Pages

Saturday 18 February 2012

kenangan belajar mengaji Al-Quran masa kecil






Masih teringat masa kecik-kecik dulu,saya diajar mengaji oleh ibu selepas arwah datuk (saya panggil arwah Bapak) meninggal. Ibu secara automatik menjdik cikgu mengaji saya.Ada orang kata tak elok belajar mengaji dengan parents sendiri ..tapi entahlah saya rasa pendapat tu langsung tak boleh diterima pakai..

Pengalaman mengaji saya dengan ibu?Wahhh...amazing!!Dia akan memastikan wayar cerek letrik dan hanger ada di sebelah saya.Kalau takde dua benda tu,kayu api sebatang pun jadik asalkan boleh digunakan untuk menyebat..Ganas kan?

Dan yang paling best,kalau dia ajar saya tapi saya masih tak dapat-dapat lagi,saya akan dimandikan di pelantar dapur dengan baju-baju sekali. Lepas mandi disuruh tukar baju dan sambung mengaji lagi...Aduss..maka mengajilah saya dalam keadaan teresak-esak dan sedu-sedan..

Tapi bila difikir semula,kalau dia tak buat macam tu,mungkin saya tak dapat mengaji sebaik sekarang..So terima kasih Ibu..

Bila saya dah besar saya mula terfikir adakah kaedah seperti itu boleh diteruskan atau pendekatan yang lebih lemah lembut perlu digunakan..Bila saya lihat zaman kini masih ada kanak-kanak dan golongan dewasa yang masih tidak tahu membaca Al Quran saya jadi sedih.Bukan saya mahu membangga diri tapi saya rasa masih belum terlambat bagi rakan-rakan di luar sana untuk belajar membaca Al-Quran asalkan usaha dan bersemangat tinggi.

No comments:

Post a Comment