Pages

Showing posts with label percutian. Show all posts
Showing posts with label percutian. Show all posts

Saturday, 12 April 2014

My Favourite Korean Things




I love you baby I’m not a monster, Neon al-janha yejeon nae moseubeul shi-gani, chinamyeon sarajyeo beoril, Tende keu ttaen al tende baby“. Amboi mak jemah sejak dua menjak ni asik nyanyi lagu K-POP kau.. kelass kau mak jemah.. haha kalau mak jemah pun pandai nyanyi lagu dari kumpulan BigBang ni, aku pun pandai gak tau. Maklumlah sekarangkan musim demam K-POP dan terbaru 27 Oktober 2012 ni kumpulan muzik terkenal Korea iaitu Big Bang akan buat persembahan di Stadium Merdeka. Terima kasih banyak kepada SAMSUNG kerana sudi membawakan Big Bang Alive Galaxy Tour 2012 terus ke GALAXY SAMSUNG. Tak sabar rasanya nak pergi tengok konsert mereka nanti. Oh ye ada juga yang tak kenal dengan kumpulan Bigbang ni kan? hokey kalau tak kenal sila Google ye..

My Favourite Korean Things, hokey disebabkan aku sekarang tengah demam K-POP sebab BigBang nak datang Malaysia, jadi hari ni aku nak cerita-cerita sikit pasal Korea kat korang boleh tak haha.. jangan marah sebab aku teringin sangat nak pergi sana. Dah lama aku idam-idamkan percutian musim salji disana. Diorang kat sana mungkin dah bosan kot dengan musim salji, ye la banyak aktiviti terpaksa ditunda tapi bagi aku tidak.. kalau ada salji lagi lah aku suka.. maklumlah orang tak pernah pegang salji katakan..





Kalau diberi peluang ke Korea tempat paling utama aku nak pergi adalah di Pulau Jeju yang terletak dihujung semenanjung Korea Selatan dan antara pulau yang berdekatan dengan Jepun. Orang Korea panggil Pulau Jeju ni Jejudo.

Kalau korang peminat cerita Korea mesti korang selalu tengok diorang berlakon kat tempat bunga-bungan, gunung ganang, air terjun yang cantik, laut yang luas.. kebanyakkannya diorang berlakon kat Pulau Jeju lah.. Disini memang sesuai kalau nak bercuti bersama keluarga ataupun nak berbulan madu. Insyaallah kalau ada rezeki aku nak pergi sini satu hari nanti.






Walaupun aku tak pernah jejakkan kaki ke Korea lagi tapi aku dah rasa ianya seperti dekat dengan aku. Mana tak nya kalau dah hari-hari tengok cerita Korea. Aku ni memang peminat nombor 1 Running Man (RM). Kalau korang tak pernah tengok Running Man ni silalah tengok. Sekali tengok pasti korang akan terus melekat kat depan tv. Semua ni gara-gara adik aku lah yang suh aku tengok RM sekarang ni dia dah tak tengok tapi abangnya pulak dah meroyan haha. Running Man ni berkisarkan game show yang dianggotai oleh Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, HaHa, Kang Gary, Ji Suk Jin, Lee Kwang Soo dan Song Ji Hyo.





Tiap-tiap minggu akan ada tetamu jemputan sekali diundang. Diorang kena buatlah misi yang telah ditetapkan. Memang kelakar, tengok sorang-sorang pun boleh tergelak sakan inikan kalau tengok ramai-ramai. Oh ye cakap pasal Running Man, hari tu pun kumpulan Bigbang dijemput sebagai tetamu jemputan tak silap aku dalam episod 84 dan 85, kesemua anggota Bigbang G-Dragon, T.O.P, Teayang, Seungri dan Deasung ada dalam episod ni. Misi yang Bigbang kena buat adalah cari Running Man cards. Peserta lawan pula kena tarik name tag belakang baju ahli kumpulan Bigbang tu. Huhu macam biasalah Kim Jong Kook memang terbaik dalam setiap episod.. haha badan dia kan sasa siapa yang berani lawan.





Now mari bercakap pasal makanan Korea. Okey jangan cakap kalau nak makan makanan Korea kena pergi ke Korea. Sebab melambak je kedai makanan Korea yang Halal kat Kuala Lumpur ni. Antara makanan yang paling aku suka Korean Sushi, Ddukbokki, Kimchi dan fried dumpling. So jangan kata susah nak cari makanan Korea yang halal.. pergi cari dulu, rasa baru tahu hihi.. tapi tak semua makanan Korea ni sesuai dengan selera tekak aku tau. Ye lah dah biasa makan pedas-pedas.



sumber dari: mohdzaid.com/

di Incheon International Airport




Incheon International Airport


Perjalanan ke Seoul Korea bermula di Incheon International Airport, dalam banyak-banyak negara yang aku pernah lawati aku rasa Incheon International Airport merupakan lapangan terbang terbaik yang pernah aku tengok. Bersih, selesa, besar, dan teratur sistem diorang ni. Satu yang aku nak puji adalah immigration mereka, kenapa? sebab immigration diorang tak banyak tanya itu ini. Sampai.. beratur.. cop passport.. dan terus keluar ambil beg.. senang gila.. tak banyak tanya tu yang paling aku suka.. haha..


Incheon International Airport


Perjalanan dari LCCT ke Incheon International Airport, Korea Selatan mengambil masa lebih kurang 6 jam perjalanan. Memang bosan dalam kapal terbang nasib baik time pergi Korea ni aku bawa anak buah aku yang sangat nakal tu haha.. at least bolehlah aku melayan dia.. time dia tidur aku melayan adik dan mak aku pulak.. kalau tak bergaduh memang tak sah kita orang ni haha.. Gambar kat atas tu masa lepas keluar dari pesawat AAX yang bawa kami kesini. Tengok kat luar lapangan terbang banyak giler pesawat Korea Air. Maklumlah dah nama pun berada di Korea jadi kapal terbang diorang memang lah melambak. Kan best kalau boleh naik Korea Air, 5 bintang lagi tau.. tak pe lah tak dapat naik dapat bergambar pun jadi le.. hihi..


1-DSC_0039


Lepas cek immigration turun bawah tanah dan naik train airport untuk ambik bagasi.. huhu agak kejakunan gak aku sebenarnya.. haha kat sini pun nak bergambar ngeeeehhh… ala sekali sekala kan apa salahnya.. nama pun pelancong..

Ok layan video pulak haha.. ingat nak buat video blog tapi sekerat-sekerat videonya. So malas aku nak upload jadi aku upload yang ni je hihi.. layan je la ye..



sumber dari: mohdzaid.com/

menaiki Cruise (Hangang River Ferry Cruise)





E-land River Criuse Seoul Korea


Jika anda berkesempatan bercuti ke Seoul Korea pastikan anda pergi ke Han River (Sungai Han) yang merupakan sungai keempat terpanjang di Semenanjung Korea. Sungai Han ini sepanjang 514km, walaupun merupakan sungai keempat terpanjang disini tetapi pemandangannya cukup indah sambil menaiki Cruise yang sangat cantik. Untuk menaiki Cruise (Hangang River Ferry Cruise) anda perlu ke Yeouido-dong, Yeongdeungpo-gu, Seoul jika menaiki kenderaan atau bagi yang ingin menaiki Subway boleh cari Yeouinaru Station (Subway Line 5), Sincheon Station (Subway Line 2 ) atau Ttukseomnyuwonji Station (Subway Line7). Kalau sesat jangan segan silu tanya orang sekeliling ya..

Tiket untuk menaiki River Cruise ini adalah 15,000 won (RM40). Bagi yang nak relex dan release tension tu memang sesuailah naik Cruise ni sambil hirup udara nyaman di Seoul ni kan.. Cruise ni dua tingkat bawah ada aircond dan atas pulak free air .. tapi kat sini tak lah panas sangat dan kalau pergi waktu musim sejuk tu memang menggigil lah..


Winter Migratory Bird


Kalau bernasib baik boleh tengok Winter Migratory Bird terbang. Memang syok habislah.. tengok video kat bawah ni.. memang aku bersyukur sangat dapat lihat ciptaan Allah yang sempurna dan sangat cantik ni..

Selain menaiki Cruise, banyak lagi aktiviti lain yang boleh dilakukan disini. Bagi yang berminat bolehlah berbasikal menyusuri denai sambil menikmati pemandangan yang sangat cantik. Bagi yang suka bersantai boleh bersantai di dataran yang luas. Aku tengok ramai anak-anak muda Korean yang datang sini untuk dating tau.. uhuhu siap peluk-peluk, cium-cium lagi.. kalau bernasib tak baik boleh tengok free show lagi diorang beromen kat sini hihi..


1-DSC_0521
Riadah berbasikal..


1-DSC_0514
Merehatkan minda

Bestkan?.. bukan senang nak tengok Winter Migration Bird ni tau.. burung-burung tu datang sebab musim sejuk je pastu bila tiba musim panas diorang berhijrah ke tempat lain pulak.. so kalau datang ke sini jangan lepaskan peluang keemasan tengok burung tu ye.. :)



sumber dari: mohdzaid.com/

Cik Anne ke Namdaemun Market




Dari Namsan Tower tu weols terus ke Namdaemun Market.Apa yang ada kat sini agaknya?? Kalau yang tak tahu kat sini la tempat borong barang barang seperti Kerongsang, Jaket, Tshirt, Aksesori wanita, banyak la yang nak sebut sebenarnya..Harga kat sini sangat la berpatutan, tapi kena lah pandai tawar menawar.


 
Apalah yang di bual kan tu Cik-Anne, sebenarnya auntie nie pun pelancong gak..dia tanya kat mane tempat makan yang sedap.Silap orang la dia tanya, Cik-Anne pun orang yang bawa kan.Sorry ye auntie..


Macam-macam ada..

Apakah?? sape yang tahu..

 
Perut pun dah berkeroncong.Maklumlah dari pagi weols hanya makan roti jer, pastu pulak terus ke Namsan Tower,waktu kat sane tak pulak rasa lapar, dah sampai sini perut menyanyi-nyayi pulak.Oklah jom kita terjah. apa yang ada kat dalam..dengar kat sini yang glamor Mi sejuk....Tapi bila tenguk macam tak berapa nak lalu pulak.Akhirnya nasi gak jadi pilihan hati ku..hahaha

Nasi puteh dengan sayur kubis..lauk-lauk sampingan ada gak..

 
Yang kiri tu namanya Odeng-fish cake, Mu-white red dish, yang bawah tu kimchi..(mesti ada)..

 Jemput makan..tangan dah gigil tu sebenarnya..Laparrr

 Apakah??? Kimchi kot..


Aduhh cantik-cantik pulak jaket bulu tu..tenguk je tak beli pun..


Waaa!!!! Hubby masuk gak kedai nie, tapi yang jual tu sombong tahap gaban..jawapnya...byeee-byeee

 
Sape suka??? Agak-agak tergoda tak..Bila masuk je sini, kaki Cik-Anne macam  tak boleh nak jalan pulak..Mana tak nya tenguk sini berhenti, tenguk sane berhenti , so bila la nak sampai kat kedai anjuma yang glamor tu.Kedai yang weols nak pi nie memang dah terkenal di kalangan kita.Kira dah glamor la..


Berpinar-pinar biji mata ni nak pilih.Kerongsang boleh bagi kat mak melaka ngan mak perak.Gelang dengan rantai untuk kakak dengan anak saudara Cik-Anne.Mesti diaorang suka kan..



Ini lah ghupanya anjuma yang glamor tu, sangat familiar, sangat peramah dan sangat baik.Mana tak nya dia sanggup tunjukkan Cik-Anne kat mane toilet.Dia tinggalkan kedai dia macam tu jer, boleh pulak dia minta Hubby yang tolong jaga.Uols boleh minta diskaun separuh harga tau.Kalau beli banyak la.


Souvenir kat sini macam-macam ada, banyak sangat pilihan.





Barang antik pun ada..


Tenguk tu!! tak habis-habis lagi memilih, sebenarnya kedai tu dah nak tutup, tapi Cik-Anne buat tak tahu jer.Bila lagi nak belikan, esok dah nak balik..


Sotong bakar..nampak macam sedap jer kan!! 

 
Hari pun dah malam, so weols singgah makan dulu di Yooganei dekat Myeongdong.Student malaysia selalu makan kat sini rupanya.

 
Weols order nasi goreng sotong.Kalau nak tahu, nasi goreng nie di masak depan kita.Seronok pulak tenguk awek tu goreng, sopan jer..hihihi

 
Jemput makan semua..Hari nie last dah weols kat seoul, Weols sangat-sangat la happy walaupun seminggu je kat sini.Inshaallah kalau ada rezeki nak pi lagi..hik3



Habis sudah entry Korea yang dah lame tersadai nie.Terima Kasih banyak-banyak pada yang sudi baca, komen dan tak jemu mengikuti setiap entry dari mula hingga akhir.Sayang uols sangat-sangat..Mohon maaf jika ada entry Cik-Anne yang menyakiti kalian.Pasni entry Melbourne & Sydney menyusul okes..



sumber dari: cik-anne.blogspot.com/

Cik Anne ke Namsan Tower




''Kunci cinta di Seoul"

Hari nie hari terakhir Weols di Seoul.Sebenarnya banyak lagi tempat yang belum sempat nak di terokai.Seminggu memang tak cukup sebenarnya.Tapi  bagi Cik-Anne, ini pun dah syukur alhamdulilah.Dapat juga menjejaki dan merasai keindahan bandar Seoul, menikmati makanan mereka yang pelik-pelik tapi sedap, budaya masyarakat mereka yang jauh berbeza dengan masyarakat kita di sini.Kalau nak tahu apa bezanya uols kenalah datang!!..

Nie lah bas yang bawa weols ke Namsam Tower..

Menyusuri bukit bukau, sejuk mata memandang..ada juga yang berjalan kaki..

Semua kenderaan termasuk bas berhenti di sini, ramai juga pelancong waktu nie.Weols pun tak lepaskan peluang bergambar di kawasan sekitar.

Rupa-rupanya nak ke sana, kita kena berjalan kaki, adohaii!!, jenuh nak daki bukit tu, mencungap-cungap juga lah Cik-anne.,tak daya den oiii..

Dah sampai atas ingat nak lepak la kat kerusi nie, tapi penuh pulak..

 
Cik-Anne tak lepas kan peluang untuk berposing dengan bear yang sangat cute nie..


 Pintu masuk ke Namsan Tower..

Cermin kaca nie di jamin boleh menampung berat seseorang, so sape yang tak gayat tu, boleh la tinjau-tinjau pemandangan kat bawah tu.. 

Kena la masukan duit dulu, baru boleh melihat pemandangan sekitar Seoul..

Pemandangan sekitar Seoul...

Souvenir banyak kat sini..Boleh la beli satu dua untuk buat kenang-kenangan.. 

Cute kan mug nie.. 



Inilah cinta hati Cik-Anne..hik3

 
Kebanyakan pasangan kekasih ke sini untuk mengunci cinta mereka di 'Love Locks' iaitu dengan mengunci dua mangga yang tertera nama mereka bersama, sebelum kuncinya di buang..Kononnya di katakan dapat mengikat perasaan cinta dan sayang antara dua insan supaya berkekalan buat selama-lamanya.Itu pendapat sesetengah orang yang percaya , tapi bagi Cik-Anne tak percaya pun semua tu..huhuhu 


 
Dalam banyak-banyak padlock tu, Cik-anne paling terkezutt tenguk padlock gergasi yang Cik-Anne pegang tu.Siap ada gambar lagi.Sape kah mereka?? Artis ker?? 



sumber dari: cik-anne.blogspot.com/