Pages

Friday, 17 February 2012

jangan jemu memuji anak





Anak-anak kecil memang terkenal dengan kelincahannya. Baik lelaki atau perempuan, masing-masing ada kebolehan yang tersendiri. Seronok bila melihat anak-anak membesar. Dengan keletahnya, kepertahannya untuk mula bercakap dan gerak gerinya yang pasti mencuitkan hati.

Sebagai ibu dan ayah, sudah pasti ada sedikit keletihan untuk melayan kerenah si kecil. Itu sudah pasti. Semua ibu dan ayah semestinya ada sedikit perasaan begini. Jangan risau, bukan anda seorang yang mengalami perasaan sedemikian. Semua ibu dan ayah seluruh dunia ini mengalami perasaan yang sama.

Itulah yang tanggungjawab yang harus di pikul bila bergelar ibu dan ayah. Dalam masa menjaga dan membesarkan anak-anak dengan penuh kesabaran, ada satu perkara yang biasanya terlepas pandang. PUJIAN. Ini yang kadang-kala di ambil ringan oleh ibu dan ayah.

Mengapa? Sebabnya tidak di amalkan bila bersama anak. Anak-anak semestinya sukakan pujian. Baik dari kecil, zaman persekolahan sehinggalah mereka meningkat dewasa. Ini sememangnya lumrah sebagai seorang manusia. Pujian bukan sahaja memberikan satu perasaan bangga malah ia juga boleh di jadikan sebagai pembakar semangat untuk anak itu sendiri menjadi yang lebih baik.

Ini yang kita mahukan. Pembakar semangat untuk mereka menjadi yang lebih baik. Dengan adanya pembakar semangat dari ibu dan ayah, mereka akan sentiasa meningkatkan nilai harga diri mereka, mereka akan merasa lebih yakin dan sentiasa merasakan diri mereka selamat. Semuanya hasil pujian dari kedua ibu dan ayah.

Oleh itu, ingatlah kepada semua ibu dan ayah. Sentiasalah memuji anak-anak anda. Jadikan ini sebagai amalan yang biasa dalam rumah. Walau apa perkara yang di lakukan oleh si anak, ambil peluang untuk memberi pujian kepada mereka. Ini sudah pasti memberikan satu perasaan yang baik untuk diri mereka.

Jika ibu dan ayah sendiri jarang memberikan pujian, siapa lagi nak memuji mereka kan?
Takut si anak pula menimbulkan satu perasaan yang tidak elok kepada kedua ibu dan ayah mereka. Sebelum perasaan itu timbul, cegahlah is daripada berlaku.

No comments:

Post a Comment