Pages

Showing posts with label eidul adha. Show all posts
Showing posts with label eidul adha. Show all posts

Wednesday, 5 March 2014

Qurban hanya ibadah sunat




Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, apa perasaan kita apabila sampai musim QURBAN? Adakah kita melihat qurban sebagai satu peluang sangat besar yang disediakan oleh ALLAH SWT atau sekadar ibadah sunat yang tiada nilai dalam kehidupan. Ibadah qurban sangat istimewa kerana hanya boleh dilaksanakan empat hari sahaja setahun iaitu di bulan Zulhijjah seperti malam Lailatulqadar hanya sekali setahun di bulan Ramadhan. Adakah kita merasai ibadah qurban ini istimewa atau biasa-biasa sahaja seperti angin lalu.
 
“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)

Kita biasa mendengar kawan-kawan kata qurban hanya sunat dan untuk yang mampu sahaja. Cuba kita fahami perkataan Q.U.R.B.A.N apa maknanya? Bila menghayati kisah Nabi Ibrahim a.s berkorban hati dan perasaan kerana menurut perintah ALLAH sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s pasti kita akan faham bahawa qurban memang perlukan pengorbanan. Kita tidak perlu menyembelih anak seperti Nabi Ibrahim a.s cuma yang perlu mengorbankan harta benda untuk menyembelih lembu atau kambing.

Qurban di Kemboja


Ibadah qurban memang sunat tetapi sunat yang sangat dituntut. Cari kelebihan ibadah qurban di google pasti akan mengusik hati mereka yang faham maksud ibadah qurban. Terlalu banyak rezeki yang telah ALLAH SWT berikan kepada kita selama hidup ini tetapi kenapa kita sentiasa memberi alasan bila tiba hari untuk berqurban. Terlalu besarkah nilai RM250, RM350, RM450 kepada kita untuk dikeluarkan jika nak dibandingkan dengan segala rahmat nikmat pemberian ALLAH kepada kita setiap saat.
 
Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
Memang benar kata ulama ibadah sunat inilah yang akan membezakan umat Islam kerana yang wajib itu memang sudah wajib kalau ditinggalkan berdosa. Mengerjakan ibadah sunat seperti solat sunat, puasa sunat dan qurban memerlukah mujahadah yang tinggi kerana hanya mereka yang faham akan mengejar sehingga sanggup menghabiskan harta benda kerana ALLAH.



sumber dari: http://denaihati.com/qurban-hanya-ibadah-sunat

Pelaksanaan Ibadah Qurban 2013/1434H di Kemboja




Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sehari sebelum Hari Raya Aidil Adha pihak eQurban.com telah berangkat ke Kemboja dengan menaiki pesawat AirAsia. Mereka yang terlibat berada di sana lebih kurang seminggu demi tugas dan amanah saudara seIslam bagi melaksanakan Ibadah Qurban 2013/1434H. Turut bersama beberapa orang peserta Qurban tahun 2013 dan juga team Denaihati.


misi kembara qurban 2013 bersama equrban.com


Alhamdulillah tahun ni tempahan lembu melalui eQurban.com berjumlah lebih 1,000 ekor lembu di mana 330 ekor lembu ditempah dari Malaysia dan selebihnya tempahan yang diterima dari luar negara. Kesemua pelaksanaan ibadah Qurban dibuat di Kemboja dan Vietnam.

Qurban di Kemboja tahun ni agak mencabar kerana keadaan sebahagian besar bumi Kemboja sekarang yang dilanda banjir terutama yang melibatkan perkampungan muslim. Perancangan awal berkaitan lokasi penyembelihan terpaksa diubah. Haiwan sembelihan Qurban juga terpaksa dipindahkan ke tempat lain.


banjir di kemboja
keadaan banjir di kemboja


Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar dan baik dengan bantuan daripada petugas-petugas Cambodian Muslim Cooperatives (CMC) dan penduduk kampung yang terlibat.

Pelaksanaan Ibadah Qurban 2013 dibuat di beberapa perkampungan di Kemboja dan Vietnam seperti di Kampong Chhnang, Kampong Cham, Dam Bea, Chroy Mintry, Punhea Krek, Me Mot dan lain-lain. Team eQurban dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan dibahagikan tugas di setiap lokasi berasingan untuk urusan penyembelihan.



sumber dari: http://denaihati.com/pelaksanaan-ibadah-qurban-2013-1434h-kemboja

Kelebihan pengetinan daging qurban Q4L




1. Pengetinan daging qurban merupakan kaedah terbaik apabila penghantaran perlu dilakukan ke kawasan yang daif dari segi infrastrukturnya seperti ketiadaan bekalan elektrik.

2. Cara ini juga dapat ...memastikan bekalan makanan ini sentiasa ada dan boleh dinikmati pada bila-bila masa memandangkan daging qurban yang ditinkan telah diproses dan dimasak sebelum ditinkan dan diagihkan.

3. Daging qurban ditinkan agar tahan lama (jangka hayat 3 tahun) dan dapat mengelak daripada pembaziran daging mentah.

4. Pengetinan memudahkan pengagihan dan penyimpanan daging qurban.
Lihat seterusnya..
— bersama Adam Quek.
 
 
Gambar: Kelebihan pengetinan daging qurban Q4L~

1. Pengetinan daging qurban merupakan kaedah terbaik apabila penghantaran perlu dilakukan ke kawasan yang daif dari segi infrastrukturnya seperti ketiadaan bekalan elektrik. 

2. Cara ini juga dapat memastikan bekalan makanan ini sentiasa ada dan boleh dinikmati pada bila-bila masa memandangkan daging qurban yang ditinkan telah diproses dan dimasak sebelum ditinkan dan diagihkan.

3. Daging qurban ditinkan agar tahan lama (jangka hayat 3 tahun) dan dapat mengelak daripada pembaziran daging mentah.

4. Pengetinan memudahkan pengagihan dan penyimpanan daging qurban.
 
 
 
sumber dari: https://ms-my.facebook.com/qurbanforlife

Sampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan







sumber dari: https://ms-my.facebook.com/qurbanforlife

BINGKISAN DARI VIETNAM




Salah seorang Pengarah kita, Tn Hj Wan Rosli sudah tiba di Vietnam petang semalam. Beliau ke sana dengan rombongan dari Masjid Negara, Kuala Lumpur.
 
Khabarnya orang Vietnam melkukan ibadah Qurban hingga ke malam hari.
 






sumber dari: https://ms-my.facebook.com/qurbanforlife

Korban Kita Warisan Amalan Anbiya’




Ramai pelajar muda dan dewasa pernah bertanya kepada ustaz dan ustazah – apakah amalan korban yang sering mengunjungi kita saban 10 Zulhijjah itu suatu tradisi yang diamalkan oleh baginda Rasulullah SAW, kaum keluarga dan para sahabat baginda? Adakah ianya suatu kesuburan amalan yang diteraptubi oleh baginda untuk ummatnya?

Kita dengar kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. hingga membawa kepada amalan ini sebagai tuntutan muakad. Bagaimana dengan Nabi-nabi sebelum baginda? Rasanya baru sangat lagi saya belanja wang untuk berkorban; tup tup datang lagi borang dan emel meminta saya berkorban tahun ini. Makin mahal pula tu. Apakah harus saya berkorban saban tahun pada Raya Haji ini?

Bila ustaz menjelaskan cerita asal kurban ini, barulah terbeliak mata pelajar-pelajar, merenung lebih jauh hingga kepada Nabi Adam a.s. yang pernah diperintahkan oleh Allah SWT untuk berkorban demi mencari kebenaran. Kata ustaz, korban yang pertama adalah korban yang diperintahkan Allah SWT ke atas dua orang anak lelaki Nabi Adam a.s. iaitu Qabil dan Habil.

korban-02Sebahagian daripada kambing yang dikorbankan di kem pelarian Somalia di Dadaab.“Setelah Allah SWT menerima taubat Adam a.s. dan Hawa semasa mereka dicampakkan di dua benua berjauhan di bumi, Allah mempertemukan dua kekasih sejati ini dan memberikan mereka zuriat berkembar lelaki dan perempuan sebanyak dua kali. Pasangan pertama adalah Qabil (lelaki) dan Iqlimiya’ (perempuan).

Selepas itu, Allah SWT mengurniakan mereka pasangan kembar kedua iaitu Habil (lelaki) dan Lubuda (perempuan). Itulah zuriat generasi pertama insan Islam di mukabumi lahir daripada Nabi Adam a.s. dan isterinya Hawa a.s.,” ustaz menjelaskan kepada para pelajar mualafnya yang terpaku dengan cerita fakta itu.

Dipendekkan cerita, bila Allah SWT memerintahkan Qabil mengahwini kembar kepada Habil iaitu Lubuda, dan Habil dengan kembar Qabil iaitu Iqlimiya’, berlakulah protes yang pertama di dalam Islam kerana Qabil lebih berkenan untuk mengahwini kembarnya sendiri iaitu Iqlimiya’ yang jauh lebih cantik rupa parasnya berbanding Lubuda. Akhirnya Allah SWT memerintahkan mereka berdua menyediakan korban untuk di adili oleh Allah SWT.

korban-03Ketua Biro Misi Kemanusiaan HALUAN, Dr Baharudin Suri menyampaikan daging korban kepada keluarga pelarian Somalia di Dadaab.Qabil mempersembahkan hasil tanamannya manakala Habil menyediakan hasil penternakannya sebagai korban di hadapan Allah SWT. Diriwayatkan turun api dari langit yang menyambar persembahan Habil menandakan penerimaan daripada Allah SWT. Qabil masih tidak berpuashati, irihati dengan situasi itu lantas membunuh saudara kandungnya Habil, hanya kerana ketidakpuasan hati dan tidak sanggup berkorban kehendak nafsu dengan pilihan Allah sendiri.

“Begitulah kita pada hari ini,” ujar sang ustaz kepada pelajar mualafnya. “Kita sentiasa mahukan apa yang kita hendak sahaja dan kita sanggup membuat apa saja asalkan kita dapat. Tidak pernah kita tanya kepada Allah – ya Allah, tunjukkan kepada ku apa yang terbaik bagi ku. Aku akan pasrah di atas pilihan Mu”.

Kemudian ustaz pun mengaitkan dengan amalan korban tahap tertinggi oleh Nabi Ibrahim a.s. (Abraham dalam kitab bible, memandangkan majoriti pelajarnya adalah bekas penganut Kristian Katolik, Protestan dan SIB) bila diperintahkan kepadanya untuk menyembelih anak kandung tunggal kesayangannya, Nabi Ismail a.s. (Ishmael). Sehinggalah ketulusan dan kebulatan tekad Nabi Ibrahim a.s. itu (ultimate surrender to God) diterima oleh Allah SWT sebagai sebaik-baik bukti ubudiyah yang pernah ditunjuki oleh seorang manusia dan Allah SWT menggantikan Nabi Ismail dengan seekor qibas yang cantik dan gemuk sebagai korban di saat pisau tajam sudah berada di kerongkong anak kesayangannya itu.

korban-04Masyarakat Islam yang terpinggir di Kemboja turut mengecapi daging melalui penyertaan ibadah korban rakyat Malaysia yang dilaksanakan di beberapa perkampungan miskin di sana.Senyap sunyi kelas itu. Mata terpaku kepada ustaz. Masing-masing terbayang bagaimana kasih-sayang sesama manusia boleh diuji sehingga begitu tinggi nilai dan martabatnya dengan meletakkan arahan Allah di hadapan.

“Do you have anyone that you dearly love?,” ustaz bertanya kepada pelajarnya. Mereka mengangguk kepala; semua bangsa – Nigeria, Filipina, Malaysia, Botswana, Vietnam. “Will you then slaughter him or her, even if commanded by your Creator?,” ustaz bertanya lagi. “No!”, jawab pelajar sambil menggeleng kepala masing-masing.

“But Abraham was never in two minds when commanded by Allah to do likewise. We know we do not come close to such level of piety and obedience. And even the least of Allah’s commandments we fail to obey (Tetapi Ibrahim tidak pernah teragak-agak bila Allah memerintahkan beliau mengorbankan anaknya. Kita sedar kita tidak akan dapat capai tahap amalan dan ketaatan sebegitu tinggi. Malahan perintah Allah yang kecil-kecil pun kita gagal melaksanakannya),” jelas ustaz kepada pelajarnya untuk menyedarkan peri penting amalan korban itu.

Kita boleh saja menikmati berbagai jenis juadah daging di restoran dan warung di seluruh negara. Ada yang jemu memakan daging dan ayam hingga mencari alternatif lain untuk menaikkan selera makan. Ada yang sanggup memandu berpuluh kilometer jauh kerana dikhabarkan di sana ada juadah sedap! Pilihan rambang di depan mata sebaik saja tiba di restoran.

korban-05Masyarakat Islam yang miskin di Bangladesh turut menghargai ibadah korban yang dilaksanakan di tempat mereka.Namun ada manusia dewasa dan kanak-kanak menelan air liur semasa melihat majalah atau papantanda iklan besar yang memaparkan keenakan juadah itu dan ini. Perut mereka berbunyi merungut kelaparan. Di bumi-bumi yang HALUAN Malaysia pernah berbakti, hatta di sesetengah kampung terpencil di Indonesia sekalipun semasa meyantuni mangsa gempabumi, ada mangsa yang menceritakan, “kami sudah lama tidak merasa apa itu daging”.

Dan kita meninggalkan cebisan daging dan beberapa lauk pauk lain di dalam pinggan kita sambil mengangkat punggung menuju ke kaunter pembayaran di restoran. Tanpa rasa bersalah. Pinggan kita itu, jika dibiarkan, akan dijilat licin oleh anak-anak miskin Somalia, Kemboja, Vietnam, Bangladesh, India dan beberapa negara lain yang umat Islamnya miskin dan tertindas.

Oleh itu, jom kita berkorban tahun ini. Usah peduli apa orang lain kata kerana kita yakin amalan korban ini adalah sesuatu muakad yang Allah sangat gemarkan kita mengamalkannya. Buangkan sifat riya’, takabbur dan ujub dalam diri agar amalan ini dapat diangkat oleh Allah SWT sebagai pemberat timbangan amal kita nanti. Pilih saja bumi-bumi yang kekurangan zat protin dan di mana anak-anak kecil mengidam hendak merasa nikmat menjamah daging setelah sekian lama tidak berpeluang menikmati juadah itu. Merek juga sebaya dengan anak-anak kita – cuma mereka ditakdirkan miskin.



sumber dari: http://www.haluan.org.my/v5/index.php/topik-pilihan/sosial-a-kemasyarakatan/1702-korban-kita-warisan-amalan-anbiya

MISI KEMBARA RAMADHAN KEMBOJA




Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua…..

Seperti tahun-tahun lepas, pihak eQurban akan menyertai Misi Kembara Ramadhan Kemboja untuk mengagih-agihkan barang-barang keperluan harian berupa makanan, ubat-ubatan & pakaian untuk masyarakat Islam Kemboja bagi kegunaan di Bulan Ramadhan ini dan Hari Raya nanti. Disamping itu pihak eQurban juga membawa tempahan Aqiqah yang dibuat sepanjang Bulan Ramadhan ini untuk dilaksanakan.

Misi ini telah bermula pada 20hb Julai 2013 hingga 23hb Julai 2013. Misi ini diketuai oleh COO eQurban Tn Masrukhin Marzoki, CEO : Tn Hj Muhamad Khanafi Husin dan  CDO : Tn Hj Amir Hassan. Selain itu ia juga disertai beberapa badan NGO dari Malaysia dan Luar Negara antaranya Wakil Yayasan Al-Bukhary dan Wakil Yayasan Sulaimaniyyah, Turki. Selain itu YB Yaakob Sapari dan Penasihat Syariah eQurban, Ust Fadli juga turut serta bagi menjayakan misi ini.

Antara kampung yang dilawati dalam Misi ini ialah, Suong, Phun Kra Sank yang teletak di Kampung Cham, Siem Reap dan Kampung Channang.

MISI KEMBARA RAMADHAN KEMBOJA
MISI KEMBARA RAMADHAN KEMBOJA
MISI KEMBARA RAMADHAN KEMBOJA
MISI KEMBARA RAMADHAN KEMBOJA
MISI KEMBARA RAMADHAN KEMBOJA
MISI KEMBARA RAMADHAN KEMBOJA 
MISI KEMBARA RAMADHAN KEMBOJA
MISI KEMBARA RAMADHAN KEMBOJA

Dalam perjalanan ke Siem Reap sempat juga rombongan singgah melihat perkembangan projek-projek yang telah dibuat oleh eQurban hasil daripada penyertaan Qurban dan Aqiqah serta sumbangan-sumbangan badan-badan NGO. Antara projek-projek yang telah dijalankan seperti ternakan ikan air tawar, ladang getah dan pembinaan sekolah.



sumber dari: http://equrban.com/misi-kembara-ramadhan-kemboja/

Sampai abis tulang dikikis untuk mendapatkan daging





Photo: Sampai abis tulang dikikis untuk mendapatkan daging



sumber dari: https://www.facebook.com/eKORBAN.ORG.MY

gotong royong melapah daging sebelum diagihkan





Photo: gotong royong melapah daging sebelum diagihkan




sumber dari: https://www.facebook.com/eKORBAN.ORG.MY

proses melapah daging korban





Photo: proses melapah daging korban




sumber dari: https://www.facebook.com/eKORBAN.ORG.MY

Beberapa Isu & Hukum






KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN..

Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.
Disebutkan oleh Nabi SAW :

"Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih).
Allah SWT pula berfirman :
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ
"Demi Fajar dan hari-hari (malam-malam) yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1).

Majoriti ulama menyatakan malam sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim).

Perlukan difahami di dalam lafaz bahasa arab, malam juga membawa maksud siang dalam konteks tertentu, demikian juga sebaliknya. Malah Imam Ibn Abbas sendiri menafsirkan perkataan malam itu dengan katanya

وعن ابن عباس أيضا أنه النهار كله ، وعبر عنه بالفجر ; لأنه أوله
Ertinya: dari Ibn Abbas juga beliau berkata : itu termasuk siang seluruhnya, dan itu jelas dari perkataan fajar yang dimulakan, dan siang terlebih dahulu. (Tafsir Al-Qurtubi)

Ia juga disebut oleh Nabi SAW dalam hadith lain :

"Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini" (Riwayat Al-Bukhari).

AMALAN-AMALAN UTAMA

Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.
Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).
Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.
Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :
"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).
Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.
Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

f)  Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut : 

وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب

Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)
Sebuah hadis menyebut  :
ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم

Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )



sumber dari: http://zaharuddin.net/

Sunday, 2 March 2014

Juadah Hari Raya Aidil Adha




Hari ni Hari Raya ketiga, masih belum terlewat untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha, Maaf Zahir dan Batin...

Alhamdulillah....Hari Raya Aidil Adha dapat disambut dengan serba sederhana dan kecintaan terhadap Allah yang Esa. Saya harap dapatlah menunaikan haji dalam masa yang terdekat ni...rasa jeles tengok kat tv mereka yang mengerjakan haji tu...moga mereka dapat menjalani ibadah haji dengan mudah dan penuh keberkatan, semoga pulang dengan haji yang mabrur...InsyaAllah...


Ok, kita yang di sini, seperti biasa, hari raya haji disambut sederhana tetapi tetap meriah dengan aktiviti korban...dan juadah2 biasa hari raya. Seperti tahun-tahun sebelumnya, menu biasa hari raya di rumah mak ialah lontong, bersama kuah kacang, sayur lodeh dan rendang ayam.


Tahun ni juga mak dan abah buat lepat pulut...hmmmm dah lama sangat mak tak buat ni...favourite dari kecik lagi ni...akhirnya mak buat, dapatlah berbangga sikit dgn suami...hehehe...Alhamdulillah suami makan, dia kata hmmm sedap...anak-anak pun suka...

 

Saya pula masak Nasi Arab lauk ayam untuk dibawa ke rumah mak... Satu periuk besar saya masak...habis ke ni...? takut juga kalau-kalau tak habis...Alhamdulillah...habis juga...sebab semua adik-beradik balik berkumpul...


Petang tu suami balik dari mengerjakan korban kat surau...dia bawa balik 1 plastik daging kambing...waaa best ni...apa lagi, masaklah rendang kambing...memang best dengan tulang-tulang yang comel-lote tu...



sumber dari: http://isaurakitchen.blogspot.com/2012/10/juadah-hari-raya-aidil-adha

Set Menu Rumah Terbuka Hari Raya







MENU 1
Lemang + Rendang Daging @ Ayam + Nasi Impit+ Kuah Kacang+ Sejenis Kuih Manis+ Sejenis Kuih Pedas+ Aneka Jenis Biskut Raya+ Aneka Buahan+ Air Kordial+ Air Teh Tarik

MENU 2
Nasi Impit+Kuah Kacang & Kuah Lodeh+Mee Hoon Goreng @ Mee Goreng+Pulut Putih
Kuah Durian+Sejenis Kuih Manis+Sejenis Kuih Pedas+Aneka Biskut Raya+Air Kordial +
Air Teh Tarik

MENU 3
Lemang +Rendang Ayam @ Daging+Ketupat Palas+Serunding Daging+Laksa Penang ( Set Lengkap )+Aneka Jenis Kek+Aneka Biskut Raya+Aneka Buahan+Air Kordial+Air Teh / Kopi+Air Mineral 

MENU 4
Mee Bandung ( Set Lengkap )+Pulut Putih+Rendang Ayam+Kuah Durian+Aneka Jenis Kek+Aneka Biskut Raya+Sejenis Kuih Pedas+Aneka Buahan+Teh Tarik+ Air Kordial

MENU 5
Satay Ayam & Daging ( 5 Cucuk Seorang )+Nasi Impit+ Kuah Kacang+Timun & Bawang +Lemang+ Rendang Ayam @ Daging+Roti Jala+ Kari Ayam+ Rojak Passembor @ Rojak Mee+ Aneka Buahan+ Air Cendol+ Air Kordial



sumber dari: http://ping.busuk.org/v/171976/set-menu-rumah-terbuka-hari-raya

Hari Raya Haji Feast




We Celebrated raya haji with makan makan session with family.
I was late so missed on snapping pics of food that was displayed nicely on the table.
Nevertheless, i still managed to snap whats in the kitchen.
So that's our Menu for raya haji. ENJOY!
Lets start off with the Nasi Minyak Raya.
Mom's special Nasi Minyak with Basmathi Rice specially flown from india


Then its the Ketupat Pulut.
We had Ketupat Beras for Aidilfitri so mom said raya Haji we make pulut instead.
Sedap. Very Lemakky


Tofu Raya..
This was actually for the salad. but like i said, i was late so didnt manage to snap the pic of the nicely decorated salad with tofu, egss, lettuce, tomatoes and shrimp splashed with Aminah Hassan's Peanut Sauce.


This is the Kuah Kacang @ Peanut Sauce for the ketupat.
Seddaaaaapppp...I LIKE!


The Tenggiri Fish Curry with Lady Fingers, Brinjals and Tomatoes.
Mom's Fish Curry is the best!


Rendang Paru and Daging.
I like the rendang but I prefer paru goreng


Ayam Masak Merah.
I love the gravy!


Some call it sayur lodeh but we call it sayur masak lemak.
combination of Foo chok, dried mushrooms,long beans, carrots and soohoon.


The air Raya.
F&N orange wih Ice Cream Soda.





sumber dari: http://wansherliza.blogspot.com/

Salam Aidil Adha & Menu Hari Raya Haji 2010






Assalamulaikum w.h.b  dan Selamat Hari Raya Aidil Adha to all muslims in the world. May Allah accept our qurban this year and bless our life & therefater...Amin!

My activity today started with prayer in Lutong mosque and of course big makan thereafter. I've invited Mala, her family & a friend to celebrate with me this year. Aidil Adha is not a big celebration in Sarawak so we didn't do open house and confined to small group of guests since there is only one day of public holiday. I couldn't take leave a day before to prepare for the food so we had just a simple menu prepared by me & Mala brought several foods along.

Herewith are our menu for today's Hari Raya:

I. Laksa Taiping
p/s Baby Am at the back enjoying a plate of Laksa Taiping:

 

II. Pandan Lemang:


III. Ketupat (by Mala):


IV. Chicken Rendang:


V. Sayur Lodeh (by Mala):


IV. Sate Goreng (by Mala):


VII. Peanut Sauce (by Mala):


VIII. Orange punch:


IX. Lychee Jelly:


X. Cheesecake:


We were all so full after the makan-makan.... but the best thing is get together with Mal & family & Hamidon for the Hari Raya this year. Thanks so much Mal for the delicious food..... mmmuah2....love ya.



sumber dari: http://homekreation-recipes.blogspot.com/