Tebengau
Pokok tebengau adalah pokok
jenis saka yang tumbuh biasanya di tepi-tepi sungai. Ia
merupakan sejenis pokok yang boleh mencapai ketinggian
sehingga 10 meter. Kulit batangnya berwarna coklat
kelabu.
Pucuk mudanya berwarna kemerah-merahan boleh dimakan
secara mentah. Rasanya sedikit manis dan sedikit kelat tetapi
rangup.
Pokok tebengau sesuai ditanam
di dalam pasu untuk kawasan yang kecil. Pokok tebengau boleh dibiakkan dengan
menggunakan keratan dahan atau kaedah tut. Pertumbuhan pucuk pokoknya agak
cepat, maka ia perlu sentiasa dipangkas.
Putat
Pokok putat biasanya ditemui tumbuh di lembah-lembah,
tepi sungai dan kawasan tanah lembap. Ketinggian pokok putat mencapai sehingga
28 meter. Daun putat berbentuk bujur, panjang dan tebal dengan bahagian tepi
bergerigi kecil. Daun muda di bahagian pucuk berwarna merah keunguan dan apabila
matang daunnya berubah menjadi hijau tua.
Pucuk dan buah putat biasanya dibuat ulaman, kerabu atau
sebagai ulaman dalam laksa. Rasanya enak dan sedikit kelat.
Cara pembiakan putat adalah dengan menyemai biji benih
atau kaedah tut.
Gajus
Poko gajus adalah rendang yang
biasanya ditanam di tepi sawah untuk teduhan.
Ia mempunyai daun yang lebar dan licin. Pucuknya boleh
dimakan dan sering diambil bagi dimakan dengan dicicah budu. Rasanya yang lemak-lemak dan
kelat.
Pokok gajus dibiakkan dengan menggunakan biji benih atau
kaedah tut. Ia boleh ditanam di dalam pasu.
Bebuas
Pokok bebuas adalah tumbuhan
renek berbatang lembut. Ulam bebuas dijual biasanya di
pasar-pasar tani.
Pokok ini mudah tumbuh di
tepi pagar.
Pucuk mudanya berwarna hijau
muda dan boleh dimakan mentah atau direbus untuk dijadikan ulam.
Pucuknya rangup dan mempunyai rasa sedikit pahit boleh
menambahkan selera makan terutamanya jika dicicah dengan sambal
belacan.
Antara khasiat bebuas ialah
ianya dapat membuang angin di dalam badan, mengatasi masalah kecacingan dan
menambah susu badan bagi kaum ibu.
Pokok bebuas boleh dibiakkan
dengan menggunakan keratan dahan atau kaedah tut.
Tenggek burung
Pokok Tenggek Burung hidup
biasanya hidup meliar di kawasan ladang dan belukar. Daunnya bercabang tiga.
Sebab itu ia juga dinamakan juga sebagai pokok cabang
tiga.
Pucuk muda tenggek burung
boleh dimakan mentah. Rasanya amat sedap, rangup dan sedikit
pahit.
Lemak
ketam
Pokok lemak ketam adalah dari jenis pokok renek. Daun
pokok lemak ketam membulat dan lebar. Pucuk mudanya berwarna hijau muda.
Pokok lemak ketam tumbuh meliar di kawasan padang atau
berhampiran dengan kawasan pantai.
Daun pucuk mudanya boleh dimakan mentah sebagai ulam.
Rasanya rangup dan tidak pahit.
Beluntas
Pokok beluntas boleh didapati di pasar tani.
Beluntas merupakan tumbuhan semak yang bercabang banyak, berusuk halus, dan
berbulu lembut. Tumbuhan ini biasanya ditanam sebagai tanaman pagar. Tingginya
bisa mencapai 3 meter jika tidak dipangkas. Pokok beluntas memerlukan cukup
cahaya matahari atau sedikit naungan.
Daun beluntas dimakan mentah sebagai ulam. Bau
daun beluntas menyegarkan dan dapat meningkatkan nafsu makan.
Pokok beluntas boleh dibiakkan dengan mudah
menggunakan cara keratan batang.
sumber dari: sharuddinawangkechil.blogspot.com
No comments:
Post a Comment