Pages

Thursday 27 September 2012

jawab seperti cikgu ajar





Jika anak-anak kita akan menghadapi peperiksaan, kita akan sentiasa berpesan kepadanya, jawab sebagaimana yang cikgu ajar. Jika betul, lulus. Jika salah jawabnya gagal.

Di akhirat kelak, peperiksaan di hadapan ALLAH SWT nanti juga memerlukan jawapan yang sama dengan cikgu ajar. Cikgu itu Rasulllah SAW yang diutuskan oleh ALLAH SWT. Jawab seperti yang cikgu ajar, SYURGA balasannya. Gagal menjawab seperti yang diajar cikgu, NERAKA balasannnya. Kita jawab apa?


sumber dari: guruohguru.wordpress.com

gema talbiah dari tetamu ALLAh






assalamualaikum sahabat semua….di musim haji nie, gema talbiah dari para tamu Allah di tanah wahyu Ilahi yaitu tanah suci Mekah terdengar dan menyentuh hati. Pada hari-hari ini lautan umat Islam meneriakkan ucapan Labbaik Allahumma Labbaik, sebuah ucapan yang dapat melupakan manusia dari hal-hal yang berbau duniawi. Dengan ucapan ini umat Islam dengan hati khusyuk pergi menuju Baitullah, Kaabah..

beberapa hari lalu bila cik venus tengok rancangan Khabar Haji di Astro Oasis…teruja pula dengan lagu tema Khabar Haji iaitu, Talbiah-Ku Sahut SeruanMu. Lepas tu,cik venus sangat teruja bila tengok tv Al-Hijrah…ada lagu tentang haji juga dari Irfan Makki ft Maher Zain bertajuk Waiting For The Call…
rasanya cik venus nak share lirik lagu nye…

TALBIAH-KU SAHUT SERUANMU

Ku sahut panggilan Mu Tuhan
Sungguh bagiku itulah sebaik seruan
Tidak Dikau ku sekutukan
Atas nikmat Mu ku ucap segala pujian

Dikau yang mengubat rindu
Dikau penghapus dukaku
Betapa kerdilnya daku
Mengharap kasih mu

Labbaikallahumma labbaik
Labbaikala syarikalaka labbaik
Innal hamda
Wanni’mata
Laka wal mulk
La syarikalak

takkan ku terbalas jasa
walau harta dan nyawaku pada Mu ku serah
dikaulah pencipta
ku merayu cinta yang maha kuasa

Dikau yang mengubat rindu
Dikau penghapus dukaku
Betapa kerdilnya daku
Mengharap kasih mu




WAITING FOR THE CALL-IRFAN MAKKI ft MAHER ZAIN

Miles away, oceans apart
never in my sight but always in my heart
the love is always there it will never die
only growing stronger a tears rose down my eye
I am thiking all the time
when the day will come
standing there before you
accept this Hajj of mine
standing in ihram, making my tawaf
drinking blessings from your well
the challenges that I have suffered
and might were rekindles my imaan
O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall
I feel alive and I feel strong
I can feel Islam running in my Veins
to see my muslim brothers, their purpose all the same
greeting one another, exalting one True Name
I truly hope one day that everyone’s a Muslim.
that they remember you in everything they say
standing in ihram making my tawaf, making my tawaf
drinking blessings from your well
the challenges that I have suffered
and might were rekindles my imaan
O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall

Miles away



sumber dari: ayna.yeopmi.com

Al-Quran mengajak kepada perpaduan ummah




Perpaduan merupakan pembungaan bagi perkembangan, kemajuan, dan kemakmuran sesebuah negara. Malahan didalam Islam menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w menuntut kita agar memelihara persaudaraan dan rasa saling hormat menghormati di antara sesama Muslim. Maknanya, persatuan atau perpaduan di antara sesama Muslim amat dititikberatkan oleh Nabi s.a.w.

perpaduan Demikian juga salah satu dari semangat al-Quran adalah semangat perpaduan atau persatuan. Kerana itu jumlah ayat yang menganjurkan semangat perpaduan lebih banyak daripada ayat yang menjelaskan perihal perpecahan. al-Quran juga menghuraikankan tentang sebab perpecahan yang terjadi kerana kedengkian antara golongan sesama mereka juga kerana kecintaan manusia kepada dunia, tidak menggunakan akal sihat, dan saling tidak percaya antara mereka.

Pada ketika ini umat Islam di negara ini sedang mengalami suatu macam kekalutan yang ditimbulkan oleh pemimpin-pemimpin politik, ulama-ulama, parti pemerintah dan pembangkang. Secara fitrah ummah sebenarnya menuntut keamanan dan perpaduan, bukan persengketaan. Fitrah semulajadi manusia inginkan kehidupan yang aman damai kerana di situ letaknya kebahagiaan dan keharmonian yang diidamkan oleh semua maanusia. Justeru itulah manusia sangat inginkan kepada perpaduan. Lebih penting dari itu umat Islam inginkan amalan yang sebenar bukan berbaur dengan kepentingan politik, perbadi atau sebagainya.

Memang tidak dinafikan, untuk berpendapat dan berfikiran sama tidak mungkin tetapi untuk bersatu pasti tiada halangan asalkan semua pihak bersikap jujur pada diri sendiri dan menghormati orang lain. Nabi Muhammad s.a.w telah membuktikan hakikat tersebut di dalam setiap tingkah laku, khususnya dalam hubungan sesama manusia.

Sikap jujur, toleransi, dan menghormati orang lain merupakan sikap yang berupaya membawa kepada kejernihan hubungan, sekali gus memantapkan penyatuan ummah bagi menangani segala macam bentuk permasalahan yang datangnya sama ada daripada kalangan ummah itu sendiri mahupun dari dunia luar.
Kepentingan kesatuan atau perpaduan ummah itu dapat diselaraskan dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan jangan bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (sebelum Islam) bermusuh-musuhan, lalu Dia menyatukan hati kamu. Maka menjadilah kamu kerana nikmat-Nya bersaudara, padahal dahulu kamu sudah berada di tepi jurang neraka, tetapi Dia menyelamatkan kamu daripadanya.” (Ali-Imran: 103)
ukhuwah1 Nikmat yang dimaksudkan menerusi ayat tersebut ialah Islam - di mana yang menyebut Islam itu sebagai nikmat (yang membuat manusia bersaudara) bukan ahli tafsir atau ulama mana-mana pun, tetapi Allah s.w.t sendiri.

Tidak ada yang dapat menyatukan perbezaan di antara selain Islam dan tidak ada yang mampu menciptakan persaudaraan, juga selain Islam. Ingatlah, bahawa Islam bukan hanya sekadar milik umat tertentu sahaja.
Justeru itu, tiada alasan bagi sesama umat Islam untuk berpecah belah kerana al-Quran mengajar kita agar jangan terlalu cepat menghukum orang lain yang mungkin kebetulan berbeza dari segi fahaman. Kita seharusnya membetulkan fahaman yang salah atau meragukan itu dengan penuh hikmah dalam suasana persaudaraan. Itulah yang diajarkan atau disarankan oleh al-Quran.
Sikap tidak mahu bertolak ansur dengan mengatakan diri sendiri yang benar belaka sedangkan orang lain tidak betul ,sesat dan kafir merupakan antara sifat yang akan melonggarkan ukhuwah sesama ummah. Inilah yang disebut di dalam al-Quran sebagai tanda-tanda musyrik kerana ‘memutlakkan’ pendapatnya sendiri dan tidak menghiraukan pendapat orang lain.

Justeru kita mengakui al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidup, seharusnya kita berusaha melakukan kebaikan dalam kehidupan ini. Kita harus memperbaiki hubungan persaudaraan sesama Islam dan mencipta kedamaian di antara pihak-pihak yang bermusuhan. Sehubungan ini Allah s.w.t menegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Bertakwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhbubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.” (Al-Anfal: 1)
Amatlah rugi apabila seseorang yang telah dianugerah Islam sentiasa berada di jalan perpecahan dan perbalahan.



sumber dari: aljazary.blogspot.com

dunia ini bukan percuma





Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Kita pergi ke kedai, minum air dan makan makan nasi, tiba-tiba enggan untuk bayar, nescaya kita akan dimarahi kerana mahu makan percuma. Itu baru air dan nasi. Dan sekarang ini, jika kita mahu gunakan tandas awam sekalipun, kita tetap perlu bayar. Bagaimana pula kita sebagai manusia duduk di dunia, BERNYAWA dengan udara tuhan, MELIHAT dengan mata yang ALLAH SWT bagi, MENDENGAR dengan telinga serta berCAKAP dengan mulut yang diberikan ALLAH, tiba-tiba kita mahu semuanya dengan PERCUMA tanpa buat kerja untuk ALLAH SWT.





Aduhai, kita patut rasa MALU, bukan sahaja tahu GUNA tapi perlu tahu BAYAR.

p/s : Ramadhan cuma tinggal tidak beberapa hari lagi kerana bulan puasa sudah hampir kepada penghujungnya dan PENCAPAIAN kita bagaimana?



sumber dari: guruohguru.wordpress.com

law kaana bainana







Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.
Kami mohon pada-Mu…
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam…

Start
—–
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.
Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba…
Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.
Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam….
Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

Bahasa Arab
———-
law kana bainana al-habeeb
la dana alqassi wal qareeb
men taibateen qabl al mageeb
taleeban qurbal habeeb
fi qurbeehi anafsu tateeb
wa tad’u allaha fa yogeeb
anwaar taha la tagheeb
baleeghna leeqahu ya mugeeb
fadatka roohi ya habeeb
mohamadun mukreemal ghareeb
be qurbeeka arroho tateeb
ya rahmatan lilalameen

====================

لو كان بيننا الحبيب
لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب
طالباً قرب الحبيب
في قربه النفس تطيب
تدعو الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب
بلغنا لقاه يا مجيب
فدتك روحي يا حبيب
محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب
يا رحمة للعالمين



sumber dari: ayna.yeopmi.com

mari membentuk senyuman





Setiap orang dalam kehidupannya mahu menjadikan seseorang tersenyum. Senyuman, mempunyai pelbagai kebaikan dan kesan positif yang baik. Senyuman membuatkan diri kita dalam “mood” yang lebih baik, bahkan ianya sesuatu yang cukup mudah!. Ia boleh meningkatkan harga diri dan membawa orang lain bersama kita. insyaAllah, Artikel ini akan menunjukkan langkah-langkah untuk menghiburkan orang dan juga menerangkan, mengapa perbuatan itu amat penting.


senyum


LANGKAH-LANGKAH

1- Katakan mereka nampak bagus dan baik. Setiap orang menyukai pujian, tambahan pula mereka amat suka apabila penampilan mereka dipuji. Ianya betul-betul mudah dilakukan!

2- Katakan kepada keluarga anda , betapa anda mencintai mereka. Ini boleh menjadikan semua orang gembira dan menjadikan keluarga anda bersatu padu.

3- Libatkan diri dengan masyarakat. Jadilah sukarelawan , ianya perbuatan yang menakjubkan, seiring dengan kesan positif yang banyak sekali. Bukan hanya mampu membuatkan diri anda gembira, tetapi, ianya juga dapat membuat orang disekeliling anda juga gembira. Yang amat penting, anda akan merasa lebih berkeyakinan dengan diri sendiri.

4- Berikan hadiah. Tidak perlulah bersusah-susah mencari hadiah yang mahal-mahal, ianya hanya perlu mempunyai nilai moral!

5- Sebarkan salam dan senyuman. Selain ianya adalah sunnah, ia membawa kepada ikatan silaturahim yang kuat dan kukuh.
Daripada Abdullah bin Al-Haris, beliau berkata : Aku tidak pernah melihat orang yang paling banyak tersenyum selain Rasulullah SAW.
[Sunan At-Turmizi, Bab Manaqib Rasul]



sumber dari: aljazary,blogspot.com

tujuan hidup





Bismillahirrahmanirrahim

Tujuan manusia hidup perlu dirujuk kepada tukang buat manusia iaitu ALLAH SWT.
Itulah TUKANG yang sebenar.
Ibu bapa bukan tukang.
Ibu bapa hanya perkakas untuk buat manusia.
Umpama periuk belanga dan rempah ratus,
bukan peralatan untuk memasak,
benda-benda ini tidak berguna tanpa adanya tukang masak.
Tukang manusia ialah ALLAH SWT.
Bila ALLAH SWT kata tujuan hidup manusia ialah mengabdikan diri padaNYA,
kita perlu patuh,
kerana DIAlah tukang buat manusia.






sumber dari: guruohguru.wordpress.com

3T dalam kehidupan







“Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”

Wujud 3 T yang mana boleh kita aplikasi dalam kehidupan

1. TAUHID

Perhatikan bahawa doa ini dibuka dengan kalimah tauhid “Tiada Tuhan melainkan Allah”. Kalimah tauhid tidak sekadar bermaksud tiada tuhan yang berhak aku sembah melainkan Allah, tetapi dalam konteks ini juga bermaksud tiada tuhan yang patut aku mengadu, mengharapkan keampunan dan menghajatkan keselamatan melainkan Allah. Pembukaan seperti ini membuktikan kemantapan dan ketulenan tauhid Nabi Yunus di mana beliau tidak mengadu, merungut dan berharap kepada sesiapa dan apa jua melainkan kepada Allah sahaja.

So, maksudnya…
-ikhlaskan segala bentuk amalan kita hanya kepada Allah sahaja. Bukan dibuat kerana manusia
-Mohon segalanya kepada Allah & harus pasrah dengan setiap ketentuan dari-Nya

2.TASBIH

Perhatikan pula perkataan ‘Subhanaka’. Satu bentuk tasbih di mana sebagai hamba, seharusnya akan terus tenggelam dalam kehidupan seharian dengan memuji Allah, tidak kira dalam keadaan susah atau senang. Jangan sesekali lupakan Allah & selalulah berzikir mengingati Allah. Apa jua yang kita lakukan dalam seharian, sentiasa husnuzhon@ bersangka baik dengan Allah. Sebenarnya kita akan dapat reflect secara total dari tasbih ini apabila di hati kita tak akan wujud sebarang perasaan tidak redha dengan ujian Allah & menerima segalanya dengan hati terbuka.

3. TUNDUK

Tanpa keberatan, tanpa alasan yang berlapik-lapik, Nabi Yunus terus mengaku kesalahannya dengan berkata:“Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” Nabi Yunus tidak terus meminta ampun kepada Allah, sebaliknya memilih cara yang lebih lembut, beradab lagi merendah diri, yakni dengan mengakui kesalahan dirinya sendiri.

So,maksudnya..
Sebagai hamba, rendahkan diri di hadapan Allah dengan mengakui kita hamba-Nya yang terlebih dahulu membuat kezaliman terhadap diri sendiri. Sentiasa belajar untuk mengakui setiap kesalahan yang dibuat dengan merendahkan ego dalam diri.

KESIMPULAN
-Percaya dengan Allah di mana berkemungkinan dengan zikir ini Allah akan bantu selesaikan setiap masalah, dan sebenarnya masalah @ bentuk ujian yang Allah beri pada kita ni sekadar suatu peringatan dari Allah buat hamba-Nya. Allah sebenarnya nak angkat darjat & kemuliaan kita sebagai hamba-Nya.


~Cahaya ALLAH akan muncul pada jiwa yang banyak mengingati ALLAH~



sumber dari: ayna.yeopmi.com

hari guru bukan sekadar mengenang jasa







Tanggal 16 Mei setiap tahun Hari Guru akan disambut sempena memperingati akan jasa dan pengorbanan guru-guru di negara kita. Namun harus diingat yang sambutan Hari Guru bukanlah hanya sekadar untuk “mengenang jasa dan pengorbanan” para guru malah sebagai momentum untuk mereka terus mendidik anak bangsa untuk berjaya di dunia dan akhirat.

Seiring dengan tema Hari Guru pada tahun ini – “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”, guru harus menterjemahkan hasrat kerajaan dan juga masyarakat Malaysia amnya untuk bergerak maju ke hadapan dan melaksanakan transformasi dalam pendidikan negara seiring dengan kemajuan teknologi dan pemikiran masyarakat.

Guru-guru seharusnya mengaplikasikan kemajuan teknologi dan juga strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran yang sistematik dan berkesan berlandaskan syarak. Namun hakikatnya hal ini memerlukan keazaman dan semangat yang tinggi untuk direalisasikan ditambah dengan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh para guru pada hari ini.

Kita sedia maklum dengan hakikat yang mendidik bukanlah satu perkara yang mudah justeru masayarakat haruslah memberikan sokongan padu kepada guru-guru untuk meneruskan perjuangan dalam mendidik dan membentuk generasi masa hadapan dan bukannya sekadar melihat profesion guru dengan sebelah mata sahaja. Ini adalah kerana kurangnya rasa hormat masyarakat terhadap profesion guru akan member kesan negatif terhadap sistem pendidikan itu sendiri.

Para belia pula seharusnya terlibat dalam usaha untuk mengajak masyarakat khususnya para pelajar untuk sama-sama menghayati dan menghargai betapa bernilainya guru dalam pembentukan masyarakat malah ada di antara belia hari ini yang telah pun merasai penat lelah menjadi seorang guru.

Saya menyedari yang saya bukanlah orang yang paling layak untuk menulis tentang profesion guru yang mulia ini namun kita sebagai sebahagian dari masyarakat hari ini haruslah peka dengan sistem pendidikan hari ini demi kemajuan generasi kita sendiri pada masa akan datang. Begitu juga dengan persepsi sesetengah anak muda kita pada hari ini yang “melupakan terus” akan guru mereka setelah taman zaman persekolahan mahupun pengajian tinggi.

Saya ingin menegaskan kembali yang sambutan hari guru bukanlah sekadar untuk mengenang jasa guru, bermain permainan dengan guru-guru di padang, acara persembahan di dewan atau memberi hadiah, malah penghayatannya perlu dilihat dari skop yang lebih meluas kerana Islam memuliakan peranan guru dalam masyarakat dan mengangkat darjat mereka yang memiliki ilmu dan mengajarkannya kepada mereka yang lain.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Selamat Hari Guru 2011
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara



sumber dari: pembinagombak.com

ucapan hari guru -ayna





sumber dari: ayna.yeopmi.com

Wednesday 26 September 2012

khidmat terakhir seorang anak



sekadar gambar hiasan



Emel yang diterima pagi tadi membuat aku terpanggil untuk memuat-naik di sini dengan harapan dapat dijadikan iktibar.

“Apa yang paling utama dalam memberikan khidmat terakhir kepada ibu-bapa ialah MEMANDIKAN, MENGKAPANKAN, MENYEMBAHYANGKAN DAN MENGKEBUMIKAN JENAZAHNYA.

Lakukan dengan tangan-tangan kita sebagai anak-anak.

Lakukan sahabat, lakukannya jika ditakdirkan ibu-bapa kita meninggal dunia.

Saya menangis apabila ada sahabat menceritakan bagaimana ibu kepada Tuan Guru Dr Harun Din meninggal dunia. Bacalah rentetan pengalaman Dr Harun Din dan keluarga.

Jiran kepada ibu Dr Harun Din (Dr HD) menziarah ibunya pada waktu petang selepas asar. Beliau memberi salam tetapi tiada jawapan. Beberapa kali salam diberikan namun masih tiada jawapan. Maka jirannya itu mencari ruang mencari ibu Dr HD, dan terlihat dia sedang sujud dalam solat.

Lalu jiran ini balik ke rumah.

Beberapa minit kemudian, dia datang semula untuk berjumpa ibu DR HD. Dilihatnya masih sujud.
Hatinya berkata-kata - macam ada yang tak kena. Dia masuk ke rumah untuk melihat dari dekat ibu Dr HD.
Subhanallah…rupa-rupanya, ibu Dr HD telah kembali ke rahmatullah dalam keadaan sujud menghadap Allah.

Ya Allah mulianya kematian ibu Dr HD.

Perkara yang paling mulia yang dilakukan keluarga Dr HD ialah: Menyempurnakan sendiri jenazah ibu mereka – mandikan, kafankan, sembahyangkan dan kebumikan tanpa jenazah ibu mereka disentuh orang lain.

Ada jiran-jiran yang ingin membantu tetapi ditolak oleh Dr Harun Din, Hasan Din dan Ishak Din dengan lembut, “BERILAH SAYA SEKELUARGA PELUANG MEMBERI KHIDMAT YANG TERAKHIR UNTUK IBU”.

Ketika hujah itu diberikan, masyarakat yang hadir menitiskan air mata kerana insaf betapa mulianya anak-anak yang dikandung, dilahir dan dibesarkan oleh ibu itu. Paling menyayat hati masyarakat yang hadir apabila adik beradik ini iaitu Harun Din, Hasan Din dan Ishak Din turun sendiri ke liang lahad mengebumikan jenazah ibu mereka.

Beberapa orang yang hadir memohon dan berkata, “Wahai Tuan Guru, biarlah kami buat semuanya ini, menurunkan jenazah ibu Tuan Guru.”
Permintaan ini ditolak oleh Dr HD dengan hujah yang sama, “Berilah kami adik beradik peluang mengebumikan jenazah ibu”.

Yang hadir di tanah perkuburan ketika itu menitiskan air mata tawaaduk atas ketinggian akhlak anak-anak yang diasuh hingga sedemikian.

Hebat ibu ini memupuk akhlak dan keilmuan anak-anak mereka. Maka tidak hairanlah bahawa Dr HD, Hasan Din dan Ishak Din disegani oleh kawan dan lawan di Bumi Malaysia ini kerana akhlak mereka yang mulia.

Terus terang sahabat, ketika saya mendengar cerita ini, air mata saya berlinangan apabila tergambar ketika saya dan 11 orang adik beradik menguruskan bersama jenazah ibu bulan Feb 2009 yang lalu.

Ya Allah, rahmatilah ibu kami semua. Rahmatilah mereka dan Ampunkanlah kami.

Wallahu A’lam.

Baca – hayati, selami dan insafi.”

NOTA KAKI:

Terfikir…seorang pemimpin negara pernah mempersenda air jampi Dr Haron Din. Apakah pemimpin tersebut memiliki keilmuan hingga boleh mengurus sendiri jenazah ibunya?



sumber dari: utuhpaloi.com

kita dan ibu






Sedang menyelongkar majalah lama, aku terbaca nukilan bertajuk ‘Kita dan Ibu’ yang termuat dalam Majalah Mastika keluaran September 2002. Sempena Hari Ibu, aku salinkan untuk renungan bersama…walaupun tidak semua yang ternukil ada kaitan dengan kita, tapi kalau diimbas kembali karenah masa dulu, nescaya kita dapat menemui kebenarannya.

Ketika berusia setahun, ibu suapkan dan mandikan kita. Cara kita mengucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

Apabila berusia dua tahun, ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.

Menjelang usia kita tiga tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang. Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

Ketika berusia empat tahun, ibu membelikan sekotak pensil warna. Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.

Berusia lima tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru. Kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

Setelah berusia enam tahun, ibu memimpin tangan kita ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit “Tak nak! Tak nak!”

Apabila berusia tujuh tahun, ibu belikan sebiji bola. Cara kita mengucapkan terima kasih ialah dengan memecahkan cermin tingkap jiran.

Menjelang usia lapan tahun, ibu belikan aiskrim. Kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

Ketika berusia sembilan tahun, ibu menghantar ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas dan berkubang di sungai.

Berusia 10 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita ke mana saja. Kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

Setelah berusia 11 tahun, ibu membawa menonton wayang. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan duduk di barisan berlainan bersama kawan-kawan.

Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja rumah. Kita ucapkan terima kasih dengan menunggu ibu alpa untuk mudah menonton televisyen.

Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.

Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk surat pun.

Berusia 15 tahun, ibu datang ke asrama di hujung minggu. Kita ucapkan terima kasih dengan tidak menjamah makanan masakan ibu. Sambil meninggalkan ibu untuk makan sendiri bersama adik-adik, kita pergi makan KFC bersama keluarga lain.

Berusia 16 tahun, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman. Kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

Apabila berusia 17 tahun, ketika ibu sedang menunggu panggilan penting, kita bergayut di telefon sepanjang malam.

Menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPTA. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersam kawan-kawan.

Ketika beruisa 19 tahun, ibu bersusah payah membayar yuran pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke bilik asrama. Kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

Berusia 20 tahun, ibu meminta agar kita jangan membazir dengan bergayut di telefon. Kita ucapkan terima kasih dengan menghadiahkan bil tinggi setiap bulan.

Setelah berusia 21 tahun, ibu cuba memberikan pandanagn mengenai kerjaya. Kita kata, “Saya tak mahu jadi seperti ibu.”

Apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan seutas rantai emas bersama loket. Kita ucapkan terima kasih dengan rungutan “Kenapa tak belikan kamera dengan zoom lens?”

Menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai rancangan masa depan, kita menjeling dan merungut, “Ibuuuuu, tooolonglahhhhh…”

Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusuah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. Ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayangkan kita, tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.

Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi. Kita dengan megah berkata, “…itu dulu, sekarang zaman moden.”

Ketika berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri-kendara di kampung. Kita berkata. “kami sibuk, tak ada masa untuk datang.”

Apabila berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya. Kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.

Dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu telah kembali ke pangkuan Ilahi! Khabar itu bagaikan panahan halilintar membelah langit! Dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.

Jika ibu masih ada, sayangilah dia. Jika telah meninggal, ingatlah kasih dan sayangnya.

Sayangilah ibu kerana kita semua hanya ada seorang ibu.



sumber dari: utuhpaloi.com

penerang hati





Lanjutan dari komen PakMail tentang betapa sukarnya menghafal ayat-ayat bila tumpuk putih sudah menghiasi rambut dan janggut, maka aku muat-naik di sini ayat-ayat berkaitan penerang hati.

Persoalan yang dihadapi oleh warga insan di hujung senja ialah bagaimana untuk menghafal ayat penerang hati tersebut? Ayat pendek sebegini pun selalu ter‘delete’ dari memori.

Atau mestikah kita pasrah dengan kehendak alam bahawa semakin lanjut usia semakin kurang retaining atau retention power – mental dan fisikal, zahir dan batin.





Maksudnya: Ya Allah, bukakanlah oleh Mu atas kami hikmah Mu dan bentangkanlah oleh Mu atas kami gudang rahmat Mu wahai Tuhan yang maha pengasih lagi penyayang.





Atau telan saja kunang-kunang seperti yang pernah aku ceritakan dalam siri “kepercayaan orang Banjar 2″

Wallahualam.



sumber dari: utuhpaloi.com

sijil nikah pra merdeka





sumber dari: utuhpaloi.com

jangan menjerit bila marah






Seorang pendita bersama anak muridnya sedang bersantai di tebing Sungai Nil.

Dua orang dari sebuah keluarga sedang bertengkar, menjerit dan memaki hamun antara satu sama lain.

Melihat kejadian itu, pendita tersebut menoleh kepada anak muridnya, dan sambil melontarkan senyuman dia bertanya:

“Kenapa bila manusia marah mereka menjerit dan memaki hamun antara sama lain?”

Setelah berfikir sejenak, salah seorang dari muridnya memberi pendapat:

“Bila manusia hilang sabar, mereka juga akan hilang kewarasan, lalu mereka menjerit.”

“Tapi kenapa perlu menjerit sedangkan orang itu berada di sebelah. Apa salahnya kalau perselisihan pendapat itu diucapkan dengan tenang dan perlahan!” pendita itu bertanya lagi.

Setiap anak muridnya memberi jawapan berbeza, namun tidak juga berjaya memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh pendita.

Akhirnya pendita tadi menjelaskan: “Bila dua orang sedang marah, hati dan perasaan mereka jadi renggang. Untuk merapatkan jurang itu, mereka perlu menjerit supaya dapat didengar. Semakin mereka marah, semakin jauh jarak yang memisahkan hubungan, maka bertambah kuatlah mereka menjerit.”

Pendita itu meneruskan, “Apa terjadi bila sepasang kekasih saling sayang menyayangi? Mereka tak perlu menjerit untuk didengar, tapi memadai sekadar bertutur dengan lembut. Kenapa? Ini kerana hati dan perasaan mereka begitu dekat dan erat hingga tidak wujud langsung jurang pemisah…”

Pendita itu menyambung bicara, “Lihatlah apa yang berlaku bila manusia memadu kasih? Mereka tak perlu bertutur untuk meluahkan perasaan, mereka hanya membisikannya di telinga. Akhirnya setelah perasaan kasih sayang semakin dalam, mereka tidak lagi perlu berbisik…mereka hanya bertukar pandangan dan renungan untuk menyampaikan mesej…‘I Love You’. Begitu jugalah sewajarnya hubungan sesama manusia.”

Pendita itu memandang kepada murid-muridnya dan berkata:

“Oleh itu, bila anda berselisih faham, jangan jauhkan hati dan perasaan, jangan lafazkan kata-kata yang mungkin menjarakkan lagi hubungan. Kalau anda gagal mengawal perasaan, dikhuatiri akan tiba masanya bila tembok pemisah semakin tebal dan jarak semakin jauh hingga sukar untuk hati dan perasaan bertaut kembali. Akhirnya terputuslah hubungan silaturrahim”.



sumber dari: utuhpaloi.com

kenangan manis menaikkan bendera kemerdekaan





Selain Mohd Sharif Kalam dan Oliver Cuthbert Samuel, siapa orang ketiga yang menaikkan bendera Malaya pada 31 Ogos 1957? Menurut laporan Utusan on-line, orang itu ialah Awang Mohd Salleh manakala The Star on-line mengatakan Chief Petty Officer Johari Abd Samad.

Namun, jika diteliti gambar yang dirakam sempena upacara menaikkan bendera, terdapat seorang Senior Rate dan dua orang Junior Rate. Maka itu besar kemungkinan laporan The Star on-line lebih tepat kerana ada menyebut pangkat orang ketiga – Chief Petty Officer sedangkan laporan Utusan on-line hanya menyebut nama.

Maklumat di bawah ini yang dipetik dari kedua-dua akhbar berkenaan mungkin boleh membantu.

UTUSAN ON-LINE

Kenangan manis menaikkan Bendera Malaysia.

JOHOR BAHRU 31 Ogos – Pesara Tentera Laut di Raja Malaysia, Mohd. Sarif Kalam (gambar), 71, sehingga kini tetap berasa bangga kerana diberi penghormatan menaikkan bendera Malaysia secara rasmi buat pertama kali ketika laungan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957.





Mohd. Sarif berkata, beliau mengambil masa tiga minit menaikkan bendera itu dengan diiringi lagu Negaraku yang berkumandang secara rasmi bermula tepat pukul 8 pagi.

“Walaupun tugas menaikkan bendera itu disempurnakan dalam tempoh tiga minit tetapi ia diingati sepanjang hayat dan tidak boleh dilupakan dalam sejarah hidup kerana terlibat dalam satu peristiwa besar negara,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Taman Pelangi di sini hari ini.

Mohd. Sarif yang pangkat terakhirnya Leftenan Komander Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebelum bersara pada 1987 berkata, beliau diberi penghormatan menaikkan bendera negara itu bersama dua rakannya, Awang Mohd. Salleh dan Oliver Culvelt Samuel yang kedua-duanya kini telah meninggal dunia.

THE STAR ON-LINE

Making a mark in history.

31/12/2009 – RETIRED Chief Petty Officer Oliver Cuthbert Samuel’s name may not ring a bell to many but this man played an important role during the declaration of the nation’s Independence.

The 76-year-old Malayan Navy officer was among the three officers who hoisted up the flag of the Federation of Malaya at the Stadium Merdeka in Kuala Lumpur on Aug 31, 1957.

Samuel, who now resides in Penang, was honoured for his role in history with a plaque from Defence Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi at the Lumut Naval Base in Perak during the launching of the Ex Royal Malaysian Navy Association of Malaysia (PBTLDM). (Saturday 26.12.2009)

The two other officers, who hoisted up the flag of the Federated Malay States flag, were Lt Cdr. Mohd Sharif Kalam and the late Chief Petty Officer Johari Abd Samad.

Samuel, who retired from the navy in 1974 after 22 years of service, related that he was also one of the officers who took down the Union Jack on the night before Independence and handed it back to the British Authority.

Laporan kedua-dua akhbar tersebut menimbulkan pelbagai persoalan, antaranya:

Persoalan pertama: Kenapa bendera Malaysia yang dinaikkan sedangkan pada 31/08/1957 Malaya baru merdeka dan Malaysia belum wujud (Utusan on-line).

Persoalan kedua: Menurut laporan Utusan on-line, orang ketiga yang terlibat secara langsung dalam menaikkan bendera Malaya ialah Awang Mohd Salleh, manakala The star on-line mengatakan Chief Petty Officer Johari Abdul Samad.

Persoalan ketiga: Menurut laporan Utusan on-line…Awang Mohd. Salleh dan Oliver Culvelt Samuel sudah meninggal dunia.



Oliver Cuthbert Samuel yang dilaporkan telah meninggal dunia sedang menerima penghargaan dari Menteri Pertahanan DS Ahmad Zahid Hamidi


Namun, 15 bulan 25 hari selepas dikatakan “telah meninggal dunia”, (Oleh Utusan Malaysia on-line) Oliver Cuthbert Samuel – secara misteri – bangkit dari kubur untuk jadi tetamu Menteri Pertahanan, Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi di Pangkalan TLDM Lumut



sumber dari: utuhpaloi.com

jangan takut berjalan malam




Ayat 8 dari Surah Yasin boleh juga diamalkan sebagai pelindung dari gangguan syaitan.





Allah memberi palang di hadapan mereka begitu pula di belakangnya, kemudian Allah menutup mereka sehingga tak dapat melihat.



sumber dari: utuhpaloi.com

jangan takut anjing





Lazimnya manusia takut dengan anjing, tapi bagaimana pula untuk membuat anjing bercawat ekor (takut) bila berhadapan dengan manusia!





Cubalah amalkan ayat di atas. Insyaallah.





Atau belajar mengunci mulut anjing yang asyik menyalak…
Temukan ibu jari kanan dengan hujung jari manis tangan kanan dan bacalah ayat di atas. Insyaallah.

NOTA:

Simbolik merapatkan kedua jari diibaratkan seperti mengunci mulut sebelah atas dan mulut sebelah bawah anjing yang menyalak.

Bolehkah ditujukan kepada manusia yang sedang memaki hamun persis anjing menyalak?

Wallahualam.



sumber dari: utuhpaloi.com

iklan ktm -kemerdekaan 1957





Iklan di bawah ini di scan dari akhbar The Straits Times yang diterbitkan menjelang kemerdekaan Malaya pada 31 Ogos 1957.

Di mana UPBB dapat akhbar yang sudah berusia lebih tua dari tarikh kemerdekaan?

Berapa ramai antara kita yang tahu bahawa sebelum wujudnya Malaysian Airline System (MAS), syarikat penerbangan itu dikenali sebagai Malaysia Singapore Airlines (MSA)?

Dan sebelum MSA…




Malayan Airways…mungkin kerana masa tu kapal terbang menggunakan kipas, maka syarikat penerbangan tak mengalami kerugian macam MAS.




Sebut tentang untung dan rugi, bagaimana agaknya status akaun Malayan Railway? Mungkin kerana zaman itu masih menggunakan arang batu, maka bottom line sentiasa hitam macam bahan bakarnya!
Sekarang dah guna minyak maka bottom line pun macam warna minyak.




Golden Arrow, Magic Arrow, North Star dan Southern Cross adalah nama-nama yang sinonim dengan Malayan Railway yang pada hari ini dikenali sebagai Keretapi Tanah Melayu.



sumber dari: utuhpaloi.com

kambing muncul semasa raptai 1957





Raptai yang berlangsung pada 25 Ogos 1957 sempena menyambut hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu diabadikan oleh The Straits Times terbitan 26 Ogos 1957.

Simboliknya…55 tahun yang lalu kambing pun boleh hidup bebas di Kuala Lumpur. Hari ini, cuma ‘ayam’ terpilih saja yang masih bebas, dan diberi ‘perlindungan’.







Ku sangka panas sampai kepetang rupanya hujan ditengahari. Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka hanya bertahan selama 6 tahun 15 hari. Kini nama ‘keramat’ itu sudah jadi sejarah. Begitu juga dengan lagu ‘Tanah Pusaka’ di bawah ini…aaahhh semuanya tinggal kenangan.

Sungguh gemilang negeriku
Yang ku puja oh tanah airku
Di merata dunia
Harum semerbak namamu oh Malaya
Aman makmur kaya-raya
Selama-lama hidup maju jaya
Kau tanah pusaka
Negaraku yang berdaulat dan merdeka
Tanah pusaka bertuah
Berbagai bangsa di dalamnya
Hidup aman dan bersama
Bersatu kerja untuk Malaya
Musuh melanggar ku gempur
Sungguh rela ku gugur kerana
Kau tanah pusaka
Biar putih tulang jangan putih mata



sumber dari: utuhpaloi.com

berkhatan -puisi Usman Awang





“Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)”


sumber dari: utuhpaloi.com

berkhatan -adat jawa silam





“Setelah disunat anunya itu”…di bawah ini adalah paparan proses ”menyunat anunya itu” mengikut adat resam masyarakat Jawa.


Upacara tersebut yang berlangsung musim cuti sekolah tahun 1989, di Kampung Semaseh, Panchor, Muar dipaparkan di bawah.




Adat dan upacara mengkhatan anak lelaki keturunan Jawa masih diamalkan oleh sebahagian kecil masyarakat tersebut.

Anak lelaki yang bakal dikhatan diarak seperti mengarak pengantin. Bunga Manggar, payung, beras kunyit dan tepung tawar…




Paluan kompang mengiringi kanak-kanak yang bakal dikhatan.




Dua bersepupu yang bakal “disunat anunya ” didudukan di atas kerusi, dikipas dan dipayungi bak raja sehari.




Bunga silat dipertunjukan oleh mereka yang tidak keberatan mempamer kebolehan…






Duduk di atas pelamin, diraikan seperti pengantin. Si cilik yang duduk sebelah kanan kini sudah ada 2 cawangan.




Akhirnya kanak-kanak itu dibawa ke rumah seorang pesara Hospital Muar untuk proses “buka helmet”…supaya apabila ’anunya’ digunakan kelak taklah seperti mereka yang tidak berkhatan “masuk bertabik keluar bersalam”.

Bapanya yang berdiri di hujung kepala memberi moral support. Si anak merengek sakit apabila jarum menyucuk pangkal kemaluan manakala bapa meredakan kerisauan anak ”Sakit sikit aje, kejap lagi hilanglah sakit…”

“Dah potong ke bah?” si anak bertanya.
“Belum…” bapanya bergurau sedangkan Tok Mudim sedang dalam proses menjahit dan membuat dressing.



sumber dari: utuhpaloi.com

Tuesday 25 September 2012

aku ini siapa





sumber dari: drmaza.com

perbedaan diri










Kita tentu pernah bercermin.
Menata dan menaut diri karena ingin terlihat rapi.
Biarpun sekedar berdandan ala kadarnya.
Maka tidak ada salahnya sesekali mencoba mencermati diri.
Memperhatikan lebih dalam apa yang ada pada diri kita.
Menelisik lebih jauh tiap bagian tubuh.

Rambut pada tubuh kita berada di tempat berbeda.
Dengan bentuk, panjang, dan posisi berbeda pula.
Rambut kepala lebih panjang dan lebih tebal dari rambut-rambut lainnya.
Alis hanya sebaris melintang di atas mata.
Bulu mata begitu lembut dan elegan.
Lalu ada kumis bagi yang berkumis.
Atau terkadang ditambah jambang dan jenggot.
Eit… dalam hidung juga ada rambutnya lho.
Ada rambut ketiak… dan seterusnya.

Andaikan saja rambut-rambut di tubuh kita bertukar posisi, apa yang bakal terlihat? Rambut di kepala hanya sepanjang dan setebal alis. Rambut di sekitar mata lebat bagai rambut kepala. Atau misalkan mata kita tanpa dihiasi bulu mata. Atau… rambut ketiak panjang dan gondrong. Aneh dan tidak elok bukan?
Tangan dan kaki kita tidak sama. Ada kanan, ada kiri. Jemari kita pun tidak sama panjang. Bagaimana kalau tangan atau kaki kita kiri semua? Seperti apa rasanya andai saja jari-jari kita sama panjang. Coba saja sambungkan gulungan kertas pada jari-jari kita, kemudian potong sama panjang. Lalu… mari kita mencoba mengambil sesuatu dengannya. Apa yang terjadi?

Semua bagian dalam diri kita mengandung unsur-unsur berbeda. Oleh karenanya indah dan berdaya guna bagi kehidupan kita. Gusti Allah sengaja menciptakannya seperti itu demi fungsi keidahan dan fungsi manfaat. Perbedaan itu saling melengkapi sesuai fungsinya masing-masing.

Sobat, kalau dalam diri kita saja sudah begitu banyak perbedaan, lalu mengapa ya kita terkadang sulit menerima perbedaan dalam hidup ini? Bukankah Allah telah mengajarkan tentang perbedaan itu melalui diri kita sendiri?



sumber dari: bukudaurulang.wordpress.com

bicara buat seorang sultan



sultan.jpg


sumber dari: drmaza.com

korek api








Ada sebuah nasehat dari Bapakku (semoga Allah merahmati beliau) yang disampaikan ketika aku sedang getol-getolnya aktif di organisasi keagamaan. Sebuah nasehat yang tidak hendak melarang aktifitasku tapi dimaksudkan untuk memberi rambu-rambu agar aku tak salah langkah.

Kawan… ijinkan aku berbagi.
Akan aku ceritakan nasehat singkat itu dalam kalimat lebih luas berdasarkan pemahamanku.

Agama itu ibarat korek api.
Ada yang berbentuk batangan kayu dengan pemantik di ujungnya,
ada yang berupa korek gas,
batu titikan, atau bentuk-bentuk lainnya.

Tujuannya adalah untuk menghadirkan api yang berfungsi menerangi dan menghangatkan.
Menerangi agar jalan hidup kita terarah.
Menghangatkan agar kita menjadi bijaksana.
Di tangan orang yang salah,
maka korek api berubah menjadi alat untuk membakar, merusak, dan menyakiti.
Korek api menjadi menakutkan.
Api yang dihasilkannya menjadi ancaman.

Ketika engkau memegang korek api,
pahami ia sebagaimana tujuan awalnya dia ada.
Korek itu untuk menghadirkan api.
Api digunakan untuk kebaikan kehidupan.
Menerangi.
Menghangatkan.
Mematangkan.
Maka beragamalah dengan bijak.
Pahami agama sebagaimana tujuan agama itu diturunkan.
Keselamatan dan kedamaian.
Apa yang datangnya dari Allah adalah cinta dan kasih sayang.
Rahmat seluruh alam.



sumber dari: bukudaurulang.wordpress.com

menangislah wahai mata



menagislah.jpg


sumber dari: drmaza.com

merenung








Pernahkah kita tercenung akan sesuatu?
Sebuah peristiwa misalnya.
Atau tentang lelaku diri, benda, alam semesta, dan lain sebagainya.
Mengambil waktu untuk berpikir.
Mencoba menemukan jawaban.
Itu namanya merenung.
Atau dalam istilah lain disebut tafakur.
Sudahkah kita membiasakan diri untuk merenung?

Merenung. Mengembarakan alam pikir. Mencoba menangkap makna/hikmah dari sebuah peristiwa atau sesuatu dalam kehidupan ini, atau apa saja… adalah vitamin bagi akal agar tetap sehat. Ia merangsang akal untuk terjaga dan sadar. Merenung juga dapat menghidupkan hati. Membuat kita lebih bijak dan peduli. Tahu diri. Punya empati. Kaya rasa!

Sebagai manusia yang merupakan tempatnya khilaf, salah, dan dosa… sudah selayaknya kalau kita sering merenung. Sebagai khalifah/pemimpin, pengelola dan penguasa bumi… merenung adalah keniscayaan yang musti kita lakukan dengan penuh kesadaran. Mengapa demikian? Tentu agar harkat dan martabat kita sebagai hamba Tuhan terjaga dari apapun yang mungkin bisa merusak kemuliaannya.

Dalam proses perenungan akan kita temukan banyak hal tak terduga. Mengejutkan. Sesuatu hadir menegur diri, mengingatkan, menyadarkan, bahkan mencerahkan pikiran dan hati. Hal itu dikarenakan ketika kita merenung, kita ‘dipaksa’ untuk obyektif. Mengesampingkan ego dan pamrih. Lebih jujur dan apa adanya.

Sobat… merenung itu membuka cakrawala jiwa memedar hikmah. Mari kita membiasakan diri untuk merenung.



sumber dari: bukudaurulang.wordpress.com

akan ku terus ketuk pintu TUHAN ku





sumber dari: drmaza.com

kehendak NYA








Kalaulah doa kita belum terkabul, 
upaya dan kerja keras belum berujud, 
atau bahkan mungkin malah bertemu dinding tak berpintu, 
cadas terjal mendaki, 
karang tajam melukai, 
LALU… apakah kita akan berhenti mengagungkan Nama-NYA karena kecewa? 

Padahal bisa jadi, 
DIA telah menyiapkan sesuatu yang jauh lebih baik bagi kita.

Terkadang kita lupa 
BAHWA semua yang terjadi dalam hidup ini tidak satu pun, 
tak setitik pun, 
lepas dari campur tangan SANG KHALIK. 
Semua terjadi atas kehendak-NYA. 
Tinggal bagaimana kita bersikap 
dan berlaku atas kehendak SANG PENGUASA JAGAD. 
Karena sikap dan laku kita 
bisa jadi mempengaruhi nilai keberkahan 
ketika sebuah doa dan usaha 
diijabah (dikabulkan) oleh-NYA.

Sobat, 
mari kita raih keberkahan 
tanpa berputus asa 
dari rahmat dan cinta-NYA.



sumber dari: bukudaurulang.wordpress.com

kembara ke akhir usia





sumber dari: drmaza.com

sahabat sejati





sumber dari: bukudaurulang.wordpress.com

puisi untuk ibu





sumber dari: pembina.com.my

kehilangan seorang mufti





sumber dari: drmaza.com

logo starbucks



Starbucks akan tiup lilin ultah ke 40 pada Maret mendatang. Dan tepat momen tersebut logo baru akan terpampang di cup kopi yang kita teguk di kedai Starbucks.


New Starbucks Logo


Lingkaran luar pada logo lama akan musnah beserta tulisan ‘Starbucks’ dan ‘Coffee’. Tinggalah karakter Siren yang ‘zoom in’ dan jadi tokoh sentral logo baru tersebut. Anyway, Siren adalah tokoh duyung dari mitologi Yunani. Perkara asal usil Siren dan rilis resmi logo Starbucks bisa dibaca disini.

Singkatnya adik2 sekalian *kak Seto mode ON*, tak puas dengan bisnis kedai kopi, Starbucks akan melebarkan sayap bisnisnya diluar kopi. Bisa jadi akan menambah variasi produk F&B hingga jauh menyelam ke lautan market lifestyle.

Hilangnya kata Starbucks dari logo juga kompak dengan brand-brand raksasa US lainnya. Liat tanda contreng? Itu Nike. Apel ‘kroak’? Itu Apple Inc. Nah, diproyeksikan lambang Siren ini akan sama memorable dengan logo-logo terkenal itu


Starbucks New Logo Evolution

Fans berat Starbucks terbelah dua. Sebagian besar mengutuk perubahan logo tersebut. Sisanya menganggap perubahan itu perlu. Tugas yang berat buat eksekutif Starbucks, karena customer brand ini sudah seperti layaknya komunitas –yang harus dipelihara loyalitasnya.

Yang pasti, logo baru sudah bisa dilihat diraba dan diterawang pada 8 Maret 2011. Gak mungkin dong menjilat ludah sendiri. Tapi soal apakah logo tersebut akan bertahan? Kita liat aja ya Initialers.. Moga2 ga senasib seperti logo fashion GAP yang akhirnya balik kucing setelah beberapa bulan berganti.



sumber dari: inijie.com