Pages

Wednesday, 14 May 2014

5 Lagu Wajib Dengar Sempena Hari Ibu





hari ibu 1


Hari ibu merupakan sebuah perayaan yang disambut pada hari Ahad kedua di dalam bulan Mei. Pada tahun ini, tarikh sambutan hari ibu jatuh pada tanggal 11 Mei 2014 sama seperti beberapa buah negara lain seperti Amerika Syarikat dan Australia. Bersempena dengan hari ibu kali ini, kami senaraikan beberapa buah lagu pilihan yang wajib anda dengar (bukan wajib shar’ie) pada hari ini bersama ibu dan ahli keluarga tercinta yang lain.

1. Lagu Ibu (Rafly)

Dinyanyikan oleh penyanyi yang berasal dari Acheh, Rafly jelas berjaya membawakan lagu ini setaraf dengan pengkisahan yang terdapat di dalam filem popular berjudul “Hafalan Shalat Delisa”. Selain versi ini, terdapat beberapa versi lain yang turut disertakan sebagai runut bunyi filem tersebut antaranya versi duet bersama pelakon utama, versi orkestra dan juga versi string. Bagitahu kami jika airmata anda tidak mengalir di pipi ketika mendengarkan lagu ini diruangan komen di bawah

2. Buatmu Ibu (Aeman)

Jika masih ada yang belum pernah mendengarkan lagu ini, maka jelas sekali orang tersebut tidak pernah mengikuti sebarang program motivasi di Malaysia. Ini kerana lagu Buatmu Ibu ciptaan Manis Helma dan ITO Lara kerap menjadi pilihan pihak penganjur program sebegini. Setiap kali ianya berkumandang, jarang sekali ada yang gagal menitiskan airmata walaupun berhati sekeras batu. Andai kata setiap penganjur program motivasi membayar royalti setiap kali Buatmu Ibu digunakan dalam program mereka, pasti Hijjaz Records sudah menjadi syarikat bernilai multi-billionaire pada hari ini.

3. Lagu Untuk Ibu (Brothers)

Lagu ini merupakan salah sebuah track yang terdapat di dalam album Brothers: Satu Perjuangan. Tidak dapat dinafikan lagi, Brothers yang pada ketika itu dianggotai oleh Shah, Yasin, Faiz dan Salleh telah berjaya mencipta lagu kedua terbaik bertemakan ibu selepas lagu ciptaan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

4. Belaian Ibu (Hijjaz)

Kalau dah namanya Hijjaz, lagu-lagu nasyid bertemakan ibu sememangnya sudah menjadi kepakaran mereka. Menggunakan iringan piano yang sungguh mengasyikkan di dalam lagu, pasti cair hati para ibu yang mendengarnya apatah lagi bila ia dinyanyikan oleh anak-anak mereka sendiri.

5. Kasih Ibu (Burn AF)

Suatu masa dahulu, lagu ini pernah dirakam oleh sebuah kumpulan nasyid baru, namun atas sebab-sebab yang tidak diketahui, ianya telah diberikan kepada salah seorang bekas pelajar Akademi Fantasia musim pertama, Burn. Mungkin akan ada pihak yang berasa pelik dengan pilihan ini namun pada kami lagu ini merupakan sebuah karya yang cukup menyentuh perasaan sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Bagaimana pula dengan anda? Apakah lagu bertemakan Ibu/bonda/emak yang menjadi pilihan hati?



sumber dari: munsyeed.com/

No comments:

Post a Comment