Berhariraya di
perantauan kadangkala ianya amat memilukan perasaan. Apa tidaknya segala
keindahan berhariraya bersama ibubapa,adik beradik dan sanak saudara terpaksa
diharungi dengan linangan air mata.
Namun di sebalik
kedukaan itu pasti ada penawarnya. Ketiadaan orang yang tersayang bukanlah
penghalang untuk kita bersukaria dan berhariraya bersama rakan-rakan dan taulan
malah berhariraya diperantauan lebih seronok dan meninggalkan kenangan yang
paling manis.
Selain daripada itu
pelbagai pengalaman baru dapat ditimba bila berhariraya di negeri orang. Kalau
di Jordan, solat aidil Fitri atau Aidil Adha diadakan di kawasan lapang dan para
jamaah diminta membawa sejadah sendiri. Seandainya pada hari itu hujan turun
ataupun cuaca terlalu sejuk maka masjidlah menjadi pilihan yang kedua.
Kebiasaannya selepas solat raya kami akan serbu dulu rumah- rumah pelajar yang
dah berkeluarga. Dah dekat penghujung raya barulah kami syabab- syabab anjurkan
rumah terbuka. Nak cari ketupat dan lemang di sini memang tak akan jumpa.Antara
menu utama hariraya di perantauan adalah laksa dari specati dan nasi Bukhara.
Kenangan hariraya di
Sweileh. Penempatan terakhir saya, isteri dan Luqmanulhakim sebelum pulang ke
tanahair.
Gema takbir hari raya
di perantauan amat berbeza sekali dengan di Malaysia. Kalau di tanah air takbir
hariraya dialunkan dengan suara yang mendayu-dayu, penuh perasaan dan sedih
namun di Jordan ianya tidak berlaku. Takbir hariraya di sini dengan penuh
semangat juang, laju dan tidak meleret.
Bagi masyarakat di
sini hariraya merupakan hari kemenangan dan bersukaria dan tidak memerlukan
alunan takbir yang menyentuh perasaan hati. Sebab tulah takbir di sini agak
rancak sedikit.
Saya pernah ditegur
oleh jiran kerana cuba memperdengarkan takbir Malaysia kat Jordan. Kalau bunyi
tu setakat dalam rumah je takpe lah. Ini tidak saja je pasang kuat-kuat dan
speaker radio dihalakan ke luar menghadap ke jalanraya.
sumber dari: abunusaircty.blogspot.com
No comments:
Post a Comment