Pages

Thursday, 16 February 2012

kawal emosi dalam mendidik anak





Saya ada menyebut bahawa ramai para ibu bapa yang sanggup menghabiskan ratusan malah ribuan ringgit semata-mata untuk menaja pendidikan anak baik di rumah ataupun di sekolah.

Ada juga yang membeli set-set pembelajaran yang berharga ratusan juga ribuan ringgit. Sedangkan para ibu bapa sesetengahnya terlupa bahawa terdapat satu sisi pendidikan yang hanya memakan sejumlah wang yang tidak sampai sepuluh ringgit pun yang membolehkan seorang anak berkembang secara optima malah dengan inisiatif dan kesungguhan anak itu sendiri. Sehingga ada di antara para ibu bapa yang memnghambat pertumbuhan dan perkembangan anak itu secara alami.

Anda masih kurang jelas kan? Lebih baik saya memberi keadaan yang realiti. Sebagai contoh:
Seorang anak sedang bermain dengan tape pelekat. Kemudian ditariknya panjang-panjang dan dilekatkannya di merata-rata. Dengan sungguh-sungguh dan tekun sekali perlakuannya itu. Apabila ibunya tersedar, apa yang diperlakukan ibunya adalah ‘naik angin’ atau melenting dengan emosi sekali. Kerana apa yang anaknya lakukan itu adalah tidak wajar dan sepatutnya tidak boleh.

Apa yang berlaku sekiranya hal ini berlaku?
1. Anak tersebut tidak belajar tentang sebab dan akibat sesuatu perbuatan
2. Anak tersebut belajar menangani sesuatu secara emosi bukan akal yang waras
3. Anak tersebut merasakan bahawa ibunya tidak senang dengan ‘eksperimennya’ pada hari itu
4. Anak tersebut tidak dapat mengetahui secara tepat penggunaan pita pelekat
5. Anak tersebut mula terasa putus asa untuk belajar kembali
Dan banyak lagi…

Menjadi seorang ibu yang Berjaya, bukanlah mudah seperti teorinya. Perlukan kesabaran yang tinggi. Nasihat saya, berusahalah untuk mengawal emosi ketika bersama anak, terutama ketika anak masih berumur 2-4 tahun. Banyak perlakuannya yang ibu bapa rasa seperti tidak wajar untuk anak itu lakukan.

Sebenarnya, memang tidak wajar hal itu dilakukan oleh orang dewasa, namun wajar sekali bagi yang bergelar kanak-kanak. Cuba bandingkan harga tape itu dengan harga satu set pembelajaran. Anak-anak belajar dengan mengeksperimen dan mencuba segala-galanya. Usahanya jangan dihalang, dan kreativitinya jangan dipertikai. Sepatutnya apa yang dilakukan oleh seorang ibu atau bapa adalah menggalakkannya untuk belajar dan berusaha lagi, dan tunjukkanlah jalan yang sebenar menggunakan sesuatu alat. Barulah anak dapat belajar dengan optima.

Sekarang, jelas bukan??? Pendidikan tidak formal yang diusahakan sendiri oleh anak itu adalah pendidikan alami yang tidak perlukan belanja yang tinggi. Maka sekali lagi saya menyeru diri saya dan semua ibu bapa untuk mendidik anak secara optimis dan tidak menggunakan emosi berlebihan.

Wallahua’lam.



No comments:

Post a Comment