Pages

Wednesday 14 May 2014

Kelebihan Insan yang Bergelar Ibu




Kelebihan seorang ibu.. Kalau nak ikutkan kelebihannya bukan 10 aja..mungkin tidak terhitung dibuatnya...tapi kalini kita nak selongkar antara beberapa kelebihan seorang ibu itu...


 


Ibu...Syurga Dibawah telapak kakinya..

1. 2 rakaat wanita hamil lebih baik dari 80 wanita yang tak hamil
2. Wanita hamil dapat pahala puasa disiang hari dan pahala ibadat dimalam hari
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya dapat satu pahala haji.
4. Satu titik susu yang disusukan kepada anak itu dikira satu pahala
5. Wanita yang memberi susu badan pada anaknya yang menangis, allah beri satu tahun pahala solat dan puasa
6. Wanita yang menyusu anaknya sehingga tempoh 2 tahun, maka syurga wajib untuknya
7. Seorang ibu yang tidak selesa tidur malam kerana menjaga anaknya yang sakit mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba
8. Seorang ibu yang tidak cukup tidur malam kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan seluruh dosanya
9. Bila dia hiburkan hati anaknya allah beri 12 tahun pahala
10. Apabila seorang wanita membasuh pakaian suaminya maka allah mencatat baginya 1000 kebaikan dan diampunkan 2000 kesalahan dan setiap yang disinari matahari akan memohon ampun baginya dan allah mengangkat 1000 darjat.

** Kenangilah jasa mak dan ibu yang mengandungkan kita.. =)
** THANX MOM ♥



sumber dari: selongkar10.blogspot.com/

Kad Hari Ibu Yang Menyentuh Perasaan




Hari ibu.... Hari Ibu Tanggal Berapa? Hari ibu jatuh pada tarikh apa? Hari ibu diraikan pada bila? Hari ibu di Malaysia bila? pasti ramai yang tertanya-tanya, Hari Ibu di Malaysia disambut pada minggu kedua dalam bulan Mei. Oleh itu, pada tahun ini, tarikh itu jatuh pada 11 Mei 2014.

Jadi sempena mengenang jasa ibu pelbagai hadiah, atau pemberian ikhlas untuk ibu...antaranya paling mudah adalah kad beserta ucapan...

Jadi jom kita selongkar antara kad-kad ucapan paling jujur dari anak-anak kepada insan yang bergelar ibu... ;)














sumber dari: selongkar10.blogspot.com/

5 Lagu Wajib Dengar Sempena Hari Ibu





hari ibu 1


Hari ibu merupakan sebuah perayaan yang disambut pada hari Ahad kedua di dalam bulan Mei. Pada tahun ini, tarikh sambutan hari ibu jatuh pada tanggal 11 Mei 2014 sama seperti beberapa buah negara lain seperti Amerika Syarikat dan Australia. Bersempena dengan hari ibu kali ini, kami senaraikan beberapa buah lagu pilihan yang wajib anda dengar (bukan wajib shar’ie) pada hari ini bersama ibu dan ahli keluarga tercinta yang lain.

1. Lagu Ibu (Rafly)

Dinyanyikan oleh penyanyi yang berasal dari Acheh, Rafly jelas berjaya membawakan lagu ini setaraf dengan pengkisahan yang terdapat di dalam filem popular berjudul “Hafalan Shalat Delisa”. Selain versi ini, terdapat beberapa versi lain yang turut disertakan sebagai runut bunyi filem tersebut antaranya versi duet bersama pelakon utama, versi orkestra dan juga versi string. Bagitahu kami jika airmata anda tidak mengalir di pipi ketika mendengarkan lagu ini diruangan komen di bawah

2. Buatmu Ibu (Aeman)

Jika masih ada yang belum pernah mendengarkan lagu ini, maka jelas sekali orang tersebut tidak pernah mengikuti sebarang program motivasi di Malaysia. Ini kerana lagu Buatmu Ibu ciptaan Manis Helma dan ITO Lara kerap menjadi pilihan pihak penganjur program sebegini. Setiap kali ianya berkumandang, jarang sekali ada yang gagal menitiskan airmata walaupun berhati sekeras batu. Andai kata setiap penganjur program motivasi membayar royalti setiap kali Buatmu Ibu digunakan dalam program mereka, pasti Hijjaz Records sudah menjadi syarikat bernilai multi-billionaire pada hari ini.

3. Lagu Untuk Ibu (Brothers)

Lagu ini merupakan salah sebuah track yang terdapat di dalam album Brothers: Satu Perjuangan. Tidak dapat dinafikan lagi, Brothers yang pada ketika itu dianggotai oleh Shah, Yasin, Faiz dan Salleh telah berjaya mencipta lagu kedua terbaik bertemakan ibu selepas lagu ciptaan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

4. Belaian Ibu (Hijjaz)

Kalau dah namanya Hijjaz, lagu-lagu nasyid bertemakan ibu sememangnya sudah menjadi kepakaran mereka. Menggunakan iringan piano yang sungguh mengasyikkan di dalam lagu, pasti cair hati para ibu yang mendengarnya apatah lagi bila ia dinyanyikan oleh anak-anak mereka sendiri.

5. Kasih Ibu (Burn AF)

Suatu masa dahulu, lagu ini pernah dirakam oleh sebuah kumpulan nasyid baru, namun atas sebab-sebab yang tidak diketahui, ianya telah diberikan kepada salah seorang bekas pelajar Akademi Fantasia musim pertama, Burn. Mungkin akan ada pihak yang berasa pelik dengan pilihan ini namun pada kami lagu ini merupakan sebuah karya yang cukup menyentuh perasaan sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Bagaimana pula dengan anda? Apakah lagu bertemakan Ibu/bonda/emak yang menjadi pilihan hati?



sumber dari: munsyeed.com/

Cadangan Hadiah Istimewa Untuk Hari Ibu





3443523982


Memandangkan hari ibu semakin dekat, jadi di sini Wanista ingin berikan sedikit cadangan tentang hadiah yang sesuai dihadiahkan kepada ibu anda. Adalah sangat tidak patut sekiranya anda menghadiahkan kuali /sudip atau mop lantai sebagai hadiah kepada seorang ibu walaupun ibu anda asyik mengadu mop di rumah anda telah patah atau bontot kualinya telah hitam hangus. Cuba bayangkan jika hari jadi anda sudah hampir dan di hati anda mengharapkan hadiah seperti teddy bear, Playstation atau Handphone. Tapi akhirnya, anda dapat buku mata pelajaran, paling tidak pun buku motivasi ke. Ha ! Tak ke kecewa perasaan anda. Jadi, ada beberapa cadangan hadiah hari Ibu untuk korang pertimbangkan selain daripada ucapan ingatan tulus ikhlas :
  1. Perfume
  2. Barang kemas tulen
  3. Jam tangan
  4. Handbag
  5. Kasut
  6. Set Make-up
  7. Potret wajah ibu anda berbingkai besar
  8. Handphone
  9. Percutian
  10. Kupon (beri Ibu anda beberapa helai Kupon. Atas Kupon tu anda tulislah “kupon mengurut ibu selama sehari : tempoh kupon sehari”. Ni contoh je lah. Jadi, kupon tu akan berkuat kuasa dari saat ibu anda mengemukakan/tuntut (claim) kupon tu. Tak pun tulis “Kupon Basuh Pinggan Seminggu” atau banyak lagi yang anda rasakan relevan.
  11. Baju jubah, kurung, kaftan. Sekarang kan banyak fesyen yang bukan main lagi vogue-da-vast ! Belilah untuk ibu anda !
  12. Tudung eksklusif
  13. Pin tudung eksklusif.
  14. Belanja makan beramai-ramai bersama keluarga – restoran yang menarik dan sedap
  15. Beri apa-apa mengikut minat ibu anda.
Ini antara yang kami rasakan bersesuaian dan menarik untuk dijadikan hadiah kepada ibu anda.



sumber dari: wanista.com/

Tayang Rasa Sayang Pada Ibu




Baru-baru ini, sambutan Hari Ibu nampaknya disambut dengan galak oleh selebriti-selebriti tempatan. Ramai yang memuatnaik gambar mereka bersama ibu masing-masing dan meletakkan caption yang ditujukan istimewa buat ibu mereka. Seronok kami tengok.

Di sini kami kongsikan beberapa gambar selebriti yang mengambil kesempatan Hari Ibu ini untuk menunjukkan rasa sayang mereka kepada ibu masing-masing :


Selebriti Tempatan Tayang Rasa Sayang Pada Ibu Sempena Hari Ibu Selebriti Tempatan Tayang Rasa Sayang Pada Ibu Sempena Hari Ibu Selebriti Tempatan Tayang Rasa Sayang Pada Ibu Sempena Hari Ibu Selebriti Tempatan Tayang Rasa Sayang Pada Ibu Sempena Hari Ibu Selebriti Tempatan Tayang Rasa Sayang Pada Ibu Sempena Hari Ibu Selebriti Tempatan Tayang Rasa Sayang Pada Ibu Sempena Hari Ibu Selebriti Tempatan Tayang Rasa Sayang Pada Ibu Sempena Hari Ibu Selebriti Tempatan Tayang Rasa Sayang Pada Ibu Sempena Hari Ibu






sumber dari: myartis.my/

10,000 serbu sambutan Hari Ibu







KUALA LUMPUR – Lebih 10,000 orang membanjiri pusat beli-belah Suria KLCC bagi meraikan sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2014 anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di sini semalam.

Majlis yang diadakan bermula pukul 10 pagi itu dirasmikan oleh Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan turut diserikan dengan kehadiran para ibu dari seluruh negara.
Menurut Rohani, sempena meraikan Hari Ibu, beliau menyeru anak-anak supaya menggunakan kemudahan peralatan komunikasi canggih hari ini untuk menghubungi ibu bapa masing-masing bagi bertanya khabar sekali gus melahirkan masyarakat Malaysia yang penyayang.





sumber dari: kosmo.com.my/

Tangisan di Hari Ibu





kanak-kanak malaysia Sweden


KOTA BHARU - Anak pasangan Malaysia, Shalwati Norshal dan Azizul Raheem Awalludin, yang dihukum penjara oleh mahkamah di Sweden, menangis apabila mengenangkan ibunya ketika orang ramai menyambut Hari Ibu.

Keadaan tersebut disaksikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim ketika melawat anak-anak pasangan itu di Melor, Kelantan pada Ahad.
Empat anak pasangan tersebut Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Ariff, 7 kini di jaga ibu saudara mereka Shaleena Norshal, 43, di rumahnya di Kampung Wakaf Tok Wali, Melor.

Kunjungannya ke rumah itu hari ini selain mahu melihat keadaan mereka, ia juga bersempena sambutan Hari Ibu kerana dirinya tersentuh dengan nasib anak-anak itu.
Keadaan menjadi hening seketika apabila Aishah mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibunya yang kemudiannya menangis sebelum dipujuk Rohani yang turut menitiskan air mata.

Aishah dalam ucapan kepada ibunya menyebut: “To my mom, we would like to say Happy Mothers Day and we love you very much.” (Kepada ibu saya, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu dan kami sayangkan ibu banyak-banyak.)

Rohani kemudiannya turut memberikan sapu tangannya untuk mengelap air mata Aishah yang keadaan itu juga turut menghibakan mereka yang menyaksikan keadaan itu.
Rohani kemudiannya berkata beliau percaya kesemua anak-anak pasangan itu adalah sangat tabah dan kuat menghadapi segala dugaan itu.

Sementara itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan sentiasa menghantar laporan kepada kerajaan Sweden mengenai keadaan anak pasangan tersebut.

Rohani berkata sehingga kini sebanyak 14 laporan mengenai keadaan anak pasangan telah dihantar kepada jabatan sosial Sweden.

“Satu dari pada syarat syarat yang dikenakan oleh Jabatan Sosial Sweden adalah kita mesti menghantar laporan setiap minggu mengenai keadaan anak sebab dia nak mengetahui dan kita dah hantar 14 laporan bermakna 14 minggu dan pada sama pegawai saya sentiasa bersama untuk bersama anak anak dan melapor,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melawat anak pasangan terbabit, petang tadi.
Laporan tersebut telah di hantar selama 14 minggu dan ianya merupakan salah satu syarat yang ditetapkan oleh pihak Sweden bagi membolehkan anak-anak ini dijaga di Malaysia.

Mahkamah daerah Solna sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan terhadap Shalwati dan 10 bulan terhadap Azizul bagi kesalahan mengasari serta mencabuli integriti anak-anak mereka.
Beliau berkata laporan berkenaan di hantar melalui Wisma Putra sebelum dihantar ke jabatan berkenaan di negara itu.

Katanya kerajaan mahu pihak Sweden tahu anak-anak ini dijaga sebaik mungkin oleh keluarganya dan laporan berkenaan akan di hantar kepada mereka sehingga bulan Jun ini.

Katanya laporan tersebut adalah mengenai emosi kanak-kanak terbabit, persekolahan dan lain-lain, berkaitan anak pasangan ini.

Rohani berkata pihaknya mengekalkan dua pegawai yang memantau perkembangan empat beradik anak pasangan warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden.

Dua pegawai iaitu kaunselor dan pegawai pelindung yang mengendalikan anak pasangan terbabit supaya mereka rasa lebih selesa dan keadaan akan menjadi lebih mudah, lapor Astro Awani.



sumber dari: kualalumpurpost.net/tangisan-di-hari-ibu/

Hari Ibu : Puteri UMNO Selami Pengorbanan Warga Emas





KUALA LUMPUR 9 Mei - Warga emas terutamanya ibu tunggal dan dan Orang Kurang Upaya (OKU) kelihatan seronok dan terharu apabila menerima kehadiran Pergerakan Puteri UMNO sempena sambutan Hari Ibu.

Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Zahida Zarik Khan berkata, program sedemikian juga merupakan kesinambungan daripada program sukarelawan pergerakan itu di Haiyan, Filipina sebelum ini.
 
alt

"Puteri UMNO mengambil kesempatan sempena Hari Ibu malah ia juga salah satu inisiatif dan peranan kami untuk membantu meringankan beban serta bersama-sama merasai perasaan orang susah seperti ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU)," katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Sambutan Hari Ibu bersama penghuni Pusat Jagaan Warga Emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) di Pusat Jagaan OKU Nur, Tasik Titiwangsa di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Biro Antarabangsa & IPT yang juga Exco Puteri UMNO Nor Hazreena Mohamad Hashim.
 
alt

Sementara itu menurut pemilik pusat Jagaan OKU Nur Normah Adlan, kehadiran pergerakan Puteri UMNO pada hari ini amat dihargai kerana ia sekaligus mengundang keceriaan kepada penghuninya.

"Terkejut dan seronok kerana tahun sebelum ini sambutan tidak semeriah seperti ini. Lagi suka melihat mereka (penghuni) dihargai. Lama mereka tidak rasa perasaan seperti ini. Harap mereka ini tidur lena," katanya.

Seramai kira-kira 60 orang penghuni termasuk warga emas, kanak-kanak dan OKU menetap di pusat jagaan yang sudah beroperasi sejak 11 tahun itu.



sumber dari: rakyatnews.my/

LPPKN Kelantan edar 400 kek cawan rai Hari Ibu







KOTA BHARU - Sempena Hari Ibu, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Kelantan menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma di kliniknya selama dua hari mulai hari ini.
 
"Pemeriksaan kesihatan percuma ini diberikan kepada semua golongan," kata pengarahnya, Rozi Muda.
  
Beliau berkata pihaknya juga mengedar 400 kek cawan kepada kaum ibu bagi memperingati jasa dan pengorbanan mereka di Pasar Raya KB Mall hari ini.
  
Kek cawan itu menjadi simbol penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan ibu membesarkan anak mereka, katanya kepada pemberita ketika ditemui di pasar raya berkenaan.  - Bernama



sumber dari: sinarharian.com.my/

Setulus Kasih Ibu' Contest by Dr. Shikin




Assalamualaikum...

Setulus Kasih Ibu' Contest by Dr. Shikin

Klik banner untuk join.


Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu diseluruh dunia terutama buat cinta pertamaku iaitu Umiku, Nor Aminah binti Mat Jawi. Selamat Hari Ibu, Umi sayang. Hari ibu diraikan setiap hari, setiap saat, setiap detik tanpa mengira waktu seperti mana ibu yang sentiasa mencurahkan kasih sayangnya terhadap anak-anaknya. 

Kasihmu, belaianmu, hangatnya pelukanmu masih kekal sehingga ke hari ini. Terlalu besar pengorbananmu ibu. Menjaga dan mendidik aku sehingga jadi manusia yang berguna. Belum lagi, rasa sakit yang engkau lalui ketika melahirkan aku.  Ya Allah, tak tergambar dipandangan mata.  Maaf kan anakmu ibu, kadang-kadangkala perbuatanku menguris hatimu. Moga Allah panjangkan umur umi dan umur ku untuk sempatku membalas segala perjuangan 


Setulus kasihmu ibu, 
Gemersik suaramu menghiburkan kalbu.
Sentuhan hangatmu menyejukkan hati yang beku.
Tanpamu ibu siapalah aku.
Terima kasih ibu. 




sumber dari: ainizakaria.my/

Monday 12 May 2014

Pendrive Korporat Hadiah Hari Guru




Pendrive Korporat Hadiah Hari Guru 2014 Terkini


Pendrive Korporat Hadiah Hari Guru 2014 Terkini



sumber dari: mau.my/

Bersemangat sambut Hari Guru 2014






Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi: 
Kecekalan, kesabaran mendidik jadi sumber motivasi kepada murid

Perubahan zaman dan kemajuan teknologi tidak pernah mengubah tugas dan jasa guru mendidik dan membekalkan ilmu kepada seluruh murid.

Tugas guru pada masa ini pula semakin mencabar sekali gus memerlukan kreativiti dan inovasi untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan kepada murid selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Untuk menggambarkan pengiktirafan kepada jasa guru, pada 16 Mei setiap tahun, Kementerian Pendidikan menganjurkan sambutan Hari Guru yang diisi dengan pelbagai program yang menjurus kepada penghargaan kepada guru.

Dari perspektif murid pula, selain mengajar subjek yang berkaitan, guru juga dianggap rakan dan teman untuk berbincang dan meluahkan perasaan, khususnya berkaitan dengan perkembangan diri.
Murid cemerlang Tahun Enam, Sekolah Rendah Seri Bintang Selatan, Siti Umairah Mohd Ja’afar, berkata sambutan Hari Guru memang dinantikan dia dan rakan-rakan kerana pelbagai aktiviti dirancang untuk memeriahkan sambutan.

“Antaranya, murid diberi peluang untuk mengundi guru kesayangan mereka sebagai salah satu pengiktirafan khas seperti anugerah guru penyayang dan anugerah guru kreatif.
“Bagaimanapun, ia sekadar sambutan kerana seharusnya murid menyayangi semua gurunya,” katanya yang bercita-cita menjadi arkitek.

Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Jaya, Praveen Nair, 16, berkata guru hari ini lebih terbuka dengan murid sehingga memudahkan pemahaman dalam akademik dan kokurikulum.
“Saya dapat membayangkan betapa sukarnya kerjaya sebagai guru yang harus mengajar pelbagai subjek khusus.
“Lebih-lebih lagi, dengan aplikasi teknologi baharu yang berdaya saing, seseorang guru juga harus mempunyai motivasi tinggi untuk berdepan dengan pelbagai kerenah pelajar,” katanya.

Kerjaya mulia

Turut bercita-cita menjadi guru, Tee Ke Ran, 16, bagaimanapun mengakui kerjaya itu tidak semudah yang disangka kerana pelbagai tugasan seolah-olah bekerja sepanjang masa.

“Kalau hendak diikutkan, kerjaya guru tidak menawarkan pendapatan lumayan berbanding bidang profesional lain. Pun begitu, kerjaya mulia ini mempunyai tarikan tersendiri yang mampu melahirkan pemimpin masa hadapan negara.

“Falsafah tidak kenal erti lelah dalam mendidik murid inilah yang membuatkan guru dipandang tinggi,” katanya.

Azmierul Hakkem Azmi, 15, berkata guru hari ini bukan saja mendidik, tetapi menjadi rakan murid sepanjang masa.
 
“Setiap guru memainkan peranan cukup besar membimbing murid menjadi generasi yang berdaya saing pada masa depan.“Mereka bukan saja membantu murid yang lemah dalam mata pelajaran, malah menjadi pendengar yang paling setia,” katanya.

Kagum dengan semangat kental guru yang tidak pernah kenal erti putus asa, Celina Kan Zhi Hui, 12, berkata dia sentiasa menjadikan sikap sabar dan bertanggungjawab guru sebagai pembakar semangat untuk cemerlang dalam pelajaran.

“Melihat pengorbanan guru yang terus bersemangat mengajar, ia menambah motivasi untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam kelas.“Tidak semua orang boleh menggalas tanggungjawab sebagai guru, lebih-lebih lagi mengawal kelakuan murid,” katanya yang kagum dengan kegigihan guru.
Syasmeen Anshary, 16, berkata guru tidak terkecuali berdepan cabaran baharu bagi merangka modul pembelajaran terbaik untuk diterjemahkan kepada pelajar.

“Setiap guru mempunyai cara tersendiri yang dapat menarik minat pelajar. Saya sendiri mengagumi cara cikgu Lim Fice Tine mengendalikan subjek Bahasa Melayu dalam kelas.
“Kesabaran guru yang tekun mendidik pelajar sentiasa menjadi sumber motivasi buat saya untuk belajar bersungguh-sungguh,” katanya.

Rangka pelbagai program

Mengakui yang tugasan sebagai guru tidak terhad mendidik pelajar, Sean Wong Jun Xian, 16, berkata dia menyedari guru turut berperanan besar dalam merangka kecemerlangan akademik murid dan sekolah.

“Dulu saya ingat guru akan turut bercuti seperti mana murid di musim cuti sekolah, sebaliknya mereka perlu ke sekolah bagi merangka pelbagai program untuk membentuk kecemerlangan pendidikan murid.“Hanya yang istimewa mampu mampu bergelar guru lebih-lebih lagi berdepan ragam murid yang pelbagai.

Mengakui akan berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan guru sekolah rendah selepas berakhirnya peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, N Paalani Veel, 12, bagaimanapun akan tetap menghargai setiap pengorbanan dan tunjuk ajar guru dalam mendidik menjadi salah seorang murid cemerlang.

“Selain sudah memberikan pengajaran terbaik sepanjang sesi persekolahan biasa, guru masih lagi mengajar kelas tambahan selama sejam untuk memastikan kami mendapat lebih manfaat dalam setiap subjek,” katanya yang bercita-cita menjadi doktor pakar.



sumber dari: bharian.com.my/bharian/

Koleksi Ucapan Selamat Hari Guru




Koleksi Ucapan Selamat Hari Guru Daripada Anak Murid


Koleksi Ucapan Selamat Hari Guru Daripada Anak Murid 2 Koleksi Ucapan Selamat Hari Guru Daripada Anak Murid


Koleksi Ucapan Selamat Hari Guru Daripada Anak Murid 3 Koleksi Ucapan Selamat Hari Guru Daripada Anak Murid


Koleksi Ucapan Selamat Hari Guru Daripada Anak Murid 4 Koleksi Ucapan Selamat Hari Guru Daripada Anak Murid


Koleksi Ucapan Selamat Hari Guru Daripada Anak Murid 6 Koleksi Ucapan Selamat Hari Guru Daripada Anak Murid



sumber dari: gilerkentang.com/

PRA PELANCARAN HARI GURU







sumber dari: langkawi.kedah.edu.my/




Hadiah Hari Guru






Saya dapat rasakan Hari Guru 2014 ini adalah hari guru yang paling 'gelap'. Kenapa saya katakan demikian? Lihat sahaja senario pendidikan kita hari ini sudah tidak seperti zaman 1990-an atau 1980-an.

Pendidikan ketika itu dalam melangkah kepada kemajuan dan kecemerlangan. Apabila tiba zaman milenium atau kini, pendidikan semakin merudum dan hambar. Saya boleh buktikan perkara ini dengan kepincangan yang berlaku sekarang.

Kebanyakan guru veteran yang saya temui sedih dan menyatakan kekesalan kerana pendidikan kini semakin hilang tumpuan. Sama juga dengan guru baharu, masing-masing sedih kerana mengajar adalah perkara nombor dua. Kerja pengkeranian menjadi tumpuan di sekolah.

Saya sendiri dalam keluarga pendidik, sering berdebat dan berbahas dengan ahli keluarga berkaitan isu-isu pendidikan masa kini dengan menyentuh permasalahan dan jalan penyelesaian.
Saya yakin, seluruh 418,000 orang guru mahukan perubahan, mengharapkan tugas mengajar menjadi tugas utama kembali bukannya kerja pengkeranian.

Lebih menyedihkan apabila sistem pendidikan negara dihadiahkan dengan satu sistem bertaraf dunia iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), malangnya kita sendiri tidak mampu menerima sistem ini dek kemampuan pendidikan yang masih di tahap lemah.

PBS menyebabkan tiga tahun guru hilang tumpuan mengajar, hilang masa bersama keluarga malah guru menjadi runsing melihatkan keadaan anak murid yang semakin pasif dan malas belajar.
2011-2014 adalah tahun 'kegelapan' bagi pendidikan negara. Saya mengharapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu cakna dengan masalah ini. Selaku ketua menteri Malaysia, saya mengharapkan satu harapan kepada seluruh guru Malaysia agar sistem PBS ini dihentikan sebelum anak bangsa menjadi mundur, bukan hari ini, bukan tahun ini tetapi kesannya akan nampak lima tahun akan datang.

Kepada perdana menteri Malaysia, bantu kami. – 30 April, 2014.
* Penulis ialah aktivis pendidikan negara.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider. 



sumber dari: themalaysianinsider.com/

Kami Guru Malaysia






Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan



sumber dari: liriklagu.me/lirik-lagu-kami-guru-malaysia/

Mini Contest Hari Guru 2014




mini contest


Hari Guru bakal tiba pada 16 Mei 2014 dan sambutannya sudah pasti meriah seperti tahun-tahun sebelum ini. Oleh yang demikian, Fazlibaharuddin.com ingin menganjurkan satu Mini Contest sempena Hari Guru tahun ini.

Tentu saja sepanjang zaman persekolahan kita, pasti ada kisah-kisah istimewa bersama guru. Kisah gembira, lucu, sedih dan yang pasti ianya memberi pengalaman dan pedoman. Kongsikan cerita anda tentang seorang guru di mini contest ini.



sumber dari: fazlibaharuddin.com/

Pelancaran Hari Guru 2014




hari guru 20142


sumber dari: ppdhl.net/v1/

Definasi Tema Hari Guru 2014




Hari Guru 2014


Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi

  • Guru: Kata guru merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara.
  • Pencetus: Merujuk kepada maksud peranan untuk menimbulkan sesuatu ilham/ idea atau mengeluarkan sesuatu seperti ilmu. Guru bertindak sebagai pencetus idea kepada kreativiti dalam usaha melahirkan generasi intelek.
  • Kreativiti: Didefinisikan sebagai penghasilan idea, kebolehan untuk mencipta atau proses pemikiran yang mendorang dalam pencetusan idea baru dan berdaya kreatif.
  • Penjana: Merujuk maksud guru sebagai penggerak atau perantara yang paling penting dalam proses transformasi ke arah keberhasilan.
  • Inovasi: Didefinisikan sebagai pengaplikasian kreativiti, pembaharuan, modifikasi, kaedah dan sistem bagi penghasilan sesuatu produk baru dan perkhidmatan yang lebih baik dan bermakna.

  • sumber dari: agendasemasa.com/

    Tema Hari Guru 2014




    Tema Hari Guru 2014


    Tema Hari Guru 2014 : Timbalan Perdana Menteri, yang juga merangkap Menteri Pendidikan Malaysia, yang bersidang pada 2 April 2014 lalu, bersetuju untuk tema Sambutan Hari Guru tahun 2014 adalah, Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.
    “Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi”
    Sambutan Hari Guru diadakan setiap 16 Mei tiap-tiap tahun nagi menghargai jasa baik dan pengorbanan guru-guru dalam mendidik pelajar dan murid-murid serta menjadi pendukung dan penggerak kepada pembangunan pendidikan negara agar setiap murid-murid dan anak-anak di Malaysia dapat memacu masa depan negara kearah yang lebih baik.



    sumber dari:  agendasemasa.com/






    Friday 9 May 2014

    Puisi Aku Untuk Ibu






    Dirimu memang bukan raga yang sempurna
    Hatimu memang tak semurni air senja
    Namun…
    Kasih sayangmu setulus sang surya

    Rela bersinar demi kehidupan yang gemilang
    Rela berkorban walaupun harus menguras gairah
    Keringat dan cucuran air kalbu nan semu layu
    Yang keluar membasahi pipimu

    Diriku tak tau sampai kapan kau rela berkorban demiku
    Sampai kapan deritamu menyelimuti kesenanganku
    Namun…
    Yang ku tau hanyalah satu

    Kasih sayangmu kan selalu menghapus kegelisaanku
    Ketulusan batinmu kan selalu teringat dalam angan kalbuku
    Hingga semuanya berubah menjadi album nan suram semu
    Yang tergores pena akhir naungan hidupku

    Terima kasih…
    Kau selalu ada dalam samping dan akhir nafasku
    Namun, ku masih ingin kau kenang album nafasku bersamamu
    Bukan dengan tetesan air semu, namun dengan sejuta keikhlasanmu




    sumber dari: artikelkata.blogspot.com/

    Puisi Seorang Anak untuk Ibu






    Aku berangkat sekarang untuk membantai lawan—
    Untuk berjuang dalam pertempuran.
    Aku berangkat, Bu, dengarlah aku pergi
    Doakanlah agar aku berhasil.

    Sayapku sudah tumbuh, aku ingin terbang.
    Merebut kemenangan di mana pun adanya.
    Aku akan pergi, Bu, janganlah menangis—
    Biar kucari jalanku sendiri.

    Aku ingin melihat, menyentuh, dan mendengar
    Meskipun ada bahaya, ada rasa takut.
    Aku akan tersenyum dan menghapus air mata—
    Biar kuutarakan pikiranku.

    Aku pergi mencari duniaku, cita-citaku
    Memahat tempatku, menjahit kainku
    Ingatlah, saat aku melayari sungaiku—
    Aku mencintaimu, di sepanjang jalanku.

    (Mayank Ponimiring II ** bibirmerahmembabibuta@yahoo.com)

    Itu puisi pertama, sepertinya menceritakan seorang anak yang hendak berpisah dengan ibunya untuk mengejar cita-citanya. Hmmh, perpisahan dengan ibu memang sangat menyedihkan dan mengharukan yah....?




    sumber dari: gen22.net/

    PERMOHONAN MAAF UNTUK IBU




    Terniang termenung sendiri
    dalam ruang hampa yang pengap
    dalam ruang yang sangat sunyi
    dalam suasana hati yang gundah gelisah

    Disudut ruang terbesis cahaya lilin
    memberikan penerangan diruang yang gelap
    menyinari seluruh sudut ruang dalam hati
    yang s'lalu terniang wajah yang dicinta

    Wahai angin yang bertiup kencang diluar sana
    sudikah engkau menyimpaikan isi hatiku
    sebuah perasaan yang sudah lama ku pendam
    yang tak pernah tersimpaikan dari mulutku yaog kaku

    I B U .....,
    dalam do'a ku meminta maafmu
    dalam tangis ku memohon ampunmu
    dalam mimpi ku bersujud di kakimu
    memohon ampun atas dosa dan keselahanku padamu . . .:)

    Diambil dari (Puisi-Puisi Deny Fadjar Suryaman)





    sumber dari: gen22.net/

    Ibu, Cinta Tanpa Akhir




    Love-Postcard-Envelope


    Umak, begitu aku memanggilnya
    Wanita yang mengandungku sembilan bulan lamanya
    Wanita yang kubangunkan tidur lelapnya ketika suara adzan shubuh menggema di bumi

    Di shubuh pagi itu, aku ditakdirkan untuk mencium wangi bumi,
    Aku  ingin segera menghiasi duniamu, membuat senyum di wajah letihmu sesaat setelah melahirkanku

    Suara tangisku, itu yang pertama  kau dengar,
    begitu ceritamu ketika kutanya tentang kelahiran putrimu yang sudah tidak kecil ini lagi
    *tutup muka ;)

    Tangisku dibalas dengan senyum manismu, tapi tak tau..aku bukannya membalas senyummu.aku masih terus menangis

    Ada air mata  yang mengumpul di sudut matamu, satu dua tetes mengalir. Aku taw setelah aku gede ni mak,  klo air mata itu adalah tangis bahagia. Aku terus menangis,

    sesaat setelah kudengar kata allohu akbar, aku khusuk mendengarkannya. Bapak sedang meng-adzanku, sesaat setelah itu selesai.

    Aku menangis lagi…sekarang, aku sudah diletakkan di sampingmu, sudah dimandikan, pake bedak baru, minyak kayu putih yang wanginya seger itu, pake baju yang baru dilepas merknya, gurita juga sama, serta popok kain. Kain panjang warna coklat bermotif batik dibalutkan ke badanku. Hangat. Alhamdulillah. Trimakasih Mak. Aku berkali-kali dicium Bu Bidan, sebagai baby imut, aku pasrah saja :)

    Ada sentuhan lembut mendarat di pipi kananku, eh dan juga pipi  kiriku, berkali2. Semoga tebakanku benar, bahwa itu adalah ciuman pertama yang kudapat darimu, mak.
    Berada disampingmu itu menentramkan mak, selesai mandi, aku berasa seger, dan dilanjutkan dengan bobok manis.

    Terdengar riuh, ada yang berdatangan ke pintu kamar, silih berganti, mereka bergantian menciumku, ehmmm..aku pura2 tidur sajalah, aku biarkan mereka mencium pipiku yang masih mulus. Lagi2..aku pasrah mak :), tak mengapa..asal engkau ada disampingku.

    Dan sekarang…….,
    sudah lebih seperempat abad hadirmu di hidupku mak.

    Dan aku…
    masih saja nakal,
    masih kekanak2an,
    masih suka manja,
    masih suka minta dimasakin ini itu,
    masih suka kesel setiap ada perbedaan pemahaman antara kita,
    masih suka lupa untuk memberi kabar ,
    masih belum jujur tentang sesuatu yang  memang aku simpan dalam2,
    masih suka bohong kalo aku masih suka makan mi, ups
    masih suka boros belanja.
    Ampuun ya mak.. masih banyak masih.. masih.. lainnya.
    *Tutup muka

    Jika suatu saat nanti, surat ini ada kesempatan engkau baca mak, (ketika aku sengaja atau tak sengaja meninggalkan laptop  dengan home blogku ini mungkin, hehehe modus bgt ya, hihi)
    semoga umak memaafkan segala kekurangan putrimu ini ya mak. Sungguh cintamu itu tanpa akhir.
    Y
    ang mampu menerima segala kekuarangan dobel tripel kuadrat yang aku punya.
    So blessing….,thankful to have you, maski berjauhan, kutau doamu selalu dekat denganku, dan menjadi hembusan nafas ku dalam setiap detik hidupku.

    I love u so mom
    Terimakasih
    Berawal darimu, aku mengenal hembusan nafas cintaNYA
    Terimakasih..terimakasih..termakasih..
    Alhamdulillah..

    Salam cinta dan hormat saya untuk seluruh ibu

    Happy mother’s day



    sumber dari: dnamora.wordpress.com/

    Demi cintaku …






    Surgaku yang berada di bawah telapak kakinya
    Jiwa ragaku dari buaian teremban berat di pundaknya
    Yang slalu berharap sesuatu yang ter baik untukku
    Yang penuh derai air mata jika melihatku sedih seperti ini

    Dosakah diriku ???
    ku kasihi ku sayangi ku rindui ku cintai dirinya
    Di saat yang sama ku luluh lantah hanya karna di lupakan orang lain
    Mungkin ia bilang diriku bodoh jika tahu semua hal ini
    Di saat wanita pilihan yang ku sayangi lebih memilih orang lain
    Atas nama cintaku padamu

    Maafkan aku!!!! Bunda…….
    Diambil dari (Puisi-Puisi Fatur Rahman)




    sumber dari: gen22.net/

    Laksana Cintamu




    Ibu,,
    jika memang dengan aku menjelma angin,
    lantas kau dapat merasakan kesejukan itu,,
    akan ku lakukan itu untukmu,,
    aku tak tau akan seberapa berharganya hidupku bila tanpamu..
    Karena Yang ku tau,,
    kau mampu membuat cinta ini semakin besar..

    Kau t’lah banyak berjuang untukku,, untuk nafasku..
    Kalaupun aku bisa menciptakan sedikit senyuman itu,,
    mungkin itu tak kan pernah sebanding dengan apa yang kau lakukan untuk hidupku..
    Aku selalu berharap,, Tuhan tak pernah ambil senyum itu darimu

    Percayalah,,
    aku mencintaimu dengan hati,,
    dengan hati yang tak bisa ku sematkan pada wanita selainmu
    dan aku menyayangimu dengan nada,,
    dengan nada yang tak bisa ku harmonikan pada yang lain..

    Diambil dari: Puisi-Puisi Fakturyati



    sumber dari: gen22.net/

    Hari Orang Tua di Korea Selatan




    Setiap tanggal 8 Mei, seluruh masyarakat Korea Selatan memperingati Hari Orang Tua. Menunjukkan rasa berbakti anak-anak kepada orangtua, mereka pun merayakannya dengan sukacita, termasuk para selebriti.

    Para idola K-Pop seperti G-Dragon Big Bang dan Sehun EXO pun menunjukkan rasa sayang mereka terhadap orang tua dengan merayakannya di akun sosial media masing-masing.

    Pada Kamis (08/05), G-Dragon mengunggah foto selca dirinya bersama sang ibu di akun Instagramnya. Terlihat leader Big Bang tersebut berfoto bersama sang ibu yang terlihat memegang buket bunga anyelir cantik berwarna merah dan kuning sementara G-Dragon tampak rapi dengan tampilan dandy dan kacamata.




    G-Dragon menulis, “#HariOrangTua Ayo berbuat baik pada orangtua.” Berdasarkan akun Instagram milik sang kakak, Kwon Dami, G-Dragon merayakan Hari Orang Tua tersebut bersama dengan kedua orang tua, kakak perempuannya serta seniman asal Milan Piero Fornasetti yang sedang melakukan pameran di Korea.




    Sementara itu, maknae EXO, Sehun juga ikut merayakan Hari Orang Tua di akun Instagram yang baru beberapa hari dibuat olehnya. Sehun mengunggah foto buket bunga anyelir merah dan menulis, “Berikan bunga anyelir kepada orang tuamu di Hari Orang Tua.”




    Di Korea Selatan, Hari Orang Tua memang identik dengan bunga anyelir merah atau merah muda, untuk mengungkapkan rasa cinta dan terima kasih mereka kepada orang tua di Hari Orang Tua. Di Korea sendiri tak merayakan Hari Ibu atau Hari Ayah secara terpisah seperti di negara lainnya, melainkan hanya merayakannya di satu hari yang sama, yaitu setiap tanggal 8 Mei. Selamat hari orang tua!



    sumber dari: dreamersradio.com/

    Berjuta Cinta Untuk Ibu




    Teringat kembali pada momen hari ibu tahun kemarin. Hari ibu yang kesekian, saya tidak bisa menemani hari seorang perempuan yang penuh cinta ini. Tak terasa, sudah  hampir 10 tahun lamanya saya merantau. Dan selama itu juga, saya tidak bisa memberikan surprise secara langsung untuk perempuan bersahaja ini. Dari jauh, untaian doa demi doa yang bisa kutitipkan pada Tuhan untuk selalu menjaga perempuan penyayang ini. Alunan suara lewat telepon terkadang tidak mampu untuk menggantikan tumpukan rindu anak perantau dengan hangat lembut kasih sayangnya. Ia selalu penuh kasih, penuh cinta, perhatian yang teramat, peduli yang tak pernah jemu, dengan stock cinta yang tak pernah pudar.

    Teringat sebuah lagu yang sering saya nyanyikan sewaktu kecil dulu,

    Kasih Ibu kepada beta,
    Tak terhingga sepanjang masa,
    Hanya memberi tak harap kembali,
    Bagai sang surya menyinari dunia

    Mendengarkan lagu ditemani dengan syahdu suara hujan, membangkitkan memori saya semasa kecil dulu. Bahwa kasih ibu tidak pernah menguap, hidup dan ada sepanjang masa, mengalir dan menjadi nafas cinta dalam jiwa saya. Kasih dan sayangnya tak pernah mengharap balas dari anaknya, ia terus memberi dan memberi yang terbaik dari kehidupannya untuk kehidupan terbaik anak-anaknya. Melepas putrinya di tanah rantau, bukannya tak mengiris hatinya. Saya selalu ingat kata ibu “Ibu takkan tega memadamkan nyala api cita-cita  yang membara yang ibu lihat dimatamu nak”. Terenyuh hati ini mendengarnya, namun dengan tekad kuat dan keyakinan dalam hati, “Saya yakin bahwa saya lebih mampu membahagiakan ibu dengan berjuang di tanah rantau Bu” jawaban diplomatis untuk menenangkan hati ibu. :)

    Di 22 Desember tahun kemarin, hari yang diperingati sebagai hari ibu, saya ingin melukiskan senyum termanis dan jejak bahagia di hati ibunda. Sebagai seorang anak rantau, kiriman bingkisan menjadi salah satu bentuk cinta menurut saya. Bingkisan tersebut   berisi sebuah benda yang ibu sering sebutkan di obrolan kami belakangan ini. Bukan permata, benda yang tak mahal, namun saya yakin akan membuat ibu sumringah untuk menerimanya. Semoga pede-nya gak salah sangka dan tidak salah tempat :).

    Empat hari sebelum tanggal 22 Desember, saya mengirimkan bingkisan tersebut dengan maksud untuk memberi kejutan pada ibu di hari dimana gelarnya diagungkan seluruh anak untuk ibunya. Pada hari H saya menelpon ibu, untuk mengucapkan dua patah kata ucapan selamat hari ibu beriringan doa agar ibu senantiasa dalam lindungan rahmat dan berkahNYA serta senantiasa sehat dan bahagia. Disela percakapan, saya berharap agar ibu mengabarkan berita bahwa ibu sudah menerima bingkisan yang saya kirimkan. Bukannya ingin dipuji, hanya memastikan bahwa bingkisan cinta itu sudah sampai ke tangan ibu.  Percakapan diakhiri dengan salam dan rasa penasaran saya kenapa ibu tidak mengusik hal tentang bingkisan sedikit pun. Namun tak disangka, hingga malam tiba tak jua telepon berdering yang bertuliskan kata ibunda datang. Harapan untuk memberi kejutan untuk ibu di hari besarnya pun sirna.

    Dan, seminggu setelah tanggal 22 Desember, waktu sore hari, ibu menelpon dan mengabarkan bahwa ada bingkisan yang sampai ke rumah. Dengan nama dan alamat pengirim yang bertuliskan nama saya, ibu memastikan apakah bingkisan tersebut untuk ibu sendiri ataukah titipan untuk orang lain. “Bingkisan itu untuk ibu..silahkan dibuka dulu. Kemarin niatnya untuk kejutan dihari ibu, tetapi malah saya yang terkejut Bu, kenapa bingkisannya sampai jauh-jauh hari begini :)”, itu komentar saya seketika menjawab pertanyaan ibu. Berdasar alasan sang jasa pengiriman, mereka mengalami kendala di jalan untuk pengiriman.  Meski agak kesal, syukur banget bingkisan itu sampai ke rumah, kalo tidak bisa lebih terkejut lagi dibuatnya Hehe. Ibu sangat senang menerima bingkisan tersebut, kata ibu, “Terimakasih banyak ya nak, ini karena kamu kepikiran sama yang kita omongin kemarin ya”,  tanya ibu. Aku hanya menjawab dengan ketawa yang disambut tawa ringan juga dari ibu. Ahh, senangnyaaa.. Semoga saya memberikan senyuman untuk ibu di hari-hari selanjutnya Tuhan, doa saya dalam hati. Obrolan itu ditutup dengan ucapan salam dan mantra pelepas rindu “Peluk dari jauh ibuuu” ucap saya dan disahut “Peluk erat sayaaang” dari ibu, dan telepon pun saya matikan.
    Hmm…  mengingatnya saja sudah membuat rindu lagi. Semoga tumpukan rindu ini, bisa terbayarkan dengan kejutan-kejutan di hari selanjutnya. Semoga bisa mengukir senyum yang lebih indah dan menambah rekam jejak kenangan indah di hati ibu tentang anak-anaknya. Semoga Tuhan berkenan untuk mengabulkan doa-doa ibu untukku, dan juga memeluk doa-doa saya untuk ibu dan keluarga besar disana.

    Mengingatmu tidak hanya untuk di satu hari saja, tidak untuk hari ibu saja. Namun di hari ibu itu, saya ingin mengungkapkan sejuta cinta yang terkadang tak mampu kusampaikan lewat kata-kata. Selamat hari ibu untuk ibu yang jauh disana.  Saya titipkan wanita mulia yang kupanggil ibu padamu Tuhan. Semoga makin berjuta-juta cinta yang dapat saya persembahkan dalam kehidupannya, aamiin..





    sumber dari: dnamora.wordpress.com/

    Selamat Hari Ibu -Wanita ISMA




    Hari Ibu adalah hari yg patut diraikan setiap hari, kerana peranan ibu itu tidak pernah berhenti. Bermula dari fasa mengandungkan bayinya sehingga membesar dan mendidik anak-anak dengan pendidikan yang betul menepati kehendak syarak.

    Sekiranya kita mengimani bahawa jihad seorang lelaki muslim itu tertumpu di luar rumah, maka kita perlu imani juga bahawa jihad sebenar seorang wanita muslimah tertumpu di dalam rumah, melahirkan rijal-rijal pejuang agama dan bangsa, dan serikandi-serikandi yang sarat dengan ciri-ciri kewanitaan dan keibuan yang bakal mewarisi tugas ibunya mendidik ummah.




    Berapa banyak sudah kita lihat kepincangan anak-anak muda di zaman moden ini kerana kealpaan atau ketiadaan agenda ibu bapa dalam mendewasakan mereka. Kebanyakan ibu bapa hari ini lebih mengutamakan kehidupan kerjaya berbanding keluarga. Tidak dinafikan juga, terdapat ibu-ibu yang bekerja sebagai suri rumah sepenuh masa namun hanya memberi tumpuan kepada makan minum pakai anak-anak semata-mata tanpa agenda khusus dalam pembentukan peribadi anak-anak.

    Oleh itu wahai kaum ibu, janganlah lupa peranan asal kita sebagai muslimah harapan agama dan bangsa, iaitu mendidik dan membentuk zuriat yang telah diamanahkan kepada kita supaya mereka menjadi pelapis-pelapis dalam perjuangan menegakkan syariat Allah di mukabumi ini. Tiada siapa yang lebih layak untuk membina dan menanam fikrah perjuangan ke dalam lubuk minda anak-anak kita selain daripada ibu yang lebih banyak masanya bersama anak-anaknya sejak kecil lagi.

    Masih belum terlambat untuk kita merancang agenda buat ahli keluarga kita serta mendidik mereka menjadi individu yang beragenda. Teruskanlah menanam azam dan menimba ilmu untuk memastikan anak-anak kita dapat berkhidmat kepada masyarakat dengan agenda-agenda islami. Libatkan anak-anak kita dalam aktiviti-aktiviti yang membentuk iman dan keperibadian mantap dalam diri anak-anak kita seperti program-program NAZIM dan KRIM anjuran ISMA. Inilah sedikit sebanyak yang boleh kita lakukan dalam menyempurnakan tugas sebagai seorang ibu yang merupakan pendidik ummah beragenda.

    Sebagai seorang anak pula, wajiblah kita menghormati dan menyayangi kedua ibubapa kita, kerana peranan yang mereka mainkan dan pengorbanan serta keluh kesah yang mereka tempuh telah banyak mendewasakan kita. Janganlah kita berdendam sekiranya mereka pernah membuat kesilapan sewaktu membesarkan kita, kerana peristiwa-peristiwa tersebut adalah suatu hikmah yang dapat kita jadikan panduan dan pedoman untuk generasi seterusnya.

    Sepertimana kita mahukan penghargaan serta kasih sayang daripada anak-anak kita, seperti itulah juga harapan ibubapa kita daripada kita. Oleh itu, sempurnakanlah tanggungjawab kita terhadap mereka selagimana mereka masih ada bersama kita. Ketahuilah, kehadiran seorang ibu adalah suatu yang amat bernilai bagi seorang insan, kerana setelah perginya ibu kita dari dunia ini, maka kita kehilangan buat selama-lamanya sesuatu nikmat yang sungguh berharga dan tiada galang gantinya, yakni doa dan keredhaan seorang ibu.

    Ibu Pendidik Ummah Beragenda


    Daripada

    Media Wanita ISMA



    sumber dari: wanitaisma.net

    Jangan Menangis Ibu..Kami Semua Sayang Padamu




    Betul, tanpa ibu siapalah kita semua di dunia ini, sehebat mana individu itu, kalau tidak kasih dan sayang terhadap ibunya sendiri maka tidak bernilai hidupnya kerana sudah jelas bahawa syurga itu terletak di bawah kaki ibu



    kad ucapan hari ibu 2013 tarikh menyambut dan ucapan hari ibu 2014 di malaysia


    Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat di seluruh pelusuk dunia

    Ia juga disambut pada hari yang berbeza di antara negara kerana disebabkan pelbagai asal-usul sejarahnya
    Di Malaysia sambutan ‘Hari Ibu’ bagi tahun 2014 diraikan pada 11 Mei ini
    Dalam pada itu, umat Islam di Malaysia khususnya perlu berhati-hati dan memastikan sambutan hari ibu tidak melanggar hukum syariat

    Hal ini kerana, ada sesetengah pendapat mengatakan sambutan hari ibu adalah haram bagi orang Islam kerana asal usul sejarah hari ibu itu yang  juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian

    Merujuk kepada sejarah, Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka manakala Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mar

    Jadi sesiapa yang mendapati sambutan Hari Ibu dapat menggembirakan ibubapa mereka, maka teruskanlah tanpa melebihi batas kewajaran dan syariat agama


    sumber dari: mykongsi.com/

    Sunday 4 May 2014

    full moon rises over the skyline





    A full moon as seen from West Orange, New Jersey, rises over the skyline of Lower Manhattan and One World Trade Center in New York. (Reuters)


    A full moon as seen from West Orange, New Jersey, rises over the skyline of Lower Manhattan and One World Trade Center in New York. (Reuters)



    sumber dari: archive.indianexpress.com/

    around the steel decking on the 100th story





    Iron workers walk around the steel decking on the 100th story of One World Trade Center in New York. (Reuters)


    Iron workers walk around the steel decking on the 100th story of One World Trade Center in New York. (Reuters)



    sumber dari: archive.indianexpress.com/