Pages

Saturday, 3 May 2014

TIP-TIP HAJI & UMRAH







Saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa membuat pakej Haji dan Umrah dan semasa lawatan di Mekah dan Madinah:

O Untuk pengetahuan umum, Umrah bukanlah ibadah untuk orang yang telah berumur (umur mlebihi 55 tahun). Umrah juga boleh dikerjakan oleh orang Islam yang masih muda. Dari pengamatan saya semasa mengerjakan Umrah, ramai pasangan muda dan jemaah muda mengerjakan Haji dan Umrah. Jika ada kelapangan waktu dan simpanan kewangan yang lebih, adalah lebih baik untuk beribadah semasa umur masih muda dan keizinan kesihatan yang baik.

O Untuk mengerjakan Umrah, tiada tempoh minima yang ditetapkan tetapi tempoh maksimum yang diberikan oleh Kemanterian Haji Saudi kebiasaannya adalah satu bulan (Visa Umrah). Untuk melengkapkan ibadah Umrah, adalah dinasihatkan supaya jemaah menziarahi Maqam Rasullullah SAW. Oleh yang demikian, perjalanan Umrah akan termasuk Madinah dan Mekah. Bilangan hari yang paling minima (selesa) adalah 3 malam di Madinah dan 3 malam di Mekah. Dalam tempoh minima itu, jemaah akan sempat menziarahi lokasi bersejarah di Madinah dan Mekah. Untuk melakukan ibadah Umrah yang lebih singkat (minima) ia akan tertakluk kepada waktu penerbangan dan kekosongan tempat duduk. Jangka waktu pakej Umrah adalah diantara 12 hari dan 15 hari.

O Permohonan Visa Umrah selalunya akan di buka pada bulan February/March sehingga bulan July (sebelum bulan Ramadhan). Proses untuk mendapatkan Visa Umrah adalah dalam jangkamasa 1 bulan, tertakluk kepada semua maklumat adalah lengkap. Agensi pelancongan akan memasukkan maklumat setiap jemaah ke dalam Sistem Enjazid (Kementerian Haji Saudi). Kejayaan untuk mendapatkan Visa Umrah adalah tertakluk kepada 'The Royal Embassy of Saudi Arabia'.

O Sebelum mengerjakan Haji atau Umrah, jemaah dinasihatkan untuk melakukan senaman ringan. Senaman seperti berjalan dan berlari akan menambahkan stamina anda. Latihan sebegini adalah bagus kerana semasa di Madinah dan Mekah, jemaah akan banyak menunggu, Dengan adanya kekuatan fizikal, jemaah boleh melakukan ibadah dengan tenang dan lebih sempurna.

O Untuk melakukan ibadah Haji dan Umrah, jemaah perlu makan untuk mendapat tenaga. Elakan dari memakan makanan yang pedas dan berminyak kerana ia akan mengganggu sistem usus. Tanda dan tempat mengambil wudhu terletak di luar kawasan Masjid dan selalunya, Masjid akan di penuhi jemaah pada setiap solat Fardhu. Untuk Jemaah Haji, Tandas adalah terhad di Arafah dan Mina. Oleh yang demikian, makan makanan seimbang semasa beribadah.

O Perbanyakkan minum air semasa cuaca panas, dan makan buah-buahan untuk mengelakkan dari kekurangan air di dalam badan. Untuk kaum wanita yang datang haidh, elakkan dari memakan buah atau jus oren dan limau.

O Digalakkan membawa Ihram tambahan. Ihram doleh di beli di Madinah dan Mekah, tetapi lebih elok untuk membawa Ihram tambahan kerana harga dan saiz berbeza.

O Jika anda a berkesempatan untuk pergi ke Masjid. Cuba pergi lebih awal, satu jam lebih awal (kalau boleh) kerana untuk mengelakkan dari kesesakan. Jika dapat menghadirkan diri lebih awal, ambilalah peluang untuk mendirikan Solat Sunat di tempat yang selesa dan sesuai di dalam Masjid.

O Sebelum berangkat untuk mengerjakan Haji atau Umrah, adalah baik jika jemaah mempelajari Solat Jenazah. Solat Jenazah dilakukan hampir setiap waktu di Makah dan Madinah.

O Jika ingin mendirikan Solat di depan Kaabah, lakukan Tawaf Sunat selepas Adzhan. Sebelum Bilal qamat, perhatikan jemaah akan membuat saf-saf mengelilingi Kaabah. Ketika ini sedikit tolak-menolak diantara jemaah akan berlaku untuk membetulkan saf. Apabila Solat dimulakan, anda akan berada paling dekat dengan Allah. Selepas solat, jika sunat tawaf belum selesai, sambung sahaja tawaf sunat anda. Kalau berkesempatan, cubalah sekali, anda tidak akan kecewa. Waulahualam.

O Wanita dibolehkan pegi ke Masjid pada Solat Jumaat, tetapi ia hanya dikira sebagai Sunat. Tetapi Solat Jumaat adalh wajib bagi lelaki. Oleh yang demikian, diharapkan jemaah wanita dapat memberi peluang dan ruang kepada jemaah lelaki untuk Solat Jumaat.

O Di dalam Masjidil Haram, terdapat ruang Solat di aras bawah, tingkat satu dan kawasan bumbung. Untuk jemaah wanita, terdapat ruang Solat di aras bawah dan tingkat satu. Terdapat papan tanda untuk ke ruang solat wanita tetapi ruang solat adalah terhad untuk jemaah wanita. Semua pintu masuk dikawal oleh polis dan tentera Arab Saudi. Ada pintu khas untuk jemaah wanita, dan jemaah lelaki tidak dibenarkan masuk melalui pintu wanita.

O Tawaf. Jika waktu Tawaf mengelilingi Kaabah terlalu ramai jemaah, ia boleh di lakukan di aras satu atau dua. Pusingannya akan menjadi beasr, lebih kurang 700 hingga 800 meter, untuk setiap pusingan. Jika keadaan fizikal jemaah adalah baik, jemaah boleh menghabiskan 7 pusiangan dalam masa 1 jam 30 minit. Mungkin masa yang diambil adalah melebihi 1 jam, keadaan laualn adalah lebih luas dan selesa. (Tetapi elakkan semasa waktu solat Fardhu kerana kesesakan).

O Apabila anda memasuki Masjid, anda boleh meletakkan selipar atau kasut di rak-rak kasut yang disediakan. Jika anda ingin keluar Masjid melalui pintu yang lain, anda boleh membawa selipar atau kasut ke dalam masjid. Anda dinasihatkan supaya membawa beg atau plastik untuk memasukkan dan menyimpan selipar/kasut. Didalam Masjid terdapat rak-rak kasut yang bernombor atau jika penuh, anda boleh meletakkan selipar/kasut di antara kaki anda semasa solat.



sumber dari: mitrakembara.com.my/

No comments:

Post a Comment