Pages

Wednesday, 15 February 2012

mendoakan ibubapa





Dato’ Dr.Fazilah Kamsah pernah berkata “setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu tidak kira yang masih hidup atau pun yang telah tiada nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu”
Hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya”. (Riwayat al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailam)
Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah seperti makan, kesihatan, kerja, kasih sayang, ilmu dsbnya.
“My Lord, bestow me guidance so that I thank you for the favour which You bestowed upon me and my parents, and so that I may perform the good deeds which please You, and by Your mercy include me among Your bondmen who are worthy of Your proximity.”[An-Naml 27:19]
Jangan lupa berdoa untuk ibu bapa kita yang tersayang setiap hari dan berusaha serta bertawakal lah kepada Allah, insyaAllah rezeki kita akan bertambah.


No comments:

Post a Comment