Pages

Saturday, 18 February 2012

tragedi wtc 11 sep -kelemahan tuduhan



wtc8 Gambar Terbaru Serangan WTC 11 September 2001


  • Adakah peperangan yang telah dilancarkan kepada negara seperti Afganistan dan Iraq selepas tumbangnya World Trade Center adalah secara kebetulan atau sememangnya sudah dirancang?

  • Kebetulan pula ker, kalau pada masa serangan tiada seorang pun orang Yahudi berada dalam bangunan.

  • Sukar untuk mempercayai, begitu mudah Al-Qaeda dituduh sehingga mampu membuat serangan sebegini rupa. Bagaimana seorang juruterbang amatur mampu membawa pesawat besar yang kemudiannya merempuh WTC

  • Hai….terasa seperti pelik tapi benar, passport penyerang/penceroboh yang berjaya ditemui di dalam runtuhan World Trade Center. Sedangkan semua benda lain sudah musnah.

  • Kalau dikirakan, pampasan yang bakal diterima oleh Amerika bagi serangan ke tas WTC, sebenarnya lebih besar daripada kerugian yang mereka hadapi. Wa…..dalam rakyat Amerika sedang meratapi 3000 mangsa serangan ke atas WTC ini, Amerika mampu mendapatkan keuntungan. Betul ker?

  • Jikalau sebelum ini kita dimomokkan pesawat jatuh terhempas tetapi yang anehnya tiada langsung bangkai pesawat di atas tanah tetapi cuma tinggal hanya satu lubang besar. Mana mungkin rangka pesawat sebesar itu tersebut hancur menjadi debu. Hebat-hebat.

  • Kenapa dalam tempoh kira-kira 2 jam sahaja World Trade Center boleh runtuh?

  • Apabila serangan dilakukan daripada bahagian bawah (base), memang logik untuk World Trade Center boleh runtuh semudah itu. Tetapi insiden serangan ini pula dilakukan pada kedudukan yang tinggi iaitu pada tingkat yang ke 70 ke atas sehinggakan boleh runtuh tanpa satu struktur pun kekal terpacak. Amerika!!!! World Trade Center runtuh disebabkan rempuhan pesawat? Atau…..runtuh disebabkan letupan bom yang dipasang di dalam bangunan?

  • Kalau hendak dikatakan steel telah dipanaskan dengan fuel jet, ya…memang boleh cair. Tetapi tidak secepat sehingga besi itu mampu cair bagi keseluruhan bangunan sehingga menyebabkan World Trade Center tumbang dalam masa yang singkat.

  • Saya ada lihat satu dokumentari yang mana blok bangunan yang berdekatan WTC tu pun ada jugak pernah terlobos oleh kapal terbang tetapi tidak berlaku apa-apa pun. Hanya runtuh di beberapa tempat (spot sahaja)

  • Begitu mudahnya pesawat pesawat Boeing 767 American Airlines Flight 11, pesawat United Airlines Flight 175 dan American Airlines Flight 77 dirampas? Matikah pesawat pemintas Amerika pada masa itu, sehingga membiarkan ketiga-ketiga pesawat berjaya mengusik WTC dan Pentagon?


  •  

    sumber dari: beritadaily.com

    No comments:

    Post a Comment