AL-QURAN dengan jelas mengajar kepada pembaca
supaya memberikan hujah dan bukti apabila sesuatu perkara disampaikan. Sekalipun
Allah selaku Tuhan yang Maha dalam segala-galanya boleh saja menempelak,
mengutuk, menyalahkan seseorang yang masih tidak mahu menerima mesej wahyu,
namun Allah mengajarkan kepada manusia supaya memberikan hujah dan
bukti.
Secara fitrahnya, manusia juga tidak akan
menerima apa-apa ilmu atau pengajaran jika tidak disertakan kekuatan hujah dan
bukti. Kerana fitrah inilah ilmu sains
berkembang. Sains tidak akan diterima secara
taklid atau pengajaran secara pemaksaan.
Misalnya seorang guru sains ditanya bagaimana hujan terjadi, dia akan
menerangkan bagaimana hujan itu terhasil daripada percantuman hydrogen dan
oksigen. Tidak ada guru sains yang akan memberi jawaban berhelah dengan
kata-kata ‘tak perlu tanya sangat, yang penting kita percaya air hujan bersih,
siapa tidak minum akan mati.’
Lihat bagaimana Allah melayan manusia dengan
hujah dan dalil dalam Surah al-Baqarah ayat 259,
“Atau apakah (kamu tidak memerhatikan) seorang lelaki
yang melalui sebuah negeri yang temboknya sudah roboh menutupi atap-atapnya. Dia
berkata, ‘bagaimanakah Allah akan menghidupkan negeri ini yang sudah hancur?’
Maka Allah mematikannya (lelaki) selama 100 tahun, kemudian menghidupkannya
kembali. Allah bertanya, ‘Berapa lama kamu tinggal di sini?’ Lelaki ini
menjawab. ‘satu atau setengah hari sahaja.’ Allah berkata, ‘Lihatlah kepada
makanan dan minumanmu yang belum lagi berubah. Lihatlah juga kepada keldaimu
(yang mati, tinggal tulang), dan Kami jadikan kamu sebagai tanda kekuasaan Kami
bagi manusia. Lihatlah kepada tulang-belulang (keldai) itu, bagaimana Kami
menyusunnya kembali dan membalutinya dengan daging’. Selepas jelas baginya
(perihal Allah menghidupkan orang mati), dia pun berkata, ‘sesungguhnya aku
yakin Allah Maha berkuasa terhadap sesuatu’.”
Hari ini ada pula orang-orang menjual air yang
dibotolkan yang kononnya sudah dibacakan sekian banyak ayat al-quran. Penjual dengan mudah memperdaya orang ramai
dengan mitos kekuasaan air berkenaan bukan dengan hujah dan bukti, tetapi
menekankan penting ayat al-Quran. Jelas
dua dimensi yang berbeda. Jualannya laku
kerana dia berjaya memutarkan fakta dan sikap taklid orang awam atas nama agama.
Mujur penjual ini tidak memaksa membelinya.
Kelemahan kita sebagai orang Melayu ialah
menyerah secara multak seperti kepatuhan kepada raja zaman feudal terhadap
orang-orang yang mengaku berilmu agama.
Sebagaimana rakyat dahulu tidak mempersoal rajanya kerana menganggap raja
sentiasa betul (takut dituduh menderhaka), maka orang-orang belajar agama juga
bersikap demikian sekalipun di hadapannya ada al-quran yang mudah saja difahami
ertinya kerana sudah ada terjemahannya. Oh
ya, si pendakyah juga cekap memperdaya orang ramai dengan mengatakan orang yang
bertanya itu mempunyai niat buruk dan cuba menimbul kekeliruan. Akhirnya, tiada siapa sanggup dituduh menderhaka
kepada si pendakyah, dan terus-terus begitulah.
sumber dari: suparjo.blogspot.com
No comments:
Post a Comment