1- Telah diriwayatkan bahawa Sufian At-Thauri r.anhu telah meninggalkan segala bentuk macam pekerjaanya pada bulan Ramadhan,Beliau hanya memfokuskan untuk membaca Al-Quran,memahaminya dan mendalami maksudnya dan memperbanyakkan amalan ibadah pada siang dan malamnya.
2- Al-Walid Bin Abdul Malik sentiasa menkhatamkan Al-Quran setiap 3 hari pada bulan Ramadhan dan sebanyakkan 17 kali khatam pada keseluruhanya.
3- Rabe’ Bin Sulaiman telah berkata : Imam Syafie r.anhu telah mengkhatamkan Al-Quran sebanyak 60 kali pada bulan Ramadhan dan 30 kali pada bulan-bulan yang lain.
4- Manakala Imam Bukhari R.anhu telah mengkhatamkan Al-Quran setiap hari pada Bulan Ramadhan siang dan malamnya.
Beginilah kehebatan para imam-imam salaf kita suatu ketika dahulu.Mereka hanya menyibukkan diri mereka dengan melakukan ibadah semata-mata kerana Allah Ta’ala di samping itu juga sibuk menyampaikan majlis-majlis ilmu untuk umat islam di zaman kegemilangan mereka.Keberkatan waktu yang Allah kurniakan kepada mereka merupakan satu kelebihan dan keistimewaan kepada para imam-imam salaf kita.
Semoga Allah Ta’ala menjadikan kita seperti mereka jua.
sumber dari: mohamadazhar.com
No comments:
Post a Comment