LAPORAN dari kota London mengatakan mantan
Perdana Menteri Britain kini membaca al-Quran saban hari. Blair seorang
penganut Kristian Katolik, tetapi bersikap terbuka dalam agama. Selain
(mungkin) pengaruh adik iparnya yang sudah menjadi muslim, dia membaca al-Quran
kerana kehendaknya sendiri. Hasilnya, Blair mengatakan Islam merupakan agama
yang indah. Tanggapan Blair bahawa Islam agama yang indah memang hasil
pembacaan al-Quran.
Orang Melayu di Malaysia sangat pelik dan curiga dengan Blair
yang membaca al-Quran. Dalam kepala orang melayu (yang berfikiran ortodok),
orang Islam di Britain tidak betul kerana membenarkan orang kafir memegang
naskhah al-quran dan membacanya. Atau orang-orang Melayu tidak percaya berita
Blair membaca al-Quran sebab diyakini Blair bukan tahu bahasa Arab atau tahu
membaca tulisan Arab. Majoriti orang Melayu yakin orang kafir tidak boleh
memegang al-Quran. Kalau itu berlaku kesalahan diletak di bahu orang Islam yang
membenarkan orang kafir seperti Blair memegang al-Quran. Orang Melayu juga
percaya apa yang dinamakan membaca al-Quran ialah seperti mereka yang membaca
dalam bahasa Arab sekalipun tidak tahu maknanya. Mereka berfikir, karutlah
Blair boleh membaca al-Quran.
Semasa saya remaja-muda telah dibawa ke majlis
usrah yang di dalamnya ada pembacaan al-quran dan terjemahannya dalam bahasa
Melayu. Kumpulan saya semua orang Melayu yang buta bahasa Arab, sebab itulah
terpaksa membaca terjemahan dalam Bahasa Melayu. Rakan senior mengatakan orang
Islam mesti memahami al-Quran supaya boleh mengamalkan ajarannya. Itulah titik
tolak proses pemahaman saya mengenai al-Quran. Pada saya, membaca al-Quran
mestilah untuk mengetahui kandungannya, bukan untuk menikmati melodi atau
keindahan laras bahasanya.
Saya yakin Tony Blair itu membaca terjemahan
al-Quran dalam bahasa yang dia sangat faham mungkin Bahasa Inggeris. Kerna
Blair faham kandungan al-Quran, maka dia faham Islam agama yang indah. Islam
itu mesti didasarkan pada al-Quran, bukan pendapat akal orang yang diberi gelar
ulama atau ustaz. Saya tinggal di kampung, kalau rajin duduk dalam majlis ilmu
agama di masjid semua guru agama yang mengajar agara tidak meletakkan al-Quran
di hadapan. Terus terang, dengan mudah mereka mengeluarkan pendapat yang
dikatakan agama Islam walhal bukan daripada al-Quran. Lihat saja kalau belajar
fikah, babi yang haram dimakan berdasarkan al-Quran sudah merebak kepada banyak
hukum. Proses samak yang hadis nabi ajarkan hanya untuk jilatan anjing pada
bejana yang basah sudah menimbulkan hukum samak kepada kesan tapak kaki anjing,
kesan daging babi pada kuali, garpu dan macam-macam.
Istilah bersih tidak cukup untuk mengesahkan pakaian yang dibawa solat, mesti ada istilah suci. Maka dihukum tidak suci pula jika mencampur pakaian dalam dengan pakaian harian dalam mesin basuh. Ustaz mengatakan, kena basuh atau jirus dengan air dahulu baru masukkan dalam mesin basuh. Rendam saja tidak boleh, mesti dijirus atau dilalui air yang mengalir. Kalau berwuduk dalam air bertakung mesti pasti dua kolah, kalau tak sampai dua kolah percikan air wuduk tidak boleh masuk semula dalam takungan air itu. Kalau diguna juga air itu untuk berwuduk, wuduknya tidak sah, solatnya jadi tidak sah, jadi berdosa, jadi masuk neraka! Adakah Tony Blair merasakan indahnya Islam yang saya kena terima di kampung?
Istilah bersih tidak cukup untuk mengesahkan pakaian yang dibawa solat, mesti ada istilah suci. Maka dihukum tidak suci pula jika mencampur pakaian dalam dengan pakaian harian dalam mesin basuh. Ustaz mengatakan, kena basuh atau jirus dengan air dahulu baru masukkan dalam mesin basuh. Rendam saja tidak boleh, mesti dijirus atau dilalui air yang mengalir. Kalau berwuduk dalam air bertakung mesti pasti dua kolah, kalau tak sampai dua kolah percikan air wuduk tidak boleh masuk semula dalam takungan air itu. Kalau diguna juga air itu untuk berwuduk, wuduknya tidak sah, solatnya jadi tidak sah, jadi berdosa, jadi masuk neraka! Adakah Tony Blair merasakan indahnya Islam yang saya kena terima di kampung?
Kalau belajar akidah Islam di kampung saya
mesti berdasarkan Sifat 20. Mujur tidak ada ustaz di kampung yang berfatwa:
Siapa tidak belajar tauhid menggunakan Sifat 20, maka dia kafir! Mujur,
mujur! Kini saya bayangkan Tony Blair duduk bersama saya belajar akidah di
kampung. Saya pasti Blair akan pening apabila guru membuka kitab kuning Sifat
20, dimulakan dengan sifat Allah ada lawan tiada. Mendengar lawan tuli. Di
London Blair memahami tauhid dalam al-Quran sangat mudah bahawa Allah adalah
Tuhan yang berkuasa segala-salanya. Nak menjadi muslim kena beriman dan
menunaikan kerja-kerja ibadah sebagai pembuktian keimanan. Cukup begitu dan dia
rasa Islam itu mudah dan Indah.
Apabila Blair belajar di kampung saya, dia
bukan saja pelik cara ustaz membaca kitab kuning abad ke-17dan 18, malah dia
pening apabila orang-orang Islam hanya duduk buat-buat faham walhal mereka tidak
faham satu benda pun. Tapi kerna hormat sangat terhadap guru agama, macam haram
nak tanya atau meminta diubah kitab yang sesesuai dengan zaman IT, zaman
generasi X dan Y.
Jika Blair faham Islam yang indah sebabnya
kerana dia polos, tidak dipengaruhi benda-benda pelik dalam adat yang difahami
sebagai agama pula. Malangnya di kampung-kampung, jika kita membaca terjemahan
al-Quran, akan ditegur supaya menghadap ustaz, tidak boleh membaca al-Quran
begitu-begitu saja. Begitulah keramat dan sucinya al-Quran di kampung-kampung
yang sudah beratus-ratus tahun menerima Islam. Di London, sesiapa saja boleh
membuka dan membaca al-Quran. Jika ada orang kampung bersikap seperti orang
London yang terbuka terhadap al-Quran, orang kampung akan menjadi pelik sebab
pemahaman agamanya tidak sama dengan pemahaman nenek-moyangnya. Eloklah Blair
dan rakan-rakannya jangan belajar agama di kampung
saya.
sumber dari: suparjo.blogspot.com
No comments:
Post a Comment