Pages

Wednesday, 27 June 2012

antara kelebihan membaca Al-Quran







1] Ibadah yang paling utama dari segi bacaan
2] Pahala membaca satu huruf daripada al-quran : Menurut Ibn Majah digandakan hingga 400 kali dan al -Jauzi pula berpendapat digandakan sebanyak 700 kali.
3] Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari syurga, juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.
4] Mengikut Ibn Abbas r.a., pembaca al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus.
5] Selamat daripada api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat.
6] Pada hari kiamat al-Quran menjadi pembela.
7] Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di syurga.
8] Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.
9] Pembaca akan dimasukkan ke dalam golongan siddiqin, syuhada dan solehin.
10] Membaca al-Quran secara kumpulan akan diampun dosa mereka.
11] Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit.
12] Jika dibaca dari dalam rumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu.
13] Membaca secara tadarus (bergilir-gilir) akan mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi oleh malaikat.
14] Pembaca yang mahir dan baik diutamakan menjadi imam solat.
15] Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari, mengajar dan menghayati ajaran al-Quran.
16] Mempelajari satu ayat al-Quran lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat.
17] Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.
18] Mendapat perlindungan di padang Mahsyar nanti.
19] Pembaca akan dilindungi daripada godaan syaitan.


Masa yang diutamakan Membaca al-Quran :
Tengah malam sehingga fajar, antara maghrib dan isyak dan sesudah solat subuh.



sumber dari: amanah2u.com

No comments:

Post a Comment