Pages

Friday, 17 February 2012

mengapa si kecil menangis



bayi gigit gigi


Kepada ibu bapa yang sudah mempunyai anak-anak kecil atau bayi pasti akan merasai pengalaman ini. Anak-anak kecil atau bayi menangis di waktu malam. Kadang-kala menangis berpanjangan. Ia sudah pasti mengundang perasaan tidak selesa kepada kedua ibu bapa. Lebih-lebih lagi jika keduanya bekerja.

Mengapa anak-anak kecil ini menangis? Kepada yang sudah berpengalaman, pasti tidak menghadapi masalah seperti ini kan? Ok ibudanayah.com akan berkongsi satu pengalaman mengapa si kecil ini menangis di waktu malam?

1) Kelaparan.

- Si kecil sememangnya akan berjaga di waktu malam kerana kelaparan. Mungkin perutnya kosong sebelum di mula tidur dua atau tiga jam sebelum itu. Si kecil belum mampu untuk bercakap dan menangis adalah signal yang peling tepat untuk di sampaikan kepada ibu dan bapanya. Jadi, berikan susu untuk si kecil.

2) Kepenatan

- Si kecil yang sudah berumur dua hingga 4 tahun sudah semestinya lincah. Apabila mereka sudah tahu berjalan dan berlari, lagilah heboh dibuatnya. Berlari kesana sini, panjat sana sini, main basikal, main permainan mereka dan sebagainya. Ini sudah pasti membuatkan mereka kepenatan. Jadi ia pasti menjadi sebab mengapa mereka menangis di waktu malam. Erm apa yang perlu dibuat? Picit kan perlahan-lahan betis kaki dan badan-badan mereka. Sapukan minyak Yu Yi atau seangkatan dengannya dan picit perlahan-lahan. Jangan kuat-kuat sebab mereka masih kecil, bukan orang dewasa ya.

3) Permintaan tidak di penuhi.

- Telatah si kecil sudah pasti membuatkan kedua ibu bapa merasa gembira. Apatah lagi apabila mereka sudah mula berjalan dan bercakap. Pasti ada sahaja pemintaan dari si kesil. Jika boleh di penuhi bagus, tetapi ada kalanya tidak dapat dipenuhi oleh ibu dan bapa. Mungkin kerana ianya agak merbahaya atau tidak sesuai untuk si kecil. Ia sudah pasti mengundang perasaam marah dan memberontak bagi si kecil. Sehinggakan boleh di bawa ketika waktu tidur. Jadi jika si kecil menangis, pujuk dan kaitkan dengan apa yang berlaku sebelum tidur. Cakap sebaik mungkin. Oleh itu jangan marahi si kecil ketika mereka masuk tidur. Dodoi dan ungkapkan kata-kata yang indah.



bayi menangis


4) Keadaan Tidak Nyaman di Bilik Tidur.

- Keadaan yang tidak nyaman di kamar tidur bukan sahaja mengundang perasaan tidak selesa bagi si kecil. Malah orang dewasa juga mengalami perasaan yang sama. Bersihkan keadaan kamar tidur untuk si kecil sebaik mungkin. Pasangkan kipas atau aircond untuk menyamankan lagi keadaan bilik. Suasana yang tidak nyaman dan panas semestinya akan menyebabkan ketidakselesaan untuk si kecil.

5) Sunyi

- Sunyi atau keseorangan juga menyebabkan si kecil akan menangis pada waktu malam. Jangan tinggalkan si kecil keseorangan jika mereka tidak biasa dengan keadaan sedemikian. Teman dan sentiasa berada di samping si kecil untuk menghilangkan perasaan sunyi dan takut pada si kecil.

6) Ruam dan Gatal.

- Ruam dan gatal adalah perkara biasa yang berlaku pada si kecil. Sudah semestinya akan membuatkan si kecil tidak selesa. Jika belum boleh bercakap, tangisan adalah signal yang paling berkesan. Jika mereka terus menangis dan cuba menggarukan bahagian yang gatal, ruam atau kegatalanlah punca si kecil menangis. Jadi, sediakan ubat ruam atau gatal untuk si kecil. Boleh di dapatkan di Farmasi berdekatan. Sapukan di tempat yang ruam dan gatal.

7) Selsema dan Demam.

- Selsema dan demam memang berkait rapat. Kebiasaanya si kecil akan menerima selsema dan kemudian diikuti dengan demam. Ada juga yang baik demam tetapi selsema yang berpanjangan. Ini juga menimbulkan situasi yang tidak selesa pada si kecil. Dari segi pernafasan dan suhu badan yang panas. Tuamkan tuala basah pada dari si kecil untuk mengurangkan suhu badannya. Simpan Kool Fever di rumah dan boleh digunakan pada ketika kecemasan. Jika suhu badan si kecil tidak menurun dan selsema berterusan, segeralah berjumpa dengan doktor.

Sebab-sebab di atas adalah sebab-sebab mengapa si kecil menangis di waktu malam. Inilah cabaran bila bergelar ibu dan bapa. Lebih-lebih lagi bila si kecil meningkat usianya. Harap info di atas boleh membantu anda semua.

No comments:

Post a Comment