Pages

Friday, 27 July 2012

sikap negatif sebahagian umat islam






“wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa”…AlBaqarah:183

“Apabila tiba bulan ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu”…Hadis riwayat Bukhari & Muslim

Namun begitu terdapat juga sifat-sifat negatif segelintir kita pada bulan ramadan. 
Antaranya:-

1. Berpuasa sebagai adat, bukannya ibadah. Faktor iman dan mengharapkan keredhaan Allah TIDAK menjadi pendorong utama kepada ibadah puasa.

2.Berpuasa hanya menahan lapar dan dahaga, tetapi perbuatan mungkar TETAP dilakukan seperti mengumpat, berdusta, menipu, berkata lucah dan sebagainya.

3. Meninggalkan kelebihan bersahur, sedangkan banyak hadis yang menyatakan tentang kelebihannya. Ada yang bangun lewat sehingga TERTINGGAL solat subuh.



4. Ibadah fardu dan sunat HANYA dilakukan pada bulan Ramadan sahaja.

5.Bersungguh-sungguh mengerjakan solat sunat terawih dan witir tetapi MENINGGALKAN solat fardu.

6.Meningkatkan amal untuk diri sendiri sahaja seperti membaca Al-Quran tetapi MENGABAIKAN penglibatan ahli keluarga untuk bersama-sama beribadah.

7.Bersungguh-sungguh menghidupkan ibadah pada AWAL Ramadan sahaja, sedangkan banyak hadis yang menyatakan tentang kelebihan 10 hari terakhir, antaranya terdapat malam Lailatul Qadar.

8. Membaca Al-Quran hanya pada bulan Ramadan sahaja dan berakhir dengan berakhirnya Ramadan.



9. Membaca al-Quran tanpa berusaha untuk menghayati dan memahami isi kandungannya sebagai panduan dalam kehidupan seharian

10. Menghabiskan sebahagian besar masa pada bulan ramadan dengan amalan yang SIA-SIA seperti menonton TV, bersiar-siar, berbual kosong dan sebagainya.

11. Puasa tidak menginsafkan diri terhadap penderitaan dan kesengsaraan saudara seislam yang lain. Mereka terus dengan sifat BAKHIL dan KEDEKUT.



12. Mensia-siakan kelebihan 10 akhir Ramadan termasuk meninggalkan amalan takbir hari raya pada malam hari raya kerana sibuk dengan program-program yang MELALAIKAN.

13. TIDAK mengeluarkan zakat harta di samping zakat fitrah. Sedangkan zakat adalah ibadah yang mesti disertakan dengan ibadah puasa dan solat.



14. MELEWAT-LEWATKAN pengeluaran zakat fitrah, sedangkan Rasulullah S.A.W. menggalakkan agar dikeluarkan lebih awal sebelum tibanya hari raya untuk diagih-agihkan kepada mereka yang berhak menerimanya.


Moga kita dijauhi daripada sifat-sifat ini…Ameen :-D




sumber dari: wanizwan.com

No comments:

Post a Comment