“Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”
Wujud 3 T yang mana boleh kita aplikasi dalam kehidupan
Perhatikan bahawa doa ini dibuka dengan kalimah tauhid “Tiada Tuhan melainkan Allah”. Kalimah tauhid tidak sekadar bermaksud tiada tuhan yang berhak aku sembah melainkan Allah, tetapi dalam konteks ini juga bermaksud tiada tuhan yang patut aku mengadu, mengharapkan keampunan dan menghajatkan keselamatan melainkan Allah. Pembukaan seperti ini membuktikan kemantapan dan ketulenan tauhid Nabi Yunus di mana beliau tidak mengadu, merungut dan berharap kepada sesiapa dan apa jua melainkan kepada Allah sahaja.
So, maksudnya…
-ikhlaskan segala bentuk amalan kita hanya kepada Allah sahaja. Bukan dibuat kerana manusia
-Mohon segalanya kepada Allah & harus pasrah dengan setiap ketentuan dari-Nya
-Mohon segalanya kepada Allah & harus pasrah dengan setiap ketentuan dari-Nya
Perhatikan pula perkataan ‘Subhanaka’. Satu bentuk tasbih di mana sebagai hamba, seharusnya akan terus tenggelam dalam kehidupan seharian dengan memuji Allah, tidak kira dalam keadaan susah atau senang. Jangan sesekali lupakan Allah & selalulah berzikir mengingati Allah. Apa jua yang kita lakukan dalam seharian, sentiasa husnuzhon@ bersangka baik dengan Allah. Sebenarnya kita akan dapat reflect secara total dari tasbih ini apabila di hati kita tak akan wujud sebarang perasaan tidak redha dengan ujian Allah & menerima segalanya dengan hati terbuka.
So,maksudnya..
Sebagai hamba, rendahkan diri di hadapan Allah dengan mengakui kita hamba-Nya yang terlebih dahulu membuat kezaliman terhadap diri sendiri. Sentiasa belajar untuk mengakui setiap kesalahan yang dibuat dengan merendahkan ego dalam diri.
KESIMPULAN
-Percaya dengan Allah di mana berkemungkinan dengan zikir ini Allah akan bantu selesaikan setiap masalah, dan sebenarnya masalah @ bentuk ujian yang Allah beri pada kita ni sekadar suatu peringatan dari Allah buat hamba-Nya. Allah sebenarnya nak angkat darjat & kemuliaan kita sebagai hamba-Nya.
~Cahaya ALLAH akan muncul pada jiwa yang banyak mengingati ALLAH~
sumber dari: ayna.yeopmi.com
No comments:
Post a Comment