Pages

Saturday, 11 August 2012

zakat merupaakan suatu perintah






Mengeluarkan Zakat Harta dan Zakat Fitrah merupakan perintah Allah Subhanahu Wata'ala yang diwajibkan ke atas orang Islam yang cukup syarat.

Amalan zakat mempunyai banyak kelebihan pada harta dan pemilik harta itu sendiri antaranya harta yang dikeluarkan zakat akan bertambah keberkatannya dan akan menjadi lebih subur, sementara pada diri pemiliknya pula zakat akan memperbaiki rohani, di samping penyempurnaan kepada hukum Allah.
Di bulan Ramadan ini setiap orang yang melakukan ibadah puasa, puasanya masih lagi dianggap tidak sempurna selagi ia tidak mengeluarkan Zakat Fitrah sebanyak yang telah ditetapkan oleh syariat Islam sebelum Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri.

Zakat Fitrah sebagai pembersihan dan penyempurnaan bagi puasa orang yang tidak sempurna seperti lalai, melanggar larangan di bulan puasa dan sebagainya.

Puasa Ramadan diriwayatkan juga sebagai tidak akan terangkat ke langit selagi orang yang berpuasa tidak menunaikan Zakat Fitrahnya.

Ibnu Misri meriwayatkan dari Jabir, kata Jabir: Sesungguhnya bulan Ramadan itu tergantung di antara langit dan bumi, tidak sampai kepada Allah Subhanahu Wata'ala kecuali setelah orang yang berpuasa itu mengeluarkan Zakat Fitrahnya.

Orang zaman ini tidak ada alasan untuk ia dapat mengelak daripada membayar Zakat Fitrah walaupun pada malam Hari Raya atau siangnya ia kehabisan wang dengan sebab sebelum itu ia habiskan dengan membeli belah akan barang-barang untuk berhari raya secara tidak patut atau ia membeli barang yang di luar keperluannya sehingga termasuk kepada batas berlebih-lebihan dan ditambah pula di dalam rumahnya ia memiliki harta seperti alat perabot, peti sejuk, mesin basuh, televisyen dan lain-lain.

Orang ini kalau pada malam Hari Raya atau siangnya ia kehabisan wang ia tidak termasuk ke dalam golongan orang yang terlepas daripada kewajipan membayar Zakat Fitrah bahkan ia wajib mengeluarkan zakatnya dengan cara ia terpaksa menjual barang-barang yang kurang perlu itu.


Waktu wajib mengeluarkan Zakat Fitrah setelah terbenam matahari hari terakhir puasa Ramadan atau dengan kata lain pada malam Hari Raya, manakala waktu makruh pula selepas Sembahyang Sunat Hari Raya walaupun sah tetapi kalau menurut keterangan hadis pahala Zakat Fitrahnya cuma dinilai oleh Allah Subhanahu Wata'ala sebagi sedekah biasa sahaja.

Waktu haram pula jika seseorang itu melambat-lambatkan mengeluarkan zakat sehingga selepas Hari Raya pertama dan waktu harus mengeluarkan Zakat Fitrah ialah bila-bila masa sejak permulaan puasa hinggalah sebelum terbenam matahari akhir puasa.

Mengikut mazhab kita As-Syafie zakat hendaklah dikeluarkan dengan makanan yang menjadi makanan resmi oleh penduduk sesebuah negeri itu.

Ghalibnya (kebiasaannya) kita di Negara Brunei Darussalam yang menjadi bahan makanan resmi kita ialah beras (nasi) dan dari itu hendaklah kita membayar Zakat Fitrah dengan menggunakan beras.
Apapun Mazhab Hanafi dibolehkan mengeluarkan zakat dengan menggunakan wang dinilai mengikut nilai beras.

Kadar jumlah sukatan beras yang diwajibkan zakat bagi setiap orang sebanyak segantang Baghdad, kadar beratnya 3 kati 12 tahil atau 2 kilo 250 gram.
Kadar Zakat Fitrah yang wajib di keluarkan pada tahun ini setiap seorang mengikut nilai (gred) yang kita makan: Beras Siam BND1.93 dan Beras Wangi BND2.84, sementara seseorang yang ingin mengeluarkan zakat menggunakan beras, berat beras tersebut 2 kilo 268 gram.

Tiada alasan untuk kita tidak menunaikan Zakat Fitrah kerana terdapat banyak amil yang ditugaskan untuk menerima wang Zakat Fitrah.

Pada tahun ini Jabatan Majlis Ugama Islam menyediakan 291 orang amil bagi 137 kawasan di negara ini.
Amil-amil yang dilantik itu mengikut keramaian penduduk di beberapa kawasan di negara ini iaitu di Daerah Brunei dan Muara seramai 163 orang amil bagi 76 kawasan, Daerah Belait 27 orang amil bagi 16 kawasan dan Daerah Tutong 55 amil bagi 30 kawasan.




sumber dari: pelitabrunei.gov.bn

No comments:

Post a Comment