Pages

Wednesday, 24 October 2012

imbauan kembali perginya Ustaz Asri



Jalan Ketaqawaan 250



“Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku…”

Inilah petikan kata arwah Ustaz Asri dalam laman bolg rasminya, dan gambar ini diambil ketika dia sedang melangkah pergi ke satu destinasi yang dia sendiri tidak ketahui ….. http://asrirabbani.blogspot.com/


DSC_7715


Ku kirimkan al Fatihah ini dahulu moga fatihah ini mendahului dari kalam-kalam lain yang akan ku susun. Moga fatihah ini lebih nyaman dari pancur air mawar yang akan disiram nanti, moga fatihah ini lebih harum dari bunga rampai yang akan ditabur dipusaranya – tempat jasadnya diam bersemadi. Dia seorang penggiat seni, aktivis dakwah seni, tokoh nasyid sepanjang zaman dengan suara lunak germesik merdu. Dia pergi pagi tadi (Khamis, 13 Ogos) jam 10.30. Kembali menghadap Ilahi. Allah memanggilnya kembali, dan perginya tidak akan kembali. Pasti.

Berita ini disahkan oleh teman saya saudara Faizal Osman dari kumpulan Hijjaz. Tersentak dan diam saya di pinggir tangga Ampang Point ketika selesai berkunjung ke kedai buku Popular. Lalu saya singgah dirumah maklumkan pada ibu, nyata ibu ku terkedu sejurus itu menitiskan airmata; entah kenapa… barangkali Ustaz Asri memberi makna dalam hidupnya. Ya, marhaban, qasidah, berzanji dan zikir munajatnya yang syhadu yang pernah didengarnya…

Setakat ini yang mampu ku katakan. Ketika teman ku Hj Ilias berada dilokasi rumah arwah Ust. asri di Bukti Lancong Shah Alam. Semua berhimpun disana katanya, sedang menunggu van jenazah (jam 4.12 ptg). Bagaimana terkejut semua kehilangan orang yang sentiasa ceria, tawaduk dan manis kata-kata. Moga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya, ditempatkan bersama orang-orang soleh dan beriman sementara menanti hari pengadilan….

Al Fatihah…



sumber dari: kalamnurani.wordpress.com

No comments:

Post a Comment