Pages

Wednesday, 14 May 2014

Hari Ibu : Puteri UMNO Selami Pengorbanan Warga Emas





KUALA LUMPUR 9 Mei - Warga emas terutamanya ibu tunggal dan dan Orang Kurang Upaya (OKU) kelihatan seronok dan terharu apabila menerima kehadiran Pergerakan Puteri UMNO sempena sambutan Hari Ibu.

Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Zahida Zarik Khan berkata, program sedemikian juga merupakan kesinambungan daripada program sukarelawan pergerakan itu di Haiyan, Filipina sebelum ini.
 
alt

"Puteri UMNO mengambil kesempatan sempena Hari Ibu malah ia juga salah satu inisiatif dan peranan kami untuk membantu meringankan beban serta bersama-sama merasai perasaan orang susah seperti ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU)," katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Sambutan Hari Ibu bersama penghuni Pusat Jagaan Warga Emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) di Pusat Jagaan OKU Nur, Tasik Titiwangsa di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Biro Antarabangsa & IPT yang juga Exco Puteri UMNO Nor Hazreena Mohamad Hashim.
 
alt

Sementara itu menurut pemilik pusat Jagaan OKU Nur Normah Adlan, kehadiran pergerakan Puteri UMNO pada hari ini amat dihargai kerana ia sekaligus mengundang keceriaan kepada penghuninya.

"Terkejut dan seronok kerana tahun sebelum ini sambutan tidak semeriah seperti ini. Lagi suka melihat mereka (penghuni) dihargai. Lama mereka tidak rasa perasaan seperti ini. Harap mereka ini tidur lena," katanya.

Seramai kira-kira 60 orang penghuni termasuk warga emas, kanak-kanak dan OKU menetap di pusat jagaan yang sudah beroperasi sejak 11 tahun itu.



sumber dari: rakyatnews.my/

No comments:

Post a Comment