Pada malam pertama bulan Ramadhan Allah SWT akan
menilik setiap wajah insan-insan yang berpuasa.
Mulut umat Nabi Muhammad SAW yang berpuasa akan berbau
lebih wangi daripada Kasturi pada hari Kiamat nanti.
Umat Nabi Muhammad SAW yang berpuasa akan mendapat Doa
Keampunan daripada Para mailaikat siang dan malam.
Allah SWT akan mengarah kepada Syurga agar bersiap dan
berhias dengan penuh keindahan agar sedia menerima kedatangan umat Nabi
Muhammad yang menunaikan puasa Ramadhan.
Pada malam terakhir Ramadhan Allah SWT bersedia
mengampun segala dosa umat Nabi Muhammad yang berpuasa kecuali dosa-dosa yang
berkaitan dengan manusia.
sumber dari: halawatuliman05.blogspot.com
No comments:
Post a Comment