1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,
2. Seorang wanita
solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,
3. Seorang wanita yang
jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,
4. 2 rakaat solat dari
wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak
hamil,
5. Wanita yang memberi
minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik
susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan
dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat
pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan
malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan
mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat
suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih
sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang
menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga
adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya,
akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan
di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
daripada yakut.
10. Wanita yang tidak
cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh
Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12
tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang
dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum
dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan
berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa
dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari
mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil
akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.
16. Wanita yang hamil
akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin
akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu
uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa
40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa
khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya
sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan
berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi
susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun
solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit
suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit
suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
23. Wanita yang meninggal dunia
dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami
mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
25. Semua orang akan
dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri
kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan
istiqamah.
sumber dari: warkahseharumcinta.blogspot.com
No comments:
Post a Comment