Dari hotel kami berjalan kaki sahaja ke Senado Square. Jaraknya lebih kurang 1.2 km. Tak lah jauh sangatkan, tapi penat lah jugak
Pagi hari, tak ramai orang. Cuaca pun sejuk. Alhamdulillah, perjalanan dipermudahkan. Dalam 20 minit sampailah kami ke Senado Square.
Tempat ini sangatlah popular di kalangan pelancong. Wajib ke sini kalau sampai ke Macau. Apa istimewanya tempat ini? Sekarang kalau tengok tempat ni tak nampak la keistimewaannya selain daripada rekabentuk unik bangunan yang bercirikan seni bina Portugis. Tapi kalau diselongkar semula sejarah silam, tempat ini merupakan pusat pemerintahan kerajaan Portugis lebih kurang 500 tahun yang lalu. Oleh sebab itu, Senado Square ini telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.
Lagi..tempat ini dah wujud sejak zaman Dinasti Ming (1368-1644), kemudian di bawah era Portugis, Senado Square ini telah dijadikan tempat untuk pihak berkuasa mengawal tentera-tentera mereka, iaitu menjadi pusat kawalan pemerintahan (aku agak-agak je nih..hehe)
Reka bentuk bangunan yang menarik
Lagi..keunikannya adalah laluan pejalan kakinya (pavement) yang mengekalkan ciri-ciri rekabentuk tradisional Portugis. Pada tahun 1990, pihak berkuasa telah meminta orang Portugis membina laluan pejalan kaki ini berbentuk ombak dari mozek dan batu-batu berwarna.
Selain tu, bangunan-bangunan di sini mempunyai sejarah tersendiri. Contohnya seperti gambar di bawah yang berlatarbelakangkan Holy House of Mercy atau Santa Casa da Misericórdia. Holy House of Mercy ini merupakan pertubuhan kebajikan yang diasaskan pada tahun 1569 oleh seorang paderi (bishop) bagi Jepun dan China yang banyak membantu pesakit-pesakit kanser, orang-orang tua dan sesiapa lagi yang dalam kesusahan.
Sekarang ni bangunan-bangunan ini menempatkan kedai-kedai jualan pelbagai barangan. Aku hanya membeli beberapa keping magnet, buku nota dan keychain sahaja buat kenangan diri sendiri dan kawan-kawan rapat. Tau-tau lah, pelancong bajet. Kat sini, pelancong (aku syak pelancong lah, kalau bukan pelancong buat apa nak datang sini hari-hari kan) memang ramai terutamanya waktu puncak kerana kawasan ini juga berhampiran dengan satu lagi daya tarikan Macau, iaitu Ruins of Saint Paul.
Dalam kalut ribut tu, aku berselisih bahu la jugak dengan dua tiga keluarga dari Malaysia. Aku tahu la orang Malaysia sebab dari percakapan tu ternyata bukan dari Indo. Mereka ni satu keluarga la, lengkap bapak mak anak beranak tapi alahai senyum pun tak. Aku siap bagi salam tu. Hampeh. Tipikal. Mungkin tengok kami cam lekeh sangat kot. Ermm, aku rasa kitorang ok je, takde lah tahap merempat kat tepi jalan. Kalau tak mampu takkan kau jumpa kitorang kat sana kanss.. (motif tetiba emo??)
Secara peribadinya aku kagum dengan hasil seni bina yang dah berusia ratusan tahun ni. Ianya menggambarkan gabungan dua budaya yang unik, China dan Barat (Portugis). Bangunan-bangunan di kawasan ini masih mengekalkan ciri-ciri reka bentuk yang lama dan pihak berkuasa juga amat menjaga dan menyelenggara tempat ini agar ianya terus berkekalan untuk tatapan generasi akan datang.
sumber dari: aerodspace.wordpress.com
No comments:
Post a Comment