Kala Kemeriahan Syawal,
marilah kita berkongsi sedikit ilmu berkenaan 10 amalan sunat berkaitan
Aildilfitri yang diamalkan Nabi kita Muhammad SAW sebagai sunnah baginda dan
para sahabatnya. Semoga sedikit maklumat ini menjadi pendorong kepada kita semua
untuk memaknakan Aildilfitri dari sambutan adat kepada menjadi sebuah ibadah
yang di situ terdapat keredhaan Allah. Jom ikuti apakah yang terdapat di dalam
sebuah risalah yang terselit semasa membaca blog mata
hati mekar untuk saya kongsikan buat tatapan kita
bersama-sama.
1.
Bertakbir
Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya
anak bulan dan berakhir setelah selesainya imam membaca khutbah. Disunatkan
juga untuk kita bertakbir di sepanjang perjalanan dari rumah menuju ke masjid
utk menunaikan solat aidilfitri.
Majoriti amalan umat islam di Malaysia akan mengucapkan
antara satu sama lain pada hari lebaaran dengan ucapan ‘selamat hari raya, Maaf
zahir batin’. Namun diceritakan al-hafiz Ibn Hajar al-Asqalani r.h yang
dinukilkan daripada Jubair Nufair r.a katanya :- ” Apabila para sahabat
Rasulullah s.a.w bertemu di hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang
lain “taqabbalullah minna waminka”(semoga Allah menerima amalan kami dan
amalanmu [waminka di atas boleh ditukar kepada waminkum untuk diucapkan
kepada orang ramai] ).”
3.
Meneruskan Qiamullail
Jika sepanjang Ramdahan kita telah bersungguh-sungguh
menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah contohnya melalui solat tarawih,
maka ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan
solat tahajjud.
4.
Mandi sunat pagi hari raya
Disunatkan mandi
di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib iaitu sebelum berangkat
menuju ke tempat perlaksanaan solat aidilfitri.
5.
Makan sebelum solat Aidilfitri
Disunatkan
kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri.
Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada
hari raya. Kebiasaannya Rasullullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang
ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat islam perlu menyediakan
buah kurma untuk dimakan pada hari raya Aidilfitri.Mereka bebas memakan apa
sahaja.
6.
Memakai pakaian yang indah
Disunatkan
kamu muslimin memilih pakaian yang terbaik serta indah-indah mengikut kemampuan
masing-masing untuk menuju tempat solat. Disunatkan juga kaum lelaki memakai
wangi-wangian tetapi tidak disunatkan kepada kaum wanita.
7.
Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya
Berjalan
kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan. Disunatkan
juga mengikut jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat
hari raya. Ada pendapat menyatakan ia dilakukan agar dapat bersalam dengan
orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Selain itu, orang yang berjalan ke
masjid, salah satu langkah kakinya akan meninggikan darjat.
8.
Mengerjakan solat aidilfitri
Syiar
yang paling utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlaksanaan solat
Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat islam.
9.
Bergembira pada Hari Raya Aidilfitri
Setelah
sebulan umat islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah
s.w.t, makan tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan
kemeriahan. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di
Malaysia, kegembiraan sambutan hari raya aidilfitri dapat dilihat dengan memakai
baju-baju baru yang indah , selutruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah
sesama umat islam.
10.
Puasa sunat 6 hari pada bulan Syawal
Sesiapa
yang berpuasa pada bulan Ramadahan lalu diiringi dengan puasa 6 hari di bulan
Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.
Cara
paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya
secara berturut-turut (bermula pada 2 syawal. Namun seseorang bebas memilih
mana-mana hari sepanjang bulan syawal samada secara berturut-turut atau
berpisah-pisah.
sumber dari: naimulfirdaus.blogspot.com
No comments:
Post a Comment