Pages

Thursday, 16 February 2012

3 peringkat dalam mendidik anak





Peringkat pertama ketika usia 7 tahun pertama. Ketika ini mereka hanya ingin bermain. Permainan adalah rakan terbaik mereka. Mereka juga inginkan kasih sayang. Tanpa kasih sayang yang cukup, emosi mereka akan terganggu. Oleh sebab itu, sekiranya ibu bapa menghalang anak meneroka atau bermain, anak-anak akanmembeontak, seolah-olah ibu bapa tidak faham dan tidak kenal anaknya sendiri.


Peringkat kedua ketika usia 7 tahun kedua (8-14 tahun). Pada usia ini, ibu bapa perlu ingat bahawa inilah peringkat “disiplin”. Mendisiplinkan anak dan tegas dengan mereka adalah ketika peringkat ini. Oleh sebab itu, saranan Rasulullah adalah merotan anak yang tidak solat ketika usia 10 tahun. Jika umur anak sudah mencecah 17 tahun, apa kesan rotan terhadap mereka? Lari dari rumah, memberontak atau melawan semula. Peringkat remaja bukanlah peringkat yang sesuai untuk merotan.


Peringkat ketiga ketika usia 7 tahun kedua (15-22 tahun). Pada umur ini, ibu bapa perlu menjadi kawan kepada anak. Lebih banyak berbincang daripada mengarah. Zaman inilah yang kebanyakan ibu bapa menghadapi masalah. Pendekatan yang digunakan seringkali berunsur kekerasan. Sedangkan mereka lahir dalam zaman demokrasi, zaman yang membentuk pemikiran mereka untuk bebas bersuara. Jadi kaedah ibu bapa dalam mendidik anak haruslah selari dengan peredaran zaman. Bukanlah memanjakan mereka, akan tetapi mendengar pendapat mereka. Anak-anak ketika usia ini sangat menghargai orang tua yang ingin mendengar isi hati mereka.


Kita bagaimana? Anak kita berada pada tahap yang ke berapa? Adakah kita benar-benar faham keperluan anak kita sekarang?

No comments:

Post a Comment