Pages

Saturday, 16 June 2012

kisah semut dalam AL-QURAN


Allah mengabadikan kisah semut di dalam Al Quran, istimewanya Allah menamakan satu surah dengan di dalam kitab suciNya dengan nama An Naml iaitu semut. Kisah tersebut diceritakan Allah dalam Ayat 18 dan 19 dalam surah ini.





Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud;

“(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”.
Surah An-Naml, ayat 18


Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud;

“Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”.
Surah An-Naml, ayat 19

 


 

Istimewanya Makhluk Allah Ini.

Cuba perhatikan kehidupan masyarakat semut. Teknologi, kerja gotong-royong, strategi ketenteraan, jaringan komunikasi yang maju, hierarki yang rasional dan cerdik, disiplin, perencanaan kota yang sempurna dan pelbagai ciri lain yang amat istimewa untuk di ambil.

Keajaiban dan Fakta Menarik Tentang Semut.

1. Semut mempunyai 500 000 sel saraf yang termuat dalam 2 atau 3 milimeter tubuh mereka. (Harun Yahya)
2. Semut berkomunikasi dengan isyarat kimiawi iaitu semiokemikal zat kimia yang digunakan semut untuk tujuan menetapkan komunikasi.
3. Semut yang paling berbahaya adalah semut bulldog hitam dari Australia, bisanya mampu membunuh manusia.
4. Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.
 
 

No comments:

Post a Comment