Pages

Wednesday, 3 October 2012

melepasi diri dari 'comfort zone'



zon selesa



Mencapai kejayaan bukan satu kerja mudah. Ia memerlukan gandingan fokus dan usaha. Strategi yang betul akan memudahkan kita mencapai kejayaan dan strategi yang salah mungkin boleh membawa kejayaan dengan ‘harga yang mahal’. Namun, kali ini perbincangan bukan tentang kaedah mencapai kejayaan, tetapi mencapai kegemilangan!

Ramai orang yang pernah sampai ke matlamat yang disasarkan, tetapi tidak mampu pergi lebih jauh iaitu kejayaan yang gemilang.
Apakah puncanya?
Di mana silapnya?

Satu analogi yang mudah adalah dalam bidang MLM atau ‘Multi Level Marketing’. Katakanlah matlamat awal setiap ahli baru adalah untuk mencapai tahap ‘Manager’ di mana mereka perlu mengutip 1000 point setiap bulan dan mempunyai 4 orang ‘kaki’ di bawahnya. Mungkin dalam masa singkat mereka dapat mencapai tahap tersebut. Lalu si ‘Manager’ berbangga dengan pencapaian tersebut. Ia diraikan dalam majlis ringkas dan namanya tercatit dalam buku laporan tahunan syarikat.

Namun peliknya, kejayaan si ‘Manager’ nampaknya terhenti di tahap itu sedangkan ada beberapa lagi tangga ‘Manager’ yang perlu dicapai untuk menjadi jutawan MLM. Ramai di kalangan ahli bisnes MLM sangkut di tahap pertama ini. Menurut kajian, tahap inilah akan menentukan seseorang akan bersinar atau terus malap dalam bisnes MLM. Mengapa? Kerana mereka telah berada dalam ‘comfort zone’ atau zon yang selesa. Perangkap ‘comfort zone’ telah memerangkap ramai orang. Ia mewujudkan satu keadaan di mana seseorang tidak mahu berdepan dengan cabaran yang lebih besar dan mahu terus dibelai dengan keselesaan yang sikit.

Kesan dari perangkap ‘comfort zone’ adalah seseorang tidak berdaya memecahkan sangkar keselesaan dan melakar kejayaan yang lebih besar. Keadaan ini jugalah yang membezakan seseorang yang bagus dan seseorang yang hebat. Zon selesa boleh jadi cara berfikir atau cara bertindak. Kaedah terbaik untuk melepaskan diri dari cengkaman zon selesa adalah dengan meninggalkan kejayaan yang pernah dikecapi dan menumpukan kepada kejayaan yang bakal dikecapi. Inilah rahsia tokoh-tokoh besar dunia seperti Napolean Bonaparte.



sumber dari: personaliti.wordpress.com

No comments:

Post a Comment