Pages

Showing posts with label menara berkembar petronas. Show all posts
Showing posts with label menara berkembar petronas. Show all posts

Saturday, 1 March 2014

Pemandangan Sebelum Menara Berkembar KLCC Dibina









sumber dari: silverheritage.blogspot.com

“You must remember we built two tower at one time”








Berbalik kepada kisah Twin Tower ni, pendapat PM ini jika boleh bina satu penempatan syarikat Minyak ini tentu lagi mudah dan cost saving dari sudut administrative. Despatch pun tidak perlu lah keliling kota sebab unit dan division sudah ada dalam satu bangunan, tambah ia nya “add value” kepada nilai syarikat Petronas.

Motif bangunan ini pula pada mula nya di ilham ia di lakar kan dengan motif Islam yang awal nya di coreng di atas kerta tisu sahaja sebelum di serah kepada akitek PM ini berkelulusan perubatan tapi mahu tahu banyak perkara dalam bidang lain, maka di rujuk nya sana dan sini bertanya pendapat. Maka akhir nya berbentuk lah ia nya seperti kubah tinggi.

Ada lah pada mula nya bangunan ini mahu sepenuh nya di hadap kan tepat
kepada KIBLAT , tetapi atas sebab masalah tanah mendap dan teknikal lain maka terpaksa di mereng kan sikit.

Asal nya tanah ini ada lah kawasan Lumba kuda, tiap sabtu dan ahad penuh dan
sesak lah dengan kaki kuda, kini sabtu dan ahad penuh dengan bas dan kereta serta pelancong. Itu juga transformasi.

Kerana kebijaksanaan pencipta dan pengarah nya ia itu Tun Mahathir sendiri , kontraktor untuk 2 bangunan ini di pilih dari dua negara yang sememang nya tidak boleh kalah antara satu sama lain.Maka sikap tidak mahu tewas kepada pihak lagi satu maka berlumba lah mereka berkerja untuk siap kan bangunan yang telah di peruntukan untuk syarikat masing masing ini. Cabaran nya ia lah jika kontraktor salah satu bangunan ini sampai dahulu ke tingkat yang ada “skybridge”maka kontraktor itu di kira lebih bagus.

Tahu tahu lah perangai orang Korea dan orang Jepun, mana lah Korea mahu kalah dengan Jepun dan sebalik nya.Macam main bola , biar kalah kepada Papua New Guinea asal jangan kalah kepada negara musuh tradisi. 

Maka kepala kontraktor Jepun mengintai Korea, Kepala kontraktor Korea mengintai
Jepun masing masing dengan teropong nya.Jika satu berhenti maka yang satu lagi baru mahu berhenti. Jika hujan selalu nya berhenti kerana fakotr simen,maka akan di buat kerja lain pula atas sebab tidak mahu rugi waktu.

Hebat nya pemimpin Melayu ini ia lah dia boleh guna kan emosi 2 bangsa ini untuk percepat kan siap bangunan nya,no delay and no fuss. Seperti Putrajaya pemimpin Islam ini akan tetap selit kan Mesjid di dalam projek nya, tidak lah beliau melaung laung Islam dari sudut emosi atau slogan , bah kan mempraktik kan nya dalam tindak tanduk, Masjid As Syakirin juga ujud bersama bangunan gah ini.Seusia dengan menara kembar ini,Kira yang tinggi jadi lambang keujudan Petronas yang rendah lambang akur kehebatan ALLAH.

Selain menjadi bangunan yang menempat kan kakitangan PETRONAS , ia juga kini menjadi address syarikat ternama. Di satu waktu dulu heboh tersebar cerita konon nya seorang ulama besar di panggil untuk memindah kan bunian dari kawasan pembinaan ini, di kabar kan juga bas terpaksa di sewa.Terpikir juga jika sudah bunian perlu apa dengan bas? Tapi itu Cuma cerita besar di waktu pembinaan bangunan ini,
kesahihan nya tidak ada siapa berani sah kan.

Antara simbolik bangunan ini ia lah setiap pelancong dari luar negara terpaksa mendonggak ke atas melihat bangunan ini, ia nya seolah memberi tabik melihat keatas, “look up” dan bukan “look down” kepada bangsa Melayu ini. 

Kini berbas bas pelancong datang paling ramai di sebelah Desa Kudalari untuk bergambar.Malah di depan simpang jalan P Ramlee /Yap Kwan Seng pun terbaring terduduk pelancong mahu mengambil gambar.

Ketika di soal oleh wartawan asing apa pendapat dan perasaan nya tentang bangunan Twin Tower akan jadi “second higgest” kerana bangunan “Taipei 101 “akan jadi “the highest” selepas ini? Jawap Tun Mahathir dengan senyum sinis “You must remember we built two tower at one time” dan yang faham akan senyum. Bermakna jika kami tumpu kepada paling tinggi kami tidak buat 2 tapi satu. Dan itu bukan matlamat nya,ia lebih kepada kebergunaan nya dan bukan kepada logo dan simbol nya.



sumber dari: mazeermohamad.com

Michael Schumacher & Nico Rosberg Temui Peminat Di KLCC




Michael Schumacher & Nico Rosberg Temui Peminat Di KLCC



sumber dari: ohbulan.com

Air meliuk ikut irama lagu





BUKAN mudah untuk mendapat peluang menyaksikan persembahan lagu-lagu yang mempunyai latar belakang kebudayaan dari seluruh pelosok dunia, bahkan dipersembahkan secara langsung di lokasi ikonik ibu kota iaitu Esplanade Suria KLCC.

Menampilkan sembilan buah kumpulan muzik, pengunjung bukan sahaja akan terpesona dengan irama muzik dunia yang dipersembahkan, malah pasti terbuai dengan lenggokan pancutan air bercahaya yang ‘menari’ mengikut rentak.

Jika dilihat dengan teliti, sesekali pancutan air membentuk kelopak-kelopak bunga raya, begitu sinonim dengan lambang kebudayaan Malaysia kerana ia adalah bunga kebangsaan kita.

Festival Muzik dan Cahaya Antarabangsa yang berlangsung dari 3 hingga 8 Jun lalu adalah sempena Persidangan Gas Sedunia 2012 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Memories Group of Companies, Francis Danker, festival tersebut bukan sahaja menampilkan para pemuzik yang memenangi pelbagai anugerah, tetapi turut mempertontonkan teknologi multimedia yang canggih.

“Kami bekerjasama rapat dengan rakan-rakan terutama pasukan jurutera seramai enam orang dari Malaysia dan United Kingdom (UK) untuk mempersembahkan pertunjukan cahaya, laser dan piroteknik yang menakjubkan. Ia pertama kali dipertontonkan di Malaysia.

“Jurutera-jurutera yang terbabit ialah mereka yang berpengalaman luas dalam menjayakan festival-festival serupa di serata dunia,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Festival Muzik dan Cahaya Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 baru-baru ini.



sumber dari: kosmo.com.my

diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4






Pembinaan KLCC ataupun dipanggil juga Menara Berkembar Petronas telah diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad yang juga merupakan Perdana Menteri pada waktu tersebut. Ianya terletak ditengah kota Kuala Lumpur yang merupakan tapak lumba kuda.  Konsep reka bentuk menara KLCC merupakan cetusan sendiri Tun Dr. Mahathir di mana beliau mahu menerapkan unsure-unsur islam dalam pembinaan tersebut. Bagi mencapai matlamat tersebut KLCC telah direka khas oleh Cesar Pell, seorang arkitek dari Argentina. Antara tujuan utama projek mega ini ialah memaju Negara menuju kearah negara maju 2020 dan memperkenal Malaysia ke seluruh dunia.
Pembinaan KLCC mula dijalankan pada tahun 1993 dan siap sepenuhnye pada tahun 1998.  Menara KLCC merupakan menara berkembar yang setiap satu menara terdiri dari 88 tingkat. Menara ini juga mempunyai jambatan tergantung bagi menghubungkan kedua menara yang mana jambatan tersebut merupakan jambatan tergantung diudara yang pertama di dunia. Dua  kontraktor telah dilantik bagi melaksanakan projek ini iaitu Bob Pratt bagi menara 1 dan jon Du Dunsford bagi menara 2. Ini dibuat kerana Perdana Menteri mahu mewujudkan persaingan yang mana boleh mempercepatkan pembinaan KLCC.

Dalam pembinaan KLCC ini terdapat banyak halangan yang telah berlaku seperti hujan lebat yang tidak dapat diramalkan serta masalah paling besar yang dihadapi dimana struktur tapak tanah yang merupakan tanah kapur yang dicadangkan adalah tidak stabil untuk menampung berat bangunan. Oleh hal demikian tapak KLCC telah dianjak 60 meter dan menggunakan cerucuk besar yang ditanam sehingga 120 meter ke dalam kerak bumi untuk membuat batuan dasar diatasnya seperti memaku bangunan ke tanah. Selain itu dalam menyiapkan kerja-kerja pembiaan KLCC, proses pembinaan telah dilaksanakan 24 jam sehari tanpa henti, dimana setiap tingkat disiapkan dalam masa 4-8 hari.  Proses pembinaan menara 1 yang diketuai oleh Bob Prat telah bermula 30 hari lebih awal dari menara 2 tetapi disebabkan oleh kesilapan strukur pembinaan ditingkat 70 di menara 1, menara 2 diketuai Jon Dunsford telah siap seminggu lebih awal.

Selain dari dua kontaktor ini,nama-nama lain yang memainkan peranan penting dalam pembinaan KLCC ialah Krish Krisnaswami yang bertidak sebagai jurutera bagi memastikan spesifikasi konkrit yang digunakan adalah betul, Charlie Thornton sebagai jurutera struktur pembinaan dan Charlie Chellah sebagai ketua logistic serta Wong ChinFung sebagai ketua pemasangan lantai.

Projek yang bernilai lebih dari 200 billion USD ini telah menjadi mercu tanda kebangkitan Malaysia dalam bersaing dengan Negara-negara maju seperti Amerika dan juga Eropah.



sumber dari: akubudakkelantan.blogspot.com

Thursday, 14 November 2013

Saturday, 9 November 2013

“Spiderman” berjaya mendaki Menara Berkembar Petronas





Pendaki dari Perancis, Alain Robert yang juga dikenali sebagai "Spiderman" berdiri di puncak mercu tanda negara, Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur selepas mendaki salah satu daripada menara setinggi 452 meter itu hari ini.



sumber dari: bumiyang.blogspot.com

Lawatan Pegawai RSAF





2.Lawatan Pegawai RSAF ke Menara Berkembar Petronas KLCC



sumber dari: airforce.gov.my

miniatur-Menara-Berkembar-Petronas





gambar-miniatur-Menara-Berkembar-Petronas




sumber dari: currentlife2u.com

The world's highest double-decked bridge







The world's highest double-decked bridge symbolises a gateway to the future and provides a stunning vantage point of Kuala Lumpur. Linking the towers at levels 41 and 42, it facilitates movement, and functions as an escape route in case of emergencies.


The Skybridge is supported by a "three-hinged arch" consisting of giant round bearings at the base and a pair of legs 51 metres in length. The base of the arch is located at level 29 of each tower, while the cylindrical legs are bolted to a box girder at the centre of the bridge.        


sumber dari: petronastwintowers.com.my

Pemandangan malam..





Pemandangan malam.......menara berkembar Petronas....nampak dalam gambar aman dan damai tapi sebenarnya bunyi hiruk pikuk kenderaan cukup merimaskan......!!



sumber dari: tintabalqees.blogspot.com

Bird eye view with the 10mm lens









sumber dari: jdfloydpictures.blogspot.com

pemandangan cantik KL dari KL Tower





Sebahagian pemandangan cantik KL. Kelihatan bangunan Menara Berkembar Petronas berdiri megah di kelilingi bangunan canggih yg lain. Gambar dipetik dari http://www.flickr.com/photos/95572727@N00/281088455

Maha Suci Allah yang mencipta ini semua. Inilah sebahagian pemandangan cantik KL yang diambil dari KL Tower. Kelihatan bangunan Menara Berkembar Petronas berdiri megah dikelilingi bangunan canggih yg lain. 


sumber dari: erakita.wordpress.com

Level 86 - the highest deck visitors






Level 86 - the highest deck visitors are allowed to go up to. 


sumber dari: jdfloydpictures.blogspot.com

Tapak Menara Berkembar Petronas




Kawasan KLCC, tempat di mana berdiri megah Menara Berkembar Petronas dahulunya merupakan kawasan padang rumput hijau yang dijadikan track untuk perlumbaan kuda. Kawasan ini dikenali sebagai Selangor Turf Club.

1

Siapa sangka, kawasan yang dahulunya hanya padang rumput, kini berubah menjadi kawasan paling elit dan pesat di KL.

2


Dalam gambar di atas, anda boleh lihat pada latar belakang di sebelah kiri gambar adalah Hotel Hilton KL (sekarang Crowne Plaza Mutiara Hotel), di sebelah kanan letaknya Holiday Inn On-The-Park Hotel (diubahsuai sebagai Impiana KLCC Hotel) dan Hotel Equatorial sebahagiannya tersembunyi (kini sudah dirobohkan).

Untuk lebih jelas sila lihat perbandingan di bawah…

3


4


5
 Kawasan parking Selangor Turf Club
2



p/s: Inilah Kuala Lumpur ibu negara Malaysia yang dahulunya hanya lah bandar biasa berubah menjadi bandar metropolitan dan salah sebuah bandar paling pesat membangun di Asia Tenggara…


sumber dari: harianblogger.com

JEREBU | Kuala Lumpur





Pemandangan mercu tanda Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur ketika dirakam pada jam 12 tengahari dari puncak Bukit Permai, Cheras di sini berikutan jerebu yang melanda Kuala Lumpur hari ini. Indeks Pencemar Udara (IPU) di Cheras, Kuala Lumpur mencatatkan pada aras sederhana dengan bacaan 85 setakat 11 pagi ini. JUN 21, 2013. Foto/SAFWAN MANSOR

Pemandangan mercu tanda Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur ketika dirakam pada jam 12 tengahari dari puncak Bukit Permai, Cheras di sini berikutan jerebu yang melanda Kuala Lumpur hari ini. Indeks Pencemar Udara (IPU) di Kuala Lumpur mencatatkan pada aras sederhana dengan bacaan 85 setakat 11 pagi ini. JUN 21, 2013. Foto/SAFWAN MANSOR


sumber dari: safwanmansor.wordpress.com

Sunday, 8 September 2013

—iPhone pic





iPhone pic: view of Kuala Lumpur from the Menara KL Tower


sumber dari: thewanderingyogini.wordpress.com

different colour different high