Pages

Wednesday 26 September 2012

kenangan manis menaikkan bendera kemerdekaan





Selain Mohd Sharif Kalam dan Oliver Cuthbert Samuel, siapa orang ketiga yang menaikkan bendera Malaya pada 31 Ogos 1957? Menurut laporan Utusan on-line, orang itu ialah Awang Mohd Salleh manakala The Star on-line mengatakan Chief Petty Officer Johari Abd Samad.

Namun, jika diteliti gambar yang dirakam sempena upacara menaikkan bendera, terdapat seorang Senior Rate dan dua orang Junior Rate. Maka itu besar kemungkinan laporan The Star on-line lebih tepat kerana ada menyebut pangkat orang ketiga – Chief Petty Officer sedangkan laporan Utusan on-line hanya menyebut nama.

Maklumat di bawah ini yang dipetik dari kedua-dua akhbar berkenaan mungkin boleh membantu.

UTUSAN ON-LINE

Kenangan manis menaikkan Bendera Malaysia.

JOHOR BAHRU 31 Ogos – Pesara Tentera Laut di Raja Malaysia, Mohd. Sarif Kalam (gambar), 71, sehingga kini tetap berasa bangga kerana diberi penghormatan menaikkan bendera Malaysia secara rasmi buat pertama kali ketika laungan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957.





Mohd. Sarif berkata, beliau mengambil masa tiga minit menaikkan bendera itu dengan diiringi lagu Negaraku yang berkumandang secara rasmi bermula tepat pukul 8 pagi.

“Walaupun tugas menaikkan bendera itu disempurnakan dalam tempoh tiga minit tetapi ia diingati sepanjang hayat dan tidak boleh dilupakan dalam sejarah hidup kerana terlibat dalam satu peristiwa besar negara,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Taman Pelangi di sini hari ini.

Mohd. Sarif yang pangkat terakhirnya Leftenan Komander Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebelum bersara pada 1987 berkata, beliau diberi penghormatan menaikkan bendera negara itu bersama dua rakannya, Awang Mohd. Salleh dan Oliver Culvelt Samuel yang kedua-duanya kini telah meninggal dunia.

THE STAR ON-LINE

Making a mark in history.

31/12/2009 – RETIRED Chief Petty Officer Oliver Cuthbert Samuel’s name may not ring a bell to many but this man played an important role during the declaration of the nation’s Independence.

The 76-year-old Malayan Navy officer was among the three officers who hoisted up the flag of the Federation of Malaya at the Stadium Merdeka in Kuala Lumpur on Aug 31, 1957.

Samuel, who now resides in Penang, was honoured for his role in history with a plaque from Defence Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi at the Lumut Naval Base in Perak during the launching of the Ex Royal Malaysian Navy Association of Malaysia (PBTLDM). (Saturday 26.12.2009)

The two other officers, who hoisted up the flag of the Federated Malay States flag, were Lt Cdr. Mohd Sharif Kalam and the late Chief Petty Officer Johari Abd Samad.

Samuel, who retired from the navy in 1974 after 22 years of service, related that he was also one of the officers who took down the Union Jack on the night before Independence and handed it back to the British Authority.

Laporan kedua-dua akhbar tersebut menimbulkan pelbagai persoalan, antaranya:

Persoalan pertama: Kenapa bendera Malaysia yang dinaikkan sedangkan pada 31/08/1957 Malaya baru merdeka dan Malaysia belum wujud (Utusan on-line).

Persoalan kedua: Menurut laporan Utusan on-line, orang ketiga yang terlibat secara langsung dalam menaikkan bendera Malaya ialah Awang Mohd Salleh, manakala The star on-line mengatakan Chief Petty Officer Johari Abdul Samad.

Persoalan ketiga: Menurut laporan Utusan on-line…Awang Mohd. Salleh dan Oliver Culvelt Samuel sudah meninggal dunia.



Oliver Cuthbert Samuel yang dilaporkan telah meninggal dunia sedang menerima penghargaan dari Menteri Pertahanan DS Ahmad Zahid Hamidi


Namun, 15 bulan 25 hari selepas dikatakan “telah meninggal dunia”, (Oleh Utusan Malaysia on-line) Oliver Cuthbert Samuel – secara misteri – bangkit dari kubur untuk jadi tetamu Menteri Pertahanan, Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi di Pangkalan TLDM Lumut



sumber dari: utuhpaloi.com

1 comment:

  1. Sebenarnya ketiga-tiga mereka adalah penting dalam istiadat menaikkan bendera Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Kesilapan pihak akhbar membuat laporan juga tidak boleh dipersalahkan. Pada pandangan saya, bagi mereka yang mengetahui cerita berkenaan 60 tahun lalu sepatutnya tampil dan memberi penerangan bagi mengelakkan fitnah atau rasa tersinggung sesama mereka, tetapi sayang seribu kali sayang, kadang-kadang manusia ni lebih suka mengkritik daripada membetulkan keadaan yang sebenar.

    Sempena 60 tahun kemerdekaan negara tercinta, saya berharap segala kesimpulan akan terungkai dengan hadirnya kedua mereka yang masih hidup dan dapat menyatakan kisah sebenar pada hari bendera Tanah Melayu dinaikkan juga bendera 'Union Jack' diturunkan juga siapakah sebenarnya orang ketiga yang menjadi misteri 'kononnya'?

    Usaha saya untuk pihak tertentu membawa kedua-dua “Tokoh Kemerdekaan Negara” ini telah berhasil. Alhamdulillah, saya berharap dengan sekelumit sumbangan dan rasa tanggungjawab terhadap artikel yang saya baca sebelum ini, seluruh masyarakat mengetahui cerita sebenar apa yang berlaku pada hari bendera dinaikkan 60 tahun yang lalu iaitu 31 Ogos 1957.

    “Aku.. Bukanlah seorang perwira.. Gagah menjunjung senjata.. Namun hati rela berjuang.. Walau dengan cara sendiri.. Demi cinta ini.. Ku ingin kotakan seribu janji.. Sepanjang kedewasaan ini.. Ku ingin sampaikan pesanan… Akulah penyambung warisan”
    – sebahagian dari lirik lagu Warisan, nyanyian Allahyarham Sudirman.

    ‘Menyatakan kebenaran adalah tanggunjawab kita yang mengetahui bukannya hanya mengkritik bagi menyatakan kita lebih mengetahui.’

    Tontonlah MHI 30 Ogos 2017, Buletin Utama & Sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2017.

    ReplyDelete