Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [Surah Al-'Asr Ayat 1-3]
Friday, 31 August 2012
cebisan koleksi menarik
sumber dari: badarkhubro.blogspot.com
berita kemerdekaan
Di
sini kami ada beberapa gambar yang dapat kami kumpulkan...
Akhbar Berita
Harian menyiarkan berita kemerdekaan Tanah Melayu
Akhbar Utusan
Zaman turut menyiarkan peristiwa Pemasyhuran Kemerdekaan
Akhbar The
Malay Mail memaparkan Pemasyhuran Kemerdekaan di muka depannya.
sumber dari: merdeka57nfin68.blogspot.com
terkenang semasa dulu
"Saya
sesungguhnya berbangga kerana
pada hari yang penting dalam sejarah Tanah Melayu
ini,
saya ditugaskan mengisytiharkan secara rasmi kemerdekaan negara ini.
Sememangnya kemerdekaan itu boleh diibaratkan sebagai batu tanda dijalan,
tetapi
janganlah fikir bahawa kita sudah sampai di penghujung jalan.
Kita sebenarnya
kini berada di ambang kejayaan
dan seharusnya gigih bagi membina sebuah negara
baru dan berdaulat".
Rombongan
kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra,
disambut oleh rakyat di
Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka
sekembali dari London pada 20 Februari
1956.
Tunku Abdul Rahman Putra sedang menyaksikan bendera
Union Jack diturunkan
dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan
pada
tengah malam 30 Ogos 1957
di Padang Kelab Sultan Selangor, Kuala Lumpur.
Tunku Abdul Rahman Putra mengumumkan 31 Ogos 1957
sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
di Bandar Hilir, Melaka pada
20 Februari 1956.
Yang Di-Pertuan Agong, Yang Di-Pertuan Besar Negeri
Sembilan,
YMM Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad
menandatangani
perjanjian kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.
Perjanjian Merdeka ditandatangani oleh
Tunku Abdul
Rahman Putra sebagai wakil Persekutuan Tanah Melayu
dengan Lennox-Boyd,
Setiausaha Tanah Jajahan British
di London pada 8 Februari 1956.
"Bagi mereka yang sama-sama berjuang menegakkan
kemerdekaan,
jasa mereka tetap disanjung, manakala bagi yang lahir selepad
merdeka,
adalah menjadi tanggungjawab mereka
untuk tidak mensis-siakan
pengorbanan pejuang kemerdekaan
yang begitu berjasa kepada bangsa dan
negara.
sumber dari: cputsungai.blogspot.com
sekitar sambutan kemerdekaan ke 55
sumber dari: mynewshub.my
twitter kemerdekaan 2012
Pagi tadi Dataran Merdeka meriah dengan upacara perbarisan 13,000 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum bagi meraikan sambutan Hari Kemerdekaan Ke 55.
Sesiapa yang turut bersama-sama dalam upacara pagi tadi tentu mempunyai pengalaman tersendiri kerana acara seperti ini sangat bermakna buat rakyat Malaysia.
Namun jangan bimbang, jika ada yang tidak sempat untuk turut serta, malam ini terdapat sebuah lagi majlis bagi menyambut kemerdekaan.
Ia bakal diadakan di Stadium Nasional Putra Bukit Jalil, bermula seawal 6 petang sehingga lewat malam.
Lebih istemewa apabila Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah melancarkan satu program ucapan @TwtUpMerdeka dengan hash tag #Merdeka55 di Twitter.
Tweet Merdeka dibuat bertujuan untuk memecahkan rekod dunia dan menempa rekod baru di dalam Malaysia Book of Records berdasarkan kepada 2 kategori yang berikut:
A. Perhimpunan Pengguna Twitter Terbesar di Dunia
B. Jumlah Tweet Terbanyak dalam Tempoh 1 Jam Dengan Menggunakan Hashtag #Merdeka55
Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Twitter boleh menyertai acara ini.
Sekiranya anda belum lagi mempunyai akaun Twitter, masih sempat lagi untuk anda mendaftar di Twitter.com
Bagi yang sudah mendaftar pastikan anda menerima tag peserta beserta nombor siri, t-shirt Tweet Merdeka (selagi stok masih ada), topi Tweet Merdeka (selagi stok masih ada) dan lain-lain yang ada di dalam beg goodies.
Walaupun tiada sambutan ambang merdeka secara rasmi di lokasi utama seperti tahun-tahun sebelum ini iaitu di Dataran Merdeka, namun ia diganti dengan acara malam ini.
Dengan percikan bunga api dan acara kibarkan Jalur Gemilang, ia pasti meriah.
Ayuh sama-sama kita datang untuk turut serta dalam Sambutan Kemerdekaan Ke 55 pada malam ini!
sumber dari: tunfaisal.blogspot.com
kontroversi lirik lagu janji ditepati
kali pertama
Himpunan tersebut telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Jun 2012 lalu di Kompleks Sukan Bukit Jalil. Pada acara
sumber dari: pulakdah.blogspot.com
kontroversi logo kemerdekaan
Dikatakan logo yang tak macam logo ni pun diceduk dari pelekat kereta untuk Kemerdekaan yang ke-52.
sumber dari: mrpeco.com
lagu tema kemerdekaan ke 55
sumber dari: harian-metro-online.com
Thursday, 30 August 2012
pelancaran bulan kemerdekaan 2012
KUALA LUMPUR 17 Julai - Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 bertemakan Janji Ditepati tahun ini bermula secara rasmi dan penuh bersejarah menerusi pelancaran serentak Kibar Jalur Gemilang di tiga lokasi berbeza malam ini.
Di Little India, Brickfields, pelancaran Kibar Jalur Gemilang itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak manakala Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula merasmikan majlis itu di Kampung Baru.
Satu lagi majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang disempurnakan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai di Jalan Petaling, di sini.
Ketiga-tiga lokasi itu dipilih bagi melambangkan kemajmukan masyarakat berbilang kaum di negara ini yang mana setiap kawasan itu mewakili kaum majoriti Melayu (Kampung Baru), Cina (Jalan Petaling) dan India (Little India).
Najib dalam ucapannya berikrar tidak akan membenarkan mana-mana pihak menodai kemerdekaan negara yang diperolehi hasil daripada perit jerih pejuang-pejuang tanah air terdahulu.
Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat negara ini tidak kira kaum dan agama merapatkan segera barisan, meningkatkan perpaduan serta memupuk semangat yang sama supaya kemerdekaan negara dapat terus dipertahankan.
Kata beliau, kemerdekaan merupakan sesuatu yang tidak ternilai dan berasaskan itu juga setiap rakyat atas satu suara, satu impian, satu harapan serta semangat 1Malaysia perlu berganding bahu supaya kemerdekaan yang dikecapi 55 tahun lalu sentiasa terpelihara.
"Ayuh kita rapatkan barisan agar nikmat kemerdekaan yang dikecapi selama ini dapat dipertahankan," katanya.
Sementara itu, Muhyiddin dalam ucapannya berkata, rakyat tidak boleh alpa dengan nikmat kebebasan yang dikecapi sejak negara mencapai kemerdekaan, sebaliknya, nikmat tersebut bukan sahaja perlu dipelihara tetapi mesti dihayati semua pihak.
Katanya, kemerdekaan yang dinikmati itu tidak datang secara mudah tetapi hasil perjuangan dan pengorbanan pejuang negara terdahulu dan nikmat itu harus dipertahan melalui perpaduan di kalangan rakyat.
Menurut beliau, rakyat yang bersatu padu dan bekerjasama adalah benteng paling kukuh dalam menghadapi sebarang ancaman yang mahu menganggu-gugat kedaulatan negara.
Dalam pada itu, Tiong Lai pula menyifatkan usaha mengibarkan Jalur Gemilang merupakan simbol perpaduan dan identiti 1Malaysia yang dapat membangkitkan semangat jiwa merdeka di kalangan rakyat berbilang kaum.
Katanya, rakyat Malaysia harus bangga mengibarkan Jalur Gemilang yang merupakan lambang persefahaman, perpaduan, dan toleransi antara kaum di Malaysia.
sumber dari: utusan.com.my
selamat menyambut hari kemerdekaan 2012
Suka saya memetik kata-kata akhir perutuan YAB PM.........
Dari itu, saya ingin sama-sama berpesan, bahawa, janganlah kita sampai mempunah binasa apa yang telah bersusah payah dipupuk dan dicipta. Janganlah sesekali pula, diporak-peranda harmoninya watan yang telah sekian lama terbina.
hari kemerdekaan 2012 -peutusan khas YAB PM
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia
1. Alhamdulillah, segala rasa syukur dipanjatkan kepada Tuhan yang Maha Berkuasa, lantaran dengan rahmatnya jua, kita rakyat Malaysia berpeluang meraikan ulangtahun kemerdekaan negara buat kali yang ke-55.
Saudara dan saudari,
2. Sudah lebih lima puluh tahun, dengan berpayungkan piagam asas nasional, yakni Perlembagaan Persekutuan serta berpandukan ideologi kebangsaan Rukun Negara, Malaysia dan rakyatnya telah bertatih dan bertapak membangunkan sebuah negara bangsa.
3. Maka, berteraskan muafakat dan kerjasama daripada semua pihak, hari ini, saya boleh melaporkan kepada rakyat Malaysia bahawa, kemerdekaan yang telah dicapai lebih lima dekad yang lalu, hasil perjuangan bapa-bapa pengasas negara kita yang datang daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan latarbelakang ini, akan terus utuh.
4. Begitulah, perpaduan nasional yang bertunjangkan kepelbagaian akan kekal menjadi tiang seri kekuatan nasional. Dari sudut kemakmuran nasional pula, ekonomi negara berkembang mapan dengan usaha sistematik dijalankan kerajaan bagi memastikan kemakmuran dan kesejahteraan dapat dirasai oleh semua.
5. Ternyata, kejayaan yang diimpikan Malaysia bukan hanya kejayaan bersifat material tetapi kejayaan yang bersifat holistik. Oleh kerana itu, di bawah payung Dasar Transformasi Nasional, prakarsa transformasi bukan sahaja melibatkan kerajaan melalui GTP dan ekonomi melalui ETP tetapi juga Transformasi Politik serta Transformasi Kawasan Luar Bandar.
6. Sesungguhnya, langkah berani pihak kerajaan melaksanakan Program Transformasi Politik bagi mengimbangkan kebebasan individu dan keselamatan negara telah membugar dan mengakarkan lagi demokrasi di Malaysia, sebagai satu budaya yang menjadi asas kepada kestabilan nasional.
Saudara dan saudari,
7. Malaysia merupakan bukti dan manifestasi janji ditepati dan harapan yang dipenuhi. Bagi memahami kebenaran dari kenyataan di atas, setiap seorang daripada kita perlu kembali kepada susurgalur sejarah. Hakikatnya pun, kita mencapai kemerdekaan di tengah-tengah pemberontakan bersenjata Parti Komunis Malaya dalam suasana di mana survival kita sebagai sebuah negara berbilang bukan sahaja daripada segi kaum, bahkan juga agama dan bahasa, pernah disangsikan oleh masyarakat dunia.
8. Terakam dalam kamar peristiwa, selama lima puluh lima tahun kita berjaya melangkau jangkaan serta telahan yang dibuat pelbagai pihak termasuk di kalangan warganegara sendiri. Terbukti, ramalan kononnya apa yang dimenangi bapa-bapa pengasas negara secara aman serta bijaksana tidak akan mampu dikekalkan apatah lagi ditambahbaik, adalah meleset sama sekali.
9. Jelasnya, dari satu titik ke satu titik, kita telah berjaya membawa kebebasan dan keamanan kepada sebuah negara yang dahulunya terjajah dan terancam. Kita juga telah berjaya mentransformasikan sebuah negara pertanian berpendapatan rendah yang mana suatu ketika dahulu lebih separuh warganya hidup di bawah paras kemiskinan, dengan bergantung kepada beberapa komoditi, menjadi sebuah negara dengan ekonomi bersifat pelbagai. Malah, dewasa ini, berkembang pula sebagai negara berpendapatan sederhana tinggi berpacu pantas merealisasikan impian menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 kelak. InsyaAllah.
Saudara dan saudari,
10. Sepanjang detik yang berlari, kita telah menggantikan kebimbangan dengan harapan, kita telah mencipta sebuah negara di mana yang penting adalah kemahuan dan kesanggupan untuk bekerja keras. Juga, di mana, anak seorang petani, pekebun kecil, buruh dan nelayan berjaya menjadi usahawan serta profesional. Pucuk pangkalnya, kita telah mencipta sebuah negara sehingga anak-anak Malaysia boleh mendambakan masa depan yang lebih baik.
11. Semuanya ini, merupakan nikmat daripada perancangan penuh teliti dan pelaksanaan amat berkesan oleh pihak Kerajaan yang telah diberi mandat mentadbir semenjak kemerdekaan diperoleh. Walau apapun, kejayaan yang dikecapi bukan sepatutnya menjadi alasan untuk kita berpeluk tubuh, sebaliknya, ia harus menjadi mangkin menuju sinar yang lebih terang benderang pada hari muka.
12. Oleh itu, dua tahun yang lalu, kita melancarkan fasa pertama Dasar Transformasi Nasional, iaitu Pelan Transformasi Kerajaan dengan tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara. Tujuh NKRA bagi fasa pertama tersebut, akan tamat menjelang akhir tahun ini.
13. Sehubungan dengan itu, kerajaan akan melangkah ke hadapan dengan pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan Fasa ke-2 atau GTP 2 yang bakal melonjakkan lagi kemakmuran negara ke peringkat lebih tinggi.
14. GTP 2 juga akan menyaksikan penglibatan masyarakat yang lebih meluas sekaligus pembabitan yang lebih bermakna daripada pertubuhan bukan kerajaan yakni NGO dan sektor korporat.
15. Namun, segala usaha dan prakarsa yang dilakukan akan hanya tinggal sia-sia jika tidak didakap dan dimanfaatkan oleh semua segmen masyarakat.
16. Kesimpulannya, sekarang, kita berada pada satu kala masa yang amat monumental bagi Malaysia. Di sana-sini, rakyat boleh melihat perubahan ketara bukan sahaja di peringkat individu hatta di peringkat keluarga dan komuniti.
17. Justeru, marilah kita menjulang citra Malaysia dengan memenuhi segala janji yang dipateri dan potensi yang dimiliki demi seluruh warganya. Dari itu, saya ingin sama-sama berpesan, bahawa, janganlah kita sampai mempunah binasa apa yang telah bersusah payah dipupuk dan dicipta. Janganlah sesekali pula, diporak-peranda harmoninya watan yang telah sekian lama terbina. Moga-moga Tuhan memberi perlindungan dan melimpahkan rahmat-Nya.
Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Ke-55.
Dirgahayu Malaysiaku. Dirgahayu Malaysiaku.
Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
sumber dari: leypark.com
logo hari kemerdekaan 2012 -respons blogger
Banyak
juga bloggers yang menulis dan mengondem logo kebangsaan tahun neh ek.
Sebenarnya logo hari kebangsaan tahun neh dikecam bukan sebab buruk tetapi sebab
;
-
versi copypaste
-
dipolitikkan
-
tiada kesungguhan nak menonjolkan kreativiti
Kita
tak masuk lagi bab wang oke. Kita pun tak pasti samada ia dibayar kepada
syarikat tertentu untuk me-reka logo tersebut ataupun hanya kakitangan kerajaan
jek yang me-reka2 logo tersebut.
sumber dari: sozcyili.blogspot.com
isu logo hari kemerdekaan 2012
Logo Kemerdekaan Malaysia ke-55 2012 ini menjadi isu rakyat yang tidak puas hati dengan rekaannya yang sangat simple dan hanya boleh dilakukan menggunakan Microsoft Office. Tak sampai 5 minit pun boleh siap.
Bendera berkibar – Merupakan simbol negara Malaysia yang dicintai yang mempamerkan pencapaian cemerlang negara sejak merdeka. Merupakan kebanggaan setiap rakyat Malaysia kerana namanya kini terserah di persada dunia.
Angka 55 – Melambangkan kedaulatan institusi raja berpelembagaan dan kedaulatan negara yang telah dipertahankan sejak 55 tahun.
Huruf M – Melambangkan perpasuan utuh masyarakat Malaysia yang berusaha mencapai kemajuan (Maju) dan kemakmuran (Makmur) negara sejak dari awal kemerdekaan dicapai.
Ayat ‘erdeka’ – Melambangkan keunikan, liku-liku serta cabaran yang dihadapi oleh para pejuang dan pemimpin negara dalam memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan negara.
Ayat ‘Janji Ditepati’ – Melambangkan kesungguhan dan komitmen kerajaan dalam menunaikan janji kepada rakyat untuk membawa kemakmuran, kemajuan, kehidupan dan peluang ekonomi yang terbaik.
Logo 1 Malaysia – Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bersatu padu, bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu negara bangsa.
Ramai mengatakan dimana kekreativiti graphic designer yang ditugaskan membuat logo merdeka tahun ini? Atau adakah tawaran yang beliau terima sama dengan rekaannya itu?
sumber dari: wangerrard.com
hari kemerdekaan 2012 -tiada logo rasmi
KUALA LUMPUR – Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menjelaskan tiada logo rasmi digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini, melainkan logo 1Malaysia, seperti mana sambutan pada tahun lalu.
Beliau berkata, sambutan Hari Kemerdekaan kali ini menggunakan tema “55 Tahun Merdeka Janji Ditepati”.
“Bahan hiasan (artwork) yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Rais berkata, akan ada beberapa bahan promosi lain dipaparkan menjelang Hari Merdeka 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September.
Ada beberapa pihak mempersoalkan mengapa logo sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, yang memaparkan gabungan logo 1Malaysia, bendera Malaysia dan tulisan “55 Merdeka Janji Ditepati”, hanya ala kadar dan tidak mempunyai nilai-nilai seni yang tinggi.
– BERNAMA
sumber dari: keretahitam.com
apa supplement sesuai untuk wanita
Tentu korang slalu baca majalah & terbaca pasal supplement yg perlu diambil oleh setiap wanita sebagai pelengkap nutrisi harian serta menjaga kesihatan....Tapi camne nk make sure,supplement apa yg perlu korang ambil,sbb belambak sgt kt farmasi,smpai x tawu yg mane satu perlu?
Kat bwh ni adalah antara jenis2 supplement yg bese pompuan ambik untuk jaga kesihatan:
- Calcium is essential for bone and cell health.
- Iron is important for not only for your blood, but for making sure that enough oxygen gets to your body tissue.
- Vitamin A will help keep your eyes and skin healthy, among other things.
- Zinc is necessary for immune health, wound healing, and helps maintain your senses of taste and smell.
- Vitamin B6 and B12 are important for a range of things, including metabolism and brain function.
- Folate is necessary to maintain a healthy nervous system and health red blood cell levels.
- Evening primrose oil (EPO)
- Flaxseed oil
- Collagen
Vitamin *
Mineral * *
Asam Amino *
Antioksidan Ekstrak Herbal * *
Bioflavonoid *
Enzim Neuronutrients *
Multivitamin yang untuk seorang wanita akan merangkumi bahan-bahan herba yang tak sama seperti yang akan korang dapati dalam formula lelaki, seperti Black cohosh, Wild Yam Extract etc adalah "women's herb" dan seharusnye mengandungi antioksidan seperti zeaxanthin, Bilberry, Selenium etc..
sumber dari: mekcomeysokmo.blogspot.com
kenapa perlu tukar berus gigi
SETIAP
orang mempunyai tabiat tersendiri. Sama ada perlakuan itu positif atau negatif
pastinya akan mempengaruhi kehidupan. Contoh yang paling mudah tabiat makan pada
waktu malam dan tidak memberus gigi tentunya akan memberi kesan kepada kesihatan
gigi. Lama kelamaan gigi akan rosak, sekali gus membuatkan penampilan kurang
sempurna. Menukar berus gigi setiap tiga bulan, anda mampu berubah menjadi
individu yang lebih sihat serta bahagia.
Ini terbukti menerusi kajian dijalankan
Persatuan Pergigian Chicago Amerika Syarikat (AS) yang menyatakan, beribu-ribu
bakteria boleh membiak di atas berus gigi berbulu. Ada sesetengah boleh
menyebabkan selesema dan virus kudis pada mulut.
Menerusi kajian ini, pakar pergigian menggalakkan rakyat AS menukar berus gigi setiap tiga bulan bagi kesihatan mulut yang optimum, namun hanya 8.6 peratus pengguna mematuhinya manakala yang lain menggantikan berus gigi setiap sembilan bulan. Berbeza dengan rakyat Jepun kerana mereka lebih bijak dan menghargai kesihatan apabila menggantikan berus gigi setiap 3.1 bulan.
Menurut Pakar Pergigian AS, Tom Glass, berus gigi harus dibuang selepas 40 hingga 50 penggunaan. Individu sihat perlu membeli berus gigi baru setiap tiga bulan manakala mereka yang bermasalah gusi, mulut dan mempunyai imunisasi yang lemah perlu menukar berus gigi lebih kerap.
“Mereka yang mempunyai penyakit pernafasan atau penyakit berjangkit perlu menukar berus pada awal penyakit, seterusnya apabila penyakit mereka bertambah baik. Berus gigi pula perlu ditukar setiap hari untuk pesakit yang baru pulih daripada pembedahan kerana pada masa ini, jangkitan kuman adalah lebih tinggi,” katanya.
Ramai tidak tahu berus gigi adalah tempat pembiakan biasa bagi kuman dan kulat kerana sering basah dan boleh tercemar menerusi bakteria di bilik mandi yang datang apabila seseorang mengepam tandas.
Oleh itu, menyimpan berus gigi di tempat kering serta jauh dari tandas adalah cara paling selamat memastikan berus gigi bebas mikro organisma.
Batang pemegang berus juga sangat penting bagi memastikan pemberusan sempurna. Penyelidikan juga menunjukkan bentuk gagang berus penting untuk kumpulan pengguna tertentu.
Orang yang mengalami kecederaan atau kecacatan tangan lebih suka kepada gagang tebal kerana boleh memegang dengan selesa. Pengguna lain pula gemar dengan gagang lebih nipis manakala kanak-kanak memilih pemegang yang gebu dan gemuk.

Persatuan Pergigian Malaysia juga mengesyorkan menukar berus gigi
sekurang-kurangnya setiap tiga bulan mampu menghalang bakteria daripada memasuki
mulut. Ini terbukti selepas tiga bulan penggunaan berus gigi menjadi haus dan
lusuh serta kurang berkesan ketika membuang plak. Bakteria juga boleh tertinggal
dan hidup secara semula jadi di dalam mulut selepas menggunakan berus gigi
secara berulang-ulang.
Batang pemegang berus juga sangat penting bagi memastikan pemberusan sempurna. Penyelidikan juga menunjukkan bentuk gagang berus penting untuk kumpulan pengguna tertentu.
Orang yang mengalami kecederaan atau kecacatan tangan lebih suka kepada gagang tebal kerana boleh memegang dengan selesa. Pengguna lain pula gemar dengan gagang lebih nipis manakala kanak-kanak memilih pemegang yang gebu dan gemuk.
sumber dari: cthoney.blogspot.com
cara menghilangkan tekanan
Anda stress??
5 cara
popular untuk menghilangkan tekanan
1.Tidur/do nothing/meditate
2.Dengar muzik yang sesuai dengan jiwa anda & sing
along
3.Berdoa/Dekatkan diri dengan tuhan
4.Pergi ke
Spa/taman/vacation
5.Menangis
3 cara kurang
popular untuk menghilangkan tekanan
1.Hug your loved one
(applicable to suami isteri,mak ayah and others yg 'halal'
dipeluk)
2.Aromateraphy essential oil/extract
(gonna update about
later!)
3.Yoga/Tai Ci
Aaaaah,leganya kepala otak...
sumber dari: mekcomeysokmo.blogspot.com
awas.....air zam-zam palsu
Sejauh manakah ketulenan air zamzam yang dijual di negara kita? Adakah ia asli seperti mana air itu diperoleh dari telaga asalnya di Tanah Suci Makkah ataupun hanya air biasa yang dibotolkan dan dilabelkan sebagai air zamzam.
Mungkin kerana air ini mempunyai permintaan tinggi, kita tidak pernah terfikir lambakan jenama air zamzam yang bebas dijual pasar raya atau kedai runcit, kedai jual ubat tradisional dan kitab agama itu, sebenarnya tidak tulen.
Lantaran itu, Kerajaan Arab Saudi baru-baru ini melarang keras penjualan air zamzam secara meluas di pasaran dunia berikutan terdapat laporan penipuan melibatkan penjualan air berkenaan di beberapa negara Islam.
sumber dari: cthoney.blogspot.com
kucing suci, bukan najis
Banyak
kisah-kisah tentang kucing (karena kucing memang binatang yang banyak
berkeliaran disekitar manusia). Bahkan Nabi juga memiliki kucing peliharaan.
Setiap Nabi menerima tamu di rumah, Nabi SELALU ngegendong mueeza (nama
kucingnya) dan diletakkan dipahanya. Nabi bahkan berpesan untuk menyayangi
kucing peliharaan layaknya menyanyangi keluarga sendiri.
Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi demen:
‘Mueeza selalu mengeong ketika mendengar azan, seolah-olah ngeongnya ky ngikutin lantunan suara adzan‘
Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi demen:
‘Mueeza selalu mengeong ketika mendengar azan, seolah-olah ngeongnya ky ngikutin lantunan suara adzan‘
Terus,
pernah juga saat Nabi mau mengambil jubahnya, eh.. ada Muezza lagi bobo
diatasnya.. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya,
tujuannya supaya gak ngebangunin Muezza.
Pas Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu.
Pas Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu.
Nabi
menekankan di beberapa hadisnya bahwa kucing itu tidaklah najis. Bahkan
diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing karena dianggap
suci.
Lantas kenapa Rasulullah Saw yang buta baca-tulis, berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?
Fakta-fakta ilmiah keistimewaan pada KUCING

Fakta
pertama: Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur
bakteri. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot
manusia.
Permukaan lidah kucing tertutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setetes pun cairan yang jatuh dari lidahnya.
Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar dapat membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

kedua: Telah dilakukan berbagai penelitian terhadap kucing dan berbagai
perbedaan usia, perbedaan posisi kulit, punggung, bagian dalam telapak kaki,
pelindung mulut, dan ekor.
Pada
bagian-bagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan.
Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bagian-bagian khusus. Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bagian-bagian khusus. Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil
yang didapatkan adalah:
1.
Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan
berulang-ulang.
2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.
4. Sekalinya ada kuman yang ditemukan saat proses penelitian, kuman itu masuk kelompok kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.
5. Tidak ditemukan kelompok kuman yang beragam.

Berbagai
sumber yang dapat dipercaya dan hasil penelitian laboratorium menyimpulkan bahwa
kucing tidak memiliki kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan
membersihkan.
Fakta ketiga: Dan hasil penelitian kedokteran dan percobaan yang telah di lakukan di laboratorium hewan, ditemukan bahwa badan kucing bersih secara keseluruhan. Ia lebih bersih dari manusia.
Bahkan di zaman dahulu kucing dipakai untuk terapi. Dengkuran kucing yang 50Hz baik buat kesehatan, selain itu mengelus kucing juga bisa menurunkan tingkat stress
Komentar Para Dokter yang Bergelut dalam Bidang Kuman
Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Hewan Baitharah, jarang sekali ditemukan adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit.
Dr. Gen Gustafsirl menemukan bahwa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, selanjutnya manusia 1/4 anjing, sedangkan kucing 1/2 manusia. Dokter hewan di rumah sakit hewan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahwa kucing memiliki perangkat pembersih yang bemama lysozyme.

Kucing
tidak suka air karena air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan
bakteri, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll). Kucing juga
sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan
tidak dekat-dekat dengan air. Tujuannya agar bakteri tidak berpindah kepadanya.
Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.
Sisa makanan kucing hukumnya suci
Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahwa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu.
Pada saat itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum.

Kabsyah
berkata, “Perhatikanlah.”
Abu
Qatadah berkata, “Apakah kamu heran?”
Ia
menjawab, “Ya.”
Lalu,
Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW prnh bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia
binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),”. (HR At-Tirmidzi,
An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan
dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahwa Nabi Saw pergi ke Bathhan
suatu daerah di Madinah.
Lalu,
beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.”
Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu.
Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahwa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang shalat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya.
Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan shalat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya.
Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing. (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni)

Hadis
ini diriwayatkari Malik, Ahmad, dan Imam hadis yang lain. Oleh karena itu,
kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya
suci.
Lihat begitu luar biasanya kucing itu, bahkan sampe jadi hewan peliharaan kesayangan Nabi. Namun sayangnya banyak sekali dari kita yang berpandangan negatif seputar binatang ini, ada yang mengatakan kucing dapat menyebabkan asma karena bulu-bulunya, ada juga yang bilang kucing terinfeksi toxoplasma.

Toxoplasma
berasal dari infeksi parasit Toxoplasma Gondii. Adapun penularannya pada manusia
melalui empat cara yaitu:
1.
Secara tidak sengaja memakan makanan yang tercemari parasit ini. Misalnya kita
makan sayuran yang tidak dicuci bersih dan ternyata parasit toxo telah
mencemarinya.
2. Memakan daging sapi, kambing, babi, ayam, babi atau anjing yang mengandung parasit toxo yang tidak dimasak dengan sempurna (matang).
3. Infeksi melalui placenta bayi dalam kandungan.
4. Seorang ibu hamil yang terinfeksi toxoplasma bisa menularkan parasit ini pada janin yang dikandungnya, penularan ini disebut penularan secara congenital.
5. Melalui transfusi darah, transplantasi organ dari seorang donor yang kebetulan menderita toxoplasmosis.

bisa menyerang perempuan maupun laki-laki. Sesungguhnya tak hanya kucing yang
bisa terinfeksi parasit Toxoplasma, karena semua hewan berdarah panas (unggas
dan mamalia) sebenarnya juga bisa terinfeksi sebagai induk semang perantaranya
(Intermediate host).
Tips
untuk Menghindari Toxoplasma:
1.
Sediakan pasir atau tempat kotoran untuk kucing dan sebaiknya dibersihkan setiap
hari. Nah kita juga harus rajin bersih-bersih, lagian kucing kalau mau pup
dipasir SELALU dikubur, karena kucing itu sendiri adalah hewan yang pemalu.
Malah sebenarnya kalau gak ada pasir atau tanah, kucing akan menahan pup sekuat
tenaga, kalau bener-bener udah gak tahan, terpaksanya pup di pojokan. Makanya
sediakanlah lahan pasir buat kucing
2. Cegahlah kucing agar tidak berburu tikus, burung, lalat dan kecoa (kasih makan makanan yang bersih, matang dan layak).
3. Jangan memberi makan hewan peliharaan dengan daging, jeroan, tulang dan susu mentah, sebelum di masaklah terlebih dahulu.
4. Setelah mencuci daging mentah sebaiknya cuci tangan dengan sabun agar tak ada parasit yang tertinggal di tangan.
5. Cucilah tangan dengan sabun setiap kali hendak makan.
6. Hindari memakan daging mentah atau setengah matang. Makanlah daging yang benar-benar telah dimasak sampai matang.
7. Cuci bersih sayur-mayur dan buah-buahan yang hendak dikonsumsi mentah sebelum dimakan (dilalap).
8. Untuk ibu-ibu hamil, sebaiknya tidak membersihkan tempat kotoran kucing ataupun mencuci daging ataupun jeroan selama masa kehamilan. Mintalah bantuan orang lain untuk mengerjakannya.
9. Untuk ibu-ibu yang berencana untuk hamil sebaiknya melakukan pemeriksaan darah untuk mengetahui ada tidaknya infeksi Toxoplasma.
10. Jika anda memelihara kucing, latihlah dari kecil kucing tersebut dengan membiasakan buang kotoran pada tempatnya.

sumber dari: sayakongsicerita.blogspot.com
ulam baik untuk kesihatan
السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ …
MAKAN ulam baik untuk kesihatan. Ayat itu sudah biasa didengar, tetapi tidak semua mengetahui akan khasiat sebenar yang terselindung di sebalik ulam-ulaman yang banyak dijual di Pasar Malam Sayur Kampung, Chow Kit, Kuala Lumpur ini.
Dahulu, ulam mungkin hanya terkenal di kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Tetapi, kini hidangan ulam-ulaman semakin digemari warga kota termasuk masyarakat bukan Melayu, malah turut menjadi antara hidangan wajib di hotel-hotel terkemuka.
Ulam adalah sayuran atau tumbuhan yang dimakan mentah atau sekadar dicelur iaitu direndam sekejap di dalam air panas. Ada juga sesetengah ulam perlu direbus terlebih dahulu, baru sedap dimakan seperti ulam pucuk ubi. Biasanya ulam dijamu bersama sambal belacan, budu atau cencaluk untuk dimakan bersama nasi.
Ulam diambil daripada pelbagai bahagian sesuatu pokok atau tumbuhan yang boleh dimakan, antaranya pucuk, daun, biji, buah, ubi dan kadang-kadang bunganya.
Ada antara ulam cukup popular dan mudah didapati di pasaran seperti rebung, cekur manis, jering, petai, ulam raja dan sebagainya.
Sementara ulam beluntas, pucuk betik, pucuk kadok dan pucuk gajus antara ulam yang sukar dicari, malah ia juga kurang dikenali walaupun dalam masyarakat Melayu itu sendiri.
Ulam dikatakan mempunyai banyak khasiat sebab ia dimakan secara mentah atau tidak dimasak terlalu lama. Justeru, kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama iaitu kalsium, fosforus, zat besi, natrium, kalium yang terdapat dalam ulam tidak dimusnahkan oleh haba.
Selain itu, ulam juga dikatakan membekalkan serat yang amat diperlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serat memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan perkumuhan.
Antaranya, ulam pegaga yang telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjana kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak serta dikatakan dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit.
Kangkung pula sejenis sayuran yang murah dan mudah diperoleh kerana tumbuh secara meliar di tepi-tepi sumber air, dikatakan dapat membantu mengurangkan kesakitan penyakit buasir, sakit kepala dan boleh digunakan untuk melebatkan rambut.
Jering pula didapati mengandungi banyak zat, antaranya protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosforus, vitamin A, B dan C. Biarpun rasanya pahit dan berbau, ia juga dikatakan menjadi penawar kepada pesakit kencing manis.
Sementara petai juga mempunyai khasiatnya tersendiri. Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus. Kandungan lain yang ada dalam petai adalah karbohidrat, air, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.
Khasiat petai bergantung kepada umur dan kesegaran biji petai tersebut. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat, dikatakan kurang mempunyai kandungan khasiat yang tinggi. Biji petai dikatakan berkesan merawat penyakit jantung, kencing manis, mencuci buah pinggang dan untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.
Disebabkan khasiat yang terselindung, ulam-ulaman diminati ramai biarpun rasanya pahit dan baunya busuk.
Sebolehnya, jadikanlah ulam sebagai makanan wajib dalam hidangan kerana selain ia mampu membuka selera, turut ‘dijamu’ khasiatnya yang tinggi tidak kira dari segi pemakanan mahupun perubatan.
Untuk itu, para petani perlu memainkan peranan menanam pokok-pokok ulam secara komersial bukan hanya mengharapkan ia tumbuh melata di hutan atau kebun mereka.
sumber dari: gelagatkita.com
ulam...khasiat...perubatan
ulam
ialah sejenis tumbuhan yang dimakan secara mentah. maknanya, ulam ni, tak
dimasak dengan cara anda semua masak sayur kangkung. sebaliknya, ulam ni cuma
dicelur dengan air panas atau sekadar dicuci dengan air paip. lepas tu, taraa..
dah sedia dimakan begitu saja. bak kata gardenia.. sungguh enak dimakan
begitu saja~~ ada jugak sayur2 biasa yang dimakan secara mentah, kita
panggil sebagai ulam. contohnya timun, lobak, terung dan kobis. ulam ni terdiri
daripada pelbagai bahagian tumbuhan contohnya biji, pucuk, umbut, buah, daun,
ubi dan kadang2 bunga. ulam boleh diklasifikasikan kepada dua kelas, satu kelas
ulam yang terdiri daripada sayur-sayuran biasa, satu kelas lagi terdiri daripada
ulam tradisional. contoh ulam2 tradisional ni macam ulam raja *wala.. my favourite!!
:)*, pucuk ubi, petai, pucuk paku, pegaga, pucuk betik, rebung buluh etc.
etc.
ulam
tradisional ni pulak boleh dibahagikan kepada dua. bahagian pertama dikenali
sebagai ulam yang senang didapati atau dalam bahasa modennya ulam yang popular
dan famous la kan. contoh ulam2 ini ialah ulam raja, petai, jering, rebung
buluh, cekur manis, kacang kelisa etc. etc. yang lagi satu bahagian ni pulak
dikenali sebagai ulam sukar didapati atau ulam tak famous. contoh2nya ialah
kerdas, genuak, pucuk jambu golok a.k.a gajus, beluntas, pucuk betik dan cekur.
to be honest, saya tak pernah tau pun nama2 ulam ni. saya tau makan je. tapi
tipulah kan kalau semua ulam saya tak tau namanya. adalah ulam2 yang saya tau
namanya macam ulam raja, petai, jering, pegaga, pucuk paku, pucuk betik.. err,
rasanya yang itu je kot yang saya tau. hehe..
- ULAM TRADISIONAL
di
Malaysia, ada kira2 120 jenis ulam yang telah dimakan sebagai tumbuh-tumbuhan
daripada pelbagai jenis ulam. err, ayat ni pelik lah. ok, terbalik la.. dimakan
sebagai ulam daripada pelbagai tumbuhan. sorry.. ianya terdiri daripada tumbuhan
yang hidup menjalar (pegaga), tumbuhan renek (ulam raja) sehinggalah kepada
pokok2 yang tinggi dan besar a.k.a pokok saka (petai).
pokok
saka ni macam yang telah diberitahu tadi, adalah pokok yang tinggi dan
besar.biasanya pokok petai hidup meliar dikawasan hutan belantara ataupun
dusun2. tinggi pokok ni boleh mencapai sehingga 20-30 meter manakala besar ukur
lilitnya menjangkau kira2 2-5 meter. so, korang boleh bayang tak betapa besarnya
pokok2 petai. memang saya tabik spring kat pakcik2 yang kerjanya memetik petai.
cayalah pakcik!!
*ha.. yang ni.. bukan pokok petai.. haha..* |
*yang ni baru pokok petai. ada nampak itu petai?* |
- CARA MAKAN
kebanyakan ulam dimakan bersama nasi yang panas. *pergh.. sedap!!* ada
juga orang yang memilih untuk mencicahkannya ke dalam budu, sambal belacan atau
cencaluk sebelum digaulkan bersama nasi lalu disuapkan ke mulut. memang rasa dia
pergh.. superb!!
- KHASIAT ULAM
ok,
disebabkan ulam tak dimasak terlebih dahulu. kandungan khasiat di dalamnya tak
terjejas. *walaweh..*
ulam turut mempunyai kandungan mineral dan vitamin utama seperti calcium,
phosphorus dan iron. semua nutrien ni tak terjejas sikit pun oleh haba. for your
information, daun kaduk mengandungi kandungan calcium, phosphorus dan iron yang
paling tinggi iaitu sebanyak 446, 50 dan 13.1 mg respectively bagi setiap 100 g,
jika dibandingkan dengan nutrien ulam2 yang lain. ulam turut membekalkan serat
yang kita semua perlukan untuk proses pencernaan di dalam perut
kita.
- KHASIAT ULAM DALAM PERUBATAN
ulam
jering pulak mengandungi sejenis sebatian alkaloid pelawas yang memberi
rangsangan untuk membuang air kecil. jering turut boleh menjadi penawar yang
berkesan kepada pesakit kencing manis sekiranya diambil secara berterusan dengan
kuantiti yang sedikit. kenapa? sebab sebatian alkaloid tu mampu meneutralkan
kandungan gula dalam badan. ulam daun kaduk pulak membantu kaum wanita
menghindari osteoporosis kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi dan diperlukan
oleh badan kita. so, tak payah susah2 minum anlene kan? ulam ni berganda2 lagi
murah dari satu tin susu anlene tu. kan dah jimat duit. *wink
ok.
kita dah sampai penghujung entry. terima kasih kepada anda yang sudi meluangkan
masa anda membaca entry saya yang berkisar pasal ulam ni. diharap ilmu yang
sikit ni dapat kita sama2 absorb kat dalam otak dan memperbanyakkan makan ulam
lepas ni. *apakah?*
ok chow.. tata..
*ni ulam raja* |
*ulam pucuk gajus..* |
*daun kaduk* |
sumber dari: sayakongsicerita.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)