Pages

Wednesday, 4 July 2012

antara pantang larang orang jepun






1. Kepercayaan Nombor 4 dan 9
 
Angka 4 dan 9 dianggap sebagai nombor atau angka sial di kalangan masyarakat Jepun kerana sebutannya iaitu 4 sama dengan kata untuk “kematian ” (shi). Manakala nombor 9 pula disebut “ku” bermaksud “kesengsaraan”. Oleh kerana itu, orang tidak boleh membuat hadiah yang terdiri daripada empat bahagian atau kuantiti, dan seumpamanya.
Di Jepun ada beberapa hotel dan hospital di mana bilik yang menggunakan angka 4 dan 9 akan samaada tidak diwujudkan terus atau dinamakan sebagai nombor sebelumnya dengan tambahan sekuens seperti 3b, 13A dan sebagainya. Begitu juga dengan nombor pada katil di hospital di mana nombor 4 dan 9 tidak digunakan.
 
2. Penyepit (Copstik) dibiarkan tertusuk ke nasi
 
Jangan sekali-kali anda menusuk penyepit copstik anda ke dalam makanan secara umumnya, terutamanya ke dalam nasi kerana perbuatan itu hanya dilakukan semasa upacara pemakaman jenazah (copstik ditusuk ke dalam nasi untuk tujuan adat pemakaman orang yang meninggal)
 
3. Berikan makanan dari penyepit kepada penyepit
 
Ini hanya dilakukan dengan tulang-tulang badan simati yang dikremasi di tempat pemakaman.
 
4. Tidur Mengarah ke Utara
 
Jangan tidur dengan badan berdepan ke arah utara kerana hanya mayat sahaja yang diletakkan sedemikian.
 
5. Jangan Tunjukkan Ibu Jari Anda
 
Jika kereta jenazah melintasi anda, anda harus menyembunyikan ibu jari anda. Sekiranya tidak, ibubapa anda dikhuatiri akan meninggal dunia selepas ini. Kepercayaan berdasarkan kepada perkataan “oya yubi” yang bererti “ibu jari” manakala “oya” juga membawa erti “ibubapa”.
 
6. Potong kuku pada malam hari
 
Jika anda memotong kuku pada malam hari, anda tidak akan dapat bersama ibubapa anda ketika mereka mati.
 
7. Berbaring setelah makan
 
Jangan anda sekali-kali berbaring sebaik saja selepas makan, kerana akan dikhuatiri menjadi seekor lembu.
 
8. Bersiul di malam hari
 
Jika anda bersiul di malam hari, ular itu akan datang kepada anda.
 
9. Kucing hitam
 
Ada juga beberapa kepercayaan tahyul yang diambil daripada kepercayaan lain seperti percaya bahawa sekiranya kucing hitam menyeberangi jalan di hadapan anda, ianya menyebabkan nasib buruk atau sesuatu kesialan akan berlaku pada anda.
Pada banyak kuil, candi dan kedai-kedai suvenir, tangkal azimat dijual dengan beranggapan ianya dapat membawa kemenangan, keselamatan atau nasib baik serta pendinding kepada sebarang sial dan nasib buruk. Ada pelbagai tangkal azimat untuk tujuan tertentu seprti untuk kekayaan, kesihatan, cinta, kejayaan pada ujian, keselamatan di jalanan.
Terdapat juga kertas potongan kecil yang dipanggil omikuji dijual yang dipercayai mampu meramalkan masa depan anda. Potongan kertas yang telah dibaca akan diikatkan pada cabang ranting pokok bertujuan samada untuk membawa nasib yang baik atau untuk mengelakkan nasib yang buruk di masa depan.



sumber dari: blogfyna.com

No comments:

Post a Comment