Pages

Friday, 31 August 2012

terkenang semasa dulu




"Saya sesungguhnya berbangga kerana 
pada hari yang penting dalam sejarah Tanah Melayu ini, 
saya ditugaskan mengisytiharkan secara rasmi kemerdekaan negara ini. 
 Sememangnya kemerdekaan itu boleh diibaratkan sebagai batu tanda dijalan, 
tetapi janganlah fikir bahawa kita sudah sampai di penghujung jalan. 
Kita sebenarnya kini berada di ambang kejayaan 
dan seharusnya gigih bagi membina sebuah negara baru dan berdaulat".


Rombongan kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra, 
disambut oleh rakyat di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka 
sekembali dari London pada 20 Februari 1956.


Tunku Abdul Rahman Putra sedang menyaksikan bendera Union Jack diturunkan 
dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan 
pada tengah malam 30 Ogos 1957 
di Padang Kelab Sultan Selangor, Kuala Lumpur.


Tunku Abdul Rahman Putra mengumumkan 31 Ogos 1957 
 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 
di Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956.


Yang Di-Pertuan Agong, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, 
YMM Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad 
menandatangani perjanjian kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.


Perjanjian Merdeka ditandatangani oleh 
Tunku Abdul Rahman Putra sebagai wakil Persekutuan Tanah Melayu 
dengan Lennox-Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British 
di London pada 8 Februari 1956.


"Bagi mereka yang sama-sama berjuang menegakkan kemerdekaan, 
jasa mereka tetap disanjung, manakala bagi yang lahir selepad merdeka, 
adalah menjadi tanggungjawab mereka 
untuk tidak mensis-siakan pengorbanan pejuang kemerdekaan 
yang begitu berjasa kepada bangsa dan negara.


Pemasyhuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 
 yang mengisytiharkan mulai 31 Ogos 1957 
Tanah Melayu menjadi negara berdaulat yang demokratik dan bebas.




Lagu Negaraku



sumber dari: cputsungai.blogspot.com

No comments:

Post a Comment