Pages

Showing posts with label kucing. Show all posts
Showing posts with label kucing. Show all posts

Thursday, 24 April 2014

If It Fits, I Sits










sumber dari: boredpanda.com/

Babies And Cats





Very cute collection of babies and cats being together.



Babies And Cats


Babies And Cats




sumber dari: humorsharing.com/

Bwainz!






funny-baby-biting-cats-head




sumber dari: themetapicture.com/bwainz/

Famous Paintings Improved By Cats





famous paintings improved by cats




sumber dari: nedhardy.com/

Thursday, 3 April 2014

meracun sehingga mati 20 ekor kucing jirannya






Seorang penduduk Kampung Taman Seri Waja, Segamat, Johor yang juga seorang guru dikatakan telah meracun sehingga mati 20 ekor kucing jirannya kerana kucing-kucing itu mengotorkan kawasan inap desa miliknya.

Perbuatan itu menimbulkan kemarahan penduduk yang menganggap perbuatan itu keterlaluan memandangkan pelakunya ialah seorang pendidik.
Kucing-kucing itu dikatakan diberi makan nasi yang digaul dengan ikan dan racun yang kemudiannya diletakkan berhampiran inap desa tersebut. Satu keluarga telah kematian 12 ekor kucing peliharaan sementara penduduk-penduduk lain juga ada yang kematian kucing, yang kesemuanya ditemui dengan mulut berdarah.

Perbuatan itu juga dikatakan disaksikan oleh seseorang. Sampel ikan telah dihantar kepada Pejabat Veterinar Daerah dan laporan polis juga akan dibuat berdasarkan hasil siasatan dalam masa terdekat.

Memang benar kucing tidak sepatutnya mengotorkan inap desa tersebut namun kucing yang tidak berakal juga ialah makhluk Allah dan binatang kesayangan nabi.

Pelbagai langkah boleh diambil oleh pemilik inap desa tersebut untuk mengelakkan kucing-kucing dari mengotorkan inap desa miliknya namun dia memilih untuk melakukan perbuatan zalim dan tidak berperikemanusiaan iaitu meracun kucing-kucing tersebut.

Penduduk Kampung Taman Seri Waja berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik inap desa tersebut yang khabarnya tidak takut pada sebarang tindakan undang-undang yang bakal diambil terhadapnya.



sumber dari: https://forum.lowyat.net/topic/

Friday, 6 September 2013

cintakan kucing berbanding lelaki





 “Setiap kali mencium, memeluk dan bermain dengan kucing, naluri saya terhadap lelaki akan hilang,” kata gadis hanya mahu dikenali sebagai Camelia yang membuat pengakuan tidak mahu berkahwin kerana lebih cintakan kucing berbanding lelaki.

Graduan universiti tempatan berusia 24 tahun itu berkata, dia tidak kisah apa tanggapan orang lain, namun yang pasti dia rela tidak berkahwin, sebaliknya ingin sehidup semati bersama 12 kucing kesayangannya.
“Sebelum ini saya mempunyai seorang teman lelaki, namun sejurus dia mengajak saya berkahwin Mei tahun lalu, saya lebih rela menolaknya. Ini kerana jika saya berkahwin dengannya, siapa yang akan membela kucing saya.

“Sejak hari itu, saya semakin cuba menjauhi lelaki kerana saya mahu memberikan tumpuan 100 peratus kepada kucing ini,” katanya.
Dia kini memiliki 12 kucing yang diberi nama Lulu, Wonder Pets, Bobo, Stoki, Chepot, Comot, Lex, Apple, Cici dan Bubu, Bubu 1 dan Bubu 2.
Malah, Camelia menyifatkan cinta terhadap manusia tidak berbaloi berbanding kasih sayang terhadap binatang.

“Bagi saya, lelaki sekarang tidak boleh dipercayai kerana sering curang dan suka mempermainkan wanita, tetapi binatang peliharaan terutama kucing sentiasa setia.
“Saya berpendapat jika saya menghabiskan wang untuk binatang, binatang itu pasti mendoakan kesejahteraan saya. Jika saya menghabiskan wang untuk manusia belum tentu manusia itu berterima kasih.
“Perkahwinan sesuatu yang tidak penting untuk difikirkan berbanding menjaga 12 kucing peliharaan saya yang perlu diberi perhatian selalu,” katanya.

Berikutan itu, Camelia berkata, dia tidak kisah menghabiskan RM500 setiap bulan semata-mata untuk perbelanjaan kucingnya termasuk untuk membeli makanan, pasir, membawa ke klinik dan urusan pembersihan.
“Selain keluarga, kucing makhluk yang paling saya sayang. Saya dapat hidup jika tidak berkahwin atau berkawan, tetapi saya kesunyian jika tidak ditemani kucing comel ini.
“Andai kata satu hari nanti kucing ini mati saya akan berasa amat sedih,” katanya.

Camelia berkata, hatinya akan tenang setiap kali melihat 12 kucingnya bermain, malah turut memberitahu tidak dapat tidur malam jika tidak memeluk dan mencium haiwan itu.
Menurutnya, setiap hari selepas pulang daripada kerja, perkara utama yang akan dilakukannya ialah memeluk kucing dan menciumnya.


sumber dari: mummynemo.com

Thursday, 18 July 2013

kucing pun pandai cemburu







sumber dari: loyatfikir.blogspot.com

RAHSIA GERAKAN KUCING






Jikalau kucing tidur di atas ikat kepala, terbus, kopiah atau topi, alamatnya orang yang memeliharanya akan beroleh harta. 

* Jikalau kucing masuk ke dalam ikat kepala, kupluk, terbus atau topi sehingga badannya tidak kelihatan, alamatnya orang yang memeliharanya akan mendapat keuntungan daripada pendita atau raja.

* Jikalau kucing berada di sudut rumah sekian lama dan tidak berniat pergi, alamatnya orang yang memeliharanya akan mendapat kiriman barang yang menyenangkan atau menerima keuntungan.

* Jikalau kucing tidur nyenyak di atas baju, alamatnya ada orang akan datang membawa barang.

* Jikalau kucing duduk dengan kedua-dua kakinya di belakang sedangkan dua kaki hadapannya berdiri tegak, sambil mengangguk-anggukkan kepala seperti menyembah, alamatnya orang yang memeliharanya akan beroleh ampun dan kurnia daripada Tuhan yang maha kuasa.

* Jikalau kucing selalu mengguling-gulingkan punggungnya di tanah atau rumput, alamatnya ada orang yang sedang cuba melakukan kejahatan pada tuannya.

* Jikalau kucing mengasah kukunya di dalam rumah, tuan rumah harus awas kerana ada orang yang akan melakukan rompakan di rumah itu.

INI YANG SEBETULNYA..He3

Kucing akan menunjukkan reaksi mereka melalui gerakan badan. Antaranya, telinga, ekor dan muka.  Kalau korang tengok ekor kucing tu tengah kembang, jangan la pulak korang hepi nak ambil kucing tu sebab ingat kucing tu kucing parsi. Padahal kucing tu baru lepas gaduh, kalau korang pegang…..habis la. Jom tengok contoh gerakan-gerakan  ni





sumber dari: loyatfikir.blogspot.com

Sunday, 16 June 2013

Why Women Love Cats






This morning, I was sitting on my couch drinking my coffee (happiness!), and my cat Pumkin came over for her morning love. We have a thing in our house where I sit in Baddha Konasana (cobbler’s pose) on the couch—completely slouched, mind you, and covered in soft cashmere blankets—and make a “nest” for kids or cats (or kids pretending to be birds) to hang out in. Pumkin came over and started kneading my belly, the way cats will. And I thought to myself…”yesssssss!” I mean, how often do we women get our bellies gently, lovingly, purringly massaged? Even my masseuse, whom I adore, avoids the stomach area. This is just one reason, I thought to myself, why woman love cats. Here are a few more:

1. If we had tails, we would use them to communicate the way cats do. Cats’ tails are so much more expressive than dogs’ tails. I love my dog, but there are only one or two different motions that tail makes. Cats…well, there’s the “I’m tolerating you, but I don’t really like it” swish. Then there is the “interesting, very, very interesting” full-bodied wag. Then there is the “I’m getting angry and I really mean it” snap of the tail. There are lots more tail expressions, but those are just a few of my favorites.

2. They don’t beg, they demand. Here is the brutal truth, all woman crave an “alpha” (which is why we love romance novels so much). But with cats it’s even better: There is no guessing—you know what they want, when they want it, and how they want it. It’s such a relief because we can just give up for a while.

3. You can leave them alone for a few days and they’ll be just fine. Really, what could be better? Some food, some water, some kitty litter, and they’ll still be happy to see you when you come home…sort of…in that cat way of showing happiness…if they feel like it.

4. Their incessant sensual napping, while making me jealous, is a reminder to take time out to rest. I can’t tell you how many times I have requested to come back as a cat in my next life. Pumkin manages to find the softest, fluffiest, most peaceful, and warm spots and spend hours, literally hours, curled up in a ball of serenity. I want more of that in my life.

5. They are as cute as kids, but without all the fuss. Whether it’s their kitten eyes of innocence, or their inability to resist batting at a piece of yarn or a toy. Actually, they are as cute as puppies, but are immediately house-trained. I mean, what could be better?



OK. Now it’s your turn. Why do you think women love cats? (And don’t try to deny it, either.)


sumber dari: mariasfarmcountrykitchen.com

Saturday, 15 June 2013

Cat sounds and what they mean






All cats make sounds — from meows and purrs to growls and hisses — but some felines are more vocal than others.
 
Kittens are typically more communicative than older cats, and domestic felines are usually more vocal than feral ones.
 
There’s even evidence that some breeds are more likely to “talk” than others, including Siamese and Burmese cats. But what sounds a cat makes and how vocal it is varies from feline to feline.
 
Cats communicate with meows, chirrups, hisses, purrs, chatters and growls, but the onomatopoeic meow is the most common.
 
Meow
Kittens will meow to their mothers, but as they mature, they typically quit using this sound to communicate with other cats. Often, adult domestic cats that meow do so only in the presence of humans. This is likely an extension of the way kittens use their plaintive meows as a signal.
 
If you have cats, you probably know that not all meows are equal. You might even be able to determine if your cat is happy, angry or demanding food or attention just by listening to the type of meow.
 
Purr
It’s often assumed that cats make this calming sound when they’re happy, but they purr for many other reasons as well. Purring can signal that a cat feels frightened or threatened and research shows it’s also a form of self-healing.
 
Chirrup
This trilling sound is a cross between a meow and a purr, and many cat owners say their felines use it as a form of greeting.
 
Growl
These rumbling sounds are meant as a warning. They can be a response to humans, animals or other cats, and most felines make the noise out of fear, anger or territoriality.
 
Chatter
This stuttering sound has been described as a cross between a meow and a bleat. It’s typically heard when a feline spots something — often a bird or flying insect — that they can’t reach. It could communicate excitement or frustration.
 
Hiss
A hiss can be loud or soft depending on the cat and the situation. It’s often the feline response to fear and can be directed at cats or other animals, as well as humans. When a cat is hissing, it’s best to give the animal some space.
 
Caterwaul
This shrill and wailing noise is the cry of a cat in heat.
 
If you have a cat, you can interpret what your pets’ meows and other sounds simply by paying attention. Look to see what physical stimulus your cat could be reacting to, and watch your cat’s body language — especially its ears and tail — to determine what emotion or message the animal is trying to convey.


sumber dari: mnn.com

Sunday, 9 June 2013

Siberian Cat




Siberian Cat | Nature: Unknown Knowledge | Scoop.it


sumber dari: petside.com

Saturday, 8 June 2013

Kucing Terpanjang di Dunia






Sekor kucing di Amerika telah mendapat award sebagai KUCING TERPANJANG berdasarkan rekod dunia terbaru yang tercatat di dalam Guinness World Record.

Kucing yang bernama Stewie itu berusia 5 tahun dan mempunyai tubuh sepanjang 123cm dari mula hujung hidung beliau hingga la ke hujung ekor beliau.


sumber dari: sayeponadeblogjgk.blogspot.com

Tuesday, 4 June 2013

Rahsia Rasulullah SAW Sayang Kucing


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

kucing
.
Rasulullah ﷺ menekankan dalam beberapa hadisnya bahawa haiwan kucing itu tidaklah najis. Malah dibolehkan untuk berwuduk menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.

Abu Qatadah Radliyallaahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia adalah termasuk haiwan yang suka berkeliaran di rumah (haiwan pemeliharaan).” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’I, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Maka mengapakah Rasulullah ﷺ yang buta huruf, berani mengatakan bahawa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?

1.  Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

2.  Pada permukaan lidah kucing dilapisi dengan berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.

3.  Lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membersihkan dan membuang sisa-sisa bulu mati yang luruh di badannya.
.
.
Penyelidikan

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan komposisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, pelindung mulut dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut diambil contoh melalui usapan. Turut diambil cairan khas yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahagian-bahagian tertentu. 
.
Hasil yang didapati adalah:
  1. Hasil yang diuji dari kulit luar kucing tenyata tiada berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.
  2. Jika dilihat dari perbandingan cecair yang diambil dari dinding mulut kucing yang berkuman memberikan hasil sekitar 80% negatif.
  3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.
  4. Sekalipun ada kuman yang ditemui semasa proses penyelidikan, kuman itu tergolong dalam kumpulan kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terhad seperti enterobacter, streptococcus dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.
  5. Tidak ditemui kumpulan kuman yang pelbagai.
  6. Pelbagai sumber yang boleh dipercayai dan hasil penyelidikan makmal menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan.
.
.
Hasil Penelitian Para Doktor
  1. Menurut Dr. George Maqshud, ketua makmal di Hospital Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemukan adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit.
  2. Dr. Gen Gustafsirl mendapati bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing.
  3. Dr. Gen Gustafsirl juga mendapati bahawa kuman pada manusia adalah 1/4 anjing dan kuman pada kucing 1/2 manusia.
  4. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bemama lysozyme.
  5. Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, lopak hujan, dll)
  6. Kucing juga ia sangat menjaga kestabilan dan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak menghampiri tempat berair.
  7. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.

Subhanallaah! Menurut Islam, inilah sebabnya jika terkena liur anjing harus dicuci dan disamak dengan 7 bilasan air suci termasuk salah satunya dengan air tanah.

Tetapi ketika sebahagian doktor dan percubaan yang telah di lakukan di makmal penyelidikan haiwan, ditemui bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan dan ia lebih bersih dari manusia. Ramai dari pembaca yang khuatir adanya Toxoplasma pada kucing, benarkah toxoplasma itu virus? ataukah hanya sekadar parasit yang boleh melekat pada tubuh makhluk yang hidup? silahkan baca: Benarkah toxoplasma hanya disebabkan oleh kucing.
.
.
Perhatikan apa yang diperlihatkan Rasulullah pada sahabatnya berikut ini:
Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wuduk. Pada ketika itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lalu ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum.

Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi ﷺ pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang peliharaan di rumah).” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).


Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi ﷺ pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, Baginda ﷺ berkata, “Ya Anas, tuangkan air wuduk untukku ke dalam bekas.”
Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bekas. Namun, seekor kucing datang dan menjilat bekas air. Melihat itu, Nabi berhenti sehingga kucing tersebut berhenti minum lalu berwuduk.

Nabi ﷺ ditanya mengenai kejadian tersebut, Baginda ﷺ menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budak suruhannya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menyimpanya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur.

Datanglah pula seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah ﷺ bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah ﷺ berwuduk dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Hadis ini diriwayatkan Malik, Ahmad, dan imam hadits yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang yang badannya, peluhnya, bekas dari sisa makanannya adalah suci. Air liurnya bersih dan membersihkan serta hidupnya lebih bersih daripada manusia.

Subhaanallah!! Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah ﷺ yang buta baca-tulis tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih? Segala sesuatu yang baru ditemukan oleh para ilmuwan semasa ini, ternyata sudah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad ﷺ sejak 1500 tahun yang lalu. Mungkin ini jugalah mengapa Rasulullah ﷺ sangat sayang kepada Muezza, kucing kesayangan Baginda.


sumber dari: shafiqolbu.wordpress.com