Pages

Showing posts with label kemerdekaan. Show all posts
Showing posts with label kemerdekaan. Show all posts

Wednesday, 9 April 2014

mutiara kata dan kemerdekaan -Tunku Abdul Rahman





Click on the slide!


"Negeri kita ini unik. Tidak ada 'isme' yang boleh diimport dari luar negeri. Kita kenalah tadbirkan negeri ini secara sendiri."
"Jika kita cuba hendak tiru mana-mana 'isme' dari negeri luar, maka sudah tentu tidak dapat diterima rakyat negeri ini."
"Semangat Kebangsaan hendaklah dijadikan baja bagi menyuburkan kemerdekaan yang kita capai."
"...merdeka itu bukanlah suatu bendayang mudah boleh didapat, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan."
"Dengan kerananya kitaterpaksa mengorbankan, bukan sahaja wang ringgit dan usaha tenaga bahkan jiwa kita sendiri juga..."
Tunku Abdul Rahman
Perdana Menteri Malaysia Yang Pertama



sumber dari: http://www.malaysiamerdeka.gov.my/

mutiara kata dan kemerdekaan -Tun Abdullah Ahmad Badawi





Click on the slide!


"Sesungguhnya, bagi melaksanakan Rancangan Malaysia Kesembilan, kita perlu melipat gandakan usaha menggarap kejayaan lebih unggul demi Membina Tamadun dan Menjulang Martabat Negara."

"Cemerlang, Gemilang, Terbilang"

"...Kerja bersama saya dan bukan untuk saya..."

"...Sesungguhnya, segala kejayaan yang dicapai hari ini ditunjangi oleh usaha dan pengorbanan pejuang-pejuang kita yang terdahulu.Tunku Abdul Rahman telah berjuang bagi mencapai kemerdekaan, Tun Abdul Razak berusaha gigih bagi membawa pembangunan, Tun Hussein Onn memerah keringat bagi memupuk perpaduan rakyat dan Tun Dr.Mahathir telah menentang arus bagi mencipta pemodenan. Mereka sebagai pemimpin kita bersama rakyat sekalian telah membawa Malaysia ke tahap ia berada hari ini..."

-Tun Abdullah Ahmad Badawi,
Perdana Menteri Malaysia (2003-April 2009)



sumber dari: http://www.malaysiamerdeka.gov.my/

mutiara kata dan kemerdekaan -Tun Dr. Mahathir Mohamad





Click on the slide!


"Kejayaan sesuatu negara itu bergantunglah kepada usaha tiap-tiap rakyat. Pengajaran yang kita dapati daripada negara-negara maju menunjukkan iaitu kemakmuran rakyat bergerak serentak dengan daya pengeluaran dan produktiviti mereka."
"Apakah maknanya simpati dan kesedihan kita, jika nikmat yang dirasai di negara sendiri tidak kita hargai."
"Amanah asas kejayaan dan berpeganglah kepada amanah setiap kali kita membuat sesuatu."
"Sesungguhnya bangsa yang berjaya ialah bangsa yang rajin dan sanggup menghadapi cabaran hidup."
"Manusia yang lemah sekalipun jika bersatu padu akan dapat menggoncang dunia. Demikianlah kesannya perpaduan."
"Jangan diteliti sejarah negara sendiri sahaja. Hendaklah kita kaji sejarah semua tamadun di dunia ini. Apabila terdapat ketamakan, keutamaan kepada kepentingan diri daripada kepentingan ramai dan pandai mencari kesalahan orang lain sahaja dan lain-lain gejala, satu-satu masyarakat itu akan menjadi lemah dan akhirnya hancur, atau ia akan dijajah semula."
"Sepanjang sejarah manusia, proses ini berlaku. Ianya harus menjadi pelajaran kepada kita. Jangan kita mendewakan perpecahan, sebaliknya hendaklah kita menerapkan perpaduan semoga apa yang telah kita capai tidak akan hancur, bahkan kemajuan yang lebih tinggi dapat dicapai."
"Kemerdekaan sahaja tidak bermakna jika selepas merdeka negara tidak mencapai kemajuan. Sebab itulah setelah mencapai kemerdekaan Kerajaan Malaysia yang merdeka telah berusaha membangunkan negara. Usaha ini telah membawa hasil diluar jangkaan.
Daripada sebuah tanah jajahan yang mundur, Malaysia sekarang muncul sebagai salah satu daripada negara yang termaju antara negara-negara membangun. Kemungkinan Malaysia menjadi lebih maju dan rakyat Malaysia hidup lebih selesa dan bahagia bukan lagi satu perkara yang mustahil."
"...bukan kecil tugas kita; meneruskan perjuangan kemerdekaan kita; kerana rupanya selain kemerdekaan; mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara..."
"Jelas rakyat dan negara kita amat bertuah. Maruah dan kedaulatan bangsa dan rakyat kita, dapat kita lindungi dan kita pertahankan. Inilah erti sebenar kemerdekaan di Malaysia."
"Negara kita adalah tanggungjawab kita. Bukanlah kita angkuh dan anggap kita begitu pandai sehingga tidak perlu kepada orang lain. Kita sanggup belajar dari barat dan timur. Tetapi akhirnya yang akan memutus cara mana yang terbaik yang akan diamalkan atau dilaksanakan oleh kita mestilah kita sendiri."
"Keagungan sesuatu bangsa itu ditentukan oleh kepentingan yang diberikan kepada sejarah. Sejarah merupakan suatu khazanah yang amat bernilai.
Sejarah adalah gedung pengalaman. Bangsa yang agung adalah bangsa yang menempuh sejarah dan yang mahu mempelajari dari sejarah. Sesuatu bangsa yang tidak mempelajari daripada sejarah akan terus melakukan kesalahan berkali-kali yang akan berakhir dengan keruntuhan bangsa itu. Daripada sejarah kita menghargai kehormatan diri kita."
"Dunia moden adalah dunia perlumbaan. Yang malas akan ketinggalan. Cuma yang berusaha akan berjaya."
"..Kita boleh mempunyai pendapat yang berbeza dalam politik negara, tetapi apabila kita berhadapan dengan kemungkinan orang lain cuba menjajah kita, kita patut rapatkan barisan, itulah makna patriotisma. Kita rapatkan barisan dan lupakan tentang perselisihan faham antara kita supaya dapat menumpukan kepada segala usaha untuk mempertahankan negara..."

- Tun Dr Mahathir Mohamad,
Perdana Menteri Malaysia (1981-2005)



sumber dari: http://www.malaysiamerdeka.gov.my/

mutiara kata dan kemerdekaan -Tun Abdul Razak





Click on the slide!



"...Hari Merdeka ialah hari Kebangsaan kita. Marilah kita membanggakan negara kita dan sentiasa berjaga-jaga supaya tidak dipengaruhi oleh fahaman Kebangsaan yang sempit. Jika fahaman Kebangsaan yang sempit itu dibiarkan hidup dengan perasaan yang meluap-luap maka sifat bertolak ansur dan tali persahabatan kita dengan negeri- negeri lain yang bebas akan terkecewa. Dengan yang demikian maka terganggulah keamanan dan ketenteraman dunia...."
"Kita juga telah berjaya memberikan satu keperibadian yang sama kepada negara dengan menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal di negara ini dan usaha-usaha masih lagi dicari bagi menjadikan bahasa itu sebagai bahasa kebangsaan dengan erti kata yang sebenarnya."
"Kita hendaklah mempunyai keyakinan kepada sains dan teknologi moden tanpa membelakangkan kewajipan- kewajipan kita sebagai manusia yang beriman."

Tun Abdul Razak Dato' Hussein
Perdana Menteri Malaysia (1970-1976)



sumber dari: http://www.malaysiamerdeka.gov.my/

Saturday, 29 March 2014

Friday, 28 March 2014

Saturday, 21 September 2013

post kemerdekaan 2013 -utm




ftimerdeka56



sumber dari: islamic.utm.my

post kemerdekaan 2013 -mca








sumber dari: mca.org.my

banner kemerdekaan 2013 -skjb20




















sumber dari: skjb20ks.blogspot.com

banner kemerdekaan 2013 -mole




Hari Kemerdekaan ke 56 / 31 Ogos 2013



sumber dari: mole.my

banner kemerdekaan 2013 -kkgri




Selamat Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-56!



sumber dari: kkgri.edu.my

banner kemerdekaan 2013 -ums







sumber dari: fairplay.garena.com

banner kemerdekaan 2013 -modesliga






sumber dari: modesliga.blogspot.com

Selamat Menyambut Hari Ke-56 Kemerdekaan








“Tanah Tumpah Darahku”




logo merdeka 2013 wallpaper tanah tumpah darahku lagu tema merdeka 2013 ke 56


Lirik lagu

Mara! Kita halilintar
Tiada gentar puncak dunia Malaysia
Sudah bergema kita halilintar
Tiada gentar.. bendera kita terus berkibar
Wira… menggempur musuh
Biarpun lumpuh marak api putera puteri
Kita terus gempur
Bawa semangat negara berdaulat
Malaysiaku kepadamu.. tumpah darahku
Mara… bawa semangat negara berdaulat
Malaysiaku kepadamu.. tumpah darahku
Tanah Tumpah Darahku
Tajuk : Tanah Tumpah Darah Ku
Pencipta : Joe Farizal & Aye
Lirik : Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek
Penyanyi : Ahmad Zakaria


sumber dari: mysumber.com

logo dan tema hari kemerdekaan ke 56 tahun 2013




logo merdeka 56 2013 1 gambar logo hari kemerdekaan 2013 ke 56 dan tema


Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa apabila “Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku” menjadi tema hari kemerdekaan yang ke 56 yang akan disambut pada 31 Ogos ini

Difahamkan tema itu dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara
Selain itu, konsep sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara

Turut dinyatakan sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos 2013 akan diadakan buat pertama kalinya di Pusat Maritim Putrajaya dan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya


sumber dari: mysumber.com

Wednesday, 26 December 2012

Saturday, 20 October 2012