Kasih dan sayangnya ibu terhadap anak sukar
digambarkan kerana perasaan ini adalah kurniaan Allah kepada seorang wanita yang
bergelar ibu.Keperitan dan kesusahan yang dirasai oleh ibu ketika mengandung dan
membesarkan anak juga tidak dapat dibayangkan sehingga seseorang itu sendiri
menjadi ibu.
Islam menentang keras penganutnya menyergah
atau menyakiti ibu sendiri, sekalipun dengan perkataan ah! Apa lagi, sekiranya
seorang ibu itu dimaki-hamun atau disisihkan oleh anaknya sendiri. Allah
berjanji bahawa setiap orang yang melakukan penderhakaan akan diberi pembalasan
setimpal dengan perbuatan mereka sama ada di dunia atau akhirat.
Ali bin Zainal Abidin (ahlul bait) pernah
ditanya:
“Engkau termasuk seorang yang paling berbakti, tetapi kami
tidak pernah melihat kamu makan bersama ibumu”. Ali menjawab: “Aku takut
tanganku mengambil makanan yang disukainya, maka ia dikira aku derhaka
kepadanya”. Dalam riwayat yang lain : Aku takut tanganku terlebih dahulu sampai
kepada makanan dan aku dikira derhaka kepadanya.
No comments:
Post a Comment