Terdapat lagenda yang berkisar sewaktu
pembinaan Jiayuguan Pass. Menurut lagenda tersebut, seorang komander yang
bertanggungjawab terhadap pembinaan ini menanyakan kepada arkitek, Yi Kaizhan
yang membina struktur ini tentang jumlah sebenar batu bata yang
diperlukan.
Arkitek yang sememangnya pakar dan mahir dalam
selok belok pembinaan ini memberikan jumlah sebanyak 99,999 biji batu bata.
Komander yang ragu-ragu tentang jumlah tersebut memaksa Yi Kaizhan menambah satu
lagi biji batu bata. Walaubagaimanapun, selepas siap satu biji batu bata tersisa
dan batu bata tersebut diletakkan di menara di Jiayuguan pass. Pantang larang
menyebut bahawa jika batu bata tersebut dialihkan, maka menara Jiayuguan Pass
akan roboh.
sumber dari: abusyahirah.blogspot.com
No comments:
Post a Comment