Pages

Friday 9 May 2014

Jangan Menangis Ibu..Kami Semua Sayang Padamu




Betul, tanpa ibu siapalah kita semua di dunia ini, sehebat mana individu itu, kalau tidak kasih dan sayang terhadap ibunya sendiri maka tidak bernilai hidupnya kerana sudah jelas bahawa syurga itu terletak di bawah kaki ibu



kad ucapan hari ibu 2013 tarikh menyambut dan ucapan hari ibu 2014 di malaysia


Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat di seluruh pelusuk dunia

Ia juga disambut pada hari yang berbeza di antara negara kerana disebabkan pelbagai asal-usul sejarahnya
Di Malaysia sambutan ‘Hari Ibu’ bagi tahun 2014 diraikan pada 11 Mei ini
Dalam pada itu, umat Islam di Malaysia khususnya perlu berhati-hati dan memastikan sambutan hari ibu tidak melanggar hukum syariat

Hal ini kerana, ada sesetengah pendapat mengatakan sambutan hari ibu adalah haram bagi orang Islam kerana asal usul sejarah hari ibu itu yang  juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian

Merujuk kepada sejarah, Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka manakala Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mar

Jadi sesiapa yang mendapati sambutan Hari Ibu dapat menggembirakan ibubapa mereka, maka teruskanlah tanpa melebihi batas kewajaran dan syariat agama


sumber dari: mykongsi.com/

No comments:

Post a Comment