandi telah berhasil menjadi pemimpin yang mendidik dan pendidik yang memimpin.
Pendidik itu artinya, kata Ismono, harus mumpuni karena tugasnya mendidik dan mendidikan adalah mewariskan ilmu pengetahuan. Pendidik juga seorang yang kreatif yang memberi dampak positif kepada anak didiknya ke depan. “Jadi seroang pemimpin itu harus bermartabat. Kalau tidak, bagaimana mungkin bisa berdiri di sini,” ujarnya.
Dalam ketentaraan, kata dia, konsep pemimpin itu mengacu pada tiga pilar, "Ing ngarso sung tulodo" (memberi teladan di depan), "Ing madyo mangun karso" (memberi semangat untuk maju lebih baik), dan "Tut wuri handayani" (memberi dorongan dari belakang). Dengan kata lain, pemimpin itu harus melahirkan pemimpin lagi yang lebih hebat.
sumber dari: http://www.pikiran-rakyat.com/node
Pendidikan negara: Apa yang tak kena?

TERSENTAP seketika membaca komen daripada pakar ekonomi Bank Dunia Dr Frederico Gil Sander di dalam satu majlis anjuran Pemandu di Damansara yang memberitahu mutu pendidikan di Malaysia jatuh merudum berdasarkan Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (PISA) lebih membimbangkan daripada kejatuhan kewangan.
Tambah beliau, mutu pendidikan di Malaysia lebih teruk daripada Vietnam dengan menduduki tangga ke-52 daripada 65 negara yang terlibat.
Apa yang berlaku kepada pendidikan kita ni? Sehingga dikritik tajam dan pedas oleh masyarakat luar? Adakah ini satu persepsi buruk yang direka ataupun fakta yang nyata? Pelbagai persoalan menerjah kotak fikiran yang menunggu jawapan segera.
Memetik kata-kata Nelson Mandela “Education is the most powerful weapon which you can use to change the world”. Tamadun manusia masa hadapan ditentukan oleh pendidikan hari ini. Apa yang kita didik generasi hari ini akan menentukan generasi masa depan.
Sebuah negara perlukan generasi mampan untuk meneruskan kecemerlangan pencapaian kemajuan. Masa depan negara terletak di tangan generasi kini dan acuan bentuk generasi kini ditentukan oleh warna pendidikan.
Dasar pendidikan di Malaysia bermula selepas tarik kemerdekaan. Bermula dengan laporan Barnes yang mensasarkan pendidikan Malaysia menjadi alat perpaduan kaum dengan mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Selepas itu dasar pendidikan terus mengalami evolusi dan transformasi sejajar dengan kehendak semasa.
Pada tahun 1983, antara perubahan penting pendidikan negara dengan perlaksanaan KBSR bermatlamat perpaduan dan peningkatan penguasaan 3M (menulis, membaca dan mengira) di kalangan pelajar.
Diikuti dengan dasar KBSM yang menggabungkan antara ilmu dan syahsiah diri pelajar. Di samping pendidikan kemahiran terus diperkasakan. Ini semua untuk memenuhi keperluan semasa perancangan kemajuan negara.
Namun beberapa permasalahan timbul melanda pendidikan negara. Pengenalan Dasar Penswastaan yang tidak terkawal mengakibatkan tumbuhnya kolej dan sekolah pendidikan yang lebih bermatlamatkan keuntungan daripada pembinaan insan.
Sekolah dan universiti tumbuh begitu subur bagaikan cendawan selepas hujan. Sehinggakan graduan lepasan institusi melebihi keperluan dan membuka masalah penganguran di kalangan siswazah.
Seolah-olah pembinaan sekolah ini dibuat tanpa kajian kehendak pasaran, dibina untuk mengaut kekayaan hasil dari yuran pengajian pelajar.
Bertambah derita pelajar apabila terpaksa "mengongkong biawak" hutang selepas graduasi. Sudahlah tiada pekerjaan yang diharapkan, dikejar pula oleh pengutip hutang tanpa kasihan.
Betapa ramai graduan pelbagai bidang khususnya para guru menjadi siswazah penganggur. Inilah akibat daripada ketamakan pihak pembuat dasar yang meletakkan keuntungan mengatasi kebajikan rakyat.
Pengenalan pembelajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris merupakan satu lagi malapetaka kepada sistem pendidikan negara. Bahasa Malaysia yang diangkat menjadi instrumen penyatu rakyat negara Malaysia ini seolah diketepikan.
Tanpa sebab yang konkrit, dasar ini ingin diteruskan walaupun mendapat tentangan daripada cendikiawan bahasa, guru dan NGO yang melihat nasib bangsa Malaysia menjadi taruhan disebabkan oleh keras kepala pemerintah dan kedegilan mereka. Ini telah mengundang demostrasi jalanan yang bersaiz mega menempelak perlaksaann dasar ini. Jutaan wang pembayar cukai dibazirkan untuk persediaan dasar pengajaran bahasa Inggeris ini.
Apa hasilnya sekarang? Generasi hari ini terpaksa mencuci kotoran yang ditinggalkan oleh orang terdahulu.
Kini heboh pula program baru Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Sepintas lalu nampak matlamatnya murni, meningkatkan sistem pendidikan Malaysia setaraf dunia. Penilaian pencapaian murid berdasarkan pemerhatian guru kepada murid tanpa lagi merujuk kepada markah peperiksaan. Lebih melihat bakat dan penguasaan pelajaran pelajar.
Diperingkat perlaksanaan PBS mendapat tentangan yang hebat daripada warga pendidik. Guru dikatakan dibebani oleh kerja-kerja "kepejabatan" sehingga mengabai kerja hakiki guru iaitu mendidik generasi muda. Sehingga kini, perdebatan perlaksanaan PBS ini panas diforumkan. Sang menteri mengatakan guru tidak terbeban, telah dibuat penambahbaikan sehingga 80 peratus kerja telah dikurangkan. Di kalangan guru, menyuarakan hanya guru sahaja yang memahami beban PBS ini.
Melihat konflik yang melanda pendidikan negara, kita amat khuatir dan bimbang tentang generasi masa hadapan negara. Masa terus berlalu tanpa menunggu kita. Pencapaian pendidikan yang terus merosot amat merisaukan. Generasi bagaimanakah yang akan menggantikan kepimpinan negara di masa hadapan?
Kita amat mengharapkan golongan pemerintah dan cendiakawan pendidik dapat berbincang dan duduk bersama untuk merangka pelan pendidikan terbaik negara. Bukannya nak menunjuk kuasa dan ego keras kepala.
Demi kebaikan negara dan anak cucu kita. Sudah-sudahlah bercakaran, ini bukan masa untuk berkata nista. Ini masa untuk bermuhasabah dan mengatur kerja demi negara tercinta.
DR NAZIL NUHAIRI B ISMAIL
Pengerusi Persatuan Profesional Islam (PROMIS)
sumber dari: http://www.karangkraf.com/berita/
meracun sehingga mati 20 ekor kucing jirannya
Seorang penduduk Kampung Taman Seri Waja, Segamat, Johor yang juga seorang guru dikatakan telah meracun sehingga mati 20 ekor kucing jirannya kerana kucing-kucing itu mengotorkan kawasan inap desa miliknya.
Perbuatan itu menimbulkan kemarahan penduduk yang menganggap perbuatan itu keterlaluan memandangkan pelakunya ialah seorang pendidik.
Kucing-kucing itu dikatakan diberi makan nasi yang digaul dengan ikan dan racun yang kemudiannya diletakkan berhampiran inap desa tersebut. Satu keluarga telah kematian 12 ekor kucing peliharaan sementara penduduk-penduduk lain juga ada yang kematian kucing, yang kesemuanya ditemui dengan mulut berdarah.
Perbuatan itu juga dikatakan disaksikan oleh seseorang. Sampel ikan telah dihantar kepada Pejabat Veterinar Daerah dan laporan polis juga akan dibuat berdasarkan hasil siasatan dalam masa terdekat.
Memang benar kucing tidak sepatutnya mengotorkan inap desa tersebut namun kucing yang tidak berakal juga ialah makhluk Allah dan binatang kesayangan nabi.
Pelbagai langkah boleh diambil oleh pemilik inap desa tersebut untuk mengelakkan kucing-kucing dari mengotorkan inap desa miliknya namun dia memilih untuk melakukan perbuatan zalim dan tidak berperikemanusiaan iaitu meracun kucing-kucing tersebut.
Penduduk Kampung Taman Seri Waja berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik inap desa tersebut yang khabarnya tidak takut pada sebarang tindakan undang-undang yang bakal diambil terhadapnya.
sumber dari: https://forum.lowyat.net/topic/
Thursday, 20 March 2014
Bekas Model Playboy Dikecam Jadi Cikgu
Bekas Model Playboy Dikecam Jadi Cikgu | Perbuatan negatif yang dilakukan pada masa lampau pastinya akan terus menghantui kisah hidup seseorang itu.
Sama juga halnya dengan seorang gadis berusia 21 tahun, Christy Nicole Deweese, yang kini bergelar guru di sebuah sekolah yang terletak di Texas, Amerika Syarikat.
Kebanyakan ibu bapa pelajar-pelajar di sekolah itu tidak bersetuju di atas pelantikan Christy kerana mereka merasakan bekas model itu bukanlah contoh terbaik untuk anak-anak mereka.
Sebelum ini, ketika di usianya mencecah 18 tahun Christy pernah menjadi model yang beraksi bogel dan ghairah untuk Playboy.
Atas sebab itulah sebilangan besar ibu bapa mengecam tindakan sekolah tersebut kerana bimbang anak mereka tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pembelajaran sebaliknya lebih tertumpu kepada guru mereka.
Namun, jangan terlalu cepat menghukum kerana menurut Christy, dia sudah lama menyesal dengan perbuatan lampaunya dan sedang cuba untuk mengubah gaya hidupnya yang lebih sesuai dengan profesionnya kini.
sumber dari: http://aiskosong.com/2013/10/bekas-model-playboy-dikecam-jadi-cikgu/
Cikgu Praktikal
Tetiba teringat masa belajar dulu, sangat suka bila ada cikgu praktikal yang masuk mengajar. Setiap tahun mesti ada punya. Tapi paling menarik perhatian aku masa aku darjah 5.
Nak di jadikan cerita, aku bukan budak pandai pun. Jauh sekali budak top 5. Yang pasti aku hanya budak yang minat muzik dan top juga la dalam muzik masa kat sekolah.. Kan cikgu Marzuki kan? hahaha.. #gilaperasan
Masa darjah 5 ada cikgu praktikal masuk. Macam biasa tersangat la suka lagi lagi bila cikgu lelaki. hahah.. Ada seorang cikgu tuh, aku minat. tapi dalam masa yang sama kawan kawan aku yang lain pun minat jugak,.. so aku diam je la.. senyap senyap..
Yang paling best ngan cikgu praktikal, boleh kuar jalan jalan ngan dieorg.. buat satu outing jalan jalan sekitar Kuala Terengganu. Semua orang berebut rebut nak dekat ngan cikgu praktikal yang lelaki ni. Sabo je.. haha.. Rumah dieorg pun dekat ngan rumah aku. Almaklumla dulu duk rumah flat, cikgu praktikal pun sama. Setiap hari selalu je tengok ikut tingkap kot kot cikgu tuh lalu nak pi kedai ke apa.. hahaha.. kantoi..
Yeah.the best memory I had, cikgu tuh macam selalu tercari cari aku.. #lagilagiperasan … hahaha…betul ok. .tapi sekarang aku pulak tercari cari cikgu tuh,..nama pun dah lupa.. tapi mesti dah tua kan sekarang.. takpun mesti dah kawin.. terasa ingin berada di waktu dulu..
sumber dari: http://norfanil.com/cikgu-praktikal-di-perhatikan/
Cikgu Inovasi
Cikgu Inovasi is an appreciation programme geared towards encouraging innovation amongst teachers. Cikgu Inovasi campaign will help educators to be more adept in the usage of technology and innovation.
sumber dari: http://www.iee.com.my/html/cikgu-inovasi/
Art Of Miming
Cikgu shida sudah menjadi popular.
Cikgu shida telah mencetus fenomena. Fenomena lagu miming.
Cikgu shida dari parit.
Jom kita jenguk blog cikgu shida.
Cikgu shida dari parit | Art of Miming
Cukup popular sakan lagu cikgu shida kalau berpacaran views.
Buat makluman sekalian jiika anda mahu mendapatkan info yang berkaitan lagu miming terkini cikgu shida dari parit sila ke channel youtube beliau.
Channel Youtube Cikgu Shida
Jangan terpedaya dengan peniruan sample-sample fake berikut.
Jangan suka tiru tiruan…
credit untuk cikgu shida…
sumber dari: http://abdfatah.com/blog/fenomena-cikgu-shida-from-parit-art-of-miming/
Subscribe to:
Posts (Atom)
