Teringat buah limau......
"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh
seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita
itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik
sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan
senyuman gembira.
Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas
dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun
kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah
SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.
Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari
baginda.
Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu
mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan
"Tahukah kamu,
sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama.
Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan
mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan
tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."
Begitulah akhlak Rasulullah SAW.
Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang
tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati
yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan
Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya
tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
Manisnya senyuman Rasulullah SAW dan tinggi akhlak baginda. Perlu dijadikan ikutan dan contoh buat kita semua.
sumber dari://www.al-munir.edu.my/kisah_teladan.html
No comments:
Post a Comment