Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [Surah Al-'Asr Ayat 1-3]
Showing posts with label syiah. Show all posts
Showing posts with label syiah. Show all posts
Sunday, 8 June 2014
Isu Syiah ialah isu akidah
APABILA Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membangkitkan isu Syiah dan kaitannya dengan pemimpin Pas, beliau menyatakan isu Syiah ialah persoalan akidah dan keselamatan negara.
Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu memberi respons bahawa ia adalah isu sementara tanpa menyedari bahawa dari segi sejarah perkembangan Syiah dari sudut akidah, syariah dan fikah banyak perkara yang menyalahi dan bukan isu sementara.
Ramai pemimpin Pas membuat anggapan bahawa tidak salah mengagumi Ayotullah Khomeini. Pemimpin Pas patut merujuk juga wasiat Khomeini dalam majalah Dustur terbitan Lebanon (1 Ogos 1983, edisi 197, hal. 16-18) memberikan wasiat supaya memerangi negara-negara Islam sampai mereka menjadi negara Syiah.
Kata Khomeini, Ketika perang dengan Iraq telah selesai, maka kita wajib memulai perang dengan negara lainnya. Saya mengimpikan bendera kita berkibar di Amman, Riyadh, Damsyik, Kaherah dan Kuwait".
Profesor Yusof al Qardawi sahabat baik Anwar Ibrahim dan tempat rujukan Haji Hadi Awang yang sekian lama lunak dengan isu Syiah, akhirnya menyatakan Syiah membawa ajaran yang menyesatkan dan kafir (Aljazeera-9.3.2013) selepas menyaksikan pembunuhan ratusan ribu umat Islam di Syria.
Wasiat Khomeini dan penegasan Qardawi amat penting diteliti oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berada dalam Pas dan parti-parti politik dan NGO Islam yang lain, kerana apa yang sedang berlaku di Iraq, Syria dan Bahrain adalah gambaran apa yang diwasiatkan oleh Khomeini dan dibimbangi oleh Qardawi. Apakah mengagumi Khomeini mengagumi wasiat dan ajarannya?
Banyak kitab Syiah sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Antaranya termasuk kitab-kitab Khomeini, Kasyful Asrar, Al Hukumah al Islamiah dan Tahrir al Wasilah yang menjadi rujukan utama penganut Syiah di Malaysia. Apakah kitab Khomeini ini selari dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah?
Tidak mustahil Indonesia yang semakin subur pengaruh Syiahnya dengan penerbitan al Mizan, Bandung sebagai penerbit utamanya dan Malaysia yang mempunyai penganut Syiah dikatakan suku juta orang bakal jadi ancaman kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dan keselamatan negara di rantau ini.
Menurut kaca mata Ahli Sunnah Wal Jamaah, ajaran Syiah didapati bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Pengikut Syiah mempercayai jawatan Imam telah ditentukan Allah melalui lisan Rasulnya secara nas. Ini dijelaskan dalam kitab Aqaid al-Imamah oleh Syeikh Muhammad Redha al Muzaffar (hal.78).
Syiah juga mempercayai bahawa orang yang dilantik menunaikan wasiat Rasulullah SAW adalah Saidina Ali. Usul ini disebutkan dalam kitab Aslu Al-Syiah Wa Usluha oleh Muhamad bin Husiain Ali Kasyif al-Ghita (hal.136).
Imamah dan Khilafah dianggap sebahagian daripada Rukun Islam dan ia berlaku melalui nas. Perkara ini dinyatakan dalam buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas dan Ijtihad) oleh al Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al Hulliyy, terjemahan Dr. Lutfi Ibrahim, (hal. 145-146).
Banyak lagi buku tentang akidah Syiah ini menyimpang daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam di Malaysia merupakan umat ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu berpegang dengan cara Abu Hassan al-Asyari dan al Matruridi dalam akidah.
Menggunakan pendekatan Mazhab al-Shafie dalam penentuan hukum fikah dan meraikan mazhab muktabar yang lain.
Banyak lagi ajaran Syiah yang menyeleweng dari sudut Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu menyatakan semua imam adalah maksum, Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia, kemunculan semula Imam Mahdi dan kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan, taqiyyah (berpura-pura), menyamakan Saidina Ali dengan Allah SAW (kitab al Usul Min al Kafi oleh al Kulaini, Jilid 1, hal. 197), mengkafirkan para Sahabat (kitab al Anwar al-Numaniah, oleh Syed Nikmatullah al Musawi, hal. 81).
Perpecahan yang berlaku di Malaysia tidak saja dilatari oleh faham politik yang berbeza tetapi juga anutan fahaman dan aliran keagamaan yang tidak sama.
Pertentangan Syiah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh menghasilkan pertentangan yang tajam. Menjadi kewajipan bagi kerajaan, parti politik dan NGO Islam yang masih meyakini kebenaran faham Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak memandang ringan akan pengaruh Syiah ini.
Langkah-langkah keselamatan perlu diambil supaya faham yang bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ditangani dengan tegas supaya perpecahan yang lebih parah dapat dibendung.
sumber dari: utusan.com.my/
Pelajar Iran datang Malaysia sebar Syiah
Ketua Unit Kajian Syiah ISMA, Ustaz Mohammad Ismail mendakwa kebanyakkan pelancong dan pelajar dari Iran datang ke Malaysia adalah untuk menyebarkan ajaran sesat Syiah.
“Antara mereka, bukan datang untuk tujuan belajar semata-mata tetapi ingin menyebarkan kefahaman mereka yang terseleweng kepada masyarakat Malaysia.
“Sehinggakan akhirnya muncullah tokoh-tokoh Syiah dalam kalangan orang Melayu kita,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam program ceramah ‘Bahaya Syiah’ anjuran bersama dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sabah, ahli jawatan kuasa masjid dan Universiti Malaysia Sabah cawangan Sandakan baru-baru ini.
Tegasnya, ajaran Syiah perlu ditentang dengan sekeras-kerasnya. Tindakan tegas perlu diambil ke atas mereka.
Apatah lagi apabila mereka sangat licik untuk merosakkan akidah umat Islam. Doktrin mereka sahaja sudah menyesatkan.
Antaranya ialah mereka menganggap imam-imam atau ayatollah mereka bersifat maksum, mengkafirkan para sahabat nabi, menyelewengkan al-Quran, nikah mut’ah atau nikah kontrak yang menghancurkan keturunan nabi Adam as, bersikap taqiyah iaitu melakukan pembohongan, dan mengatakan ahli sunnah wal jamaah sesat.
Dalam pada itu Ustaz Mohammad turut mendedahkan tentang pihak Comango yang menuntut hak kebebasan manusia menurut kacamata barat supaya dilaksanakan di Malaysia.
“Dan salah satu tuntutan tersebut termasuklah penyebaran ajaran syiah secara bebas dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia,” katanya.
Antara daerah yang terlibat dalam program ceramah ‘Bahaya Syiah’ ini ialah Tawau, Semporna, Sandakan dan Kinabatangan.
Program bermula dari Masjid al-Khautar Tawau, diikuti Masjid Ar-Rahman Semporna, Masjid Nurussyakirin Taman Indah Jaya Batu 4 Sandakan, Universiti Malaysia Sabah cawangan Sandakan dan akhir sekali di Masjid Derah Kinabatangan.
sumber dari: ismaweb.net/
23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah
1.Mereka tidak membasuh kaki ketika berwudhuk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf.
2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah (disisi) tanpa meletakkan tangan di atas dada.
3.Kebanyakkan pengikut Syiah Ketika solat mereka akan membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud.
4.Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pahanya beberapa kali.
5.Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka harus menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib-isyak walaupun tanpa bermusafir.
6.Menghalalkan nikah mut’ah (nikah kontrak mengikut hari atau bulan).
7.Memaki hamun dan mencela para sahabat Nabi s.a.w dan isteri-isteri Nabi.
8.Mencela imam-imam ahli sunnah seperti imam-imam 4 mazhab dan imam-imam Hadis seperti Bukhari dan Muslim.
9.Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap. Sepatutnya al-Quran 2 kali ganda tebalnya dari al-Quran yang ada.
10.Mengatakan Saidina Ali lebih layak menjadi khalifah dari Saidina Abu Bakar,Saidina Umar dan Saidina Usman.
Ali dilantik oleh Allah meggantikan Nabi saw sebagai imam dan AbuBakar, Umar, Usman adalah perampas hak Ali. Ini bermakna 3 khalifah trsebut tidak beriman kepada perlantikan oleh Allah dan membawa kepada kekufuran mereka.
Ali dilantik oleh Allah meggantikan Nabi saw sebagai imam dan AbuBakar, Umar, Usman adalah perampas hak Ali. Ini bermakna 3 khalifah trsebut tidak beriman kepada perlantikan oleh Allah dan membawa kepada kekufuran mereka.
11.Seorang syiah tidak boleh diberi nama atau dipanggil dengan nama Abu Bakar, Umar, Usman, Muawiyah dan Aisyah.
12.Beiktiqad Imam-imam 12 mereka adalah maksum (bebas dari dosa-doa kecil dan besar). Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan bahawa kedudukan imam-imam 12 adalah setara bahkan ada yang kata lebih tinggi dari kedudukan Para Nabi-Nabi dan Malaikat-Malaikat yang paling hampir dengan Allah.
13.Mengaku sebagai pengikut ahli bait (ahli rumah) Nabi SAW.
14.Rukun Islam yang pertama bagi ahli sunnah adalah mengucap 2 kalimah syahadah tapi rukun Islam pertama bagi syiah adalah walayah (imam 12). Oleh itu disisi mereka jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari imam-imam 12 maka jatuh kafir.
15.Kain kafan mayat mereka bertulis.
16.Membaca talqin dengan menyebut imam-imam 12.
17.Meletakkan gambar-gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah. Biasanya mereka letak di dalam bilik.
18.Suami halal meliwat isteri.
19.Harus taqiah (boleh menipu berpura-pura) untuk menarik ahli sunnah masuk syiah.
20.Mereka tidak ada solat tarawih. Jika ada Orang syiah yang berteraweh itu bermakna mereka bertaqiah.
21.Mereka lebih banyak menyebut nama-nama imam-imam mereka dari menyebut kalimah Allah terutama ketika mereka ditimpa musibah.
22.Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.
Bahkan ada di kalangan mreka yang menganggap haram puasa kerana seolah-olah bersyukur ke atas kesyahidan Sayyidina Husain.
Bahkan ada di kalangan mreka yang menganggap haram puasa kerana seolah-olah bersyukur ke atas kesyahidan Sayyidina Husain.
23.Setiap kali menyambut hari peringatan seperti peringatan terbunuhnya Saidina Ali bin Abi Tolib dan peringatan terbunuhnya Husein bin Ali, pengikut syiah akan melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-musibah yang menimpa ahlul bait. Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat. Di negara teluk mereka memukul badan mereka dengan tangan kosong.Tetapi di Pakistan dan Lebanon mereka mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang dan belati untuk menumpahkan dan melukai anggota badan. Ditempat lain ada yang memukul badan dengan rantai.
sumber dari: fuh.my/
PSM Nyata Pendirian Terbuka Sokong Syiah
Parti Sosialis Malaysia (PSM) akhirnya mengeluarkan kenyataan berhubung pendirian mereka terhadap isu Syiah yang sedang hangat diperkatakan orang ramai sejak kebelakangan ini.
Bagaimanapun, agak memeranjatkan apabila pada waktu semua rakyat Malaysia bersatu suara menentang penyebaran Syiah di negara ini, PSM pula menyatakan sokongan kepada pergerakan Syiah di negara ini.
Pengerusi Nasional PSM, Dr. Nasir Hashim berkata, PSM menganggap sebahagian besar warisan tradisi Syiah berjaya mengilhamkan perjuangan pembelaan golongan marhaen dan terpinggir.
“Ini jelas terbukti dalam karya-karya Ali Shariati, Ayatollah Khomeini dan Syed Hassan Nasrallah. Malah tradisi ilmu pada zaman kegemilangan tamadun Islam tidak akan berkembang tanpa sumbangan intelektual tokoh Syiah seperti Ibnu Sina dan Al Farabi.
“Tanpa mereka karya-karya falsafah Plato dan Aristotle tidak akan ditemui semula oleh tamadun Islam mahupun Barat. Justeru PSM membantah segala penindasan dan prejudis terhadap golongan Syiah di Malaysia,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Nasir seterusnya mendakwa, isu Syiah sengaja dibangkitkan oleh kerajaan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu-isu yang lebih penting seperti kenaikkan kos sara hidup dan sebagainya.
Menurutnya, sentimen takut dan sentimen keagamaan menjadi strategi pihak tertentu untuk mendapat sokongan rakyat.
“PSM menyarankan supaya kerajaan mengkaji semula tindakannya dan secara matang mengadakan dialog dengan pihak berkenaan (Syiah),” dakwanya lagi.
sumber dari: anwaraidc.com
mati dalam keadaan hina
Inilah Khomeini yang di bangga2kan Quburiyyun..! mati dalam keadaan hina..! Si .....yang menghina kehormatan istri Rasulullah salallahu alaihi wasallam dan para sahabatnya mengalami kematian yang lebih hina dari kematian binatang..!
lihat... syiah kuffar, bagaimana orang mati mendustakan ayat2 Allah, lihat... syiah, mati hampir telanjang. Kain kafan si Khomeini diperebutkan oleh pengikut2 dungu syiah.
sumber dari: tipudayasyiah.blogspot.com/
Cahaya (Nuur) Ulamak Syiah
Cahaya (nur) Pemimpin Utama Syiah...
Lihatlah bagaimana ia berlaku. dan lihatlah juga wajah pengikut yang ada di cermin hadapan tersebut.
Kalau anda telah lupa, lihatlah kembali kepada post ini yang menunjukkan bagaimana saat pengkebumian pemimpin Syiah.
sumber dari: suarapemikir.com/
Strategi Penganut Syiah Di Malaysia
1. Masuk ke dalam pertubuhan harakat Islamiyyah, tanzim haraki seperti Pas, Abim, Jim, Hizbut Tahrir dengan cara taqiyyah, pura pura dan niat menguasai pucuk pimpinan atau menghancurkan dari dalam.
2. Mereka masuk kedalam parti politik Ummat Islam seperti Pas, UMNO , PKR dan lain lain untuk menjadi pemimpin dan sekaligus mencetuskan merekrut pengikut mereka dijadikan syiah.
3. Mereka menggunakan tarekat seperti tarekat ahlu bait, menyamar atas nama kelaurga Rasulullah saw sebelah Saidina Ali untuk rekrut syiah.
4. Mereka masuk dalam pertubuhan berbaiah seperti Pekida, Al Ehsan, Batas , Simpang 3, Majlis Sabilillah dan seangkatan untuk tujuan yang sama, sama ada merekrut ahli atau mengahncurkan jamaah dari dalam.
5. Mereka akan gunakan kuasa politik , rapatkan dengan Perdana Menteri malaysia, menteri -menteri, rapat dengan Menteri Besar Selangor, Kelantan, dan ex MB kedah bagi tujuan perlindungan politik mereka agar mereka dapat back up.
6. Mereka Syiah laknatullah menyusup masuk ke dalam PDRM dan ATM untuk merekrut seramai mungkin polis dan askar untuk masuk syiah laknatullah.
7. Mereka mengunakan perniagaan seperti perniagaan air,makanan dan lain untuk dana dan kewangan syiah.
8. Mereka telah memanggil ramai rakyat Iran Syiah untuk masuk belajar dan bekerja di malaysia, dan mereka cuba sEkang kahwinkan lelaki Syiah Iran dengan wanita Islam malaysia, mereka masuk dengan cara macam tu melalui belajar dan perkawinan.
9. Mereka masuk dalam pertubuhan pertubuhan amal berbilang bangsa dan kaum untuk merekrut syiah
10. mereka akan rapat dengan mahasiswi mahasiswa Islam di seluruh IPTA dan IPTS untuk bawak masuk Syiah dengan cara 9 di atas.
#Kajian semasa dari Pengerusi Majlis Pekerja -Pekerja Profesional Islam Malaysia PRO-Islam
sumber dari: nizarazu.com/
Syiah mengikut pandangan syiah
Pengertian Syiah mengikut pandangan syiah sendiri adalah seperti berikut:
Perkataan Syiah (mufrad) disebut sebanyak empat kali dalam al-Qur’an dan ia memberi erti golongan atau kumpulan;pertama dalam Surah as-Saffat: 83-84, firman Tuhan yang bermaksud,”Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk Syiahnya (golongannya), ingatlah ketika ia datang kepada Tuhannya dengan hati yang suci”.
Kedua,dalam Surah Maryam: 69, firman Tuhan yang bermaksud,”Kemudian pasti Kami tarik dari tiap-tiap golongan (Syiatihi) siapa antara mereka yang sangat derhaka kepada Tuhan yang Maha Pemurah”.
Ketiga dan keempat adalah Surah al-Qasas: 15, firman Tuhan yang bermaksud,”Dan Musa masuk ke kota (Memphis) ketika penduduknya sedang lengah, maka didapatinya dalam kota itu dua orang lelaki yang berkelahi; yang seorang dari golonganya (Syiatihi) (Bani Israil) dan seorang (lagi) dari musuhnya (Syiatihi) meminta pertolongan kepadanya untuk mengalahkan orang yang dari musuhnya”.
Sementara itu, ada perkataan Syiah dalam Hadith Nabi S.A.W lebih dari tiga kali, antaranya disebut oleh Imam as-Suyuti dalam tafsirnya Durr al-Manthur, Beirut, Jilid 6, hal.379 – Surah al-Bayyinah, Nabi S.A.W bersabda:”Wahai Ali, engkau dan Syiah engkau (golongan engkau) di Hari Kiamat nanti keadaannya dalam redha dan diredhai”, dan sabdanya lagi:”Ini (Ali) dan Syiahnya (golongannya) (bagi) mereka itulah yang mendapat kemenangan di Hari Kiamat nanti”.
Dengan ini kita dapati bahawa perkataan Syiah itu telah disebutkan dalam al-Qur’an dan Hadith Nabi S.A.W.
Yang dimaksudkan oleh oleh al-Quran dan hadith itu bukanlah kata khusus kepada puak Syiah ini, melainkan kata umum kepada pengikut kepada sesuatu golongan pengikut, yakni golongan Ibrahim a.s, golongan yang derhaka, golongan Musa a.s. Bahkan Rasulullah sendiri pernah bersabda mafhumnya: golongan kamu Ali akan terbahagi tiga. orang yang terlampau memuja mu, orang yang terlampau membenci mu dan orang yang cinta kepadamu kerana Allah. Golongan pertama dan kadua itu masuk neraka. Golongan ketiga itu masuk syurga. Terbukti golongan pertama dan kedua itu puak Syaih dan Khawarij. Ijtihad kebanyakkan para ulama Sunni sebagai Syiah yang menyeleweng ialah golongan Syiah daripada Imamiyyah/Ja’fariyyah dan Zaidiyyah, yang diringkaskan sebagai Ghulat kerana mendewakan Ali. Imam al-Ghazali dalam bukunya Mustazhiri menentang keras Syiah kerana ia mengandungi pengajaran Batiniah. Imam Ja’far as-Sadiq AS, generasi kelima keturunan Ali bin Abi Talib dan Fatimah Zahrah r.a, pula menyatakan Syiah tidak boleh dikahwini dan diadakan sebarang urusan keagamaan kerana aqidah mereka bertentangan dengan al-Qur’an dan Hadith. Golongan Syiah Imamiyyah mengganggap Ja’far as-Sadiq AS sebagai imam keenam umat Islam. Walaupun beliau tidak mengakuinya dan tidak menerima baiah mereka itu.
5 perkara menjadi Rukun Kepercayaan atau Usūl al-Dīn bagi golongan Mazhab Syiah:
- Tauhid - Bahawa Allah s.w.t. itu Satu
- Adalah - Bahwaa Allah s.w.t. itu Maha Adil
- Qiyamah - Bahawa Allah s.w.t. akan membangkitkan manusia untuk pengadilan di Hari Kiamat
- Nubuwwah - Bahawa Nabi dan Rasul yang ma’asum dilantik oleh Allah untuk mengajar dan membimbing manusia. Muhammad s.a.w. merupakan Nabi dan Rasul terakhir.
- Imamah - Bahawa Allah melantik orang-orang tertentu sebagai pemimpin umat manusia, yakni sebagai Imam. Umat manusia sentiasa ada seorang Imam dan hanya seorang Imam sahaja boleh wujud pada bila-bila masa. Sesetengah Rasul adalah Imam. Contohnya Nabi Ibrahim a.s. yang merupakan Nabi, Rasul dan Imam. Tidak semua imam adalah Nabi atau Rasul pula. Contohnya Imam Ali, yang bukannya seorang Rasul mahupun Nabi tetapi Imam.
sumber dari: hazis.wordpress.com/
dianggarkan mencecah sejuta orang
Ketua Kumpulan Syiah Malaysia, Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz mendakwa jumlah pengikut fahaman itu kini dianggarkan mencecah antara 300,000 dan sejuta orang.
Beliau bagaimanapun tidak dapat memberi anggaran tepat kerana tidak mempunyai data mengenainya.
“Jumlah yang tepat kita tidak ada. Kita hanya mengambil kira jumlah itu berdasarkan pelbagai pandangan dan laporan di media.
“Ada laporan mengatakan 300,000 orang. Paling ramai pernah dilaporkan mengenai jumlah pengikut Syiah di Malaysia ialah sejuta orang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas jumlah sebenar pengikut ajaran Syiah di Malaysia.
Diminta mengulas mengenai cadangan mewartakan fatwa anti-Syiah di negara ini, Mohd Kamilzuhairi berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada kerajaan.
“Saya tidak mahu komen panjang. Terserah kepada kepada menteri terlibat untuk buat keputusan mengenai Syiah.
“Cuma apa yang boleh saya kata, sesuatu perkara yang salah lambat laun pasti akan musnah. Begitu juga sebaliknya,” katanya.
Media baru-baru ini melaporkan Kerajaan Kedah bercadang mewartakan fatwa anti Syiah selepas dikuatkuasakan sepenuhnya di peringkat kebangsaan sebelum ini.
Menteri Besarnya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, fatwa anti-Syiah yang bakal digazetkan di Kedah akan dikenakan terhadap mereka yang cuba mengembangkan fahaman tersebut di negeri itu.
Cadangan tersebut turut disambut baik beberapa mufti yang menyifatkan fatwa anti-Syiah perlu diwartakan segera.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad berkata, ini berikutan ajaran itu didapati sudah mula merebak dalam kalangan masyarakat.
Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid berkata, Selangor sudah lama mewartakan fatwa anti-Syiah dan berharap dapat dilaksanakan di negeri lain.
Anggota kumpulan Syiah ini pernah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Disember 2011 kerana didakwa menyebarkan ajaran Syiah.
Dalam serbuan tersebut, seramai 200 pengikut terdiri daripada lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak sedang khusyuk berselawat dan mendengar khutbah daripada seorang lelaki warga Iran.
Manakala pada 26 Ogos 2011, Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) merampas kira-kira 200 naskhah buku yang mengandungi dua tajuk berlainan berkaitan fahaman Syiah dan mengenai pengaruh ajaran itu, dalam satu serbuan di Masjid Paya Redan, Melaka.
sumber dari: kisahbest.my/
Permulaan Gerakan Anti-Sahabat
Gerakan anti-sahabat Rasulullah dimulai oleh Abdullah ibn Saba’ (Ibn Saba’) yang berasal dari kota Sana’a, Yaman. Dia adalah seorang bangsa yahudi yang menganut islam pada zaman Uthman tetapi tidak memperbaiki keislamannya.
Saidina Uthman bin Affan diangkat menjadi Khalifah selepas Khalifah Umar bin Khatab dibunuh oleh Abu Lu’lu Al-Majusi . Ketika itu, berlaku pergolakan dan keresahan di kalangan umat Islam. Dengan ketegasan sikap dan kebijaksanaan Uthman, suasana pemerintahan dapat dikendalikan dengan aman dan ramai yang memeluk islam termasuk seorang pemuda Yahudi dari Yaman bernama Abdullah bin Saba’.
Bagaimanapun, Abdullah bin Saba’ mempunyai tujuan lain untuk memeluk Islam. Dia berharap Khalifah selaku pemerintah negara Islam akan memberi penghormatan kepadanya dengan diberikan jawatan kedudukan tinggi dalam kerajaan. Bagaimanapun Khalifah Uthman menolak dan berkata;
“Aku hanyalah pelayan umat, aku diangkat menjadi Khalifah bukan atas keinginan aku, tetapi kesepakatan umat Islam”.
Khalifah Uthman berkata lagi,
“Tidakkah tuan tahu bahawa jawatan bukan satu kehormatan, tetapi satu amanah. Apakah tuan sanggup memikul amanah itu, sedangkan tuan baru memeluk Islam dan lebih daripada itu tidak layak sesuatu kedudukan diminta atau diminati kerana Allah yang memberi atau mencabut kedudukan seseorang”.
Oleh itu Abdullah bin Saba’ kecewa dan menyimpan dendam kepada Khalifah Uthman, umat Islam dan Agama Islam. Maka, antara dakyahnya ialah menabur fitnah dan menimbulkan keraguan kepada orang Islam. Beliau mengatakan bahawa pewaris Nabi dan Khalifah yang sah adalah Saidina Ali bin Abi Talib, bukannya Abu Bakar, Umar, Uthman atau sahabat-sahabat lain. Dia menjelajah ke seluruh tempat untuk menyebar fitnah dan pengaruhnya tersebar luas ke Mesir, Kufah dan Basrah. Untuk menyakinkan orang ramai akan kata-katanya dan bukannya atas kepentingan diri sendiri, beliau mengguna dan menjaja nama Saidina Ali dan keluarga Rasulullah s.a.w (ahlul bait). Kononnya hujah-hujah beliau adalah datangnya dari mulut Saidina Ali dan Rasulullah sendiri.
Beliaulah juga orang yang terawal meletakkan Saidina Ali ke tahap yang lebih tinggi dari Rasullullah s.a.w. Beliau pernah berkata,” Sesungguhnya yang menjadi Nabi pilihan Allah adalah Ali bin Abi Talib. Hanya kebetulan pada ketika itu malaikat Jibrail mengantuk sehingga wahyu Allah diberikan kepada Muhammad, iaitu orang yang tidak berhak”.
Mendengar berita itu, Ali bin Abi Talib sangat marah, dan ketika beliau diangkat menjadi khalifah keempat mengganti Uthman, beliau memerintahkan Abdullah bin Saba’ diusir dari Madinah. Tidak berhenti setakat itu, Abdullah bin Saba’ tetap meneruskan untuk memporak peranda sesama kaum muslimin serta hubungan Saidina Ali dan para sahabat yang lain secara halus.
Hakikatnya Abdullah bin Saba’ serta pengikut-pengikutnya bukanlah penyokong tulen atau syiah Saidina Ali tetapi berpura-pura menjadi pengikut kuat Saidina Ali dan Ahlul Bait. Beliau juga mempunyai ramai pengikut yang dikenali sebagai Sabaiyyah juga tergolong sebagai orang-orang munafik yang lagaknya seperti orang Islam yang taat dan menyelinap dalam tentera Ali. Golongan Sabaiyyah ini lah yang menjadi punca berlakunya Perang Jamal.
Bagi golongan sunni, Ibn Saba’ atau Sabaiyyah adalah perintis kepada perpecahan umat Islam dan seterusnya mendorong kepada beberapa pecahan ummah termasuk kemunculan fahaman syiah. Beliaulah sebagai tokoh berperanan utama yang menyelipkan pemikiran-pemikiran sesat dalam ajaran syiah.
Kitab-kitab Syiah seperti Syarh Nahjul Balaghah Li Ibn Abil Hadid ada menceritakan berkenaan Ibn Saba’ walaupun terdapat golongan syiah yang menafikan kewujudan seseorang yang bernama Ibn Saba’ atau Abdullah bin Saba’.
sumber dari: malaysiaria.com.my/
ASAL-USUL FAHAMAN SYIAH
Syiah secara etimologi bahasa bererti pengikut, puak dan golongan. Sedangkan dalam istilah Syara ‘, Syi’ah adalah suatu aliran yang timbul sejak pemerintahan Utsman bin Affan radhiyallahu’ anhu yang diketuai oleh Abdullah bin Saba ‘, seorang Yahudi dari Yaman.
Setelah terbunuhnya Uthman bin Affan radhiyallahu ‘anhu, lalu Abdullah bin Saba’ memperkenalkan ajarannya secara terang-terangan dan menyatukan massa untuk mengisytiharkan bahawa kepemimpinan (baca: imamah) sesudah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sebenarnya ke tangan Ali bin Abi Talib radhiyallahu’ anhu kerana suatu nas (teks) Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Namun, menurut Abdullah bin Saba ‘, Khalifah Abu Bakar, Umar, Uthman telah mengambil alih kedudukan tersebut.
Keyakinan itu berkembang sampai kepada menuhankan Ali bin Abi Talib. Berhubung hal itu suatu kebohongan, maka diambil tindakan oleh Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu, iaitu mereka dibakar, lalu sebahagian mereka melarikan diri ke Madain.
Aliran Syiah pada abad pertama hijrah belum merupakan aliran yang solid sebagai trend yang mempunyai pelbagai macam keyakinan seperti yang berkembang pada abad ke-2 Hijrah dan abad-abad berikutnya.
Fahaman atau kumpulan syiah ini bukannya wujud semasa, atau sebelum zaman Rasulullah, malah zaman Khalifah Ali pun, kumpulan syiah ini belum wujud lagi. Golongan Ansar, Muhajirin, Aus, Khazraj dan Khawarij adalah sebahagian nama-nama golongan yang pernah tercatat dalam sejarah Rasulullah. Tiada bukti yang tertulis menunjukkan wujudnya satu fahaman atau kumpulan yang dinamakan syiah ketika itu. Istilah “syiah” ini mula digunakan selepas kesyahidan cucu Rasulullah s.a.w, Saidina Husain bin Ali.
Permulaan Kemunculan Syiah
Yang biasa menjadi pendapat umum, Syiah dikatakan puak yang menyokong Saidina Ali bin Abi Talib r.a. dalam pertelingkahannya dengan Muawiah bin Abi Sufyan r.a. Namun tidak bermakna pengikut Ali itu syiah dan pengikut Muawiah itu Sunni. Malah, ramai tokoh ahli sunni berkeyakinan bahawa dalam perselisihan yang berlaku di antara dua sahabat Rasulullah s.a.w ini, kebenaran lebih berpihak kepada pihak Ali berbanding dengan Muawiyah.
Sebenarnya, puak Syiah ini muncul selepas pertelingkahan Saidina Husain yang tidak mengiktiraf kekhalifahan Yazid bin Muawiah.
Kisahnya bermula apabila Saidina Husain berangkat dari Madinah menuju ke Kufah, Iraq setelah penduduknya berjanji untuk menyokong, melindungi serta membantunya sekiranya diserang mana-mana pihak. Namun janji-janji tersebut tidak dilaksanakan dan seterusnya menjadi punca syahidnya Husain di pertempuran Karbala.
Setelah Saidina Husain syahid, sebahagian mereka telah menyesali dosa mereka dan memberontak kepada pemerintahan Bani Umayyah. Mereka inilah dikenali sebagai syiah. Ketika itu tidak ada perbezaan akidah melainkan perbezaan gerakan politik yang menentang pemerintahan Bani Umayyah. Ini bermakna Syiah adalah satu gerakan politik semata-mata di awal kemunculannya.
Pada abad ke-2 Hijrah, perkembangan keyakinan Syiah semakin menjadi-jadi sebagai aliran yang mempunyai pelbagai peranti keyakinan baku dan terus berkembang hingga berdirinya dinasti Fathimiyyah di Mesir dan dinasti sofawiyah di Iran. Terkini aliran tersebut terangkat kembali dengan revolusi Khomini dan dijadikan sebagai aliran rasmi negara Iran sejak 1979.
sumber dari: malaysiaria.com.my/
400 active Syiah members in Sabah
The threat of Syiah teachings that deviates from the Sunnah Wal Jamaah or Sunni, which are the teachings and practices followed by the majority of Muslims in the country, is beginning to spread to Sabah.
Sabah Mufti Ustaz Bungsu Aziz Jaafar said the State has about 400 known active Syiah followers which include foreigners from Pakistan, India, Iran and other countries.
He said 17 applications for "Nikah Mut'ah" (contract marriage that is against the Sunni), that is part of the teaching and practice of Syiah followers, have been received in the district alone since 2010. One of the applicants was a SPM school leaver.
"All the 17 'Nikah Mut'ah' applications were not submitted to the Sabah Islamic Religious Affairs Department (Jheains) office in Papar because they knew their applications would be rejected.
"Instead, they sent the applications to the District Office to get statutory declarations.
However, I was informed that all the applications have been rejected and no such declaration was issued," he said.
Bungsu said this after presenting a talk on a paper entitled "The Teachings and Threats by Syiah in Malaysia" at the multipurpose hall, Wednesday. Pantai Manis assemblyman-cum-Papar Umno Divisional Chief Datuk Abdul Rahim Ismail officiated at the closing attended by over 100 participants.
Papar is the first district in Sabah to organise such seminar that was aimed at disseminating information and educating Muslims on the deviant teachings and threats of Syiah.
To curb the spread of Syiah teachings, Bungsu said he proposed that the current State "Sirah Fatwa" (wordings of the Fatwa) on Syiah be updated and gazetted so that a law could be formulated and enforcement can be carried out against them.
"The present State fatwa decree prohibits Muslims to practise any teachings that violate the teachings and practices of the Sunnal Wal Jamaah, including Syiah, and this needs to be updated with focus on Syiah.
"We are in the midst of preparing information on the Syiah teachings and Syiah deviant practices that are against our Sunnah Wal Jamaah teachings and practicesÉ and to get this gazetted in order to have a provision under the law that could address the spread of the deviant teachings (Syiah)," he said.
Bungsu said he would also propose that a task force be set up to tackle the Syiah followers so that their influence could be curbed. He said the current situation in Sabah has not reached a worrying level unlike in peninsula.
He said statistics showed that about 200,000 to 300,000 Syiah followers have been detected in Malaysia with tens of thousands being Malays and the Syiah followers have branches in each State.
Earlier in his talk, he said the most popular deviant teaching of Syiah is the "Nikah Mut'ah" where couples can stay married for a certain period of time as agreed and the dowry of the women can be anything, even RM2 or Syiah literature.
He said it is also not compulsory for husbands to provide sustenance to wives.
It is not compulsory for Syiah men to perform Friday prayers, which is compulsory for Sunni Muslims.
Meanwhile Rahim said there is a need to organise seminars on the deviant teachings of Syiah for all Muslims in community halls, schools, mosques, suraus, and parents in Sabah so that they would be aware of the threats and wrongful influences especially to their children.
"Parents need to be extra alert and take precautionary measures by monitoring the movements and friends of their children.
"If the Syiah influence is not curbed, I fear the existing target group which is our youths and children who may not fully understand yet our Sunnah Wal Jamaah teachings and practices may be easily influenced by the Syiah followers," he said.
Rahim believed that apart from outside militant threats, the Syiah influences must also be curbed as extremist groups among them can be created because they perceive the Sunnah Wal Jamaah followers as their main enemy.
"I believe the Syiah threats have been elaborated by our speakers in the seminar on the political influence of Syiah in Iran, Iraq and now SyriaÉhence, we must be on alert from now on in the aspect of our national security.
"Wiping out Sunni followers is compulsory for Syiah followers as they have been promised life in paradise hereafter," he said.
sumber dari: dailyexpress.com.my/
perkataan atau perbuatan yang tidak serupa
Menilai sesuatu aliran dengan prejudis tidak akan melahirkan kedamaian. Sebaliknya permusuhan akan membengkak, dan seterusnya permusuhan yang tidak berkesudahan akan membarah. Ekoran itu, menilai sesuatu aliran itu perlu adil, jujur dan ikhlas. Dalam ayat ke 8 dari surah al-Maidah, Allah SWT ada berpesan agar melakukan keadilan, walaupun terhadap mereka yang tidak sealiran dengan kita.
Firman Allah yang bermaksud, “Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa” (Surah al-Maidah, ayat 8)
Begitulah sebilangan orang sunni menilai aliran syiah, juga sebilangan orang syiah terhadap aliran sunni. Ekoran kebencian yang membuak-buak, menjadikan mereka menilai sesuatu fahaman itu tidak dengan kerangka yang jujur, sebaliknya penilaian itu berlapikkan sentimen dan prejudis.
Antara kaitan dalam perkara ini adalah seperti dalam perbincangan tentang konsep Taqiyyah yang menjadi antara bahan serangan sebilangan tokoh-tokoh sunni terhadap Syiah. Apabila kita memperhalusi fahaman syiah terhadap Taqiyyah dalam kerangka mereka dengan jujur dan adil, pasti kita akan mengambil sikap tidak bermusuh dengan mereka, sebaliknya akan terus dengan berdialog dan saling hormat menghormati satu dengan yang lain.
Taqiyyah
Di sisi syiah, Taqiyyah bermaksud perkataan atau perbuatan yang tidak serupa dengan kepercayaan hati untuk mengelak dari berlaku kemudaratan pada diri, nyawa atau maruah diri.
Dalam maksud yang lain, jika seseorang individu syiah itu tinggal di satu tempat yang bilangan mereka minoriti dan bilangan golongan selain mereka majoriti yang boleh memberi bahaya kepada nyawa, harta dan kemuliaan diri jika mereka pamerkan kesyiahan mereka, maka dibenarkan kepada mereka untuk bertaqiyyah untuk mengelak dari terkena perkara yang memudaratkan itu.
Ekoran itu, para fuqaha’ syiah membenarkan kepada individu syiah yang tinggal di kalangan masyarakat sunni sebegitu untuk menunaikan solat seperti orang sunni, atau mereka berwudu’ dengan membasuh kaki (dalam syiah, kaki tidak dibasuh ketika berwudu’, tetapi disapu sahaja). Pengamalan ini adalah untuk mengelak dari tertimpa kemudaratan atau kerosakan yang lebih besar kepada diri, nyawa, harta dan maruah hidup mereka.
Asas pemikiran Taqiyyah ini adalah kepada beberapa dalil-dalil naqli dan aqli yang juga merupakan sumber dalil dalam aliran sunni.
Ia berasaskan kepada firman Allah SWT dari surah al-Nahl, ayat 106 yang bermaksud, “Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar”
Penurunan ayat ini adalah merujuk kepada kisah penyeksaan yang dilakukan oleh orang-orang Quraish terhadap seorang sahabat bernama Ammar bin Yasir. Ekoran tidak tahan dengan penyeksaan itu, menjadikan Ammar bin Yasir bertaqiyyah; dengan menyebut kalimah kufur, tetapi hatinya kekal beriman dengan Allah SWT. (Fakhr al-Din al-Razi, al-Tafsir al-Kabir, jld 9, hlmn 470)
Juga ia merujuk kepada firman Allah; Surah ali-Imran ayat 28 berbunyi “illa an Tattaqu Tuqah” yang bermaksud, “Kecuali karena memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka”. kalimah “tuqah” itu memberi maksud taqiyyah. Ini jelas dengan kupasan Ibn Abbas yang perkataannya dinukilkan oleh Ibn Kathir dengan katanya; “Bukan taqiyyah itu dengan perbuatan, tetapi taqiyyah itu dengan lisan”. (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim, jld 2, hlmn 30)
Juga sandaran pengamalan taqiyyah ini adalah kepada satu hadis yang diriwayatkan dalam sumber sunni, iaitu riwayat al-Tarmizi, daripada Asma’ binti Yazid bahawa Nabi Muhammad SAW ada bersabda yang bermaksud, “tidak halal menipu kecuali pada tiga keadaan; seorang lelaki berkata terhadap isterinya agar dia menggembirakan isterinya, menipu dalam peperangan dan menipu untuk mendamaikan antara manusia yang bergaduh” (al-Tarmizi, hadis no :1862)
Di kalangan orang syiah, taqiyyah itu adalah satu keperluan untuk mengelak dari berlaku kerosakan atau kemudaratan yang lebih besar kepada diri mereka. Ekoran itu, apabila mereka sudah punyai Negara seperti Iran, atau mereka tinggal di kawasan atau negeri yang mereka tidak akan tertimpa kerosakan yang lebih besar, dengan terang mereka mengaku dan mengamalkan syiah secara terbuka. Dengan maksud, mereka tidak lagi bertaqiyyah dalam mengamalkan syiah mereka.
Melakukan kerosakan yang sedikit demi mengelak dari berlaku kerosakan yang lebih besar, bukan sekadar wujud dalam pengamalan syiah, malahan wujud dalam pengamalan sunni.
Ini dapat dilihat kepada beberapa fatwa ulama-ulama sunni yang mengizinkan makan bangkai demi untuk menjaga nyawa, mengizinkan minum arak jika tidak ada cara lain untuk nak elak dari tercekik, melafazkan kalimah kufur untuk mengelak dari terbunuh bagi orang yang beriman dan sebagainya. (al-Imam al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair, hlmn 76)
Al-Imam al-Ghazali juga pernah menyatakan kewajipan menipu bagi seorang muslim terhadap orang zalim yang mahu membunuhnya. Perkara ini dirungkaikan oleh al-Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulum al-Din dalam bab perkara yang diberikan keringanan untuk menipu. (al-Ghazali, Ihya’ Ulum al-Din, jld 2, hlmn 332)
Tafsiran prejudis
Tidak dinafikan bahawa di sana terdapat tafsiran prejudis dari pihak sunni terhadap pemahaman syiah tentang taqiyyah dengan mengemukakan beberapa sumber-sumber syiah. Antaranya adalah, mereka kemukakan perkataan beberapa tokoh syiah, seperti al-Imam al-Sodiq yang berkata yang bermaksud, “sekiranya kamu berkata bahawa orang yang meninggalkan taqiyyah adalah seperti orang yang meningalkan solat, maka kamu adalah orang yang benar” (Ibn Babayaih, Man La Yahduruh al-Faqih, jld 2, hlmn 127)
Juga perkataan al-Imam al-Sadiq dalam nukilan yang lain yang bermaksud, “tiada agama bagi mereka yang tidak bertaqiyyah” (al-Hur al-Amili, jld 10, hlmn 131)
Perkataan-perkataan ini menjadikan sebilangan orang-orang sunni menuduh bahawa syiah menjadikan taqiyyah sebagai rukun-rukun dalam agama, bukan sebagai perkara rukhsah. (Dr Sardar Damiral, ‘Ulum al-Hadis Bain Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah wa al-Syiah al-Imamiyyah al-Isna ‘Asyariyyah, hlmn 48)
Dakwaan sebegini amat bercanggah dengan maksud atau definisi taqiyyah yang terdapat dalam kupasan di kalangan sarjana syiah.
Ini kerana, jika diakui benar seperti dakwaan orang-orang sunni itu, sudah pasti dari sudut pandang syiah, segala aqidah syiah di kalangan sarjana-sarjana syiah di Iran dan Iraq sudah rosak ekoran mereka mempamerkan kesyiahan mereka di sana.
Begitu juga sudah rosak aqidah syiah dalam diri orang-orang syiah yang menunaikan ritual mereka secara terbuka seperti yang dapat dilihat berlaku di Negara-negara yang kuat fahaman syiahnya.
Dakwaan orang-orang sunni itu sebenarnya adalah gambaran tidak memahami terhadap nukilan perkataan sumber syiah tersebut ekoran membaca perkataan itu dalam pemahaman literal dan prejudis, sedangkan syiah bukan seperti salafi atau wahabi yang menilai nas secara literal, sebaliknya mereka punyai manhaj pemahaman cara mereka tersendiri apabila menilai sumber-sumber mereka.
Dalam erti kata yang lain, menafsirkan taqiyyah sebagai salah satu rukun agama dalam fahaman syiah ekoran melihat literal pada perkataan al-Imam al-Sodiq yang menyatakan kewajipan taqiyyah sama tahap dengan kewajipan solat adalah tafsiran yang tidak benar.
Sebaliknya maksud dari nukilan itu adalah, jika dengan tidak taqiyyah itu mendatangkan kerosakan yang lebih besar, makanya ketika itu bertaqiyyah adalah wajib, seperti sepertimana wajibnya solat.
Rukhsan Taqiyyah
Ada pihak mendakwa bahawa taqiyyah yang dibenarkan adalah dalam perkara rukhsah sahaja. Itu adalah pemahaman taqiyyah mengikut ajaran sunni. Hakikatnya, perkara yang sama juga berlaku dalam ajaran syiah.
Namun begitu, jika diandaikan bahawa taqiyyah itu satu perkara yang azimah dalam fahaman syiah, didapati dalam sunni sendiri berlaku khilaf antara fuqaha’ mazhab jumhur dengan fuqaha’ mazhab Hanafi antara mendahulukan azimah atau rukhsah jika berlaku pertembungan.
(Lawan bagi rukhsah adalah azimah. Rukhsah bermaksud memilih yang ringan, sedangkan azimah adalah memilih yang beban walaupun dibenarkan memilih rukhsah).
Dalam fuqaha’ mazhab jumhur, didahulukan rukhsah berbanding azimah jika berlaku pertembungan, sedangkan di kalangan fuqaha’ mazhab Hanafi, didahulukan Azimah berbanding rukhsah.
Alasan Fuqaha’ Mazhab Hanafi adalah merujuk kepada satu hadis yang berkaitan dengan dua orang sahabat yang telah masuk ke kampung yang dikuasai oleh Musailamah al-Kazzab yang mengaku jadi nabi.
Salah seorang dari dua orang tersebut telah dibunuh ekoran menolak Musailamah sebagai nabi, sedangkan satu lagi terselamat dari dibunuh ekoran mengakui musailamah sebagai nabi, tetapi hatinya kekal menafikan kenabian musailamah. Perkara itu diketahui oleh Nabi, menjadikan Nabi SAW menyatakan bahawa orang yang terselamat dari terbunuh itu mengambil rukhsah yang diberikan Allah, sedangkan yang terbunuh pula dia mempertahankan kebenaran dan dia berbahagia (masuk syurga)” (petikan dari Dr Wahbah al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al-Islami, jilid 1, halaman 113).
Jadi dengan itu, jika diandaikan syiah menjadikan taqiyyah sebagai perkara azimah, ia tidaklah menjadikan perkara itu sebagai sebab atau punca permusuhan antara sunni dan syiah sehingga tidak boleh didialogkan.
Ini kerana, di kalangan sunni sendiri terdapat khilaf di kalangan fuqaha’ dalam mendahulukan antara rukhsah dan azimah apabila diberikan pilihan.
sumber dari: projekdialog.com
Saturday, 7 June 2014
Dr Azman Ibrahim -Sunni dan Syiah di Iraq
ritual menebus kesakitan
Tidak mustahil satu hari nanti apabila mereka sudah menjiwai dan menghayati doktrin Syiah ini, mereka akan melakukan ritual menebus kesakitan dan kesengsaraan luka yang dihadapi oleh Syaidina Ali, Hassan dan Hussin.
Orang Syiah melakukan ritual memukul diri hingga berdarah kononnya bagi menghayati kesakitan dan kesengsaraan Hussin bin Ali yang terkorban di Karbala dalam perang saudara sesama Muslim.
Ritual berdarah ini dilakukan pada tarih 10 Muharram setiap tahun oleh penganut Syiah di selurun dunia.
Di Iran, Pakistan, Iraq, Mesir, Syiria, ritual berdarah ini satu fenomena biasa yang dilakukan oleh orang lelaki Syiah!
Kemungkinan orang Syiah dalam kalangan rakyat Malaysia akan melakukan ritual yang lebih ringan atau sederhana sahaja dengan memukul diri sendiri tanpa perlu berdarah. Kita belum lagi mendengar kisah rakyat Malaysia yang melakukan ritual berdarah pada Hari As Syura 10 Muharram di negara ini.
sumber dari: albangi.wordpress.com/
berkahwin secara kontrak
Satu lagi kelonggaran dalam fahaman Syiah yang disukai oleh kelompok kedua ini yang terpedaya dengan doktrin Syiah ialah amalan kahwin mut’ah atau kahwin kontrak sedangkan Nabi s.a.w. sudah melarang amalan kahwin muta’ah sebelum beliau wafat.
Di dalam amalan Syiah, lelaki dan perempuan boleh berkahwin secara kontrak untuk tempoh tertentu, dan kemudian perkahwinan itu tamat dan batal selepas tempoh tamat. Tempoh kahwin kontrak ini tiada had. Ia boleh berlaku sejam, dua jam, sehari, seminggu, sebulan, setahun, dua tahun dan apa sahaja tempoh yang dipersetujui bersama.
Inilah amalan yang disukai oleh orang Sunni yang tidak ada asas agama atau tidak kuat pegangan asas agama mereka. Akhirnya mereka terjerumus dalam amalan kahwin muta’ah ini yang lebih banyak merugikan wanita dari sudut zuriat, kebajikan, keselamatan, harta, dan kesihatan wanita itu sendiri. Sesetengah pihak melihat amalan kahwin muta’ah ini seperti suatu bentuk “pelacuran halal yang dipersetujui bersama”.
sumber dari: albangi.wordpress.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)



