Pages

Saturday, 18 February 2012

didiklah anak kita mengaji Al-Quran



Ajar Anak Al-Quran


Al-Quran adalah terapi pertuturan. Al-Quran adalah penjana kepintaran anak. Di dalamnya terdapat ilmu pengetahuan yang sangat bernilai, bermutu serta mampu menjaga diri daripada godaan syaitan. Ibu bapa tidak perlu risau tentang perkembangan lainnya apabila mengajarkan anak membaca serta menghafal Al-Quran sejak kecil kerana Al-Quran adalah penawar atau terapi kepada segala permasalahan.

Hasil pengalaman para ibu bapa yang mendidik anaknya cintakan Al-Quran sekaligus menghafalnya dengan konsisten telah membuktikan bahawa ketika anak mereka mencecah usia remaja, mereka jarang sekali terlibat dengan masalah sosial yang meruncing terutama fenomena cinta remaja, merokok, melepak dan juga membuang masa. Malah, anak ini menjadi anak yang cintakan ibu bapanya, mendengar kata, kuat ingatan, mudah dibentuk, serta mempunyai tahap kepintaran yang tinggi.

Dengan kesedaran ini, saya menyarankan agar ibu bapa memulakan pendidikan di rumah dengan pendidikan Al-Quran. Hal ini sekaligus dapat menghidupkan kembali generasi Al-Quran yang ingin dilenyapkan oleh orang-orang kafir laknatullah.

Masih belum terlambat jika ingin memulakannya ketika anak telah menjangkau usia 7 tahun atau lebih. Apa yang penting adalah keazaman serta teknik mendidik anak mengenal Al-Quran. Pertama sekali kenalkan huruf kepadanya. Banyak pendekatan yang boleh digunakan. Antaranya adalah kaedah ‘flash card’, menggunakan buku Iqra’ atau Al-Furqan, atau nyanyian. Dalam masa yang sama, perdengarkan surah-surah pendek atau juz ‘amma kepada anak. Pasangkannya di dalam kereta, dalam rumah atau ketika anak sedang tidur.

Selepas anak kenal huruf-huruf Al-Quran, ajarkan anak membaca pula. Ulangi kaedah membaca sehingga anak lancar dan teruskan memperdengar surah-surah pendek kepada anak. Dengan keazaman dan ketekunan inilah, anak-anak akan berjaya membaca A-Quran sejak kecil. Malah tidak mustahil untuk anak anda dapat menghafalnya walaupun belum memasuki sekolah rendah.

Jika ibu bapa terlalu sibuk, maka lakukanlah semampu yang boleh. Seterusnya bertawakkal dan berdoa agar Allah memudahkan urusan kita. Untuk mendapatkan teknik yang lebih praktikal dan sistematik, serta motivasi yang berkesan, saya sarankan anda menghadiri seminar mengajar anak Al-Quran oleh Puan Mazlina. Saya mencadangkan seminar ini kerana beliau telah berjaya mendidik anaknya menghafal Al-Quran sejak kecil lagi.

No comments:

Post a Comment