Pages

Wednesday, 8 August 2012

merebut suatu malam istimewa



Malam Yg Indah



Tatkala Ramadhan bakal berlabuh kan layarnya, Syawal menanti memulakan pelayarannya, Lagu-lagu raya sedang rancak melodinya, baju raya sedang menanti si pemakainya, duit raya sedang menanti si penerimanya..sedikit cetusan jiwa dari saya untuk tatapan kita semua. Dalam keasyikan kita menyambut AidilFitri, dengan suasana warna-warninya langsir baru di rumah, karpet, sofa, kabinet, semua ‘mau tukaq baru punya’…dan macam-macam lagi kalau diikutkan hati Mati!

Tetamu sekalian,

Dalam kesibukan kita mempersiapkan diri berhari raya, jangan kita terlampau asyik dibuai dengan ‘lena romantika raya’ sahaja, kita jangan lupa bahawa dalam indahnya Ramadhan ada serinya satu Malam yang Allah janjikan satu Malam yang lebih baik dari malam-malam lain.


Justeru itu, dalam kesibukan mana pun kita berada, curi sedikit ruang yang ada ‘manjakan diri’ dengan mencari kedamaian jiwa dan kerahmatan Ilahi. Semoga kita semua menggunakan sepenuhnya kesempatan berada dalam bulan yang mulia ini dengan sebaik-baiknya. Nasihat untuk diri ini juga yang banyak lalai dan alpa…



sumber dari: nizam83.wordpress.com

No comments:

Post a Comment