Pages

Tuesday, 26 June 2012

peringatan Al-Quran krisis makanan












Umat Islam telah dibimbing dan diasuh untuk sentiasa tenang dalam apa jua rintangan dan dugaaan yang menimpa seperti kenaikan bahan bakar, barang keperluan khususnya melibatkan krisis kekurangan bekalan makanan bukan sahaja dalam negara malah di peringkat antarabangsa.

Al-Quran telah memberi peringatan daan pengajaran kepada umat manusia termasuk yang beragama Islam dan berikutan adalah beberapa ayat daripada kitab suci yang boleh dijadikan sandaran, pegangan dan rujukan supaya umat Islam tidak mudah panik dan bersedia menghadapi segala rencam kehidupan.

Surah Al-Baqarah dalam ayat 155 mengajak manusia untuk memahami ketentuan Tuhan yang sentiasa menguji keimanan seseoarang atas sesuatu yang menimpa:
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."
Ayat 156 dalam surah yang sama pula mengajar manusia agar sentiasa bersabar dengan segala musibah hatta ujian yang menimpa kerana kesabaran adalah titik tolak kepada kemenangan atas segala permasalahan.
Al-Baqarah- ayat 156:"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali".


Dalam pada itu Surah Yusuf ayat 46, 47 dan 48 menceritakan tentang sebuah kerajaan mahupun seorang manusia agar sentiasa beringat dan berjimat-cermat serta bersedia dengan segala persiapan untuk menghadapi sebarang bencaa supaya tidak 'huru-hara' di saat akhir atau tahkala ditimpa bencana.


"Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): 'Yusuf, wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Ta`birkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering (ta`birkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui ta`birnya."

"Yusuf menjawab: 'Hendaklah kamu menanam bersungguh- sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan."(Surah yusuf 47)

"Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit,yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan." (Surah yusuf 48)

Apa juga yang berlaku di dunia yang melibatkan kekurangan bekalan makanan merupakan satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Tuhan dan ini dikisahkan supaya rakyat dan seluruh umat dunia tidak alpa dan lupa diri di atas kesenangan yang dikurniakan oleh Allah SWT selama ini dan dinyatakan dalam surah Al-Hadid ayat 22 dan 23.
"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (al-hadid ayat 22)

"(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri."(surah al-hadid ayat 23)

Walaupun ujian demi ujian yang menimpa umat Islam mahupun seluruh manusia di dunia ini namun sekiranya sentiasa merayu dan memohon pertologan kepada Tuhan yang Maha Esa di samping berusaha sebaik mungkin maka segala rintangan dan kepayahan akan dapat dirasai malah akan menemui kejayaan di kemudian hari sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak.
Ia jelas dinyatakan dalam surah al-Insyirah ayat 5 dan 6 yang bermaksud:

"Karena sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan."

Justeru umat Islam bersabarlah atas dugaan yang menimpa dan atasilah dengan berusaha dan bertawakkal kepada yang Esa dan jadikaanlah al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.



 sumber dari: suparjo.blogspot.com

No comments:

Post a Comment