Pages

Wednesday, 14 May 2014

LPPKN Kelantan edar 400 kek cawan rai Hari Ibu







KOTA BHARU - Sempena Hari Ibu, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Kelantan menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma di kliniknya selama dua hari mulai hari ini.
 
"Pemeriksaan kesihatan percuma ini diberikan kepada semua golongan," kata pengarahnya, Rozi Muda.
  
Beliau berkata pihaknya juga mengedar 400 kek cawan kepada kaum ibu bagi memperingati jasa dan pengorbanan mereka di Pasar Raya KB Mall hari ini.
  
Kek cawan itu menjadi simbol penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan ibu membesarkan anak mereka, katanya kepada pemberita ketika ditemui di pasar raya berkenaan.  - Bernama



sumber dari: sinarharian.com.my/

No comments:

Post a Comment